DAISYPATH VACATION


Dec 30, 2013

UNIKNYA DIRI KITA!


Dan tiada ukuran yang tepat, untuk mengukur kebahagiaan.
Siapa bilang bahagia itu ada pada gelak ketawa? 
Siapa bilang ada pada kereta mewah?
Siapa bilang ada pada rumah besar?
Siapa bilang ada pada duit melimpah ruah?

Betul. Dunia sekarang memerlukan duit.
Duit adalah segala-galanya.
Manusia sanggup buat apa demi mendapatkan wang.

Sanggup berburuk sangka demi duit.
Sanggup bergaduh sesama saudara demi duit.
Semua kerana duit.


Tapi kembalilah pada Ilahi. 
Tiada apa yang begitu hebat didunia ciptaanNya.
Sekali pun, kita cuba mengiyakan kenyataan duit amat penting.

Ada orang, duit takde la banyak sangat, boleh laa kan..
Allah bagi kebahagiaan yang tak terbanding dengan orang punya duit melimpah-limpah.

Kata seorang murabbi:

Bahagia itu ada pada motor buruk jika kita manfaatkan nikmatnya naik motor bersama tersayang.
Ye lah, orang naik kereta belum tentu dapat peluk pinggang orang tersayang kan?

Bahagia ada pada rumah kecil, andai kita bisa memanfaatkan seluruh ruang yang ada.
Rumah besar-besar, tapi masing-masing buat kerja sendiri.. solat jemaah pun tak pernah.

Hidup akan lebih indah andai kita bisa menghargai setiap inci yang kita ada, dan perbaiki untuk masa depan yang lebih membahagiakan.
Hidup ini terlalu singkat untuk dibazirkan, untuk merungut, untuk menyakiti, dan tersakiti.
Pilihlah untuk bahagia pada jalan yang kita sudah dipilih berada atasnya.


Realitinya, ada sahaja orang hanya punya motor dan kereta biasa.. tapi punya keluarga sangat harmoni.
Tak perlu mereka cerita, melihat sahaja wajah keceriaan mereka bisa mempamerkan segalanya.
Ironinya, orang kaya tak semua bahagia.
Orang punya rumah besar, kereta mewah, tapi Allah tarik nikmat sihat?
Allah tarik nikmat anak-anak.
Tarik nikmat masa. Sering disibukkan dengan dunia..

Tapi tak semua. Pasti bukan semua.
Hidup ini ada pro dan kontra. 
Ada baik buruknya.
Begitulah Allah ciptakan Adam dan Hawa.

Adam bukan kuat segalanya.
Hawa justeru pelengkap kepadanya.

Tanpa orang miskin, mana mungkin orang kaya boleh makan?
Tanpa orang kaya, mana mungkin orang miskin boleh mendapatkan wang?
Hidup ni fair bukan?

Tanpa petani, nasi tak da terjual kat kedai.
Tanpa penjual ikan, takda ikan datang lompat dalam kuali kita kan?
Takde orang kurang cerdik, mana mungkin orang cerdik tu nombor satu..
Kalau sama-sama cerdik, takda la istilah nombor satu kan?

Hakikatnya, kita semua ni samaa sahaja.
Jangan pernah kita memperkecil-kecil kan orang lain.
Apatah lagi memandang hina.
Beza kita satu je. TAQWA. 
Tu pun, tak boleh sewenang-wenang, kita nak ukur ketakwaan orang.
Hanya Allah berhak menilai ketaqwaan hambaNya. Kan? :)

Hidup kita lebih bermakna dan bererti kalau kita pandang semua dari sudut Islam.
Sudut positif.
Jangan pernah menafikan Islam dalam hidup kita. 
Hakikatnya ia berkait.


Apa gunanya Allah menyeksa kamu sekiranya kamu bersyukur (akan nikmatNya) serta kamu beriman (kepadaNya)? Dan (ingatlah) Allah sentiasa Membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya), lagi Maha Mengetahui (akan hal keadaan mereka).

What can Allah gain by your punishment, if ye are grateful and ye believe? Nay, it is Allah that recogniseth (all good), and knoweth all things.

Jangan pernah beralasan, masyarakat majmuk, hudud tak bole laksanakan.
Brunei boleh?  Allah siap reward 6 Telaga Minyak sebagai hadiah.
Depa nak persoal hak Allah pasaipa?

Allah tak pernah menafikan hak kita bila Dia nak bagi. Dia terus bagi.
Tapi kita? Sibuk beralasan begitu begini.
Maluu sangat.. maluu..

Jangan pernah beranggapan kita belajar perubatan, belajar akaun,engineering
 lagi hebat dari yang belajar kat ilmu agama..
Check balik hati...mana lompangnyaa ia..

Ilmu perubatan tu ilmu alat je, ilmu fardhu kifayah.

 Belajar Islam tu wajib. Tak perlu kita nie hamba takda pape, cakap ikut hawa nafsu.
Kerana kecenderungan dan kefanatikan kita terhadap sesuatu.

Jangan takbur, apa lagi riak.
Tiada spesifik ada benda begitu hebat kat dunia nie..takde.
Melainkan Dia. Hanya Dia.

1 jari kita tunding, 10 jari akan kembali menunding kita.
Renung-renungkan.

Wallahualam :)


Blog ini CUTE sgt! Acu tra tekan LIKE :D

No comments:

Hakmilik HareittaNaz@2013