DAISYPATH VACATION


Nov 29, 2012

STPM/STAM VS MATRIK (pelajar UUM)

Assalamualaikum. Hai semua. Lupa, sejak tukar template baru, "assalamualaikum" yg aku design comei2 tu dah di "eliminate".
Hehehe. so, a lot of sorry if I do forget to start my post with "assalamualaikum"

si A: kesian korang dpat UUM kan?
si B: ehh..so what? aku dapat UUM. aku sayang UUM aku. tak suke, blah ar ! :) UUM aku cantik. U ko sure tk ley lawan. toksah cakap besaq la..haha..

Ok, tajuk ni sangat HOT! Terutama di universiti-universiti, ahh.. tak kira ar,, sekolah-sekolah menengah pun same. Yes, STPM art stream or even STAM and Matrik.

Dialog biase didengar:

"Ko takpe ar, budak matrik. Aku dah la STAM, xda basic kot nak study math nie, akaun lagi, aduii.."

ATAU...

"Hahaha..bukan main kita duk pulun statistik, budak matrik rileks jer.. maklumla kita bukan pndai cma budak matriks. untunglaaa.."

ok-ok.. dijelaskan di sini, apa bezanya? Matrik hebat sangat ka? Even if they do, make their strength to push you up achieving same target. Ni nak main-main perli depa pasai apa. (Haha, da keluar slang kedah kan..)

Ni masalah utama orang kita, orang apa ? Ok, maafkan saya orang MELAYU, atau lebih spesifik kan lagi orang ISLAM. Kenapa kita meremehkan agama? Why should we put down ourselves? Aku tak cakap kita kene meninggikan diri, sudah tentu lah tidak. Cuma, tolonglah keluar dari kelompok yang suke menunding jari kat orang.  

" Ko takpe ar,, ko bijak. budak matrik..memang bijak. Aku ape,, STPM je kot/ STAM je kot.."
Daripada ang pa semua duk cakap benda-benda yang langsung tak beri faedah kat ang pa semua, kenapa tak kita ubah paradigma kita skit. 

Allah ada berfirman menjelaskan: 
Dia tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu berusaha untuk memajukan diri mereka.
Maha Benar kata-kata Allah

Macam mana kita nak berjaya kalau setiap benda kita sendiri belum buat, dah kata tak pandai, tak boleh, tak bijak.. Erm.. kadang-kadang sedih melihat orang Melayu, walaupun aku sendiri orang Melayu, Bangsaku yang kian hanyut, ditelan masa. Masih tidak menyedari mereka semua makin ditinggalkan. Leka dan terlalai.

Aku suka melihat gelagat pelajar-pelajar UUM, terkadang banyak aku pelajari dari mereka. Yes, thanks to all of you for teaching me lots of worth experiences. Bagiku, bila kita meremehkan agama, inilah kita. L.E.M.A.H. Kita sendiri tak dapat melihat potensi agama dalam bidang kita ceburi, macam mana orang lain boleh percaya dengan agama yang kita bawa. Jangan calarkan Agama Islam dek kerana sikap kita acuh tak acuh.  Kita perlu berubah! Perlu! Tapi bagaimana? Kalau dah selalu berkawan dengan orang-orang yang sama, macam mana pemikiran kita nak berubah, nak positif? 

Teringat kata-kata mentor saya, Dr Rusyainie Ramli, dia cakap kalau kita nak berjaya, berfikirlah seperti orang yang berjaya. Kalau nak fikir seperti orang berjaya, tentu-tentu kita kena berkawan dengan mereka. tak gitu? Yes, i ever did it before, and surely continue doing it. Berkawan dengan golongan sebegini langsung menberi suntikan berbeza. Their mind is totally different. TOTALLY! Somehow,at first, i find it is weird, but later on, it's unique.

Kalau orang kata : "Eh, orang ngaji bab agama ni boleh keje ek?"
Jawab laa: " Eh, nape lak tak bole. Orang belajar enginnering, arkitetur, doktor, ramai je menganggur, ape salah orang belajar agama menganggur? adil la kan? sama-sama menganggur.."

