DAISYPATH VACATION


Aug 16, 2013

MR MARKETING


Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin.
Terlambatkah?
Dak lagi rasanya..

Fuhh~ Arini. rindu nak menaip.
Bercerita. Berceloteh.
Erm. erm. 
What sort of story lak kali nih?

Ewww~
Hahaha,, tah..cuma nak share..
Tiba-tiba terindu kat Mr Marketing.. 
Eleh,,sebelum ni rindu gak pe.

Aha.. kalau time Ramadhan,
Ada la 2 -3 kali mimpi dia..
aww~
Haha, bukan senang-2 orang nak mimpi banyak kali..
Kadang-kadang terfikir, mungkinkah doa saya terjawab da?
Hee, tapi sebut nama dia pun da buat tenang..

Aiyoo! Ok, da ! 
Malas nak berlama-lama.
Tapi so far, my close friends semua da tau, say adore him thissssssss muchhhhhhhhhhh!!
(^____________________________________________________^)




ApePonTakBoley! 
Yaww~
Oh My Mr Marketing, ngapain kamu tu terkadangnya lurus amat... :p
I have no particular reason why I keep waiting this undetermined so much...yaaa~
But, it doesnt matter if it doesnt worth at all
 how much I could wait, I could spend,
actually, knowing you is such a big big lesson I learnt.

Ia sesuatu tak dapat nak explain.
Saya tak pernah jadi macam saya jadi sekarang.
Hanya dengan terlalu menyukai awak, barulah saya dapat ini.
Ikhlas ke dak?
Tak perlu kot, ikhlas tu biar saya dan Dia je tahu.

Yang pasti, mungkin dengan mengenali awk, saya menjadi Attierah yang lebih baik..
InsyaAllah..:)

WALLAHUALAM ... :)



Blog ini CUTE sgt! Acu tra tekan LIKE :D

relieve.free.next


Diam diam dah hampir dua bulan cuti.
Sekejap aje kan.
Manfaat atau idak, sama-samalah muhasabah diri.
Tapi, bagi saya,
There's lots of things I learn within this holiday, really!

Bussiness time puasa really makes me works harder than before.
Rasanya tidak puas, sampaikan lepas raya pun ada yang tanyakan lagi.
InsyaAllah, selagi kudrat masih ada, saya masih akan meneruskan apa telah saya mulakan.
Tidaklah sempurna kerja yang dilakukan tapi tak disudahkan sesempurnanya.

Alhamdulillah, I love what Dr Azizan dan kawan-kawan AMP dah ajar.
Hikmahnya sangat besar.
Saya sangat teruja nak bagi all out dalam bisnes. 
However, komitmen belajar harus diutamakan.
Bila dah stat buat bisnes ni secara solo, 
Guna modal sendiri, lain macam,
Seronok, sampaikan penat tak terasa. 
Yeah!
Branding, packaging, shooting, updating,
Everything I try it all out,
Bukan nk boost market sangat,
Just try to apply what we learn.
Hasilnya, saya puas hati, 
Feedback is totally impressive!
 Sebelum tu, saya dah tajdid niat, buat bukan semata-mata nak untung,
But, I did give free up to 10containers to people..
It is just a little contributions, ni bukan kilang meh..
Buat sambil-sambil ja..
Depa pun bole buat sendiri kat rumah sebenarnya..
Cumanya, saya terasa nak memberi.
Rasanya tak salah.. hee~

ni la yg time mula-mula nak start buat promotion. hahaha!!
percubaan ternyata berhasil ...
saja je try letak wish "salam Ramadhan dari InlovePopia."
hahaha!




at first bila tengok bekas orang lain punye, saya duk rasa berbaloi ke saya jual rm10 tapi isi penuh dan padat.
at last, after I did make some marketing, and I'm never regret ofgiving rm10, it is called  GREAT satisfaction. 


POSTAGE! :D

nusrah like it damn muchh! <3 sebekas dia hadap.. :3



Thanks to my mom, who like to contribute her nagging, her car, her kitchen,
And let me do it myself, give it a try..
Mom is not as usual like this..
Well, there's different lah between orang p seminar Dr Azizan dgn idak..

