DAISYPATH VACATION


Mar 23, 2013

SUSAHNYA MENGERTI MANUSIA..


Salam Jumaat. I'm writing this when I feel like to write. It's just simply like that.
Ni lah aku, bila aku rasa bosan, tiada teman bicara untuk memahami apa yang ku rasai. Sudah pasti Dialah tempat aku bercerita. Dia memahami segalanya..aku hanya hambaNya yang sentiasa mencari penambahbaikan untuk diri. Mungkin orang tidak sedar, tapi biarlah kita sendiri yang tahu apa yang terbaik untuk diri.

Aku sebenarnya, penasaran tentang seseorang. Aku cuba memahami karakter dia. 
Namun, semakin aku cuba faham, semakin aku rasa pelik. It must be something behind her/his character.
Yup, I do believe everyone has their own preferences, tapi aku tetap tak faham kenapa begitu dan  bukan begini.

Harus kita fahami, ada benda memang patut begitu, dan ada benda patut begini. 
Aku,,seorang inginkan terbaik untuk menyesuaikan diri dengan pelbagai jenis orang.
Ada jenis slamber, jenis sopan, jenis gila-gila, strict, tak pandai bergurau, sensitif, mudah merajuk, terasa, kering, no feeling,,however,
we try to get along and adapt with the situation. 

Tapi aku tetap tak faham, kenapa dengan karakter seseorang yang tak dapat nak terima minat orang lain. 
Minat orang lain yang tak sama dengan minat kita, then kita condemn. What for?
Kita siapa nak condemn orang tak tentu pasal. Jelas-jelas, kita tak hormat orang lain, minat orang lain, pilihan mereka. Belajar menghormati perasaan mereka, barulah kita akan dihormati juga. Kan?

Learn from the phrase, "What u give is what u get.."
Belajar memahami orang,baru orang juga akan memahami kita. 
Adakalanya, mungkin kita rasa kita betul, tapi kadang-kadang yang baik tak semestinya buruk, 
dan yang buruk tak semestinya baik.. 
__________________________________________________________________
Setiap hari, aku ada satu rasa, rasa ni tak boleh nak diceritakan dalam perkataan.
Sebab ia memang tak dapat disimbolikkan dengan apa-apa.
Takut-takut bila tersalah ertikan, maksud yang disampaikan tidak sampai.

Namun, sering ku ingatkan pada diri. 
Tujuan hidup kita," bukan nak menunjukkan pada semua orang kita orang yang baik, biarlah orang nak fikir apa pun tentang kita, kita tetap cuba menjadi seorang yang baik, dan biarlah hanya Dia yang tahu.."
Tapi kita tetap harus cuba menonjolkan sesuatu yang elok dipandangan orang, tapi bukan hipokrit. Ia nya supaya tidak menjadi fitnah di hati orang bila berprasangka buruk dengan kita. Tak salah berbuat baik,buat orang senang dengan kita. Susah ke? Tak pun, makin bahagia adalah bila orang bahagia dengan kebaikan yang kita buat..:)

Aku tak pernah ingin kelihatan paling menyerlah, 
tapi setiap kali aku cuba berbuat sesuatu, aku takut orang beranggapan sesuatu, mereka akan kata aku cuba menonjol atau aku dilabelkan sebagai bla.bla.bla...

"Tolong, tolong bantu saya..saya tidak mahu menjadi seseorang sebegitu. Saya inginkan yang biasa-biasa saja, tapi dengan cara saya sendri.. tolong jgn bagi tanggapan apa-apa.."

Adakala, aku lemah dengan tanggapan orang, adakalanya aku tegas dengan apa aku nak. 
Tak dinafikan lagi,aku memang fragile. rapuhh sgt..
Tapi sekali aku nak,, I'll make sure to work on it, even with little efforts..

Teringat insiden BussinessLaw, belum apa-apa dah dilabel sebagai ketua. 
Bukan no choice,tapi..mungkin macam aku kata laa..

Aku tak suka buat cara aku yang mungkin orang tak selesa, mungkin aku kelihatan keras, degil, tapi sekeras dan sedegil aku, sebolehnya aku nak semua orang happy berkerjasama antara satu sama lain. 
Aku tak mahu jadi ketua, yang BAJET orang suka dia, BAJET dia buat semua betul.

Tak dinafikan, aku ada cara aku nak, tapi okay je kalau orang tak setuju, aku beralah.
No harm, sebenarnya, apabila cadangan/ pendapat kita tak dipersetujui ramai, ucaplah "alhamdulillah" kerana mungkin ia akan membawa keburukan kepada orang ramai. Dan Allah melindungi kita dari perkara begitu kan? Tapi bila diterima, ucaplah "astaghfirullahalazim..", mungkin juga cadangan kita itu akan membawa keburukan pada yang lain. Nauzubillahiminzalik...:')

Hari ini, sebenarnya juga, baru sudah diuji Allah, muntah teruk dan sakit yang teruk. Sakit ade laa...
Terasa seperti nak mati, tapi tetap aku gagahkan diri ke toilet, (bukan cirit-birit eh..) walaupun seakan mahu pengsan. 
Alhamdulillah, lepas satu ujian, penyakit itu penawar dosa. InsyaAllah. :)


first:
bukan gambar famili. pretend like it was
second: jadi gmbr pe? (konon2 famili..) xde gmbr full family la katakan..xsempatt..
third: not in my housee~ ngee~ :p randomly snap..

p/s #alfatihah utk kedua ibu bapa Nurul Attierah Zamari. iloveusomuch. please Allah hear my doa :')

Blog ini CUTE sgt! Acu tra tekan LIKE :D

No comments:

Hakmilik HareittaNaz@2013