DAISYPATH VACATION


Dec 21, 2011

Rezeki sempit sebab saya sendiri...

Dulu.. Naz selalu solat Dhuha..lepas dapat keputusan STPM..kekadang skip Dhuha..bukan sebab dapat results gempak..tapi mungkin Naz sebelum tu tak cukup ikhlas solat semata-mata nak dapat keputusan gempak..lepas tu,, tinggal terus..macam-2 la alasan bila tak dapat buat Dhuha. Konon..padahal MALAS! SENANG..:P

Kekadang Naz memang minat gak sambung tido..tak tau la kenapa..kadang-2 bukan mengantuk sangat..tapi..ermm…kekadang Naz rasa nak jadi macam Wan. ( hehehe..wan ni tok wan laa..:)) Dia selalu bangun awal…mandi awal..subuh awal..tu penting..lepas tu..dia takkan tido..

Wan selalu pesan petua awet muda..mandi sebelum subuh..jangan masuk tengah hari barulah nak mandi..lepas tu..janganlah amal tido lepas Subuh..yerr..:) Bagus ar..hari-2 Naz dengar..tapi tak leh nak amal-2 lagi..kekadang Naz cakap kat Wan “ biasalah Wan..budak remaja sekarang…suke layan tido..”

Masuk UUM..Naz rasa cam hilang sesuatu..lepas tu,, Naz amalkan balik solat Dhuha..ada kesempatan Naz akan buat..kurang-2 ada rasa ketenangan dalam diri..Naz takut lost identity dalam kekalutan kita dan keseronokan di duk kat U nih..an? erm..Naz suke nak share something..dapat dari KAWAN..hik3..Naz pun cilok sekali..satt~

Kepada sahabat-sahabat yang disayangi mari kita muhasabah diri. Di sebalik diri kita ini, ada sifat pemalas yang perlu diubah. Jika kita tidak ubah tabiat pemalas kita ini, maka bermacam-macam impak negatif bakal menghanyutkan diri ke arah kemudharatan yang lebih besar.

Jika tidak sekarang, bila lagi bukan? Takkan mahu tunggu usia sudah senja baru kita terhegeh-hegeh mengubah diri. Ketika itu, tabiat pemalas kita sudah sebati dengan diri dan amat degil untuk disental segala kekotorannya yang sudah lama melekat dan merosakkan hati kita.

TABIAT PEMALAS YANG PERLU DIUBAH

Cuba cek diri kita, mana 1 menjadi amalan seharian : 1. Bangun subuh lewat 2. Tidur selepas subuh 3. Melewatkan waktu subuh 4. Ala kadar je bangun subuh 5. Tak bangun pun solat subuh


*Naz konfem-2 lah ada ciri-2 kat atas..dasyat ar kan? ISh..malu sangat kat Allah dengan diri sendiri :’(

Sahabat-sahabat, masih ingat lagikah? Di waktu zaman berhingus dulu? Ustaz yang mengajar subjek Pendidikan Islam selalu bertanya di dalam kelas,

"Siapa yang tak cukup solat 5 waktu semalam, sila berdiri"

Tanpa segan silu, secara berjemaahnya kita pun bangun sahabat. Dan bila ditanya, rata-rata yang tak cukup solat 5 waktu, adalah kerana tidak bangun suboh. Kenapa ya sahabat?

Dan kenapa dari kecil lagi, kita dididik sebegini? Diberi penekanan betapa pentingnya bangun subuh dan meraikan ke"subuh"an dengan cara tidak tidur semula seperti bebelan mak kita.

"Jangan tidur lepas subuh. Rezeki tak masuk nanti" "Anak dara tak manis tidur banyak. Matahari terpacak atas kepala baru nak bangun"

JIKA MAHU BERMUHASABAH

Rasulullah SAW tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah memberkati umat ini yang berpagi-pagi, "Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi." Untuk itu, para fuqaha' memakruhkan tidur selepas solat subuh.

Walaupun hakikatnya tiada dalil dan hadis-hadis soheh mengenai larangan tidur selepas subuh, dan yang ada cuma pendapat daripada para ulama mengenai tidur selepas subuh adalah MAKRUH tetapi tiada larangan tidur selepas subuh.