Selalu dia kata,, " susah aih bercakap dgn anak murid Dr Azizan ni.."
Hahaha! Saya faham kenapa. 
Because I am the one that like to give it try in all out,
Saya tak rasa rugi walaupun belum tentu mendatangkan faedah plak pada saya.
That's what I learn.
Bukan senang saya nak dapat kekuatan, keberanian 
dan merempuh dinding yang menghalang di hadapan saya ni..

So,I'm really hope you all give me supports and doa especially you, mom! 
Ameen :D
And, then, after this, I will continue studying, busying,assigmenting, like usual.
So, gotta proceed to next plan. yeahh! 
InsyaAllah! Attierah, tetap semangat meh! 


Blog ini CUTE sgt! Acu tra tekan LIKE :D

Erti Bahagia


Tiada siapa yang akan memahami cerita ini.
Cerita hati ini.
Bukan aku menganggap cerita ini rumit.
Cumanya permasalahan hati memang begini.

Menagih kasih manusia, perhatian manusia,
Sememangnya tidak berkesudahan,
Daripada mengundang kemurkaan Penciptanya,
Lebih ku diam saja, menahan segala rasa,
Biarpun peritnya, Dia saja yang rasa.

Ibu,
Tidak pernah ku minta lebih, 
Cumanya secebis bicara tuturmu yang lembut dan kasih,

 Ayah,
Bukan wang, bukan jua hartamu ku dahagakan,
Cumanya perhatian dan masamu kami perlukan.

Kata Ustaz Saiful Islam,
Bahagia itu datang dari kita,
Jika kita mencari bahagia pada sebuah keluarga yang sempurna, lengkap,
Maka, kita psti gagal menemui erti bahagia pada sebuah keluarga bercerai-berai.

Ya, siapa kata lengkap itu bahagia?
Siapa juga kata bercerai itu derita?
Bahagia datang dari kita.

Kitalah yang mencipta bahagia.
Kerna tidak semua bahagia ada di tangan kita.
Tatkala, kita tidak berhadapan dengan pilihan,
Suka atau tidak, rempuh saja.

Lihat saja, saban hari,
Kesesakan jalan raya yang harus kita tempuhi,
Siapa suka pada traffc jam?
 Tak, takkan ada yang suka, 
Tapi, nak ke tak nak, kita harus juga tempuhi.

Stress atau tidak, bergantung pada macam mana kita hadapi traffic jam tu.
See? How our Small Little Voice is totally vital in our daily life.
Sebenarnya, itulah yang selalu bercakap dgn diri kita,, bukan orang-orang sekeliling kita.. :)

Saya, orangnya jiwa cukup sensitif, tak boleh tengok orang susah,
Tengok mak cik-mak cik, pakcik-pakcik tua yang masih kerja, rasa kasihann sangat,
Saya selalu doa untuk mereka, moga murah rezeki, hidup Allah berkati.

Jiwa saya cepat tersentuh, cepat luluh, menangis,
Dari dulu sampai sekarang, tiap kali, cuba menahan, 
Ianya deras mengalir, umpama sungai mengalir,

Mungkin sebab tu, saya cukup terasa bila orang paling rapat dengan saya, 
layan saya tak sebagaimana saya harapkan,
tak percayakan saya,
lebih membela orang lain drp memahami anak sendiri,
tak faham isi hati saya walau 9 bulan mengandungkan.

Tidak pernah terlintas mendurhakaimu,
Cukuplah kau tahu betapa aku mencintaimu,
Sehinggakan, aku sanggup mati untukmu,
Membelamu, walau halilintar datang bertamu,

Namun mungkin, itu kau tak tahu,
Kerna ku rasa kasihmu tidak seperti dulu,
Ku tahu kaulah satu-satunya ibu,
Justeru, lebih baik aku tunduk membisu.

Aku mungkin kurang ajar bagimu, 
Namun mengertilah satu,
Aku hanya ingin kau tahu, 
Betapa kau tidak seperti dulu.

Dulu, kita bagaikan teman,
Bicara apa saja, sepertinya gurauan,
Kini, hadirnya dia bagai halangan,
Seolahnya benteng kasihmu utkku kesampaian.

Maafkan seandainya, cintaku tidak sempurna,
Kerna tiada sesempurna cinta kepadaNya,
Bimbang waktuku tak berkesempatan,
Abadikan saja kerinduan pada kenangan.


