DAISYPATH VACATION


Nov 22, 2013

6 Pengajaran Baru Tentang Ikhlas


Salam Hari Jumaat.
Jangan lupaa.. 3 perkara penting arini  :)

Al-Kahfi.. kalau bagi yang belom baca semalam.
Besar fadilat baca Al-Kahfi malam Jumaat sebenarnyaberbanding surah Yassin ,
Yassin hanya uruf masyarakat..takde pe baca.. pahala tetap ada :)
Jangan bimbang..

Al- Kahfi memang agak panjang..
Tapi kalau dah biasa, ayat dia pun jadi familiar.
Jadi, jangan pernah gusar atau takut baca surah panjang-panjang.
Hikhikhiks :3

solat Dhuha pagi nie..walaupun memang hari-hari da solat kan? kan? 
Dan-dan.. mandi sunat Jumaat..
Juga-juga,, al-Waqiah juga bagus di pagi Jumaat.
Surah rezeki :)
Tiap-tiap malam baca lagi bagus.

Di sepanjang beberapa hari, kekusutan, keserabutan berlaku,
Al maklumlah, hidup ini mana pernah sempurna.
Pasti ada hari-hari yang sangat miserable.

Dengan rahmat dan kasihnya,
terbaca status di FB, boleh dikatakan tiap-tiap hari ada..
bagaikan memahami gelodak kapal hati yang makin tenggelam dek perasaan, ceewah.. :)

Alhamdulillah, mengingati Allah jua hati menjadi tenang.
Tapi bagaimana?
Terima kasih buat perkongsian Ikhlas Tentang Hati 
yang cukup cukup terkesan ya ustaz Pahrol Mohammad Juoi :)

Pengajaran 1:

Bagus kalau kau tidak dihargai...
Allah sedang mendidik mu supaya ikhlas!

Fuhhh.. #deepdeepdeep!

 Pengajaran 2:

Menolak hak hanya kerana takut dikata orang yang kita tidak ikhlas adalah tidak ikhlas!

Jadinya,, aku pun buat la satu analogi, lebih kurang begini :)


 Dan beberapa lagi status Ustaz berkait ikhlas dan riak.

Pengajaran 3:

Apakah Rasulullah menafikan keikhlasan golongan pekerja apabila berpesan kepada para 
majikan agar membayar upah sebelum peluh pekerjanya kering?

Pengajaran 4:

Kita sebenarnya sedang mempamerkan keikhlasan kita apabila berkata kepada manusia, 
"aku menolak upah atas kerja ku ini takut menjejaskan keikhlasan ku."
Apakah kita benar-benar ikhlas apabila menunjukkan kepada manusia lain akan keikhlasan kita? 

Di mana Allah, wahai hati?

Pengajaran 5:

Jangan di cari keikhlasan kerana ianya sudah tidak dapat di kesan, jangan di cari keikhlasan 
kerana itu wujud sebagai alasan, jangan di cari keikhlasan kerana sukar di dapati di akhir 
zaman, jangan di cari keikhlasan kerana manusia sudah hilang ingatan, jangan di cari 
keikhlasan kerana manusia tidak kenal Tuhan

Pengajaran 6 :

Masalah manusia bukan kerana tidak ada Tuhan tetapi kerana terlalu banyak Tuhan...
Terlalu banyak Tuhan menyebabkan kita sukar membuat pilihan dan keputusan yang tepat dan cepat.

Ikhlas itu bebas. 
Hidup tidak terganggu oleh syirik dalam akidah dan ibadah... dan itulah kebahagiaan!

Ya Allah, bantulah kami untuk ikhlas. Amin.

ALHAMDULILLAH..:)

Pengajaran yang begitu kemas, ringkas dan PADAT! :)

Akhir kata..
Renung-renungkan satu rangkap kata-kata yang juga dari beliau.
Ustaz Pahrol Mohamad Juoi (^_^)


" Daripada kebencian seseorang kita belajar membetulkan kesalahan dan memperbaiki kelemahan...
Daripada kasih sayang seseorang kita belajar membina keyakinan dan kekuatan diri...

Syukurlah, jika masih ada yang membenci dan menyayangi... 
itu petanda Allah sedang mendidik mu melalui musuh dan sahabat mu! "



Blog ini CUTE sgt! Acu tra tekan LIKE :D

No comments:

Hakmilik HareittaNaz@2013