Dinukilkan oleh Imam as-Safarini mengenai kemakruhan tidur selepas solat Subuh dan Asar :"Dimakruhkan tidurmu -wahai mukallaf- selepas solat Subuh, kerana waktu itu adalah WAKTU MENCARI REZEKI dan berusaha (syara' dan 'uruf) di sisi orang yang BERAQAL".

Tetapi, kita sedar tak wahai sahabat?

Kenapa seharian hidup kita tidak bermaya dan tidak bersemangat? Kadangkala kita pernah menangis kerana tiada duit untuk bayar sesuatu yang penting, malah setiap hari kita pohon kepada Allah agar dimurahkan rezeki, tetapi seolah-olah tiada kesannya?

Kalau orang perempuan, bermacam-macam jenis pencuci muka dicubanya semata-mata nak "kulit bercahaya". Kalau orang lelaki pula, kerisauan yang tak menentu, jadi bermacamlah "ubat kuat" yang dipakainya.

Kita nak ke isteri macam ini? Nak ke suami yang sebegini?Masing-masing menggeleng tersengih sendirian. Jika kita tak nak pasangan seperti sedemikan rupa, maka kitalah orang pertama dahulu yang kena berubah. Bukan nanti, tetapi sekarang.

MASA UNTUK BERUBAH

Maka untuk itu tidak ada alasan lagi untuk menyeru kepada PERUBAHAN.

Buat diri, pastikan masa yang terluang selepas subuh diisi dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat. Jangan tidur terlalu lewat jika sayangkan waktu keemasan di kala subuh.

Buat ahli jemaah, sudahlah diri sibuk, hanya masa ini sahajalah waktu untuk belajar. Gunakan masa sebaiknya.

Buat suami, carilah rezeki. Jangan tidur.

"Kemudian setelah selesai solat, maka betebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan) supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat). -Surah Al-Jumuah (Ayat 10)

Buat isteri, masaklah, kemas rumah dan sebagainya. Takkan hilang seri rumahtangga kalau kehidupan bermula sebelum terbit fajar. Mak mertua pun tak bising lagi.

"Pesanan terpenting untuk para imam dan bakal imam terutamanya untuk diri sendiri, biasakan diri jangan tidur lepas subuh dan jangan tinggal solat jemaah di masjid, nanti selepas kahwin boleh didik isteri, kalau tak dua-dua hanyut."

Buat pelajar, kalau nak tips study smart ingat hadith ini "kalau tidur selepas subuh papa dan tidur selepas asar boleh jadi 'gila'." Jangan salah pilih waktu untuk belajar atau menghafal.''

Ibnul Qayyim pernah berkata,"Pagi hari bagi seseorang itu seperti waktu muda dan akhir harinya seperti waktu tuanya."

Amalan seseorang di waktu muda berpengaruh terhadap amalannya di waktu tua. Jadi jika seseorang di awal pagi sudah bermalas-malasan dengan sering tidur, maka di petang harinya dia juga akan bermalas-malasan pula.

Antara AKAL dan NAFSU. Pertarungan ini hanya dimenangi jika manusia bersandarkan IMAN. Jika tidak manusia sama sahaja seperti haiwan, tidak menggunakan akal dengan betul. Pembaziran masa adalah perkara yang sangat merugikan. Dan hanya syaitan yang suka pembaziran. Masa itu ibadah. Semoga Allah memberi kebijaksanaan dan kekuatan untuk kita sama-sama mengikut perintah-Nya.

Sedang Nabi melewati anaknya Fatimah RA yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda :

"Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari." (Diriwayatkan al-Baihaqi)


sumber: iluvislam


Blog ini CUTE sgt! Acu tra tekan LIKE :D

Nov 5, 2011

mood raya bedo'oh :)

