DAISYPATH VACATION


Feb 27, 2013

MISERABLE DAY! 3 in 1



Erm..sedihnya arini. Eh, cam gedik lak sedih-sedih update kat blog.
Sorry, sorry,, bukan niat nak menggedik, tapi ada banyak benda jugak aku nak cite.
Okfine, GRR~~

First of all, my purple cuteee matrix card is gone!!  Together with my IC!! Oh no!!
Not again,, 2kali dah kot aku tukar MATRIK!! Tolong,,,ya Allah,harap sangat ada makhluk Allah yang jumpaa dan kembalikan.. :(

Aku bukan macam ni sebenarnya, hilang barang aku rilekk je,,tapi hati terfikir-fikir..
Teringat Puan Huda cakap, " awk ni suka sangat careless...dari sem lepas lagii..hee~"
Dia tersenyum. Wakenabeb!!

Yeahh,, bukan Puan je cakap camtu,,my mom pun kate camtu,,
Sedihnya, tapi memanglaa. Ni laa keburukan aku..
CUAI~~ 
Attierahhh jgn cuaiii :)

Ok tu satu bab! 
Another bab, hee~ aku suka sebab dah ade kelas tambahan.
Statistik Gunaan dan Mikro.
At least, I get to know other peoples.
Hee~ selain rasa sedih, rasa happy jugakk,,kenal ramai orang.. ngeh3 :)

Lagi2?? 
Ok, lagi..??
Kawan makin ramai, aku nak kawan dengan semua.
Aku nak jadi manusia lebih baik.
Yang pasti, hati aku masih pada Dia. :)
Allah yang pastiii..apa-apa aku buat, merasa Dia ada itu lebih baik.

Malam yang sama, hari yang sama.
Aku termasuk toilet PBS, aku terdengar sesuatu yang tak patut aku dengar.
Aku alami perkara yang tak patut aku alami. Takutt!!

Detik tu, aku baru dapat rasai, ketakutan yang amat sangat,
Sangat ke? Erm, mungkin tak.
Tapi ketakutan yang tidak pernah aku rasa, lain sgt.
Bukan takut hantu, tapi takut kepada maksiat.
Takut untuk melihat maksiat, ya Allah, jauhi aku perkara begitu.

Aku overreacting ke? Atau mungkin aku silap dengar,, apa-apa pun,
aku patut lebih teliti, tapiii,, apa yang aku dengar, tak meyakinkan aku untuk berfikir positif.
Maafkan aku ya Allah, andai aku hambaMu yang hina dan berlagak baik..

Aku bukan lah baik sangat.. tapi aku tahu batasan.
Aku takut, moga-moga terjauh daripada perkara begitu..

Kesimpulannya, hari ini sangatlah Miserable!!
:( Sedih sangat..
Semua berlaku arini..ok, terima lah.. 


p/s: moge jumpa matrik card dan IC!! Amin.. nazar, belanja dia makan..:)

Blog ini CUTE sgt! Acu tra tekan LIKE :D

Feb 24, 2013

PERBEZAAN ITU SEBENARNYA UNIK


Hye.. Today is Sunday, at about 23.15 I'm writing this entry.
At first, aku tak dapat decided lagi nak bagi entry ni tajuk pa, sebabnya aku sendiri tak sure what I'm trying to write here, because there is so much things to share.

Ok. I think I should start my another new experience by joining Dr Azizan Osman programme in Penang last Saturday. Awesome~ I don't regret how much it costs because if we're too counting about how much we spend for our future sake, it is just don't make sense.

YES! I'm impressed to be among the positive aura. However, I do learn something worthful. 
Among Score A Programme and Dr Azizan programme!
They're just doing great in their own way. Just a bit different.

Program Dr Zizan mengetengahkan kejayaan hebatt dan meletup daripada minat kerjaya masing-masing.
It is all about interest! HUMAN INTEREST!
what you love, you like, will BENEFIT you a lot! 
Yeah..:))

Jadi, sebagai manusia normal, kita harus SEDAR dan MENGERTI..
sebijak mana seseorang itu, kita tak dapat nafikan dia juga akan sukakan kartun Doraemon, SpongeBob, tengok WWF,
setinggi mana kedudukan dia, kita tak dapat nafikan dia juga akan turun juga ke bawah, walau sesekali..
 sekaya mana harta dia miliki, dia tetap perlukan perempuan disisi, dia tetap perlukan kasih sayang, perhatian, 
 setampan mana wajah dia, dia tetap seorang anak yang manja, tidur dalam pangkuan ibu dia, masih bersuap dengan nenek atau mak dia...
Kan??