Sedih memang sedih, tapi macam saya kata, 
kasih manusia tu sementara, Allah jua Maha Kekal, 
biarlah andai kasih itu bukan untuk saya, 
saya redha dan pasrah, 
namun, andainya menagih perhatian manusia tapi mengundang kemurkaan Allah...
baik , lupakan saja cerita itu
carilah kasih Allah, pasti kasih manusia kan dtang jua.. kan? 

Kalau bukan diri sendiri bagi support, sape lagi? Heee~

WALLAHUALAM ;) 
moody semalam :p


p/s: kena marah oleh mak, dan terasa sgt, sebab mak tk mcam dulu lagi. :(



Blog ini CUTE sgt! Acu tra tekan LIKE :D

Jul 14, 2013

Ramadhan 6


Tetiba dikala solat Terawih, menitis air mata mengenangkan dia.
Berderai-derai. Terasa bersalah mengadap Yang Esa, tapi hati merindui dia.
Merintih sepi, mengenang kembali saat-saat bersama dia.

Terasa begitu rindukan belaian dia.
Namanya seorang ayah.
Mungkin adik-adik pun sama.
Terkenang, tak pernah sekali kami beraya bersama.
Entah kenapa, begitu payahnya cerita ini. 
Sangat rumit dan tragis...

Pernah saja bertanya pada diri, mengapa sebegitu hebat perjalanan hidup ini.
Mengapa tiada hal yang menggembirakan? 
Oh, kufur sungguh!
Mustahil takda, maaf, sebenarnya ada.
Cumanya, Allah lebih mahu mendengar - dan mendengar rintihan ku berulang-ulang.

Mungkin inilah antaranya membentuk diri aku. 
Kental pada kepayahan. Ops? Kental ke?
Yup, tapi agak cengeng, air mata selalu jadi teman seperjuangan.
Kerna itulah sebaik-baik penawar.
Lepas tu, akan lega.
Alhamdulillah. :)



Dialah lelaki pertama ajar saya cara nak siang ikan.
Lelaki pertama ajar saya cara Rasulullah basuh beras.
Juga lelaki pertama ajar saya kacau air lawan arah jam sambil berzikir, besar aura cara kacau ni.
Dia juga lelaki pertama menjadi kekasih hati saya.

Dialah ayah saya yang tersangat saya rindui.
Kalau rindu, mengadulah pada yang Esa, ya, memang itulah yg utama. 
Moga Dia sampaikan salam yang teramat rindu pada ayah.
SMS, Panggilan telefon tidak cukup, sebab semua tu telah pun ku lakukan.
Selebihnya, biar Allah saja mengirimkan segala rasa tulus dan ikhlasku pada ayah yang ku sayang.

Dia mungkin tidak sesempurna ayah orang lain.
Dia mungkin banyak cacat celanya.
Banyak silapnya, sehingga ini takdir kita.
Namun, mungkin jua kerna kasihnya mengatasi segala kekurangannya.

Pada mak, dia bertangungjawab atas segala apa yang berlaku.
Kerna dia terlalu polos dan baik, dia diuji Allah serta-merta.
Akhirnya, semua berakhir duka..

Irah tak pernah membezakan mak dan ayah. 
Mak selalu kata Irah selalu back up ayah,beralah dengan ayah, cover ayah.
Tak,, Irah tak pernah rasa Irah memilih untuk berada di pihak sesiapa,
Bahkan Irah tahu apa yang mak rasa.
Tidak terdaya, lelah, penat..

Tapi Irah juga cuba mengerti ayah, kepayahan dia untuk bangkit setelah apa yang berlaku.
Dia bukan orang berkelulusan tinggi, tapi tu bukan syarat segalanya.
Kemampuan dia hanya setakat tu, meski Irah juga tahu dia berusaha lebih daripada itu.

Menitis air mata Irah tengok dia kutip segala mana tin-tin kosong, botol-botol, bekas-bekas dan banyak jenis barang boleh dikitarsemula untuk mencari pendapatan lebih.
Irah tau semua tu tanggungjawab dia, tapi sekurang-kurangnya, Irah nak menjadi orang yang selalu mendokong dia, meringankan beban di hati dia memikirkan cara untuk give us more right.