aishh....da nak habis cuti..tak nak balik u! plizz..tak nak..masih nak duk lepak umah..err~
if someone can help me..~
i dream to have n7..but suddenly..my eyes- catching on n9...pergh~
saje2..try survey how it looks..looks cool~ yaayy~
ermm..midsem stat pom lecturers berebut2 bagi keje..bagus punye lecturer..thumbs up!
nak cakap malas..tak sangat,,cuma..Naz memang suke setel keje last2 minit..kata my mom "nampak gaya org sibuk kan??" haha..memang tak ley blah..suke sindir cara tuh! perrghh..^^
Naz terfikir gak..
ekceli..tengah sedih gak..sebab PTPTN Naz sangat la lambat nak masuk..kesian gak..asyik korek duit kat bank yang mak bagi...benci arr! dah laa..sikit dapat..xau la kenapa..nak tunggu scholarship Yayasan..lambat lagi..nak tuh la..nak nih la..macam2..ingat kita ni banyak sangat kot duit..~ aiyaa! kesian mak kita auu..:'(
ermmm..Naz try to achieve my best here~ really!!
may Allah grant my pure intention..yeah? Insya-allah..
itu semua sebab Naz nie KAK LONG..bukan KAK YONG bini2 ku gangster,,hahaha :D
ok..yg penting! haha :)
hehe..ok..
TATA TITI TUTU~ :)

Blog ini CUTE sgt! Acu tra tekan LIKE :D

Oct 27, 2011

KAWAN VS SI DIA..MANA LEBIH PREFER??

HELLO KAWAN! J

Tenkiu sebab korang sudi jenguk blog Naz kali nie….Naz saje nak cite-2 sikit pasal …

KAWAN ATAU SI DIA?? Ok…set !!

Actually, Naz nak terang sikit konsep KAWAN yang Naz ketengahkan dalam entri kali nie..sat na..(alamak..tercakap loghat Kedah..hik3)

KAWAN 1:

1) Seseorang yang baik sangat dengan kita..mana-2 selalu lah pi jalan2 kita..tak kire la mana-2

2) Kita senang dengan dia..dia mungkin cantik..lawa..comel atau lebih kiut pada kita..kekadang rasa jeles dengan dia..tapi kita ok jer..kita kawan ikhlas..so,ketepikan perasaan ‘busuk’ tu kan? Hehehe~

KAWAN 2:

1) Tak pernah berteman rapat dengan dia tapi mesra jugak la..ada add kat MuKaBuku..:))

2) Teman sekuliah,duduk se line..tegur-2 jer..tukar-2 no fon..mesej langsung tak pernah..haha!

3) Teman sekampung,,sekampung..tapi tak pernah jumpa pom kat kampong..masuk U baru tau duduk sekampung..kah3

Ok..bab KAWAN-2 nie da setel..sekarang Naz nak cite bab Si DIA~ OK..JOM!!

SI DIA pula terbahagi pada 3 golongan:

1) Maybe kita punye BF,,pakwe ke,,teman lelaki ker..ape ker..seumpama dengannya..:)

2) Dia minat kat kita..ADD-2 kat FB..pastu chatting camtu la..kita layan jer,,suka jer kawan dengan DIA tapi tak sampai tahap SAYANG SGT-2..kan?? wink2 ^^

3) Kita minat kat dia..nak ADD kat FB malu..aisehh! Selalu curik2 tengok DIA..kekadang hampirDIAperasan kita tengok DIA..malu sihh! HAHAHA! Kekadang gak..dia bagi pandangan tajam kat kita.. aigoo~ DEBAR-2!! Ngee~~

Actually, Naz nak terang sikit konsep KAWAN yang Naz ketengahkan dalam entri kali nie..sat na..(alamak..tercakap loghat Kedah..hik3)

KAWAN 1:

1) Seseorang yang baik sangat dengan kita..mana-2 selalu lah pi jalan2 kita..tak kire la mana-2

2) Kita senang dengan dia..dia mungkin cantik..lawa..comel atau lebih kiut pada kita..kekadang rasa jeles dengan dia..tapi kita ok jer..kita kawan ikhlas..so,ketepikan perasaan ‘busuk’ tu kan? Hehehe~

KAWAN 2:

1) Tak pernah berteman rapat dengan dia tapi mesra jugak la..ada add kat MuKaBuku..:))

2) Teman sekuliah,duduk se line..tegur-2 jer..tukar-2 no fon..mesej langsung tak pernah..haha!

3) Teman sekampung,,sekampung..tapi tak pernah jumpa pom kat kampong..masuk U baru tau duduk sekampung..kah3

Ok..bab KAWAN-2 nie da setel..sekarang Naz nak cite bab Si DIA~ OK..JOM!!