Kita juga tak dapat nak nafikan manusia ni,, memang ade minat masing-masing, tak kira apa rupa atau macam mana pun sikap dia. Minat yang tak terlihat melalui sikap, melalui perwatakan, wajah dsb.
Hidup ini kita tak boleh jangka, tak semua kita lihat itu adalah benar.

Kadangkala ia terlindung di sebalik seraut wajah yang kelihatan polos, comel, kacak, ganteng..
Solusinya, belajarlah memahami manusia, variasi manusia.
Kepelbagaian ragam manusia. Keunikan mereka.
Perbezaan itulah sebenarnya keunikan... :))

p/s:  belajar menerima orang, barulah kita diterima. fahami keadaan "if u are in my shoes" :)

Blog ini CUTE sgt! Acu tra tekan LIKE :D

Feb 21, 2013

Feeling of blissful


Hari ini hari add drop yg bukan terakhir, tapi kemuncak. Hee~
I miss my home so much, there is so much things I wanna spend for.
With two little kids, Nusrah and Nasrul.
So do pleasing my beloved mom, helping much in her chores.
Alhamdulillah, I'm improving myself to be a better Kakak~

I love my imperfect family. 
So much! 
Aku mungkin tiada ayah di sisi tapi bagi aku, aku harus bersyukur atas semua kekurangan Allah hadirkan aku beberapa insan yang cukup melengkapi kekurangan ibuku, kekurangan dalam keluargaku.

Bukankah kekurangan itu Allah mendidik aku menjadi insanNya yang bakal hebat?
Insya-Allah. Sepanjang seminggu ini juga, aku banyak belajar dan cuba mengerti beberapa perkara.
Aku cuba menyesuaikan dengan beberapa perkara baru. Aku boleh!
And i need to be an advanced adapter. 
( ayat english tah pape. sokey. as long as it is understandable. wakaka)

Aku percaya dulu, aku mungkin seorang yang gagal memahami diri aku, keluarga aku, kehidupan aku suatu ketika dahulu, namun kini, aku akan pastikan aku bukan orang yang gagal selama-lamanya melihat masa depan aku.

Aku mahu terbaik untuk adik-adik, mak, ayah, wan, CikDah dan semua orang yang aku sayang.
Aku percaya dan yakin Allah sengaja memberi peluang untuk aku belajar dari setiap kesalahan dalam setiap pilihan dalam diri aku. Sekarang, sedikit sebanyak aku yakin Allah membantu aku menjadi lebih baik.

Sekurang-kurangnya, aku senang bangun pagii..dan lepas tu kalau tido, senang terjaga. Alhamdulillah.
Dah lama aku kagum dengan Wan, Mak dan orang-orang lain yang boleh tido sekejap je..bangun boleh awal-awal. Aku percaya hati dan minda boleh dididik kalau kita mahu, dan ada kesungguhan. 
Masalah dah terlambat itu bukan satu isu. Sikit atau banyak sekurang-kurangnya kita cuba. Aku?
 At least, I know to upgrade my potential right? Hee~

Sem ni aku sengaja susun kelas sampai petang, at least tak terbiasa tido kalau penat sangat..

Arghh..alasan! Kalau tak nak tido boleh je nak jalan-jalan petang tu.

Erm..bukan alasan..tapi tak pe la,,aku cuba dengan usaha yang lain..tak salah kan? Hehehe~

Sebenarnya, bukan membangga diri macam bagus je..memang jauhh sangat nak jadi bagus..cuma maluu dengan kelemahan diri dan KERANA RASA MALUitu aku cerminkan dengan aku berusaha untuk lebih baik. Positive words trigger our mind greatest what?? 

Bagus, sempurna, baik itu subjektif. Aku bukan jenis golongan itu. 
Aku hanya manusia biasa, penuh dosa, seringkali leka, lalai tapi aku juga berhak menjadi lebih baik. 
Kerna itu lah hidup ini akan rasa lbih diberkati. :)

Moga Allah tuntuni aku kali ni, sem ni, hayat ini untuk lebih BAIK..
Tiada apa yang lebih menguatkan dan menemani aku, hanya dengan barakah dan rahmatMu.
Aku bukan rajin,bukan juga baik..aku hanya bertanggungjwab untuk menjadi seorang anak,kakak, hamba Allah yang ingin menyempurnakan tugasnya di muka bumi ini. Insya-Allah. Apa aku pun lakukan, hanya pergorbanan mak lah menguatkan aku. Allahurabbi, moga dipermudahkan segalanya.. amin.. :')


p/s: INSAN YANG KERDIL LAGI HINA. :'))