Kita sebenarnya cukup, bukan sebab duit, tapi cukup kerna kita bersyukur.
Dan harus lebih bersyukur, dengan cuba memahami apa yang ayah sedang alami.
Orang tak mungkin faham perasaan anak-anak yang menjadi mangsa perceraian mak dan ayah.
Irah selalu doakan mak akan mengerti satu hari nanti bagaimana Irah rasa.

Irah tak pernah memilih antara dua.

Sebab Irah sayang dua-dua.
Mak banyak berkorban untuk Irah, banyak berhabis.
Tapi Irah juga tahu ayah, dia sentiasa berusaha berikan terbaik meski dia tidak mampu.
Irah takkan dan tidak pernah memilih untuk membuat pilihan antara satu.
Irah tau, ibulah paling utama untuk kita kasihani sebagaimana Rasulullah pesan, tapi Irah hanya manusia biasa, seorang anak yang juga mahukan kasih sayang ayah yang Irah takkan dapat sampai bila-bila..
Sampai bila-bila....:')

Harapan Irah, Ramadhan ni, Irah nak cepat-cepat kumpul duit, kekuatan nak bawa orang-orang Irah sayang pergi Mekah, tadi kat masjid, Irah terasa sgt,, terasa dekat dengan baitullah.
Terbayang-bayang, Irah duk sana ngan orang-orang Irah sayang,,,mungkin juga berkat Dr Azizan Osman. Salah seorang insan yang bagi Irah kekuatan untuk move on, never stop even if u fail, keep fighting and smiling. May Allah bless me! Ameen :)


Blog ini CUTE sgt! Acu tra tekan LIKE :D

Jul 5, 2013

Komen Instagram Punya Pasal :D


Hari yang baik. Hari Jumaat. Tapi sayang, banyak terima panggilan dan sms dari kawan-kawan.
Hairan. Eh, whats up?? Kenapa kecoh nie?

Terus, saya bukak pic Cik Tiz yang saya ada komen kat Instagram.
Ok, maybe a simple sincere words. I said that...
Mungkin ayat tak sebijik macam ni, tapi lebih dan kurang maksud tu ade..
Alamak, lupa nak capture screen. !! 
( Kan kalau capture nampak saje nak  bikin hot..)

Lebih dan kurang berbunyi macam ni...
" Cik Artis, saya memang minat kat Cik Artis,, tapi gaya cik Artis dgn bf dah mcam suami isteri.. I wish both of u dah kawin sebab gaya da macam orang berumah tangga. 
Tambah-2 lagi pakai singlet, erm. macam tak manis pulak.. "

Dengan harapan, Cik Tiz takkan terasa, apatah lagi delete.. 
Saya cakap elok-elok ja..
Ye, memang ramai je orang biase buat macam tu, artis lain buat macam tu..
Takda pulak KECOH-KECOH? Kan?

Ye,, betul lah. Cumanya kalau orang biasa tu, siapa la kisah, bukan saya kenal pun, minat apatah lagi.
Artis lain plak, dah memang saya tak minat, takde la care sampai nak tegur.
Saya bukan selalu duk tegur orang-orang fames ni, apatah lagi nak tumpang populariti...
Ade apa populariti dunia, saya pun manusia banyak silap pa..

Ya, bukan saya perfect, tapi perkara yang saya tegur tu, 
rasanya perkara yang betul-betul, biasa-biasa ja pun..
why not behave urself, Cik Tiz cerminan pada peminat-peminat Cik Tiz kan..
Nauzubillahminzalik, kalau saya buat. Mintak jauh-jauh...

Tiba-tiba, dikecam peminat dia kata saya gila publisiti.
Saya terpinga-pinga, tak au cite ni masuk blog. 




.Tak cakap banyak... saya godek-godek carik Limauais.com.
angin jugak la..kata kita sengaja duk mengada-ngada cite kat Limauais. 

Macam la kita kenai siapa blogger dia. Memang la fevret kita minum limauais.
Tapi minuman je la.. Site Limauais.com bukan singgahan utama saya ek.
Sakit gigi juga bace komen dia ni, tapi senyum plus kelakar.
Ternyata, ini perasaan bila orang tuduh kita macam-macam, direct pulak cakap saya nak kecoh2 kat bloggers.