SI DIA pula terbahagi pada 3 golongan:

1) Maybe kita punye BF,,pakwe ke,,teman lelaki ker..ape ker..seumpama dengannya..:)

2) Dia minat kat kita..ADD-2 kat FB..pastu chatting camtu la..kita layan jer,,suka jer kawan dengan DIA tapi tak sampai tahap SAYANG SGT-2..kan?? wink2 ^^

3) Kita minat kat dia..nak ADD kat FB malu..aisehh! Selalu curik2 tengok DIA..kekadang hampirDIAperasan kita tengok DIA..malu sihh! HAHAHA! Kekadang gak..dia bagi pandangan tajam kat kita.. aigoo~ DEBAR-2!! Ngee~~

Ok..Naz nak kongsi satu part of my story in my life.. hehehe

Walaupun agak sengal..tapi tak pe lah..Naz juz nak highlight beberapa perkara penting la~

Apa pendapat korang la..kalau Si Dia yang Naz maksudkan minat kat kawan-korang? Ehh??

Hahaha..tak dengar la..ce cite..ce cite..hikhikhik..ok,, Naz start lu k?

Asal-2 dia minat kat korang la..lepas tu mula la cakap nak kenal-2 kawan-2 korang gak,,kan?

Ermm..yelah..kata dia…tak salah nak kenal kan..kenal je pom,bukan apa.

Ok…fine! Kita pun iyakan aje laa..tak pasai-2 dia pun stalk kita punya friend kat FB.

Solusinya?? Of course la dapat kenal kawan kita tu kan? So what?

INSIDEN 1

Mula lah: “awk,,kawan awak tu nama ‘Farah’ ek? Dia orang Negeri 9 ker??”

“a’ah..kenapa?? ” ( sounds fishy dah nie..)

“Tak de lah..saje tanye..awk gak cakap ritu kan?”

A’ar la..tau-2 je kalau dah tanya camtu..” ooww..asal? awak tengok FB dia ek? Memang la lawa orangnya..kan?? ”

“ishh..tak da..kebetulan jer saya tengok kat wall awak..scroll punya scroll..nampak FB dia..bukak sat..tak da lawa sangat..lawa awak lagi..hehehe”

“hello!! Tadi cakap tak da..nie kebetulan passing FB lak..alaaa..nampak sangat penipu..tak de la istilah tak sengaja cari..sengaja la tu kan? Ishh..awak nie..”

Konon..pakai ayat puji kan belakang tuh.. “….tak da lawa sangat..lawa awak lagi..hehehe”

Yelah tu..padahal..dah habis stalk semua foto si Farah tu..LELAKI2!!

*PENGGUNAAN NAMA ‘farah’ HANYA SEBAGAI CONTOH. TIADA KENA MENGENA DGN HIDUP @ MATI..HEHEHE*

INSIDEN 2

“Awak..bising tol kan kawan awak..hehehe..”

“ biasa lah awak ea..pompuan..kalau dah bercerita..rancak larr…”

“awak..saya nak setel jap nie..ada keje..”

“ermm..tak pe…awak pass je fon kat si Hani tu..tak pun kat si Ain..ok jer..”

“oww..xpe ke??”

“sokey jer..sambil2 awak setel keje gak kan”ßmase nie memang betul2 innocent la..yelah..mula2..ok dulu..tak de rasa nak kenal-2 nie..

LEPASS TUU?? JENG..JENG..JENG..!!

“awak..saya dah ADD kawan awak kat FB..hehehe~”

“lol..asal? mengade laa awak nie..”

“saje..nak kenal….nak kenal jugak saya camne rupa si Ain nie”

“ala,,watpe..xpenting pun awak eh..” ß( masa nie betul-2 takde perasaan jeles ke ape ke..Cuma memang rasa takde kepentingan nak kenal-2 camtu sekali..kan? ..tapi biarlah..)

LAST2..!!

“awak..saya dah ADD ritu kawan awak..tapi kenapa ek saya kena ADD balik?? Konfius saya..:)”

“oww…sebab saya cakap..jangan APPROVE awak nie..sebab tu lah kot..hahaha!”

