DAISYPATH VACATION


Aug 28, 2011

Iktibar sebatang pensel :)

Pernah seorang anak lelaki bertanya kepada ibunya yang sedang menulis.

“ Apa ibu sedang tulis? Ibu menulis tentang siapa? Atau pengalaman ibu?”

“Ibu menulis tentang diri kamu tapi ada yang lebih penting daripada itu iaitu pensel ini.”

“Apa yang istimewa tentang pensel ini?” Tanya si anak.

“Ibu berharap hidupmu seperti pensel. Walaupun sebatang pensel ada lima nilai yang boleh kita pelajari daripada. Kamu mahu tahu?”

“Ya,ibu.”

PERTAMA:

Pensel ini mengingatkan jika kamu boleh membuat sesuatu yang hebat dalam hidup ini. Jangan lupa,ibarat pensel ada tangan memegangnya. Maka ingatlah akan ada kuasa yang membimbing langkah hidupmu iaitu Allah swt. Dia akan selalu membimbing kita menurut kehendak-Nya.

KEDUA:

Ketika menulis,pensel kerap menjadi tumpul. Ibu terpaksa berhenti untuk mengasahnya. Pensel ini pasti menderita ketika diraut tetapi hasilnya ia akan menjadi tajam dan bagus tulisannya. Begitu juga akan berlaku dalam hidup kamu. Kamu mesti berani menempuh kesusahan kerana ia akan menjadi baja atau sebab untuk dirimu menjadi lebih baik.

KETIGA:

Pensel ini mungkin menghasilkan tulisan yang salah. Namun kita boleh memadam dan membetulkan tulisan ini semula. Begitulah yang ibu harapkan kepada anak ibu ini,sentiasalah memperbaiki kesalahan dalam hidup. Ia bukan sesuatu yang hina dengan memperbaiki kesalahan kita, kita kan sentiasa berada di jalan yang benar.

KEEMPAT:

Tahukah anak ibu mana yang lebih penting; luar atau isi pensel? Sudah tentu arang atau karbon di dalamnya. Oleh sebab itu,berhati-hatilah dengan apa yang tidak baik dalam diri kamu itu dan hindarilah.

KELIMA:

Pensel ini selalu mengingatkan tanda atau goresan. Begitu juga kamu,apa sahaja yang kamu buat pasti akan meninggalkan kesan nya pada diri kamu atau orang lain. Ibu berharap kamu akan selalu berhati-hati dan bijak dalam bertindak.

Inilah antara kata-kata yang baik untuk si anak membawa prinsip positif. Wahai ibu bapa, jangan berputus asa. Apa sahaja kata-kata semangat yang kita ulang-ulangkan kepada anak (walau Nampak seperti mereka tidak mengendahkan) namun pasti akan memberi bekas dalam jiwa mereka. Ulang-ulangkanlah ~ (^_^)

sumber:majalah solusi 2011 (isu no 35)


Blog ini CUTE sgt! Acu tra tekan LIKE :D

No comments:

Hakmilik HareittaNaz@2013