DAISYPATH VACATION


Aug 28, 2013

Another side of me ... :)


Hai. Rindu. Kat blog.
Sebab. Di sini, macam-macam kenangan saya ada. 
Hee, rindu jugak nak sambung belajar balik.
Another week to go.. wink3

Sem depan satu lagi cabaran baru.
Oh, ternyata saya mang selalu kena, so, be strong my lovely dear Attierah :)
Takpe la, mungkin dah ni jalan Allah aturkan.
Toksah komplain sgt naa..

Uih.. every single things saya nak cuba ubah..
Saya akan cuba.. hopefully, I won't be have like pathetic or looks so pitiful.
Damn! I hate that looks for real! 

Saya suka sendiri, dan berdikari.
coz I used and comfy with it..
Tapi paling saya tak suke, orang tengok saya, dia kesian..
Takkkkk.. saya tak perlu simpati atau kesian tengok saya k....
Aigoo~

Kawan..
Orang selalu kata saya garang ( bekeng.. )
Entahh laa..mungkin juga.. sebab saya tegas dan telus..
Whenever, saya rasa perlu saya pertahankan hak saya..
Saya terus cakap, dan bila tak puas ati, saya terus cakap, tak suka cakap belakang,
Mungkin kerna terlalu straight, orang kata saya garang, bekeng kate orang Ganu..

Tapi dalam perwatakan saya, saya masih seorang perempuan,
Hatinya lembut, sensitif, manja..
Meski saya tegas, saya tetap inginkan orang faham kan apa saya rasa..
Hee..mana mungkin semua manusia itu sama, nggak ah.. 


Bak kata Fynn Jamal..
" Aku punya manja,,kau saja boleh rasa....rahsia kita berdua... "

Suddenly, feeling like.. tak payah nak minat sape2 la,,lagi bahagia.
Just just just. Let this love fade away~
Ceewah, macam frust je? Putus asa erk?
Dak aih,, cumaaa bluerkk.. nk muntah..hahahaha :D


mood: macam2 rasa, feeling inlove. :p





Blog ini CUTE sgt! Acu tra tekan LIKE :D

Aug 22, 2013

Inspirasi Qurani by Ustaz AMP7 !!


There's so much great awesome hikmah joining Marketing Power 7  Dr Azizan baru-baru ini. 
One of the most aspiring people I knew here is, Ustaz Asraff Ayob!
A great great ustaz! Sangat kelakar ! Perkongsian yang begitu mengesankan. 

Tak cukup dengan ikhlas dan tulus sepanjang ucapannya..
Sangat menyenangkan orangnya.

Ok, less talk, please! Hee~
Terus kepada apa nak saya sharing antara kata-kata Ustaz Asraff yang selalu duk saya baca.
Jom baca!! 

PERKARA PALING SUKAR DLM AGAMA : 

Apa perkara paling sukar dlm agama? Ada org kata, fahami quran. hafaz hadith. hafaz quran, bangun qiam, bersedekah dll. 

Bagi sy itu agak mudah. Yg paling sukar ialah :

- nak yakinkan diri bahawa Allah bagi banyak nikmat sehingga kita punya mentaliti syukur dan mudah memberi dlm hidup. 

Ramai org yg asyik meminta kpd Allah, sedangkan Allah begitu banyak memberi hinggakan perkara yg kita tak minta pun Allah beri tanpa putus2. Pernah kita minta oksigen dlm doa? Tak pernah bukan? Tp benda penting ini Allah salurkan tanpa diminta, F.O.C.

Malangnya kebanyakan kita bermantaliti 'bankrap' - asyik meminta & asyik merungut perkara yg tiada, sedangkan Allah inginkan kita bermantaliti kaya - asyik memberi dan always bersyukur. Patutlah Tuhan kadangkala 'bersedih, merintih' dlm Quran : waqolilun min ibadiyasy syakuur - amat sedikit hambaKu bersyukur, berterima kasih.

Kini dlm doa harian, sy kurang meminta. Sy cuba mengajar diri utk banyak bersyukur. banyak memujiNya, banyak berterima kasih kpdNya. banyak beristighfar kpdNya kerana sy sering abaikanNya sedangkan Dia tak pernah sesaat pun abaikan saya. 

Mungkin ada yg terfikir 'ustaz, klu tk meminta kpd Allah dlm doa, kepada siapa lg yg harus kita pohon segala permintaan?'

Sy bilang : fahami formula win-win syukur Allah dlm surah Ibrahim, 7 : jika kamu bermantaliti syukur, kami akan beri apa yg kamu fikirkan, Kami akan tambah. dont worry. Kan Allah tahu apa permintaan kerana Dia berkuasa 'read' our mind.

Just bersyukur. Just berterima kasih. Anda akan dapati hidup lebih indah, lebih lapang, lebih kaya, lebih bahagia dari sebelumnya.