“alaa..kenapa awak wat camtu..saya nak kenal je Ain..takkan tu tak boleh?”

Aik..asal mamat nie ek..berkeras dari aritu lagi nak ADD si Ain..takde rasa pape..tapi ape die nak?? Ermm…^^

“ok..nanti saya cakap kat Ain..suruh dia APPROVE awak..ok?? Puas hati??”—suara rilex tapi nampak cam da Berjaya stress the most important word..hoho

Tiba-2 je si Dia ubah fikiran : “tak pe lah awak..sebab awak larang-2 sangat saya ADD dia..malas ar saya”

“Asal lak?? Ok jer..awak Nampak nak sangat ramai kawan kan? ADD jer la..tak de nya saya nak jeles-2 dengan awak nie..pelik jer la..bersungguh sangat nak kenal.. orang bagi kenal..kenal lahh..asal wat muka tak puas hati camtu lak ..err..”

“erm..sorii la awak..saya bukan nak kenall..ermm..tapi..erm..sorii k?? ---konon..buat ayat belas2 la pulak..tak boleh blah la mamat nihh

“ ikut awak la..saya dah malas nak layan-2..up to you la awak eh! Tak de saya heran sangat la kalau awak nak kenal dengan kawan saya..tapi jangan nampak keterlaluan sangat..menyampah! huhuhu”ßsaje je nak sindir sikit si Dia..hoho

Wahai LELAKI!! Fakta tentang perempuan ni..walaupun dia tak da macam feeling sangat dengan someone tapi..dia akan rasa jugak something laa bila tiba-2 lelaki minat kat dia..try usha kawan

dia..helo LELAKI! Please don’t be so obvious..boleh ker lempar satu batu dapat 2 burung?? Jangan

TAMAK sangat la k?? :P

Ok2!!

LISTEN GUYS!

Please laahh..even if you’re trying to tackle or you’re liking a girl..

Don’t ever show your greediness obviously..pleasee!

Even every girl know that a boy cannot hold only one girl…at least more than that..but

please..appreciate our feelings a bit.

Haa..!! Kalau da gelojoh sangat..tak payah la nak usha member dia depan-2 dia..nampak sangat korang

tu desperate sangat..hahaha! Sorry guys..jangan terasa,,kalau tak pernah buat..ngeee~

TAPIIIIIIIIIIIIIIIIII…………………………..

HEHEHE….bagi Naz pulak la..kalau semua insiden-2 macam kat atas jadi pada Naz kan? Tau apa Naz buat.. Naz akan bagi can je kat si Dia..tak kira la..si Dia nie termasuk dalam golongan-2 mana yang disebut kat atas..yelahh ,,kan?? Buat apa simpan lelaki camni?? Kan? Kita tak de la desperate sangat nak dengan lelaki cam gini..kan?? Yelah..lagipun, Naz sedar la..dalam diri kita nie banyak kekurangan..so,,tak heran dia nak carik lebih-2 lagi pada kita.. LEBIH LAWA ker..LEBIH KIUT ker… LEBIH SLIM ker..LEBIH BIJAK ker..LEBIH TRENDY ker.. Biase nya..sebab-2 macam tu jer lelaki nie nak berpaling tadah..kan?? sO..please go on la..Naz paling ok dan SIMPLE kalau bab-2 camni..SENANG! kan??

Satu lagi sebab paling penting!!

Antara KAWAN dan SI DIA..OF COURSE LAAA Naz pilih KAWAN!

SI DIA tu tak payah carik..kalau dah ditetapkan..tak payah nak bersungguh sangat pun SURE dapat kan?? Hehehe..sebab tu Naz tak kisah..wink2!

KAWAN is forever!! Kan?? Even, dia hanya pernah pinjamkan 10sen untuk cukupkan kita beli teh ais rm1.2o..tak cukup 10sen..sure tak dapat beli kan ??? hehe~

Pasal dia lebih LAWA dari kita tu..tak payah risau sangat..tergugat tu tergugat pun biase-2 je lah kan…rupa tu penting..tapi yang paling penting, dia happy..sure kita lagi happy..sebab kita leh bagi dia happy kan?? Hehehe..

Friends is so much precious things than anything especially bout GUYS! Kan??