Rezeki tu kerja Allah. Tak perlu kita persoalkan, tapi sudah tentu-tentu kita kena berusaha untuk mendapatkannya. Kan?

Personally, aku rasa aku tulis ni bukan sebab aku ni STPM aliran agama/ sastera. Tentu - tentu tidak. Cuma aku rasa macam-macam. Tertanya-tanya. malu sangat ke ang pa semua ambik kos Muamalat- Islamic Finance Studies? Buat leceh ja pi kuliah, ustazah tanya, jawab tak jawab. Mak aihh~~

Sebelum ni, aku dapat aliran sains, tapi sekadar menurut kata ibu tercinta, aku tukar aliran agama. Mungkin pada masa tu, aku ikut kata ibu aku, maybe it was half-hearted kot. Tapi, aku mengerti kini. Aku tau dan yakin semua terjadi ada hikmahnya. Even, I got the chance to further studies in university, my mom asked me to further in form6 instead. Form 6 had grown up me enough. It was kind hardship there, but enjoyable moment too. I got to know many friends that I've never meet someone like them. Hee~~

Jadi, pada akhirnya, daripada kita menyalahkan/ menunding jari pada sesiapa, kita patut cari penyelesaian. Aku seorang yang memang sukakan cabaran. (eh, yeke?) ok, sesetengah perkara la. Aku sendiri memang sejak dulu tak pandai kira-kira, tapi aku ada sesuatu yang boleh aku dibanggakan la..( angkat bakul lak.. ) ok! :)

bajet2 banyak keje konon.haha

Aku jenis suka berusaha dan selagi aku tak faham, aku tanya je sape-sape, biar pun aritu je aku baru kenal dia. Tu lah kot kekuatan aku. Jadi, kalau orang cakap aku bijak, aku senyum je. Aku tak bijak dan tidak juga ingin menunjuk yang "macam la bijak sgt.." haha...bukanlah mengiyakan, tapi meng amin kan, itu lebih bagus. Moge2 betul- betul bijak! Amin tu lebih bagus daripada  aku kata, " eh..tak de la..tak bijak pun..biase2 je.." <--ni jawapan="jawapan" kata="kata" riak="riak" ustaz.="ustaz.">


Yup, jadi..ayuh jadi HEBAT dunia dan akhirat. Insya Allah. :)

Blog ini CUTE sgt! Acu tra tekan LIKE :D

Nov 27, 2012

SECRET SONG FOR YOU

       Honestly, I was astonished with the lyrics for the first time I heard it. Whatever somehow, it describes my feeling , maybe less or even more. Hahaha~



you were there to light my day
you were there to guide me through
from the days down and on 
i'll never stop thinking of you


how can i forget all that
when you're the one who make me smile
you'll always be apart of me
how i wish you were still mine






never will forget the day
how we've met and came this far
weall know we got this feeling
but somehoe it has to end up here


i know it's me who said goodbye
and thats the hardest thing to do
cause you mean so much to me
and guide the truth from me to you


for all the thing i've done and said
for all the hurt that i've cause you
i hope you will forgive me baby 
cause that wasn't wat i meant to do


 PART paling BEST yang aku nak cakap sekali,,"how i wish u'll be mine"..
bukan "how i wish u're still mine" coz never be mine pun before this. Haha! Ok. stop dreaming :p




Tapi, yang tak same part lirik ni, aku takde plak buat salah ngan dia. Hahaha. Sebab, kenyataannya,, dia pun mana nak tau aku suka kat dia. Hahaha! So, it's just a secret song for him. Maybe? Hahaha~ 

Orite... do searching this video. Surely, you'll be love it damn much. Just like me :D whoaa !