Caranya mudah : mulakan dlm doa zohor anda sebentar lg : Ya Rahman, ajarkan sy, didik hati sy utk lebih pandai bersyukur kpdMu dlm fikiran, dlm hati, dlm percakapan & dlm tindakan, Amin.

P.S : sy sarankan anda share point ini, galakkan rakan2 kita banyak bersyukur. Kan org yg bersyukur lebih mudah memberi, lebih mudah 'sharing'?

ni lah dia ustaznya..

kalau interested, boleh klik link nama dia..terus link kot FB.
banyak program2 Inspirasi Qurani sal tajwid, dan cara mghafaz dgn baik dianjurkan.. sangat hebattt dan baguss!!

bertahun rasa 'stuck' dgn Quran, mengapa tak dptkan short-cut mudah kuasainya?


See?? Suka baca bukan.. very2 interesting sangat.. 
Kita baca terus masuk dalam hati.. sukaa!!
Perkara pertama saya buat adalah " bersyukur" sebab dapat kenal dgn Ustaz Asraff ni !! 
Of course syukur sebab dapat ke AMP7 Program Dr Azizan..
Very inspiring what!!! Ishhh..suka sangat...alhamdulillah..


Blog ini CUTE sgt! Acu tra tekan LIKE :D

Aug 21, 2013

Sebenarnya dialah bintang hatiku...


Bila dengar lagu "Dengarlah Bintang Hatiku.."

Wajahnya muncul sebelum wajah dia.. wajah ayah... 
Ayah saya...yang saya sayang..

Lirik lagu tu.. sangat mengesankan..
bagi saya,, saya akan jaga ayah sampai hujung nyawa..
Meski, dia banyak kekurangan..
Saya terima, saya tak mengeluh..

Pertemuan yang beberapa detik bersama ayah..
saya hargai cukup-cukup..

Maaf adik-adik, bukanku tak mengerti kerinduanmu pada insan ini..
Namun, keadaan, masa tak mengizinkan..
Allah Jua Maha Tahu kerinduanku ini,, diizinkan ketemu ayah untuk beberapa detik..

Terasa setiap saat tak mampu ku bazirkan..
Kudratnya begitu kelihatan, 
Terasa sebak, melihat wajahnya..




Sesaat bersamanya dirasakan begitu maknaaa...;-)
 Kudratnya begitu kelihatan dari raut wajahmu ayah, 
Terima kasih Allah, akhrnya doa irah termakbul dapat jgk ketemu ayah. 
Syukur Dia saja yg tau ! :') 
Moga aku dapat membalas segala tiap kasihmu...amin.


Hanya yang mengetahui dan memahami akan tahu betapa lamanya kita untuk bertemu..
Betapa rindu ini ditahan..
Mungkin Mak Ani faham kerinduan yang sarat ini, 
Kelihatan air matanya bergenang saat melihat Irah dan ayah berpelukan..
Betapa Irah rindukan saat itu,, begitu juga adik-adik..

Alhamdulillah,, dikurniakan kesempatan itu.. 
Irah tau, Isha dan Dini sangatt rindukan ayah mereka..
Apa-apa pun ayah la wira hati Irah selamanya..
Irah sayang ayah.. sangattt..

Adakalanya, sukar untuk memahaminya bilamana hati ini terlalu rindu..
Begitulah Isha yang rindukan ayah, hatinya tak ingin memahami tuntutan kerja yang harus ayah buat..
Dini, meski adakalanya dia tidak menentu, namun dia seorang paling cepat tersentuh..
Rindunya dia pada kasih seorang ayah..

Maaf adik-adik, 
Kak Irah akan usaha, lepas ni, Kak Irah bawa Sha dan Dini k?
Kak Irah nak ayah tahu, betapa Sha dan Dini rindukan ayah mereka satu-satunya dunia akhirat..

Doakan saya menjadi seseorang berguna, berjaya dunia akhirat! :D amin


Blog ini CUTE sgt! Acu tra tekan LIKE :D

Aug 20, 2013

PILIH JDOH MELEWATI 2 CARA YA! HEHEHE :)


Lately, saya bukan angau. 
Cumanya melangkaui beberapa hari ni buat saya terfikir, berfikir, memikirkan.. panjang saya fikir..

Macam mana muka suami sepupuku yang baru nikah sangat membuatkan aku kefikiran sama dia. 
They're both look alike. Aiyaa! Maaafff,,bukannya bermaksud menyukai suami orang..

No,, apatah lagi sepupu sendiri..
Cuma, buat diriku langsung tersenyum kecil, memikirkan kemungkinan yang ada.. aww~

I'm not dreaming of you, I just hope u to be the ONE..
InsyaAllah. ameen~

PILIHLAH JODOH DENGAN DUA CARA :

Pertama..