Blog ini CUTE sgt! Acu tra tekan LIKE :D

Feb 18, 2013

Hari pertama SEM4


Alhamdulillah..dah sem4, aku selamat sampai pagi. Jadi, terus solat Subuh kat surau. Erm..sem ni roomate baru, dah tak sekali dengan Wana. Allah tu selalu aturkan sesuatu untuk aku tiap-tiap sem...mungkin ada hikmahnya. Percaturan aku, aku kekal dengan Wana sampai lah dia semester last, maklumla,,Wana 3tahun je. Tapi apakan daya, Allah lah sebaik-baik perancang. :)

Semester ni jugak, most of classes aku sorang-sorang. Bukan dengan Ada atau Muni. Haila~
Attierah, kata nak berdikari? Kata nak belajar bergaul dengan semua orang? Kata nak keluar dari zon selesa?

Yee~ jadikan ia bukan isu k. Ok je, tapi tak dinafikan aku mungkin jauh la dengan kawan-kawan, dulu makan sekali, solat sekali,, so,,dah tak same kelas, lain cerita lah pulak kan?
Muni dan Ada masih satu kelas,,kebanyakan kelas mereka tak clash, takpe la still :)
Ok. first day aku, Mikro. Masuk kelas sorang-sorang, 
Boleh plak sesat, konon senior, bajet arif, dkg 1/4 pun boleh tertukar...okfine~

Apepun, aku harap aku boleh bagi all out sem ni,,,pleaseee Attierah be strong!!
Hopefully, Allah bantu aku kali nih, aku bukan keseorangan, aku ada Dia, yang selalu ada untuk aku.
Selagi aku ingat matlamat aku, aku pasti kuat..!!
PASTI!!

Lepas Mikro, aku pergi library, sebab malas nak balik bilik,,kelas Statistik Gunaan lak pastu. 
Ingat nak gi baca suratkhabar kat sana. Hehe.. tapi guess what???
Aku bertemu dengan Mr. Marketing. Allahurabbi~

Hanya Allah yang tahu. Mungkin orang kata debaran pada saat itu adalah debaran cinta. 
Tapi aku tak ambik port sangat, bukan masalah debaran cinta ke debaran ape kee..
Tapi melihat dia, aku rasa sejuk, tenang, seakan sesuatu mendamaikan pandanganku.
Perasaan pada dia sukar nak aku tafsirkan. Mungkin indah, mungkin juga pahit.

Aku hanya manusia biasa, bagiku, perasaan ini cukup memeritkan, hanya aku tahu sejauh mana aku suka dia. Aku ingin kenal dia. Tapi mungkin peluang tu ada, cuma mungkin juga tak menghala ke mana-mana.
Bagi aku, mengenali lelaki bukan untuk suka-suka, aku lebih memilih untuk seseorang yang mendekati aku sebagai seseorang istimewa pada dia. Aku bukan remaja 13 tahun yang didekati sekadar berkenalan, berkawan rapat, mungkin orang lain boleh, tapi aku tidak selesa cara sebegitu. 

Bak kata Ainan Tasneem dalam lagu 150juta yang mana merupakan lagu asal Fynn Jamal:

Untuk kali ke seratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
“Apa kau buta apa kau pura-pura suka”

Tak sepatutnya kot aku suka dia, dia bukan tau pun, dia pun belum tentu suka. Tapi ni lah kebodohan bila dah menyukai seseorang, kita sanggup tersakiti, janji bahagia hanya dengan menyukai dia.
Sedar tapi tetap juga suka. Cerdik ke gitu? Hahaha. 
Takpe lah, suka suka jugak, tapi aku masih ingat matlamat aku berada kat UUM. 
Memang lah bukan datang nak carik jodoh, tapi tu lah fitrah namanya. Manusia tak leh lari dari fitrah...
Ingin menyukai, dan disukai, mencintai dan dicintai, menyayangi dan disayangi...


p/s: to be continuee~


Blog ini CUTE sgt! Acu tra tekan LIKE :D

Feb 6, 2013

DIDIKAN ALLAH UTK BAKAL MANUSIA HEBAT


Alhamdulillah...dah hari Rabu. Seminggu itu cepat je berlalu, makin ditahan makin cepat rasanya. Hee~
Alhamdullilah, untuk segala yang terjadi dalam hidup ini.
Hidup kena belajar mensyukuri setiap apa yang ditakdirkan untuk kita tapi kita harus ingat, bukanlah satu titik noktah untuk berusaha ke arah lebih baik.