Blog ini CUTE sgt! Acu tra tekan LIKE :D

Nov 25, 2012

MURABBI CINTA bersama Saiful Islam

    Kali pertama, aku mendengar nya, MURABBI CINTA ~my first impression is cinta kepada Allah. Aku langsung terfikir, why don't I join in? InsyaAllah, mana tau hasrat hati yang ingin mencintai Allah dan rasulNya mungkin memberi sinar kepada hati aku. Ye, betol!!
 Aku mungkin seorang hamba yang seakan-akan manis di bibir, ingin mencari cinta Allah, tapi perangai tah apa-apa. Aku bukan insan sempurna. Sungguh!



   Alhamdulillah,dengan izin Allah, aku diberi peluang mengenali seorang lagi insan istimewa, yang aku kenali melalui laman sesawang sosial iaitu Facebook, tertarik dengan bait kata-katanya berbunyi: 


Saya tidak memberi sebarang komen tentang bencana yang sedang menimpa Gaza bukan tidak prihatin. Tetapi saya rasa semua yang saya mahu cakap adalah sampah kerana ia tidak sedikit pun menguis pergi Zionis dari Bumi Isra' itu.

Yang mampu saya buat secara signifikan sekarang ini ialah membersihkan makan minum serta amalan, agar doa saya untuk Gaza tidak terhijab oleh kecelaan diri sendiri. 
Doa senjata mukmin kerana jika mukmin tahu syarat doa dimaqbulkan Allah 
setiap kita akan berubah menjadi mukmin yang lebih baik.



- Ustaz Hasrizal Abdul Jamil -



      Berbekalkan kata-kata yang aku kira insan ini cukup istimewa, sengaja aku uar-uarkan kepada sahabat baikku, Munirah. He's the special novelist, really! Padahal novel dia satu pun aku tak baca, tapi menurut aku, aku tak bohong, kata-katanya pasti mencerminkan akhlaknya. InsyaAllah, aku yakin. Lagipun, aku juga pernah melihat satu dua tajuk novel karangannya.

     Alhamdulillah sekali lagi, berada di Universiti Utara Malaysia, Sintok lagi bukan halangan untuk aku dapat peluang hebat-hebat macam ni. Untuk aku yang sememangnya minat penulisan, aku gemar melihat kekreatifan para penulis Islamik menerapkan unsur-unsur yang agak catchy aku kira untuk tatapan remaja yang sememangnya yang tidak suka penulisan yang sarat-sarat. Penulisan novelis Islamik ketiga  yang aku kenali selepas Ustazah Fatimah Syarha dan Dr Farhan Hadi. 

      Menyusuri kisah percintaan yang diceritakan novelis-novelis ini, aku merenung diri. Allahurabbi, alangkah hebat cinta mereka! Pantas saja mereka mendapat jodoh dari kalangan hebat-hebat. Sorang doktor, sorang ustazah. Sorang doktor, sorang ustaz. Hebat kan? Aku? Perjalanan penuh dengan kelalaian, kenakalan dan kadang-kadang hipokrit semata-mata.

     Aku sebenarnya sentiasa mencari identiti untuk diri aku. Apakah aku seorang yang bersedia menerima cinta dari sesiapa? Apabila, di saat tangan yang menghulurkan, bagiku cukup segala pakej sebagai seorang yang bakal menjadi Imam ku? Aku langsung terfikir, wajarkah aku menilai semua ni mengguna akal dan nafsu  berbekalkan iman senipis bawang ? Tidak! Sebaliknya, gapailah cinta Allah dulu sebelum aku terlanjur berbicara tentang cinta manusia. Mungkin dengan sikap aku, kadang- kala terlalu happening, kadang-kala, acuh tak acuh, menjadikan aku sukar mendapatkan apa yang aku inginkan iaitu Cinta Allah :')

         Cukup tertarik ulasan sepanjang program Murabbi Cinta oleh Ustaz Hasrizal tentang peraturan cinta, atau menurutnya yang lebih gemar menggunakan istilah "tips" cinta agar tidak menampakkan cinta itu terlalu berat, terlalu complicated. Yes, I'm so impressed the way he's thinking. Mungkin inilah hikmah, kita disuruh mendekati orang-orang berilmu, supaya kita dapat menilai cara mereka pemikiran, supaya kita tak terlalu skeptikal dan stereotaip dengan pemikiran kita dengan konsep cinta. Hahaha. Amboi, suka lak aku pakai ayat "skeptikal" dan "stereotaip" sejak dua menjak ni. Ok, berbalik cerita tadi, supaya kita tak terlalu memberatkan apa yang telah Allah gariskan dalam membina dan memelihara rasa cinta.

