DAISYPATH VACATION


Aug 28, 2011

Naz Rindu Teman2 :)

SALAM DUNIA..SALAM SEMUA..SALAM HARI RAYA..^^

Yayay! Memandangkan esok last puasa. Naz jadi excited lak nak raya. Tengok plak gambar kawan2 yang da berjumpa kat umah Elly kot... hehe..tibaii je la..Sebab rancangan Reunion SPM batch 2008 tu ar.. besshh nyer diorang dapat spend time gtu..jeles sih~

Ahahaha..tak da maknenya jeless~

Dapat la jumpa pahni..3 September 2011..wee~ Excited la nak jumpa kawan2 yang da berkurun tak jumpa..Fusaa..Ellyy..Syuk..Syuhada..Haiza..Ckin..Eyna,Maysarah Midah.. Excited jugakk laa..lu Sarah tu jumpe gak la kat bazaar Ramadhan Kg Raja..Eyna pom rajin gak jumpa..Hehe..Tapi tak puas selagi tak spend time nge kawan2 lame nie..Ritu sempat makan2 dan shopping2 je nge Shuk dan Chuk-r..

Suke ngat shopping nge makan dgn budak 2orang tu..sebab die la belanja..orang kaya an~ Hahaha..NAz makan banyak woo..wat malu jer~ ahahaha..:D

Lagi menambahkan kerinduan dan ke`excited’an Naz..masa p stadium Gong Badak rtu la..p ambk duit yayasan Terengganu kan..Naz jumpa ramaaaiiiiiiiiiiiii sangat kawan2 lame Naz..teringat sangat la momen2 masa kat Tok Jiring dulu..pah,,ade lak junior2 Naz…Salma Husna…dan bla bla bla..:))

Naz ada quote skit tuk kita menghargai persahabatan kita. Yelah..kita bersahabat selamanya,,bukan habis sekolah..habis la kita berteman..no..no..no..keep our faith in our relationship by keeping n touch each other..even kita tak rasa rindu sangat..ada kawan baru dah..but..we still need to remember our old frens..they make us now~ wah3..pandaii2 lak Naz n..hik3

‘Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’

**Setiap kali ingat sahabat2 Naz kat SMKA Tok Jiring..mesti sedih..sayu..rindu sangat ukhwah kami yang rapat bagaikan adik beradik kandung..kalau momen tu boleh diputar lagi,,memang bahagia kan?? J

ALLAH SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.

Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya.”

Dalam Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.

Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud:

“Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya.” (H.R Abu Daud).

Bak kata pepatah Arab, “Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

ü Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;

ü Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;

ü Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;

ü Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;

ü Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;

ü Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;

ü Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;

ü Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;

ü Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;

ü Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;

ü Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;

ü Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;

ü Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;

ü Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.

Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:

Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.

Sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.

Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang dia tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu atau mengkhianati amanahmu. Bila telah di percayai, dia khianati. Bila telah di cintai, dia dustakan.

Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka berpesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan yang melalaikan.

Sahabat yang membawamu semakin jauh dari Allah. Seorang yang tidak menambah kebajikanmu di dunia, lebih2 lagi di akhirat. Seorang yang tidak menambah manfaat kehidupanmu di akhirat, bukanlah temanmu yang sebenar.

**Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-Nya.

SALAM~~


Blog ini CUTE sgt! Acu tra tekan LIKE :D

Doddle ni Naz punyer..:))

nie Doodle Naz ambk dari bro Apit..dia bagi copy kan..dah alang2 minat..Naz copy 1 tuk NAz...thanx bro Apit :D
sape2 minat nak tengok selection lain: klik di sini

Blog ini CUTE sgt! Acu tra tekan LIKE :D

Iktibar sebatang pensel :)

Pernah seorang anak lelaki bertanya kepada ibunya yang sedang menulis.

“ Apa ibu sedang tulis? Ibu menulis tentang siapa? Atau pengalaman ibu?”

“Ibu menulis tentang diri kamu tapi ada yang lebih penting daripada itu iaitu pensel ini.”

“Apa yang istimewa tentang pensel ini?” Tanya si anak.

“Ibu berharap hidupmu seperti pensel. Walaupun sebatang pensel ada lima nilai yang boleh kita pelajari daripada. Kamu mahu tahu?”

“Ya,ibu.”

PERTAMA:

Pensel ini mengingatkan jika kamu boleh membuat sesuatu yang hebat dalam hidup ini. Jangan lupa,ibarat pensel ada tangan memegangnya. Maka ingatlah akan ada kuasa yang membimbing langkah hidupmu iaitu Allah swt. Dia akan selalu membimbing kita menurut kehendak-Nya.

