Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan
Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi
Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi
C/O
Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu
Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
(Destinasi cinta Ilahi)
Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku? Ya Allah.
inilah destinasi cintaku~~
Tweet
Setiap kali Naz dengar dan hayati lagu nie..Naz teramat malu dgn Allah..kenapa Naz jadik leka gini?? Astaghfirullahalazim..masuk universiti bukan la sebab Naz jadik gini tapi Naz yang tak kuat. Dalam hati boleh terdetik nak ikut macam orang. Orang jadik lawa..nak jugak kita nie..kadang2 dah lupe dgn konsep "lillahitaala"..Malu..malu..malu...:((
Terima kasih ya Allah,,sebab sedarkan Naz sebelum terlambat..Naz ase lega sekurang2..Allah da ingatkan Naz sebelum Naz jauh melencong..arini saje da 3kali Naz tersepak batu nak jatuh. Apa lagi kalau bukan peringatan dari Allah kan ?? Moge2 Naz tak jadik riak dgn kebaikan yang Allah berikan dan tak mudah lupa untuk sentiasa buat baik. InsyaAllah..lagipun kehidupan kat universiti ni jauh lagi..kan? Sedih la kalau permulaan hidup ni kita tak buat sesuatu yang baik dan bermanfaat. Hehehe..:))
~~SALAM~~
No comments:
Post a Comment