      Analogi-analogi yang Ustaz Hasrizal kemukakan cukup bernas. Cukup menarik, tertarik, buat saya tak mengantuk. Bukan juga sebab topik cinta, bukan. Skop cinta yang begitu meluas meliputi seluruh aspek kehidupan. YES! He just said that "love is the tip of iceberg in our life."  Interesting quote!!

        Tidak semestinya, bila kita berbicara soal cinta, kita melupakan penderitaan saudara Islam kita di Palestin, Gaza. Exactly not! Kitalah mencorakkan cinta itu melalui pelbagai cara. Cerita tentang kehebatan kerajaan Andalus yang dicemburui negara-negara Yahudi juga menarik perhatian saya. Kisah ini menunjukkan bagaimana kerajaan yang sebegitu maju digulingkan hanya kerana pemuda-pemudinya lemah kerana CINTA! Cinta itu melemahkan pemuda-pemudi kita hari ini. Harus kita ingat, cinta itu satu bentuk tenaga, macam mana kita boleh melakukan luar dari kebiasaan kita hanya kerana CINTA? Hee~~ aku dah macam pengulas program. 

        Orite, sebenarnya, aku bukan la nak cerita A to Z, tapi keterujaan aku meneliti setiap bait kata yang beliau lontarkan mendorong aku menulis blog malam nie. Sebab tu, aku rasa tak perlulah aku nak over sangat nak update kat FB .."cinta itu mempesonakan".

       Macam la aku sorang je pergi dengar. Kan? Kadang-kadang, aku nak jugak jaga impression orang kat aku. Yes, humans are not perfect, of course, they are not like angel. They do have feeling. Larat ke aku nak dengar orang duk mengate suka update Fb, bajet bagus! Jadi, cari jalan untuk bersederhana. Sederhana itukan mempesonakan. Heee~~

      Ada la sorang lelaki ni, ok, just called him si Y..agak rapat la dengan aku dan kawan-kawan aku. Yes, aku akui aku tak pernah rapat dengan mana-mana kawan lelaki sebelum ni. So, since I am in Sintok, I am quite close with him. Sampai satu tahap, ada jugak ar, rasa tak malu sangat. For sure, benda patut malu kena malu la.. Hahaha...tak heran la, ramai kawan sekolah duk gosip aku ngan dia. Ahhh.. bukan tu aku nak cite. Aku just nak bagitaw, aku ni garang. Orite, bahasa ganu dipanggil "bekeng". Aigoo. teruk bunyi nya! Ok, sorry for the mislanguage. << bajet-2 ade kot mislanguage

       Ok. aku sgt receptional bab-bab camni. At times, aku terima je bulat-bulat orang nak kata apa, bagus pe garang daripada manja? At times, aku fikir, aku ni garang sangat ker? Sampai si Y ni siap banding-banding aku ngan member aku. Okey la. nie bukan time nak feeling-2 lebih. If I do, I apologize to all of my friends. Tapi bila aku fikir-fikirkan balik, more or less I should improve to be better. InsyaAllah!

      Aku selalu berdoa selepas setiap kali solat fardhu pada Allah agar aku ni dihilangkan segala sifat mazmumah, sifat baran, tergesa-gesa. Doakan aku dan adik-adik jadi anak yang soleh solehah. InsyaAllah, aku manusia biasa-2 saja, tapi aku nak menjadi sempurna mengikut acuan yang Rasulullah saw tetapkan sebagaimana peribadi yang terlahir sebagai Nurul Attierah Zamari. 

