DAISYPATH VACATION


Aug 18, 2011

BerMadu?? :(

Puas aku mencuba.......Menepis semua dugaan.....Malah ada yang anggap...Aku lupa daratan

Peritnya aku lalui---Kemelut yang panjang---Hingga ke saat ini---Ku tidak ketentuan

Wanita manakah....Sanggup berkongsikan kasih.....Walau madu bagiku...Tapi hempedu bagimu

Terkadang harus terima----Suratan dariNya----Tidak salah kalau kasih dibahagi---Seadilnya

Telah… haaa..Kufikir sedalamnya.. haaa.. Untuk membuat keputusan---Harus aku berterus terang Jujur dalam perbuatan----Dan… haaa… Jatuh airmataku… haaa…----Mendengar pengakuan ikhlasmu Sanggup bersaudarakan dia walau hakikatnya----Hatimu terluka…

Moga suatu hari sembuhlah luka---

Dan kembali ceria walau hati aku ini---

Milik engkau dan dia :(

** NIE LUAHAN SEORANG INSAN BERNAMA SUAMI LAA..ISTERI LAK PE CITE?

Tu lah lelaki..selalu ingat perempuan nie mudah semudahnya.Senang-senang nak suruh orang perempuan bermadu..kononnya nak ikut sunnah Rasulullah. Kepala hotak kau sunnah.. ooo..pandaii,,bab2 camni sunnah Rasulullah. Jangan nak banding la kau tu dengan Rasulullah..memang sah2 jauh beza wahai lelaki2 weii! Tak pernah nak faham hati perempuan..Tak tau nak hargai kesetiaan seorang isteri. Bila da senang mula la ada hati nak pasang lebih dari dua. Kalau reti berlaku adil,xpe gak..niii...!! ERRRRR...SEnGAL derr..!!

Poligami? Bila disebut berpoligami pasti kaum adam suka.. Malah ada pula kaum hawa yang tidak setuju. Kaum adam yang ingin berkahwin lebih dari satu menyatakan “Poligami ikut sunnah“. Tapi sebelum itu.. Tahukah anda makna perkahwinan yang sebenar? Tujuan anda berkahwin? Dulu katanya.. Aku berkahwin sebab aku cinta akan si dia… Cinta aku mati pada si dia tidak pada orang lain.. Mengapa masih wujud Berpoligami ? Cinta Atau Sex Abang ?

Poligami mengikut sunnah ? Tahukah Poligami Rasulullah bagaimana ? Rasulullah Berpoligami bukan kerna ayat-ayat cinta mahupun sex.. Rasulullah berpoligami setelah baginda berumur 53 tahun. Rasulullah bermonogami selama 25 tahun dan berpoligami selama 10 tahun. Rasulullah sentiasa terkenang-kenangkan zaman monogaminya dengan Khadijah sehingga Aisyah cemburu walaupun Khadijah telah lama wafat.

Wahai Kaum Adam, Anda mahu berpoligami? CERMIN DIRI.. Bermonogomi baru 5 tahun, Anak masih kecil ! kerja tidak menentu !.. Nafkah bini tidak diberi. Anak terbiar mahu berpoligami? Apakah anda berkahwin lagi kerana cinta anda tidak pada isteri anda? Adakah kerana anda tidak puas bersama isteri anda? Marilah abang, Sex itu hanya sementara! Dimana janji cinta di awal perkahwinan?

Allah Ta’la telah berfirman dalam Surah An Nisa’: ayat 3 yang bermaksud:

” Dan jika kamu takut tidak dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim (bila mana kamu mengahwininya), maka kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi; dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan berlaku adil, maka kahwinilah seorang sahaja, atau budak-budak yang kamu miliki (hamba sahaya). Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya.”

Dengan tegas diterangkan serta dituntut agar para suami bersikap adil jika akan berpoligami. Andaikan takut tidak dapat berlaku adil kalau sampai empat orang isteri, cukuplah tiga orang sahaja. Tetapi kalau itupun masih juga tidak dapat adil, cukuplah dua sahaja. Dan kalau dua itu pun masih khuatir tidak boleh berlaku adil, maka hendaklah menikah dengan seorang sahaja.