Jadilah orang yang baik. Insya Allah kita akan mendapat jodoh yang baik (QS An-Nur :26)

Kedua..

Ikutlah pilihan orang yang baik. Kerana orang yang baik akan memilih yang baik untuk jadi pasangan hidup kita.

***
Prinsip jodoh itu:
Berikanlah yang terbaik untuk Allah maka Allah akan
berikan yang terbaik untukmu..

Cintai Allah sungguh-sungguh(QS 3:31) Maka Allah akan kirimkan orang yang mencintaimu kerana Allah... 

Yakinlah... Allah pasti memberikan yang terbaik untuk Hamba2Nya yg beriman. Aamiin..

(^__^)

Blog ini CUTE sgt! Acu tra tekan LIKE :D

Dengarlah bintang hatiku ... :)



Dengarlah bintang hatiku aku akan menjagamu
Dalam hidup dan matiku hanya kaulah yang ku tuju
Dan teringat janjiku padamu suatu hari pasti akan ku tepati
Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku
Walau ku tahu ragamu tak utuh
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh
Karena bagiku engkaulah nyawaku

Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku
Walau ku tahu ragamu tak utuh
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh
Karena bagiku engkaulah nyawaku

# suddenly, his innocent face appear crossing my mind. ouch! gediks! bhaha!



Blog ini CUTE sgt! Acu tra tekan LIKE :D

Aug 19, 2013

EMPAT TANDA HIDUP TAK BERKAT




Tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah :

1. Duit banyak, tapi cepat jer habis.

Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup jer. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.

2. Buat kerja, tak siap.

Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.

3. Buat sesuatu, tak dapat manfaat.

Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat orang pandai, tapi diri pun tunggang langgang.

4. Masa habis dengan sia-sia.

Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main fesbuk, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.


*Adakah anda salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda di atas?
*Mari kita sama-sama muhasabah diri. Tanya pada diri, adakah kita salah seorang daripada orang yang tidak mendapat keberkatan dari Allah.

wallahualam :D 
aha, copy and edit skit2, paste...hahaha

Blog ini CUTE sgt! Acu tra tekan LIKE :D

Aug 16, 2013

MR MARKETING


Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin.
Terlambatkah?
Dak lagi rasanya..

Fuhh~ Arini. rindu nak menaip.
Bercerita. Berceloteh.
Erm. erm. 
What sort of story lak kali nih?

Ewww~
Hahaha,, tah..cuma nak share..
Tiba-tiba terindu kat Mr Marketing.. 
Eleh,,sebelum ni rindu gak pe.

Aha.. kalau time Ramadhan,
Ada la 2 -3 kali mimpi dia..
aww~
Haha, bukan senang-2 orang nak mimpi banyak kali..
Kadang-kadang terfikir, mungkinkah doa saya terjawab da?
Hee, tapi sebut nama dia pun da buat tenang..

Aiyoo! Ok, da ! 
Malas nak berlama-lama.
Tapi so far, my close friends semua da tau, say adore him thissssssss muchhhhhhhhhhh!!
(^____________________________________________________^)




ApePonTakBoley! 
Yaww~
Oh My Mr Marketing, ngapain kamu tu terkadangnya lurus amat... :p
I have no particular reason why I keep waiting this undetermined so much...yaaa~
But, it doesnt matter if it doesnt worth at all
 how much I could wait, I could spend,
actually, knowing you is such a big big lesson I learnt.

Ia sesuatu tak dapat nak explain.
Saya tak pernah jadi macam saya jadi sekarang.
Hanya dengan terlalu menyukai awak, barulah saya dapat ini.
Ikhlas ke dak?
Tak perlu kot, ikhlas tu biar saya dan Dia je tahu.

Yang pasti, mungkin dengan mengenali awk, saya menjadi Attierah yang lebih baik..
InsyaAllah..:)

WALLAHUALAM ... :)



Blog ini CUTE sgt! Acu tra tekan LIKE :D

relieve.free.next


Diam diam dah hampir dua bulan cuti.
Sekejap aje kan.
Manfaat atau idak, sama-samalah muhasabah diri.
Tapi, bagi saya,
There's lots of things I learn within this holiday, really!

Bussiness time puasa really makes me works harder than before.
Rasanya tidak puas, sampaikan lepas raya pun ada yang tanyakan lagi.
InsyaAllah, selagi kudrat masih ada, saya masih akan meneruskan apa telah saya mulakan.
Tidaklah sempurna kerja yang dilakukan tapi tak disudahkan sesempurnanya.