      Dah memang terlahir, suka cakap banyak, suka banyak tanya, suka gelak-gelak, suka buat lawak, garang, kadang-kadang main, macam mana aku nak ubah personaliti nak jadi lemah-lembut, sopan- santun, tak banyak cakap, pendiam aje, cakap pun volume 5, serius, tegas,,,?? Kan,, memang tak la. Tapi selagi kita tahu batas-batas, kita kurang mana yang perlu, lebihkan mana yang kurang, we try to improve. Everyone special in their own way, I do believe this. 

        Aku belajar menjadi seorang yang mampu menerima keperibadian seseorang itu berbeza dan unik dengan cara mereka tersendiri. Tak semestinya orang yang selalu pergi masjid, orang yang tu memang baik, jurus, dan tak mesti orang yang langsung tak pergi masjid tu tak bagus TAPI tidak juga sebaliknya. Apa yang penting adalah HATI! :D 

Yes! Let's take care of our QALBUN to the one who deserve it. insyaALLAH, bercintalah sampai syurga. >,<


note: my blog is totally mine. kalau rasa aku nak tunjuk bagus, memang ar. sekurang-kurang, i'm doing for my sake. daripada tunjuk tak bagus, baik aku tunjuk bagus. sekian~~





Blog ini CUTE sgt! Acu tra tekan LIKE :D

Nov 24, 2012

Sorotan Aqso Mission 2

Alhamdulillah. dah 10 Muharram. Peristiwa keganasan tentera Israel terhadap umat Islam di Gaza masih tak habis-habis. Allahurabbi. Satu je aku boleh fikir. Mungkin kita hanya mampu melihat penderitaan mereka melalui kaca mata TV. Hakikat penderitaan sebenar hanya mereka yang rasa.



Melihat setiap kanak-kanak kecil sebaya Nusrah Khalisah, hati seakan merintih. Terkadang meruntun jiwa yang keras ini. Ya Allah, jika dgn melihat penderitaan mereka aku mampu menjadi lebih baik, aku mohon Kau berikan kekuatan di sebalik peristiwa ini.

Satu yang paling best bila berblog, aku boleh cakap ape je aku nak. Tapi perlu fikir apa orang akan fikir, do they concern? Hahaha. Yup~ Exactly.

Selain cerita ini, sebenarnya ada peristiwa yang aku rasa menarik berlaku kat Masjid Badlishah semalam, before aku nak start solat Isyak, di celahan dinding masjid, kelihatan seraut wajah yang aku kenal, muncul di kehalusan ruang tika itu. Padahal, sebelum tu, aku terdetik, andai kata aku melihat wajah yang ku kenali tika ini, barangkali dia jodoh ku, Hahaha! Maaf, aku memang suke buat cerita aku ala-ala dalam drama. puii~
Orite. fine, he wore green baju melayu. Okbai~

Till then I meet another person I know, also was wearing green attire. How could the people I do know them quite well wearing green? Ok. and finally,,,there was someone I looking for, not eagerly, but silently, yes, he did wore the green too. Okay, what can I say? Ermm.. hanya Allah tahu apa sedang bermain di fikiran aku tika itu. Yes, my mind was wandering everywhere. Thinking that everything has happened for a reason rite? Mungkin aku berperasaan sorang-sorang. Takpe, just let me by my own world. Everyone has their feelings rite? So, it's normal perhaps~ wakaka.



Ok, lepas aku berkhayal-khayal seminit dua. Aku kembali fokus pada perbincangan hebat Aqso Mission. Yes, aku memang tak tahu sangat pasal hal-hal sejarah serangan ni. Aku akui. So what? Aku bukan la pandai-pandai. Melihatkan macam mana umat Islam kat sana boleh survive. I do thinking again and again. Allahurabbi, mereka harus dan kena memperjuangkan nasib negara kita sama ada mereka bersedia atau tidak. Ketekunan dan semangat jihad mereka jelas terlihat, seolah-olah sebiji batu kecil yang dilemparkan umpama sebiji bom besar yang akan meledak kawasan musuh. Allahukbar! Hati mana tak menangis, melihat anak-anak kecil menangis di kala ibu mereka ditembak, ayah mereka dibunuh di depan mata, badan si kecil hancur musnah dek ledakan bom tentera rejim zionis Israel.

