Ehem2..marin kan Naz g Bandar Jerteh,,yela.beli ape yang patut untuk adik2..sekaligus kemaskini akaun BANK ISLAM dan MAYBANK..wee~
Pack giler bandar Jerteh..dalam sibuk2 gitu kan..ada jugak la manusia2 yang jenis tak sabar. Yelah nak cakap tak kena..bukan nak marah sangat pom Cuma kesal sikit ada la..Ada ke patut gitu ek? Yelah,ok..Naz cite…:D
Ada 1 guy la kan duk hon2 kete..duk tekan2 enjin kete..bagik kasik kuat bunyi..tak tau la niat apa dia buat semua tu..tiba-tiba terkeluar gak perkataan ‘gila’ dari mulut Naz..astaghfirullahalazim…mana tak nya..lu sekali dua tak pe..tapi banyak kali..ada ke patut?? Ada ke orang yang terlalu sewel nak duduk lam trafik jem tu lama2..orang lain pun pose gak wei…consider ar skit bro!! :p
Ahh..tutup ar cite tu..watpe nak cite sal lelaki GONG gitu..haha~
Actually,,Naz nak share feeling sal ketidaktenteraman hati la pagi marin..(semalam la maksudnya dalam bahasa standard..) Malam rasa frustt la..sebab pagi tu macam redup.sejuk.nyaman.tak panas.
Sah-sah la malam marin malam LAILATULQADAR…sedih ar tak terkejut..sebabnya, makan ubat batuk dan selsema. Naz dah dapat agak dah lu makan ubat memang tak kan terkejut la tengah2 malam..biasa terkejut gak tengah2 malam. Dasyat op?? Yelah,,maybe Naz tak jaga adab-adab sepanjang Ramadhan. Jadi, Allah pun susah la nak bagi malam yang penuh keberkatan dan kelebihan tu tuk orang macam NAz nie..badmood sangat hari tu. Sampai2, mak sedara ingat Naz badmood sebab tutttt…(secreto de amor la..malu la lu Naz cite op..hik3) wink2..;)
Emm..tu la..perasaan yang sangat berat,menyesal dan macam tak reti hargai bulan Ramadhan. Kan??? Nie nak kongsi la sikit tips2 Qiamulail,. :)
Beberapa tips dalam merebut pahala dan kelebihan malam Lailatul Qadar :
1. Bersedia untuk merebutnya dari sekarang terutama disegi keyakinan, kesungguhan merebut peluang tahunan ini dan merancang kalender harian agar mengosongkan 10 malam-malam terakhir tersebut untuk tujuan itu semata-mata; tidak untuk kesibukan lain.
2. Memahami bahawa dimana jawatan, kedudukan dan kesibukan kita di dunia ini, tujuan utama manusia dijadikan ialah untuk beribadah kepada Allah S.W.T dengan penuh keikhlasan, bersedia untuk hari (Akhirat) yang tiada gunanya lagi harta dan anak-anak, melainkan orang yang bertemu Allah dengan hati yang sejahtera.
3. Putuskan dari sekarang masjid mana yang akan kita gunakan untuk iktikaf, siang dan malam, samada sebahagian atau 24 jam sehari. Pastikan AJK masjid tersebut memahami ibadah iktikaf dan qiyamullail 10 malam terakhir agar tidak berlaku masalah pengurusan dengan mereka yang tidak memahaminya.
4. Dapatkan teman agar sama-sama dapat melakukan ibadah tersebut secara berjemaah.
5. Jika anda bekerja di bawah majikan, kenalpasti hari-hari yang akan dimohon cuti agar dapat lebih hari untuk beriktikaf di masjid. Jika anda tidak dapat mengambil cuti kerja, anda boleh cuba berktikaf di masjid sepenuhnya dalam cuti hujung minggu pada hari Sabtu dan Ahad.
6. Jika anda seorang pelajar, cuba habiskan kerja-kerja rumah atau assignments dari sekarang agar tidak tertimbun pada 10 malam terakhir Ramadan. Beli tiket balik kampung lebih awal agar tidak disibukkan mencari tiket nanti.
7. Bersedia untuk Aidil Fitri lebih awal agar kita tidak disibukkan nanti dengan membeli belah, memasang langsir, membuat kuih-muih, menyiap atau menjahit pakaian Raya dan sebagainya seperti yang sering berlaku pada ramai orang yang kurang memahami dan menghayati kelebihan 10 malam terakhir Ramadan.
8. Memahami bahawa asas perubahan ke arah kebaikan pada seseorang bahkan pada sesebuah umat ialah pembaikan jiwa yang ada di dalam diri masing-masing. Madrasah 10 Malam Terakhir Ramadan yang bakal dilalui boleh turut membantu mencapai ke arah perubahan tersebut.
Semoga Allah mengurniakan ketaqwaan kepada kita setelah menjalani ibadah di bulan Ramadan ini. Kita keluar darinya nanti dengan beroleh rahmah, keampunan dan selamat dari api neraka. Amin.
No comments:
Post a Comment