Daripada sikap suka merungut kekurangan itu ini, kenapakah kita tak mengambil langkah untuk menerima hidup kita yang kita rasakan susah nak bahagia, payah kepada jalan menuju kebahagiaan. Tapi bagaimana?
Suka untuk aku kongsikan perkara ini, sesungguhnya novel Murabbi Cinta mampu memberi kesan pada hati aku yang dahagakan curahan bagi meredakan ledakan berapi terkadang tak terkawal ini, di kala hati memerlukan kata-kata mengesankan jiwa. 

Alhamdulillah, terima kasih ustaz Hasrizal atas ilmu tercurah dalam Murabbi Cinta. Sebab itu aku memilih membaca novel paling terakhir ini berbanding novel- novel terdahulu iaitu ' Aku Terima Nikahnya' dan 'Bercinta Sampai Ke Syurga.'


Aku sendiri cukup tertarik pabila novelis sendiri menceritakan ilham Murabbi Cinta merupakan garapan kisah peribadi Junjungan Besar Muhammad saw. Menurutnya, pendidik erti cinta sebenar adalah baginda. Aku tersedar, benar, bagindalah pendidik cinta sebenar, baginda sempurna sebagai seorang sahabat, seorang ayah, seorang suami, seorang pemimpin. Masya-Allah, hebat!
Padahal, sebelum-sebelum ini, Ustaz Hasrizal hanya ku kenal melalui laman Facebook. Tengok, indahnya laman sosial kalau dimanfaatkan cara yang betul. Tapi , kata orang benda baik mudah terkesan pada jiwa yang turut dahagakan ilmu.
 Alhamdulillah, meski masih belum sempurna sebagai hambaNya, namun aku seringkali mencari ruang dan peluang menadah titisan-titisan ilmu dari para pencinta Ilmu. Kata orang lagi, RM50 dihabiskan untuk sebuah buku, atau  dua buah buku bukan satu ukuran mutlak. Walhal, ilmu itu sendiri tidak ternilai harganya. Allahurabbi, moga kasihMu dilimpahkan pada hamba-hamba yang sentiasa menyebarkan agamaMu. Amin~
Antara kata-katanya terkesan meluluhkan dinding keras hatiku:

"Dalam hidup ini banyak benda yang kita tidak boleh pilih. Kamu tidak boleh pilih beribubapakan mereka. Kamu juga tidak memilih untuk dilahirkan sebagai Melayu. Juga tidak memilih dilahirkan di Malaysia. Tidak dengan kulit seperti ini, hidung seperti itu,dan telinga sebegini, betul?

Bukan itu sahaja, Nanti apabila kamu semakin dewasa,makin banyak benda yang kamu tidak pilih tetapi terpaksa menghadapinya. Cuaca, kesesakan jalan raya, rakan kerja dan banyak lagi. Jika kamu letakkan bahagia diri kamu pada semua yang kamu tidak boleh pilih itu, maka tiadalah bahagia selama-lamanya. Kamu hilang kebahagiaan akibat kesesakan jalan raya, akibat cuaca, akibat fesyen, akibat sekolah, akibat tekanan rakan sebaya, termasuk juga ibu bapa. Susah tu! "

Solusinya bagaimana ya ? :) Ok. macam nie :

Jangan pilih jalan yang susah untuk bahagia. Pilih jalan yang lebih senang. 

Kalau nak bahagia cara susah, saya kena ubah semua benda yang menyebabkan saya tidak bahagia. Dan itu mustahil. Tetapi jalan yang paling mudah untuk bahagia ialah saya ibah apa yang saya boleh ubah

Iaitu...DIRI SAYA SENDIRI!! :)

Indah bukan? 
Sebenarnya kekurangan diri, keluarga, ibu bapa, saudara-mara, kawan-kawan  adalah didikan Allah untuk menjadikan kita manusia hebat satu hari nanti. InsyaAllah! Anda yakin??
Yes, we just have to believe.. !! :)

p/s: Hidup ini sekali saja, jadi kita kena enjoy! ( Trademark Nora Danish dalam 'Puteri') Enjoy disini adalah berbahagia, berbahagia dengan cara diharuskan syariat. Mengapa disusahkan, kalau boleh disenangkan kan? Hidup kalau sedih je, rungut je, tak puas ati je, sampai bila nak happy? Tak gitu? :) Hee~~

Blog ini CUTE sgt! Acu tra tekan LIKE :D

Feb 2, 2013

Insiden Jatuh Bilik Air Ternyata Penangan Bisa


Alhamdulillah. Hari Jumaat, hari yang cukup baik untuk aku lebih sedar tentang nak jaga kesihatan. 
Hee..do u know why? Pagi ni selepas solat Subuh. Allahuakbar, sakit sangat belakang aku..kot-kot la tersalah tidur, so, I choose to put some Jerslin oil on my back. 

haa..ni la Jerslin oil..1001 kelebihan~~




Aku memang suke Jerslin oil sebab selain wangi,,dia efektif..
Time sengugut,,memang selesa laa..
Tapi..mahal sikit,,tapi berbaloii..