KEDUA:

Ketika menulis,pensel kerap menjadi tumpul. Ibu terpaksa berhenti untuk mengasahnya. Pensel ini pasti menderita ketika diraut tetapi hasilnya ia akan menjadi tajam dan bagus tulisannya. Begitu juga akan berlaku dalam hidup kamu. Kamu mesti berani menempuh kesusahan kerana ia akan menjadi baja atau sebab untuk dirimu menjadi lebih baik.

KETIGA:

Pensel ini mungkin menghasilkan tulisan yang salah. Namun kita boleh memadam dan membetulkan tulisan ini semula. Begitulah yang ibu harapkan kepada anak ibu ini,sentiasalah memperbaiki kesalahan dalam hidup. Ia bukan sesuatu yang hina dengan memperbaiki kesalahan kita, kita kan sentiasa berada di jalan yang benar.

KEEMPAT:

Tahukah anak ibu mana yang lebih penting; luar atau isi pensel? Sudah tentu arang atau karbon di dalamnya. Oleh sebab itu,berhati-hatilah dengan apa yang tidak baik dalam diri kamu itu dan hindarilah.

KELIMA:

Pensel ini selalu mengingatkan tanda atau goresan. Begitu juga kamu,apa sahaja yang kamu buat pasti akan meninggalkan kesan nya pada diri kamu atau orang lain. Ibu berharap kamu akan selalu berhati-hati dan bijak dalam bertindak.

Inilah antara kata-kata yang baik untuk si anak membawa prinsip positif. Wahai ibu bapa, jangan berputus asa. Apa sahaja kata-kata semangat yang kita ulang-ulangkan kepada anak (walau Nampak seperti mereka tidak mengendahkan) namun pasti akan memberi bekas dalam jiwa mereka. Ulang-ulangkanlah ~ (^_^)

sumber:majalah solusi 2011 (isu no 35)


Blog ini CUTE sgt! Acu tra tekan LIKE :D

Aug 27, 2011

Bila tba hari raya,,semua insan bergembira..tetapi bagiku..hehe :)

SALAM kiut buat pembaca2 yang kiut..HEHEHE..
Naz rasa penat ngat rini...tido lam ko 3..bangun kat ko 4..tido balik sampai ko 6..
Astaghfirullahalazim..kurang pahala puase kan?
Nak wat gane,,penat molek..sebab tadi Naz kena pusing satu stadium Gong Badak.
Memang pusing betol nie..bukan saje2 cakap.
Hehehe..eden memang ponat..
Agaknya memang kurang la pahala puase arini..
sebab Naz ada gak la merungut sikit2..
Sebab nye terlalu ramai sangat orang kat stadium..so??
TRAFIK JEM laaaa...aigoo~~
Hehehe..camtu la kan ragam orang puase..
Naz terfikir gak la dalam hati.."nipisnye imanku,,diuji sikit da merungut doh..gitu laa manusia..xleh sabar langsung.." Ermmm...yelah kadang2 lu Naz nak marah kan..duduk termenung japp..ase menyesal plop kita marah2,,,nampak ar sikap tak matang..tak sabar...
ehem2..cakap sal RAYA..tadi pergi Bank Islam kat Jerteh..
Yelah..watpe lagi..masuk duit rm1000 dapat tadi ar kat stadium..
Kan terpakaiii lakk..dah ar banyak doh pakai tuk raya ea.. aiyooo~~
Uitt..first time masuk Jerteh waktu malam~
Packkk gilerr~~
weee~..lawak sangat..ramai gak Naz jumpa member2
yang baru dapat rm1000 pegi shopping raya...hahaha..:D
Actually,Naz nie tak la beria sangat raya2 nie,,
sebabnya baju kurung sepasang jer..
tu pun tak tau nak pakai tudung pe..:(
Cdey2...aritu ade beli shawl..
tapi cam tak sanggup je nak pakai..hehe
Last2 bagi kat adik..bukan pe..cam xsesuai~
Hehehe..
Soo...Naz pom ambik keputusan lantak kau la nak pakai ape raya pertama ekG..op2??
Ade aku kesah~ hahaha..
Tu lah Hareitta Naz..jenis senang kiree la kate orang Terengganu.
Setiap kali NAz beli..mesti nak wat list dan letak bajet2 setiap hari..
Bukan pe nak berjaga2..jenis Naz..cepat ingat setiap ape yang NAz beli..so,,even tak sempat nak tulis hari tu..Naz tulis ari lain..~~janji tulis..hehehe
Take precaution la katakan (^_^)
Itulah SAYA. Jenis tak de mood mane nak beraya. Biar orang ada tudung..kita tak de tudung tak pe..Janji adik2 happy..><
Sian sha...tak jumpe2 sandal raya yer..last2,,jumpe yang rm60 above.
So,,i decided ti treat her..yelah..biar laa..cian gop..susah lak nak carik saiz..
Tinggal dua hari lagi raya pom..hehehe..:D
So..akhirnya..kelengkapan adik2 Naz da cukup.. Naz je terkapai2...tak kisah la..asal semua happy..:))))
sebelum mengakhiri post rini..Naz nak ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin. Sorii la kalau2 ada mane2 entri NAz yang tak berkenan di hati ek..kot2 la..wink3 (*_*)
ok..TaTa~~
-SALAM-