Mana perikemanusiaan?<--kawan aku="aku" i="i" ini.="ini." mengajukan="mengajukan" persoalan="persoalan">

Tak usah persoalkan perikemanusian tika ini. memang sudah hilang. Jangankan hidayah, rasa belas tu pun takdak langsung dah. Allah! Allah!

Namun, hati kian terkesan dengan penyataan Prof Madya Dr Hafidzi, Pensyarah Kanan UPM yang juga merupakan Pengerusi Aqsa Syarif Malaysia apabila dia mengatakan ISLAM akan menang, dan menuju KEMENANGAN! Siapa-siapa belum sedar tentang tu, jaga-jaga, PASTI!! Oleh itu, ayuh kuatkan senjata paling kuat kita iaitu DOA!! insyaAllah, Allah tidak akan pernah menganiayai hambaNya yang lemah, ingat!

maaf EnAmirul Hafizi, ana pinjam gmbar enta. :) hik3


this is how non-muslims show their concern
Tapi, part paling mengharukan semalam. bila alunan Al-quran surah Al-Anfal ayat 72 tak silap.. siap ada translation chinese lagi. sebabnya non-muslim juga turut hadir ke masjid mengikuti perbincangan Aqso Mission ini. Alhamdulillah, sekali lagi, Islam menang!

Difikir-fikirkan balik, rakyat Palestin diuji sebegitu hebat kerna perjuangan mereka dijanjikan syurga dari Allah andai mereka syahid. Tapi aku? Rakyat-rakyat Malaysia?

Mungkin andai diberi dipeluang untuk berjuang sama dengan mereka di sana, beberapa orang saje kot yang betul- betul punya kekuatan kan? Haa..itu satu. Mesti ade nak jawab, dah negara kita tak berperang, asal nak susah-susah ikut berperang. doa je lah dari sini. Iye, betul la. Aku cuma cakap andai kita semua diberi peluang, confirm2 kan ramai cabut lari? Aku cuma nak highlight that our inner spiritual tu masih lagi nipis. Tak mampu nak menandingi rakyat-rakyat Palestin apatah lagi nak menandingi semangat juang anak-anak kecil di sana. Air mata hati menangisi betapa mereka inginkan FREEDOM. Kadang-kadang melihat tubuh sekecil ini, teringat si adik kecilku, Nusrah Khalisah dan Nasrul Khalish. Of course la, situasi lain di Malaysia, tapi mak aku, aku jentik sikit je pun, da kena marah. Apatah lagi, aku nak guriskan atau calarkan badan mereka. Tapi tidak di sini, badan mereka dijadikan SHIELD! allahuakbar! macam mainan nyawa si kecil.


as for the last, let's pray for our ikhwan~ insyaAllah,
doa muslim kepada muslim yang lain  tidak akn terhijab oleh Allah. :')



Terkesima dengan kata-kata Dr. Hasrizal Abdul Jamil, ringkasnya beliau tidak ingin mengulas lanjut tentang penderitaan yang dialami penduduk Palestin kerana semua hampir tahu. Apa yang dapat dia lakukan ialah, menguatkan dan mendekatkan diri kepada Allah agar doanya kepada umat Islam disana tidak terhijab dek kerana dosa-dosa dilakukan. Hebatnya bingkisan hamba Allah ini yang tidak putus-putus memperjuangkan agama Islam. Insya-allah, sedikit sebanyak kata- kata Dr. menjentik hati keras saya. Wallahualam.

doa ini selalu saya dengar dan saya baca time SMKATJ dlu.. :')


Blog ini CUTE sgt! Acu tra tekan LIKE :D

Hakmilik HareittaNaz@2013