Erm,,,tapi still belakang aku sakit..
Aku pun teringat,,ni mungkin effect jatuh bilik mandi aritu..
Sebab.. kaki aku dua-dua bengkak dah,,biruu dahh..

 So, kemungkinan, my backache because of incident in the toilet.
Ok, kemungkinan itu ada. :)
Pastu, aku gtaw wan, aku sakit belakang, time wan pegang, memang sakit gile..
Wan ada cerita lah, kawan dia jatuh dalam bilik air, then pastu, tak boleh jalan, long-time effect.

Ok,then, I start to think and realise something.
Aku, kalau jatuh ke, kaki terpeliot ke, luka berdarah ke, aku macam tak ambik berat sangat.
I just take it easy, of course I treat them but it is not as it used to be.
Erm. Ok, fine, then I decided to massage my back. Fullstop.

MASSAGE EXPERIENCE? :)

Ouch! Really really hurts me a lot. !!
Tapi percayalah, memang lega. Aku terkesan dengan kepakaran MakCik yang urut aku.
Yelah, bagi orang yang zero-knowledge tentang urat sendi ni memang ar..
Die pegang bahagian pinggang aku atas sampai bawah, pastu, dia boleh detect which is swollen part.

Urut punya urut. Aku tergelak sorang, malu jugak.
Sambil-sambil berbual dengan MakCik tu, tapi hakikatnya aku menahan sakit. Sakit teramat~
Amat? Maybe it is considerably painful. :) Hehehe

Belakang, sampai depan. Dan sampai last part, die bertanya:

"adik, sakit perut tak?"

"sakit perut? sakit yang macam mana tu? susah nak membuang ke?" aku tergelak.

" eh,tak,, perut tu macam sakit dari dalam . Sebab urat ni, bile dah bengkak, dia akan naik ke perut, lepas tu, aku mula turun kat belakang, kaki dan seterusnya.."

"ow..rasanya..ada sekali dua.. sakit menyucuk-nyucuk..."

"erm..nak kena urut juga nie perut.. takut susah nak dapat anak.."

Aku tergelak. Apa? Sampai macam tu sekali.. dasyat oo..~~


" Makcik, kenapa sampai tak leh dapat anak lak?"


" Yelah, urat dalam perut dah bengkak, tak boleh nak mengandung laa.. darah tak boleh berjalan secara normal..." 


Bla.bla.bla.bla..MakCik tu terang panjang lebar. Ow,,i see~~ :D

Attierah, Attierah,,ni lah, akibatnya jatuh dalam bilik air, tapi berlagak normal. 
Serius jugak aih..dah la dua kali dah kot. kat bilik air kat U sekali..
Aku ditegur MakCik tu..

" Kenapa adik tak nak mengurut? Sakit ei? Mana sakit, biasa laa..."

Aku tergelakk.. "Dulu, saya pernah jatuh motor, dia urut, sakit gilaa kot...tu la,,jadii takut nak berurut...hehehe.."


"Oh,, jatuh motor lain,,jatuh bilik air lain,,nak baik,sakit sikit biasa la.."


Yep. Betol kata MakCik tu, kata orang-orang tua, banyak betulnya. Hahaha~
Anak muda je susah nak akui, hehehe~
Pastu, aku rasa, lega sangat, sekurang-kurangnya Allah gerakkan hati untuk aku pergi mengurut, tak sangka kesian badan aku selama nie, MakCik tu kate, banyak bengkak, tapi alhamdulillah,, baik lah tu.. :)

Kesian badan, tak sangka dalam 2 minggu nie, menderita dia. 
Ni lah dikatakan long time effect..
Maafkan aku mengabaikan sayang..ceewah~~ hahaha
Ok.sekian, memberi pengajaran ^_^




p/s: Sayangi diri anda, dan badan anda. Hargai pemberian Allah bagi satu-satunya. Jagalah kesihatan anda, ia sebahagian daripada iman.



Blog ini CUTE sgt! Acu tra tekan LIKE :D

Hakmilik HareittaNaz@2013