Blog ini CUTE sgt! Acu tra tekan LIKE :D

Aug 26, 2011

Macam da berlaku je Lailatulqadar :(

Hai..

Ehem2..marin kan Naz g Bandar Jerteh,,yela.beli ape yang patut untuk adik2..sekaligus kemaskini akaun BANK ISLAM dan MAYBANK..wee~

Pack giler bandar Jerteh..dalam sibuk2 gitu kan..ada jugak la manusia2 yang jenis tak sabar. Yelah nak cakap tak kena..bukan nak marah sangat pom Cuma kesal sikit ada la..Ada ke patut gitu ek? Yelah,ok..Naz cite…:D

Ada 1 guy la kan duk hon2 kete..duk tekan2 enjin kete..bagik kasik kuat bunyi..tak tau la niat apa dia buat semua tu..tiba-tiba terkeluar gak perkataan ‘gila’ dari mulut Naz..astaghfirullahalazim…mana tak nya..lu sekali dua tak pe..tapi banyak kali..ada ke patut?? Ada ke orang yang terlalu sewel nak duduk lam trafik jem tu lama2..orang lain pun pose gak wei…consider ar skit bro!! :p

Ahh..tutup ar cite tu..watpe nak cite sal lelaki GONG gitu..haha~

Actually,,Naz nak share feeling sal ketidaktenteraman hati la pagi marin..(semalam la maksudnya dalam bahasa standard..) Malam rasa frustt la..sebab pagi tu macam redup.sejuk.nyaman.tak panas.

Sah-sah la malam marin malam LAILATULQADAR…sedih ar tak terkejut..sebabnya, makan ubat batuk dan selsema. Naz dah dapat agak dah lu makan ubat memang tak kan terkejut la tengah2 malam..biasa terkejut gak tengah2 malam. Dasyat op?? Yelah,,maybe Naz tak jaga adab-adab sepanjang Ramadhan. Jadi, Allah pun susah la nak bagi malam yang penuh keberkatan dan kelebihan tu tuk orang macam NAz nie..badmood sangat hari tu. Sampai2, mak sedara ingat Naz badmood sebab tutttt…(secreto de amor la..malu la lu Naz cite op..hik3) wink2..;)

Emm..tu la..perasaan yang sangat berat,menyesal dan macam tak reti hargai bulan Ramadhan. Kan??? Nie nak kongsi la sikit tips2 Qiamulail,. :)

Beberapa tips dalam merebut pahala dan kelebihan malam Lailatul Qadar :

1. Bersedia untuk merebutnya dari sekarang terutama disegi keyakinan, kesungguhan merebut peluang tahunan ini dan merancang kalender harian agar mengosongkan 10 malam-malam terakhir tersebut untuk tujuan itu semata-mata; tidak untuk kesibukan lain.

2. Memahami bahawa dimana jawatan, kedudukan dan kesibukan kita di dunia ini, tujuan utama manusia dijadikan ialah untuk beribadah kepada Allah S.W.T dengan penuh keikhlasan, bersedia untuk hari (Akhirat) yang tiada gunanya lagi harta dan anak-anak, melainkan orang yang bertemu Allah dengan hati yang sejahtera.

3. Putuskan dari sekarang masjid mana yang akan kita gunakan untuk iktikaf, siang dan malam, samada sebahagian atau 24 jam sehari. Pastikan AJK masjid tersebut memahami ibadah iktikaf dan qiyamullail 10 malam terakhir agar tidak berlaku masalah pengurusan dengan mereka yang tidak memahaminya.