Para mufassirin berpendapat bahawa berlaku adil itu wajib. Adil di sini bukanlah bererti hanya adil terhadap para isteri sahaja, tetapi mengandungi erti berlaku adil secara mutlak. Oleh kerana itu seorang suami hendaklah berlaku adil sebagai berikut:

  • Berlaku adil terhadap dirinya sendiri.
  • Adil di antara para isteri.
  • Adil memberikan nafkah.
  • Adil dalam menyediakan tempat tinggal.
  • Adil dalam giliran.

Islam mengharuskan poligami atas beberapa sebab:-

  • Suami mempunyai dorongan nafsu syahwat yang luar biasa sehinggakan isteri tidak dapat memenuhi keinginannya.
  • Keadaan isteri yang sentiasa uzur dan sakit.
  • Membela kaum wanita yang menjadi balu atau janda setelah suami gugur dalam berjihad menegakkan agama Allah.
  • Isteri tidak dapat melahirkan zuriat atas sebab kesihatan.

Masih adakah lelaki yang berlaku adil dalam marcaparda ini? Secara mutlaknya.. Saya tidak bersetuju Lelaki yang berpoligami.. Diri sendiri terumbang ambing masih mahu nak bernikah lebih dari satu.. Perkejaan entah kemana.. Lagi satu.. Kepada si kaum hawa.. Sudah tahu yang si suami itu sudah berkahwin masih mahu kahwin? Adakah kerana cinta atau sex? Marilah, Kaum Hawa.. Jangan makan janji manis Sang lelaki yang bertopengkan syaitan.. Mereka berpoligami atas cinta? Wujudkah cinta bila anak sudah 2 3?

Apakah berpoligami pada zaman sekarang atas dasar cinta atau sex? So..fikirlah wahai LELAKI...:p


Blog ini CUTE sgt! Acu tra tekan LIKE :D

Lirik Beribu Sesalan mantopp..

Ku susuri malam ini Yang tidak berbintang sunyi sepi Juga rembulan dah menghilang Dalam kelam ku sendiri Ku mencari hembus bayu Yang selalu berbisik madah rindu Kini membisu dalam sayu Tidak ku temu suaramu Kekasihku di jalanan yang berliku Di saat ku perlukanmu Tertutup jua segalanya terhadapmu Di sini ku tersedu-sedu Setelah cinta pergi Ku mengusung duka ini diiringi Kisah janji dimungkiri lagi Kekasihku di jalanan yang berliku Di saat ku perlukanmu Tertutup jua segalanya terhadapmu Di sini ku tersedu-sedu Setelah cinta pergi Ku mengusung duka ini Diiringi Kisah janji Dimungkiri Dimungkiri Sia-sia ku Mencintaimu Setia padamu Percayakanmu Sebak dadaku Retak hatiku Luka jiwaku Dihiris pilu Sia-siaku Mencintaimu Setia padamu Percayakanmu Sebak dadaku Retak hatiku Luka jiwaku Dihiris pilu Beribu sesalanku sung by :
Blog ini CUTE sgt! Acu tra tekan LIKE :D

I found someone...:)

SALAM…tibe2 tergerak tangan menulis cerita nie. Naz ada kenal seorang lelaki. Orang nya panas baran,mudah melenting,sensitive,ego dan kata orang Ganu ‘agah’.

Satu hari,dia gaduh dengan seseorang yang dia baru kenal beberapa hari. Gara2 dia sakit hati dengan si A tu. Ok..let say,dia ialah si Z dan orang satu lagi tu si A.

Si Z menampar si A tanpa alasan kukuh bagi ku. Tak saboh plok semata-mata perempuan (si N) nie Si Z ni tampar si A. Mula-mula belang si A xnampak lagi,tapi…tak lama lepas tu, dia ajak si Z bertemu. Dia ajak2 geng2 dia mapuhhh si Z. Awal si Z tak jadi g, tapi LELAKI kan..selagi mana ada ego..selagi tu laa dia akan rasa tercabar.

Malam tu, si N nie tak tido semalaman. Tak pernah rasanya dia tak lena tido. Tapi sebab malam tu adalah malam pergaduhan 2 lelaki EGO..dia tak lena tido. Masa berlalu….tepat pukul 3 pagi, si N nie sms si Z.