Yes, I did realised la, saya mention saya buta IT, tapi saya masih lagi boleh cuba-cuba tekan benda saya nak. Masih boleh taip kat goggle, cuma tak la seadvanced ang pa semua. 
Blog ni pun atas urusan assignment, kerja-kerja hari tu.

Tak pernah rajin saya duk update blog-blog artis nie.. 
Nasib baik, pernah dengar,,
Jumpaaa laa post nia..
Walaweyhh..

Limauais.com :
http://www.limauais.com/tiz-zaqyah-bermesra-dengan-kekasih/


Untung Cik Tiz, ramai peminat duk backup. 
Saya takda orang pun backup, takpa , janji saya tau niat saya apa.
Takda aih sengaja tunjuk kita nie pure sgt...
Saya ni minat kat cik Tiz ja, takda aih nak tunggu saya sempurna baru nak tegur, sampai bila.
Ustaz pun cakap, takda manusia sempurna kat dunia lain, melainkan Rasulullah.
Memang, tapi kitalah ( saya lahh kan.. utamanya ) kena cuba improve diri juga.
 Kita ni siapa... insan lemah ja pun, kerdil, banyak salah lagik. 

Tapi, macam tu la, saya bukan nak memprovok bila saya duk perasan komen kena delete,
saya cuma tertanya, Cik Tiz sebenarnya ada hati nurani, dia rasa tuh, sebab tu dia takut dengan amaran Allah. Jangan duk main-main nama Allah na,, sebab walaupun kita masih diberi rezeki melimpah-ruah, jangan duk sangka Allah redha dengan apa kita buat.

Sebenarnya, itulah namanya Istidraj,,
Iaitu, Allah SWT akan menguji kita dengan pelbagai bentuk ujian. 
Secara mudahnya ujian Allah SWT ke atas manusia ada dua bentuk. 
Yang pertama dalam bentuk nikmat dan yang kedua dalam bentuk bala. 
Malangnya ramai manusia termasuk yang muslim tetapi tidak mukmin gagal mengharungi ujian Allah SWT dalam bentuk nikmat.
Ramai manusia yang hanyut dengan nikmat Allah SWT dan tidak sedikit pula yang menjadi riak, sombong, angkuh, takbur dan ada yang mengaku menjadi tuhan dengan nikmat yang Allah SWT berikan kepada mereka. 

Saya buat post ni,bukan nak buat kenyataan balas, 
cumanya nak bercerita bila orang duk tanya-tanya, 

"ang komen pa? terok sangat ka?"
" ang ni biaq betoi? "
" berani ang lawan artis pamess.. "


Okay, saya bukan nak over-over sangat, 
cumanya nak juga bela diri ye,,kita pun ada rasa, orang duk kata kita ni komen terok-terok. 
Takk, saya tahu batas dia, jaga-jaga juga ayat dia..

Apapun, saya mintak maaf kalau peminat tak suka komen saya pada Cik Tiz.
Bagi saya simple, bila suka kat orang dengan sebenar-benarnya suka, 
kita tak suka tengok dia jauh dari Allah. 
Tapi betoi ar kata salah seorang komentar, 
" buat apa tegur kalau dah tau dia tak leh terima..senyap2 suda. membenci dalam hati selemah-lemah iman.."

Betoi,, tapi sampai bila iman saya nak lemah, and 1 more things... 
takkan nak ada peminat yang duk puji-puji ja...tak merried plak Instagram.. tak gitu? hehe..
1 lagi, saya memang tak tau Cik Tiz tak suka ada peminat yang tegur depan-depan camni. 

Takpa, kata cik Tiz, "tak luak la setakat ang sorang.."
Allah tahu maksud saya, orang tak suka takpa.
Akhir kata, maaf untuk cik Tiz dan peminat-peminat dia. 
Maaf bukan bermakna saya salah, tapi maaf kerna saya bikin anda duk kutuk-kutuk saya sedangkan saya duk cakap benda betoi... termaktub dalam AQ... hukum hakam syariah...:)
wallualam

MAAF SEDALAM2 NYA.. SAYA INSAN BIASA,, TAK LEKANG DARI KHILAF.. 
PeaceNoWAR! :D

#saya tak ingin bersengketa, cuma inginkan mencipta cerita antra kita. hee~




Blog ini CUTE sgt! Acu tra tekan LIKE :D

Hakmilik HareittaNaz@2013