Even BF atau orang yang kita dirampas oleh kawan yang paling meng`annoying’ kan kita..tapi kita kena ingat..tu terbaikk untuk si Dia..katakan dalam hati kita, “Ambik kau perempuan macam tu nak sangat..sesuaii sangat la dengan kau..hahaha! ” kan?? Baru legaa…yeayy!

Ok..dah-2 ar..penat lak!! Hehe..ok,,Naz blah lu k?? Len kali kita share pasal lain lak..hehehe~

TATA TITI TUTU


Blog ini CUTE sgt! Acu tra tekan LIKE :D

Oct 23, 2011

CERITA KU BUKAN CERITA BIASA..:)

HYEE GUYS..!! :D

tomey plop pose mc uyah nie..haha..mesti kakak dia ajar..wink@-@

KONFIUS LAA NAK BAGI TAJUK PE ENTRI NIE..NAHH,,AMBIK KAU!! :)

Apa cite ea orang-2 sekeliling Naz ea?? Hmm..lama lak rasa tak update blog ni kasik entri panjang2..hehe..yelah..busy la dengan assignment..tak yah cite la kalau dah nama nya student tu ek,,,hehe..actually..STRESS dan SERABUT!! Tapi dalam bentuk POSITIF..sebabnya kadang-2 Naz rasa Naz kena rasa benda2 macam nie,,,baru la esaimen cepat siap..HAK3..!!

Naz kan memang jenis suka START KEJE awl2..haha! Tapi yang buruknya..Naz suka start sampai separuh je..lepas tu mula la kalut bila nak sampai DATE LINE..KALUT?? hahaha..BETOLLL!!

Sebabnya petang semalam la..Sabtu an?? Naz kena hantar assignment fotografi pasal lensa..Naz dah ada cukup info..tapi yang BENGANG nye..RUJUKAN tak buat lagi! Ishhh! Memang laa geramm..tak pasai Naz cilok tajuk-2 ensiklopedia FOTOGRAFI kat library..!! Aduyaii….maafffffff En Syamsul..( Aigooo~~ )

Yelah..bukan Naz tak usaha carik..dah siap pergi library,,carik2 bahan..tapi TUP-TUP,,tak jumpa maaa!! Library U bukan cam Library sekolah..

kat sekolah tu pun susah nak jumpa..hik3! J

Erm…rujukan untuk INTERNET tak yah cite la..memang la belambak-2..tapi yang selain tu la..nampak sikit kita rajin kan??? SIKITTT pom jadik la…hehe…lepas tu punya busy nak siapkan esaimen..Naz skip lunch..breakfast tak yah cite la..memang tak makan la..ermm~

Tepat pukul 4..Naz sampai makmal FE-02..wah3…nampaknya memang ramai lagi tak datang..kenapa ek?? HAHAHA!! Naz dah tahu..takpe..buat2 tak tau jer laa..:)) Hari ini juga, Naz dapat baca sikap PRESIDEN kelab kita..bukan nak kutuk dia, tapi berkuatkuasa kelmarin..kita-2 macam dah ada perspektif negative kat dia.

Kawan Naz cakap dia tu macam pilih orang dia nak kawan..erm..:) Hello?? Do I care? Tak de la kita-2 nie nak heran sangat kalau dia tu tak pandang….tak sebab kita-2 bergurau “sent by maxis via blueberry” da bengang kot. Sporting la kan…dah dalam group,,takkan semua benda nak serius..err~ SENGALLL!

Nak cakap TERLAMPAU HENSEM tu tak pulak. Member Naz cakap: “ Si Eks tu macam pilih orang kan nak kawan. Yelah kita kan tak lawa. Mana lah dia nak heran kan?”

Naz pom selamba cakap -Dia tu siapa kita nak heran sangat…err~ Tak da hensem sangat pom nak main pilih-2 bulu nak kawan nie..pliiss laa :P—poyo sangat Naz..kah3..lantak ar..asal nampak COOL..wee~

Macam2 la kan kalau nak diperhatikan ragam manusia. Yelah,,Naz akui la Naz pom memang suka la cakap2 sal orang tu orang nie,,yelah nampak hensem ke kan..biasa la kita suka cakap kita suka tengok dia..normal la kan? Tak de makna nya lah nak nafikan lumrah manusia camtu.

