DAISYPATH VACATION


Jul 5, 2013

Komen Instagram Punya Pasal :D


Hari yang baik. Hari Jumaat. Tapi sayang, banyak terima panggilan dan sms dari kawan-kawan.
Hairan. Eh, whats up?? Kenapa kecoh nie?

Terus, saya bukak pic Cik Tiz yang saya ada komen kat Instagram.
Ok, maybe a simple sincere words. I said that...
Mungkin ayat tak sebijik macam ni, tapi lebih dan kurang maksud tu ade..
Alamak, lupa nak capture screen. !! 
( Kan kalau capture nampak saje nak  bikin hot..)

Lebih dan kurang berbunyi macam ni...
" Cik Artis, saya memang minat kat Cik Artis,, tapi gaya cik Artis dgn bf dah mcam suami isteri.. I wish both of u dah kawin sebab gaya da macam orang berumah tangga. 
Tambah-2 lagi pakai singlet, erm. macam tak manis pulak.. "

Dengan harapan, Cik Tiz takkan terasa, apatah lagi delete.. 
Saya cakap elok-elok ja..
Ye, memang ramai je orang biase buat macam tu, artis lain buat macam tu..
Takda pulak KECOH-KECOH? Kan?

Ye,, betul lah. Cumanya kalau orang biasa tu, siapa la kisah, bukan saya kenal pun, minat apatah lagi.
Artis lain plak, dah memang saya tak minat, takde la care sampai nak tegur.
Saya bukan selalu duk tegur orang-orang fames ni, apatah lagi nak tumpang populariti...
Ade apa populariti dunia, saya pun manusia banyak silap pa..

Ya, bukan saya perfect, tapi perkara yang saya tegur tu, 
rasanya perkara yang betul-betul, biasa-biasa ja pun..
why not behave urself, Cik Tiz cerminan pada peminat-peminat Cik Tiz kan..
Nauzubillahminzalik, kalau saya buat. Mintak jauh-jauh...

Tiba-tiba, dikecam peminat dia kata saya gila publisiti.
Saya terpinga-pinga, tak au cite ni masuk blog. 




.Tak cakap banyak... saya godek-godek carik Limauais.com.
angin jugak la..kata kita sengaja duk mengada-ngada cite kat Limauais. 

Macam la kita kenai siapa blogger dia. Memang la fevret kita minum limauais.
Tapi minuman je la.. Site Limauais.com bukan singgahan utama saya ek.
Sakit gigi juga bace komen dia ni, tapi senyum plus kelakar.
Ternyata, ini perasaan bila orang tuduh kita macam-macam, direct pulak cakap saya nak kecoh2 kat bloggers.

Yes, I did realised la, saya mention saya buta IT, tapi saya masih lagi boleh cuba-cuba tekan benda saya nak. Masih boleh taip kat goggle, cuma tak la seadvanced ang pa semua. 
Blog ni pun atas urusan assignment, kerja-kerja hari tu.

Tak pernah rajin saya duk update blog-blog artis nie.. 
Nasib baik, pernah dengar,,
Jumpaaa laa post nia..
Walaweyhh..

Limauais.com :
http://www.limauais.com/tiz-zaqyah-bermesra-dengan-kekasih/


Untung Cik Tiz, ramai peminat duk backup. 
Saya takda orang pun backup, takpa , janji saya tau niat saya apa.
Takda aih sengaja tunjuk kita nie pure sgt...
Saya ni minat kat cik Tiz ja, takda aih nak tunggu saya sempurna baru nak tegur, sampai bila.
Ustaz pun cakap, takda manusia sempurna kat dunia lain, melainkan Rasulullah.
Memang, tapi kitalah ( saya lahh kan.. utamanya ) kena cuba improve diri juga.
 Kita ni siapa... insan lemah ja pun, kerdil, banyak salah lagik. 

Tapi, macam tu la, saya bukan nak memprovok bila saya duk perasan komen kena delete,
saya cuma tertanya, Cik Tiz sebenarnya ada hati nurani, dia rasa tuh, sebab tu dia takut dengan amaran Allah. Jangan duk main-main nama Allah na,, sebab walaupun kita masih diberi rezeki melimpah-ruah, jangan duk sangka Allah redha dengan apa kita buat.