4. Dapatkan teman agar sama-sama dapat melakukan ibadah tersebut secara berjemaah.

5. Jika anda bekerja di bawah majikan, kenalpasti hari-hari yang akan dimohon cuti agar dapat lebih hari untuk beriktikaf di masjid. Jika anda tidak dapat mengambil cuti kerja, anda boleh cuba berktikaf di masjid sepenuhnya dalam cuti hujung minggu pada hari Sabtu dan Ahad.

6. Jika anda seorang pelajar, cuba habiskan kerja-kerja rumah atau assignments dari sekarang agar tidak tertimbun pada 10 malam terakhir Ramadan. Beli tiket balik kampung lebih awal agar tidak disibukkan mencari tiket nanti.

7. Bersedia untuk Aidil Fitri lebih awal agar kita tidak disibukkan nanti dengan membeli belah, memasang langsir, membuat kuih-muih, menyiap atau menjahit pakaian Raya dan sebagainya seperti yang sering berlaku pada ramai orang yang kurang memahami dan menghayati kelebihan 10 malam terakhir Ramadan.

8. Memahami bahawa asas perubahan ke arah kebaikan pada seseorang bahkan pada sesebuah umat ialah pembaikan jiwa yang ada di dalam diri masing-masing. Madrasah 10 Malam Terakhir Ramadan yang bakal dilalui boleh turut membantu mencapai ke arah perubahan tersebut.

Semoga Allah mengurniakan ketaqwaan kepada kita setelah menjalani ibadah di bulan Ramadan ini. Kita keluar darinya nanti dengan beroleh rahmah, keampunan dan selamat dari api neraka. Amin.


Blog ini CUTE sgt! Acu tra tekan LIKE :D

Aug 24, 2011

trend GIRL skrang :))

Salam sayang buat semua..
Entri kali nie NAz nak kobek2 sikit sal trend GiRL skrg nie..
Xde nak kondem nya..juz sharing2 2 3 perkara.
Tol x?? Sekarang da jarang pakai tudung??
kan..kan..kan...?
Mane tak nye..trend pakai SHAWL der..
macam2 gaya ade..
pakai PASHMINA pom ader gak..
Meh kite tengok2 skit hasil goggle Naz carik nie..
warne2 yang membangkitkan gaya yang cool~
fevret Naz~ purple :)
model PASHMINA yg kena pemakaian nya..sopan jer kan??
JANGAN yg macam nie dah la...;(
lawa gak Pasmina nie..soft colour ;))
Ce Tra tengok trend SHAWL skrg nie lak..:))
da macam2 gaya orang pose kalu dan pakai shawl cantik2 nie kan..hehe
sweet jer lu ade seme warne2 nie..:D
siap ada cara2 nak pakai shawl lagi..GLAMER x GLAMER nye SHAWL nie..fuhh,,gler punye fesyen kan..~
tapi..banyak2 fesyen SHAWL..heliza helmi HIJAB kan suke tengokk..
memang sopan sangat kan..sies..ce tengokk..(^,^)
muke die kan..lu da kiut..xwat mulut 'itik' pom kiut gakk :D (jgn marah fans Heliza)
KAN betol Naz gtaw..sies SOPAN~
lelaki tengok pom sejuk mata memandang..:)
terpikat tu xde la kamus da..da memang caer loler,,,ngeh3
tapi Naz nak ingatkan pada diri sendiri dan para2 perempuan la..
Kita nie pakai tudung..biar la lillahitaala..jangan sebab FESYEN ke pe..
sebab nak MELARAM je lbey kan..tol x?? EHEM2..yela2..
mane tak nye..pakai tudung cantik2..pah,,buat pose2 yang boleh menggugat lelaki2 di luar sana dan upload Facebook. Ape semua tu..?? Sama2 la fikirkan k??
Ni ade la diskusi kat fb sal pakai shawl nie..
Klik untuk view imej yg lebih besar :)
Hidup ni bukan untuk suke2 jer...kena fikir gak akibat dari ke'excited' an kitA nak bagi tengok betapa lawanya kita..xpun betapa trendy dan voguE nya kita bila dapat pakai shawl..:)
Ok..juz beware with ourselves :)
p/s: Naz cakap gini bukan sebab tak pakai atau tak nak pakai shawl atau jeles tengok orang pakai shawl.. teringin gak pakai..tapi cam xsesuai pulak..hehe..maklumla,kita xmacam orang lain..xlawa kan...huhu :)) Tapi juz berjaga2 je la..kan?
That's all for now..RENUNG2 KAN SAME2 :D
~~SALAM~~

Blog ini CUTE sgt! Acu tra tekan LIKE :D

Hakmilik HareittaNaz@2013