Si Z: xde pe..Cuma luka atas pale..xdan nak elak..dia pukul nge kayu.

Si N: awk da cuci darah lom??

Si Z: lom..tunggu kawan nak mari cuci..pedih sgt..ingat sikit jer..tapi banyak gak darah kuar.

Malam tu berlalu sampai la pagi. Buat si N nie..memang xsenang duduk la dia bila dah sampai luka2 parah atas kepala. Bagaika tak percaya mengalami situasi sebegitu, si N bagaikan tak keruan. Z jadi gini sebab dia. Tapi dia pom xmampu buat pape.

Seminggu hampir berlalu..Z mengadu hidung dia kuar darah..dia muntah kuar darah..!!!!!

What is it?? Lebih menyebabkan si N ni tak keruan. Z tak bagitau pom umi dia, hospital jauh sekali nak pergi. Katanya tak pernah minat pergi hospital. Ternyata pukulan kayu tu bukan sebarangan,tapi pukulan beracun. Zalim sungguh cara si A. Halus dan bisa ! L

Tak lama selepas tu, ternyata Si A belum puas selagi dia tahu si Z masih hidup. Manusia,,kalau dah namanya jahat,melutut pom sanggup,asalkan keinginan nya dipenuhi. Si A berpura-pura sesal apa yang dia buat. Konon,dating bawak penawar dari jauh untuk ubati racun yang dia sapukan atas kayu tu. Puas memujuk si Z suruh minum penawar tu..konon air akar kayu..tapi si Z keras xminum. Akhirnya, si N nie pujuk..pujuk..pujuk..pujuk..pujuk…dan pujuk….sekelip mata,,sebotol dia minum sampai abis.

Si A ketawa berdekah2 bila da tau Si Z minum sampai habis. Rupenye tu bukan penawar..tapi campuran arak dan air ketum. Jahanam punya manusia..memang syaitan bertopengkan manusia..

Tak pernah terfikir si N akan ketemu manusia sejahat si A. Hari berganti hari, siA tak jemu kacau hidup si Z dan si N. Baginya dendam dia belum terbalas selagi si Z masih hidup. Dia tak pernah puas hati. Tak cukup dia racun badan,dia racun fikiran si N dan si Z. Macam-macam kalau da namanya manusia jahat.

Ramadhan menjelma. Ingatkan reti bahasa bulan baik hari baik. Rupanya kalah syaitan jahatnya.dasyat2..!!

Terkini..tiba2 si A mula menyepi. Hairan si Z dan si N. Namun..dalam hati lega sanga bila budak gila tu da tak kacaw. Tiba2 dia muncul dengan watak lama iaitu watak jahat yang meracuni fikiran orang dgn ayat-ayat dia yang lucah,kotor dan teruk. Nauzubillahiminzalik!

Agak lama selepas tu,tiba2 si A nak mintak maaf dengan si Z,,dia nak no baru si Z. Tapi usaha punya usaha. Dia xleh gak..akhirnyaaaaaaaaaaaaa!! Temberang dia punya watak malaikat tu, dia mesej kat si N,dia da bomohkan si Z nak bagi si Z cepat mati. Barulah dia lega sebab kata dia..dah puas main cara lembut,,so,,dia terus main cara kasar. Woww..again n again.. si Z kena khianat….:0

Sekarang..kita juz tunggu macam mana progress kisah nie.. hopefully,,HAPPY ENDING!-insyaAllah :)

**Bagi Naz..Si Z perlu kuat hadapi semua nie..jangan pernah tunduk dengan si A. Meskipun dia mampu lakukan benda sejauh tu,,kita kena yakin pada Allah Maha Esa. Doa2 orang dizalimi tak pernah ada hijab dan terus didengari Allah :D

P/s: rupa2 nya menurut si Z, dia geram sangat si A sebab tiba2 dia tawarkan pil kuda nak bagi si Z cuba. Si Z tolak tapi si A pujuk lagi. Mungkin dah namanya lelaki..geram sangat,,terus bagi penampar 5..:D


Blog ini CUTE sgt! Acu tra tekan LIKE :D

Hakmilik HareittaNaz@2013