Sebenarnya, itulah namanya Istidraj,,
Iaitu, Allah SWT akan menguji kita dengan pelbagai bentuk ujian. 
Secara mudahnya ujian Allah SWT ke atas manusia ada dua bentuk. 
Yang pertama dalam bentuk nikmat dan yang kedua dalam bentuk bala. 
Malangnya ramai manusia termasuk yang muslim tetapi tidak mukmin gagal mengharungi ujian Allah SWT dalam bentuk nikmat.
Ramai manusia yang hanyut dengan nikmat Allah SWT dan tidak sedikit pula yang menjadi riak, sombong, angkuh, takbur dan ada yang mengaku menjadi tuhan dengan nikmat yang Allah SWT berikan kepada mereka. 

Saya buat post ni,bukan nak buat kenyataan balas, 
cumanya nak bercerita bila orang duk tanya-tanya, 

"ang komen pa? terok sangat ka?"
" ang ni biaq betoi? "
" berani ang lawan artis pamess.. "


Okay, saya bukan nak over-over sangat, 
cumanya nak juga bela diri ye,,kita pun ada rasa, orang duk kata kita ni komen terok-terok. 
Takk, saya tahu batas dia, jaga-jaga juga ayat dia..

Apapun, saya mintak maaf kalau peminat tak suka komen saya pada Cik Tiz.
Bagi saya simple, bila suka kat orang dengan sebenar-benarnya suka, 
kita tak suka tengok dia jauh dari Allah. 
Tapi betoi ar kata salah seorang komentar, 
" buat apa tegur kalau dah tau dia tak leh terima..senyap2 suda. membenci dalam hati selemah-lemah iman.."

Betoi,, tapi sampai bila iman saya nak lemah, and 1 more things... 
takkan nak ada peminat yang duk puji-puji ja...tak merried plak Instagram.. tak gitu? hehe..
1 lagi, saya memang tak tau Cik Tiz tak suka ada peminat yang tegur depan-depan camni. 

Takpa, kata cik Tiz, "tak luak la setakat ang sorang.."
Allah tahu maksud saya, orang tak suka takpa.
Akhir kata, maaf untuk cik Tiz dan peminat-peminat dia. 
Maaf bukan bermakna saya salah, tapi maaf kerna saya bikin anda duk kutuk-kutuk saya sedangkan saya duk cakap benda betoi... termaktub dalam AQ... hukum hakam syariah...:)
wallualam

MAAF SEDALAM2 NYA.. SAYA INSAN BIASA,, TAK LEKANG DARI KHILAF.. 
PeaceNoWAR! :D

#saya tak ingin bersengketa, cuma inginkan mencipta cerita antra kita. hee~




Blog ini CUTE sgt! Acu tra tekan LIKE :D

2 comments:

Anonymous said...

Macam ni lah ADIK,
Awak kata niat awak ikhlas menegur. Cuma perkataan yang awak gunakan untuk provoke tiz, saya rasa tidak menampakkan yang awak ikhlas. Kalau betul awak ikhlas, lepas tegur, tiz baca dan delete, awak sepatutnya berhenti sampai di situ sahaja sebab niat IKHLAS awak untuk menegur telah sampai kepada tuan punya diri. Mesti tiz dah baca komen awal ADIK sebelum decide untuk delete. Jadi kenapa mesti ada komen balas dari ADIK. Nampak sangat tidak ikhlas akan komen awal tadi kan???!!! Dan nampak sangat tujuannya bukan untuk memperbetulkan tiz tapi lebih kepada membalas dendam kerana tidak puas hati dengan tindakan tiz delete komen ADIK.

Jadi sekarang, saya rasa ADIK sendiri perlu kembali merenung niat asal komen balas ADIK kepada tiz.

Komen awal mungkin IKHLAS tapi komen balas....kemungkinan besar tidak

hareittanaz said...

guna anon, boleh la ckp. huhu.
ustaz mana lak ckp, kalau ikhlas menegur, org delete, kita bole diam. saya cuma heran asal nak delete kalau tak terasa, cuba scroll komen bwh2...lg dasyat ckp kt dia...
akak , akak,, nak backup bagai, backup bnda betol plak. tak faham org la nie~ :-?

Hakmilik HareittaNaz@2013