DIDIKAN ALLAH UTK BAKAL MANUSIA HEBAT
Alhamdulillah...dah hari Rabu. Seminggu itu cepat je berlalu, makin ditahan makin cepat rasanya. Hee~
Alhamdullilah, untuk segala yang terjadi dalam hidup ini.
Hidup kena belajar mensyukuri setiap apa yang ditakdirkan untuk kita tapi kita harus ingat, bukanlah satu titik noktah untuk berusaha ke arah lebih baik.
Daripada sikap suka merungut kekurangan itu ini, kenapakah kita tak mengambil langkah untuk menerima hidup kita yang kita rasakan susah nak bahagia, payah kepada jalan menuju kebahagiaan. Tapi bagaimana?
Suka untuk aku kongsikan perkara ini, sesungguhnya novel Murabbi Cinta mampu memberi kesan pada hati aku yang dahagakan curahan bagi meredakan ledakan berapi terkadang tak terkawal ini, di kala hati memerlukan kata-kata mengesankan jiwa.
Alhamdulillah, terima kasih ustaz Hasrizal atas ilmu tercurah dalam Murabbi Cinta. Sebab itu aku memilih membaca novel paling terakhir ini berbanding novel- novel terdahulu iaitu ' Aku Terima Nikahnya' dan 'Bercinta Sampai Ke Syurga.'
Aku sendiri cukup tertarik pabila novelis sendiri menceritakan ilham Murabbi Cinta merupakan garapan kisah peribadi Junjungan Besar Muhammad saw. Menurutnya, pendidik erti cinta sebenar adalah baginda. Aku tersedar, benar, bagindalah pendidik cinta sebenar, baginda sempurna sebagai seorang sahabat, seorang ayah, seorang suami, seorang pemimpin. Masya-Allah, hebat!
Padahal, sebelum-sebelum ini, Ustaz Hasrizal hanya ku kenal melalui laman Facebook. Tengok, indahnya laman sosial kalau dimanfaatkan cara yang betul. Tapi , kata orang benda baik mudah terkesan pada jiwa yang turut dahagakan ilmu.
Alhamdulillah, meski masih belum sempurna sebagai hambaNya, namun aku seringkali mencari ruang dan peluang menadah titisan-titisan ilmu dari para pencinta Ilmu. Kata orang lagi, RM50 dihabiskan untuk sebuah buku, atau dua buah buku bukan satu ukuran mutlak. Walhal, ilmu itu sendiri tidak ternilai harganya. Allahurabbi, moga kasihMu dilimpahkan pada hamba-hamba yang sentiasa menyebarkan agamaMu. Amin~
Antara kata-katanya terkesan meluluhkan dinding keras hatiku:
"Dalam hidup ini banyak benda yang kita tidak boleh pilih. Kamu tidak boleh pilih beribubapakan mereka. Kamu juga tidak memilih untuk dilahirkan sebagai Melayu. Juga tidak memilih dilahirkan di Malaysia. Tidak dengan kulit seperti ini, hidung seperti itu,dan telinga sebegini, betul?
Bukan itu sahaja, Nanti apabila kamu semakin dewasa,makin banyak benda yang kamu tidak pilih tetapi terpaksa menghadapinya. Cuaca, kesesakan jalan raya, rakan kerja dan banyak lagi. Jika kamu letakkan bahagia diri kamu pada semua yang kamu tidak boleh pilih itu, maka tiadalah bahagia selama-lamanya. Kamu hilang kebahagiaan akibat kesesakan jalan raya, akibat cuaca, akibat fesyen, akibat sekolah, akibat tekanan rakan sebaya, termasuk juga ibu bapa. Susah tu! "
Solusinya bagaimana ya ? :) Ok. macam nie :
Jangan pilih jalan yang susah untuk bahagia. Pilih jalan yang lebih senang.
Kalau nak bahagia cara susah, saya kena ubah semua benda yang menyebabkan saya tidak bahagia. Dan itu mustahil. Tetapi jalan yang paling mudah untuk bahagia ialah saya ibah apa yang saya boleh ubah
Iaitu...DIRI SAYA SENDIRI!! :)
Indah bukan?
Sebenarnya kekurangan diri, keluarga, ibu bapa, saudara-mara, kawan-kawan adalah didikan Allah untuk menjadikan kita manusia hebat satu hari nanti. InsyaAllah! Anda yakin??
Yes, we just have to believe.. !! :)
p/s: Hidup ini sekali saja, jadi kita kena enjoy! ( Trademark Nora Danish dalam 'Puteri') Enjoy disini adalah berbahagia, berbahagia dengan cara diharuskan syariat. Mengapa disusahkan, kalau boleh disenangkan kan? Hidup kalau sedih je, rungut je, tak puas ati je, sampai bila nak happy? Tak gitu? :) Hee~~
Blog ini CUTE sgt! Acu tra tekan LIKE :D
Hakmilik HareittaNaz@2013
No comments:
Post a Comment