Kalau dulu Naz macam tak leh terima la kalau apa-2..suka tengok rupa dulu kan..tapi makin dewasa makin Naz sedar,,kita tak boleh nak lawan fitrah yang telah ditetapkan Allah. SALAH KAN?? Jadi songsang lak kan? Emm..

Tapi tak da kita nak nak diskriminasi mana-2 orang nak kawan. Sedar la diri sikit wei! Ko tu sape nak perfect2 kat bumi Allah nie..hadoii~ Susah la kalau orang hidup atas bumi ni tapi LUPA DIRI ! kan?? SOMBONG tu namanya an?? Luqman Al-Hakim pom ada berpesan pada anaknya : “Berjalanlah kamu di atas muka bumi Allah dengan sederhana..merendahkan suara dan …” Sorry..Naz lupa sikit yang last..tapi macam tak leh jalan dengan menghentak2 kaki..maknanya jalan kuat-2 la..kan? Try check lam surah Luqman J

Emm..semalam? Baru sempat makan la..hadoi~ Tak pe la..kalau bab makan nie,,tak yah nak rungsing la..rezeki tu ada kat mana-2 je laa..hehe..walaupun memang serius lapar masa balik KO-K pukul 6.30 petang tu..asar xlagi masa tu..so,,belajaq2 la sabaq k Attierah? Wink2…(*_*) Nyesal gak macam duk sebut-2 tak makan lagi..macam merungut kan? Ermm..orang Afghanistan,orang Palestin tu belum tentu makan nasi seminggu..kita nie? Erm..tak makan lunch,,tak makan breakfast da mengada-2..haha!

Yelah..seNAKAL-NAKAL..

seGALOK-GALOK,,

seDEGIL-DEGIL,,

seBOLAH-BOLAH,, ( bolah=clumsy)

seKiuT-KiUT ( syukur la..xlawa,,xudoh..op??..hehe)

NAZ LAA..

Naz suka gak fikir-2 semua tu..seremeh-2 perkara Naz fikir..sebab tu ar mungkin Naz suka buat kesilapan dalam hidup..SELALU sgt!! Sebabnya ,,kejap Naz selamba buat benda tu,,tapi tiba2..hati cakap tak payah la buat..bukan ok sangat menda tu..ermm,,pelik kan?

NAz ni cam COMPLICATED skit la..hehe! Kawan Naz pom macam tak caya au bila Naz cakap tak suka berkapel..aiyoo~ GEDIXX plop ase..HAHAHA! Yelah..tengok orang ada PAKWE,,POKWE,,BF.. cam best..tapi bila Naz analisis demi analisis…better I’m Alone!! Konon la..Naz nak ada suami daripada Bf..BOLEH KER?? NAz nie bukan la budak baikk pom..eh,,silap-2!! BAIKKK tapi bukan SOLEHAH!! :D..kan?

Yelah..everyone try to be perfect even nobody is perfect, itu satu JIHAD kan? Hehe..ok..cukup la Naz duk jiwang-2 sorang..nak try adjust esaimen bagi siap KEMAH-KEMING laluh..hik3 (KEMAH-KEmiNG= bahasa ganu! ) Tak nak la kalut-2 dah pasni..takut ada tertinggal gak PAGE macam esaimen ko-k..hahaha! ok..tenS ar suka baca cite Naz..hehe! <3<3<3

=SEBELUM NAZ BLAH..NAZ ADA CORETKAN 25 PESANAN LUQMANUL HAKIM KEPADA ANAKNYA =

~SEMUA UNTUK KITA..INSYAALLAH~

01 – Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

02 – Orang – orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari ALLAH juga.

03 – Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

04 – Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

05 – Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

06 – Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

07 – Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.

08 – Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.

09 – Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.

10 – Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.

11 – Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

12 – Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.

13 – Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

14 – Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.

15 – Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.

16 – Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.

17 – Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.

18 – Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.

19 – Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya~ yang akan mendatangkan cela pada dirimu.

20 – Hai anakku; janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

21 – Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.

22 – Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan hartamu.

23 – Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.

24 – Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.

25 – Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.


Blog ini CUTE sgt! Acu tra tekan LIKE :D

Hakmilik HareittaNaz@2013