Dan
tiada ukuran yang tepat, untuk mengukur kebahagiaan.
Siapa
bilang bahagia itu ada pada gelak ketawa?
Siapa
bilang ada pada kereta mewah?
Siapa
bilang ada pada rumah besar?
Siapa
bilang ada pada duit melimpah ruah?
Betul. Dunia sekarang memerlukan duit.
Duit adalah segala-galanya.
Manusia sanggup buat apa demi mendapatkan wang.
Sanggup berburuk sangka demi duit.
Sanggup bergaduh sesama saudara demi duit.
Semua kerana duit.
Tapi kembalilah pada Ilahi.
Tiada apa yang begitu hebat didunia ciptaanNya.
Sekali pun, kita cuba mengiyakan kenyataan duit amat penting.
Ada orang, duit takde la banyak sangat, boleh laa kan..
Allah bagi kebahagiaan yang tak terbanding dengan orang punya duit melimpah-limpah.
Kata seorang murabbi:
Bahagia itu ada pada motor buruk jika kita manfaatkan nikmatnya naik motor bersama tersayang.
Ye lah, orang naik kereta belum tentu dapat peluk pinggang orang tersayang kan?
Bahagia ada pada rumah kecil, andai kita bisa memanfaatkan seluruh ruang yang ada.
Rumah besar-besar, tapi masing-masing buat kerja sendiri.. solat jemaah pun tak pernah.
Hidup akan lebih indah andai kita bisa menghargai setiap inci yang kita ada, dan perbaiki untuk masa depan yang lebih membahagiakan.
Hidup ini terlalu singkat untuk dibazirkan, untuk merungut, untuk menyakiti, dan tersakiti.
Pilihlah untuk bahagia pada jalan yang kita sudah dipilih berada atasnya.
Realitinya,
ada sahaja orang hanya punya motor dan kereta biasa.. tapi punya keluarga
sangat harmoni.
Tak
perlu mereka cerita, melihat sahaja wajah keceriaan mereka bisa mempamerkan
segalanya.
Ironinya,
orang kaya tak semua bahagia.
Orang
punya rumah besar, kereta mewah, tapi Allah tarik nikmat sihat?
Allah
tarik nikmat anak-anak.
Tarik
nikmat masa. Sering disibukkan dengan dunia..
Tapi
tak semua. Pasti bukan semua.
Hidup
ini ada pro dan kontra.
Ada
baik buruknya.
Begitulah
Allah ciptakan Adam dan Hawa.
Adam
bukan kuat segalanya.
Hawa
justeru pelengkap kepadanya.
Tanpa
orang miskin, mana mungkin orang kaya boleh makan?
Tanpa
orang kaya, mana mungkin orang miskin boleh mendapatkan wang?
Hidup
ni fair bukan?
Tanpa
petani, nasi tak da terjual kat kedai.
Tanpa
penjual ikan, takda ikan datang lompat dalam kuali kita kan?
Takde
orang kurang cerdik, mana mungkin orang cerdik tu nombor satu..
Kalau
sama-sama cerdik, takda la istilah nombor satu kan?
Hakikatnya,
kita semua ni samaa sahaja.
Jangan
pernah kita memperkecil-kecil kan orang lain.
Apatah
lagi memandang hina.
Beza
kita satu je. TAQWA.
Tu
pun, tak boleh sewenang-wenang, kita nak ukur ketakwaan orang.
Hanya
Allah berhak menilai ketaqwaan hambaNya. Kan? :)
Hidup
kita lebih bermakna dan bererti kalau kita pandang semua dari sudut Islam.
Sudut
positif.
Jangan
pernah menafikan Islam dalam hidup kita.
Hakikatnya
ia berkait.
Apa gunanya Allah menyeksa kamu sekiranya kamu bersyukur (akan
nikmatNya) serta kamu beriman (kepadaNya)? Dan (ingatlah) Allah sentiasa
Membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya),
lagi Maha Mengetahui (akan hal keadaan mereka).
What can Allah gain by your punishment, if ye are grateful and
ye believe? Nay, it is Allah that recogniseth (all good), and knoweth all
things.
Jangan
pernah beralasan, masyarakat majmuk, hudud tak bole laksanakan.
Brunei
boleh? Allah siap reward 6 Telaga Minyak sebagai hadiah.
Depa
nak persoal hak Allah pasaipa?
Allah
tak pernah menafikan hak kita bila Dia nak bagi. Dia terus bagi.
Tapi
kita? Sibuk beralasan begitu begini.
Maluu
sangat.. maluu..
Jangan
pernah beranggapan kita belajar perubatan, belajar akaun,engineering
lagi hebat dari yang belajar kat ilmu agama..
Check balik hati...mana lompangnyaa ia..
Ilmu
perubatan tu ilmu alat je, ilmu fardhu kifayah.
Belajar
Islam tu wajib. Tak perlu kita nie hamba takda pape, cakap ikut hawa nafsu.
Kerana
kecenderungan dan kefanatikan kita terhadap sesuatu.
Jangan
takbur, apa lagi riak.
Tiada
spesifik ada benda begitu hebat kat dunia nie..takde.
Melainkan
Dia. Hanya Dia.
1
jari kita tunding, 10 jari akan kembali menunding kita.
Renung-renungkan.
Wallahualam :)