Alhamdulillah, I love what Dr Azizan dan kawan-kawan AMP dah ajar.
Hikmahnya sangat besar.
Saya sangat teruja nak bagi all out dalam bisnes. 
However, komitmen belajar harus diutamakan.
Bila dah stat buat bisnes ni secara solo, 
Guna modal sendiri, lain macam,
Seronok, sampaikan penat tak terasa. 
Yeah!
Branding, packaging, shooting, updating,
Everything I try it all out,
Bukan nk boost market sangat,
Just try to apply what we learn.
Hasilnya, saya puas hati, 
Feedback is totally impressive!
 Sebelum tu, saya dah tajdid niat, buat bukan semata-mata nak untung,
But, I did give free up to 10containers to people..
It is just a little contributions, ni bukan kilang meh..
Buat sambil-sambil ja..
Depa pun bole buat sendiri kat rumah sebenarnya..
Cumanya, saya terasa nak memberi.
Rasanya tak salah.. hee~

ni la yg time mula-mula nak start buat promotion. hahaha!!
percubaan ternyata berhasil ...
saja je try letak wish "salam Ramadhan dari InlovePopia."
hahaha!




at first bila tengok bekas orang lain punye, saya duk rasa berbaloi ke saya jual rm10 tapi isi penuh dan padat.
at last, after I did make some marketing, and I'm never regret ofgiving rm10, it is called  GREAT satisfaction. 


POSTAGE! :D

nusrah like it damn muchh! <3 sebekas dia hadap.. :3



Thanks to my mom, who like to contribute her nagging, her car, her kitchen,
And let me do it myself, give it a try..
Mom is not as usual like this..
Well, there's different lah between orang p seminar Dr Azizan dgn idak..

Selalu dia kata,, " susah aih bercakap dgn anak murid Dr Azizan ni.."
Hahaha! Saya faham kenapa. 
Because I am the one that like to give it try in all out,
Saya tak rasa rugi walaupun belum tentu mendatangkan faedah plak pada saya.
That's what I learn.
Bukan senang saya nak dapat kekuatan, keberanian 
dan merempuh dinding yang menghalang di hadapan saya ni..

So,I'm really hope you all give me supports and doa especially you, mom! 
Ameen :D
And, then, after this, I will continue studying, busying,assigmenting, like usual.
So, gotta proceed to next plan. yeahh! 
InsyaAllah! Attierah, tetap semangat meh! 


Blog ini CUTE sgt! Acu tra tekan LIKE :D

Erti Bahagia


Tiada siapa yang akan memahami cerita ini.
Cerita hati ini.
Bukan aku menganggap cerita ini rumit.
Cumanya permasalahan hati memang begini.

Menagih kasih manusia, perhatian manusia,
Sememangnya tidak berkesudahan,
Daripada mengundang kemurkaan Penciptanya,
Lebih ku diam saja, menahan segala rasa,
Biarpun peritnya, Dia saja yang rasa.

Ibu,
Tidak pernah ku minta lebih, 
Cumanya secebis bicara tuturmu yang lembut dan kasih,

 Ayah,
Bukan wang, bukan jua hartamu ku dahagakan,
Cumanya perhatian dan masamu kami perlukan.

Kata Ustaz Saiful Islam,
Bahagia itu datang dari kita,
Jika kita mencari bahagia pada sebuah keluarga yang sempurna, lengkap,
Maka, kita psti gagal menemui erti bahagia pada sebuah keluarga bercerai-berai.

Ya, siapa kata lengkap itu bahagia?
Siapa juga kata bercerai itu derita?
Bahagia datang dari kita.

Kitalah yang mencipta bahagia.
Kerna tidak semua bahagia ada di tangan kita.
Tatkala, kita tidak berhadapan dengan pilihan,
Suka atau tidak, rempuh saja.

Lihat saja, saban hari,
Kesesakan jalan raya yang harus kita tempuhi,
Siapa suka pada traffc jam?
 Tak, takkan ada yang suka, 
Tapi, nak ke tak nak, kita harus juga tempuhi.

Stress atau tidak, bergantung pada macam mana kita hadapi traffic jam tu.
See? How our Small Little Voice is totally vital in our daily life.
Sebenarnya, itulah yang selalu bercakap dgn diri kita,, bukan orang-orang sekeliling kita.. :)

Saya, orangnya jiwa cukup sensitif, tak boleh tengok orang susah,
Tengok mak cik-mak cik, pakcik-pakcik tua yang masih kerja, rasa kasihann sangat,
Saya selalu doa untuk mereka, moga murah rezeki, hidup Allah berkati.

Jiwa saya cepat tersentuh, cepat luluh, menangis,
Dari dulu sampai sekarang, tiap kali, cuba menahan, 
Ianya deras mengalir, umpama sungai mengalir,

Mungkin sebab tu, saya cukup terasa bila orang paling rapat dengan saya, 
layan saya tak sebagaimana saya harapkan,
tak percayakan saya,
lebih membela orang lain drp memahami anak sendiri,
tak faham isi hati saya walau 9 bulan mengandungkan.

Tidak pernah terlintas mendurhakaimu,
Cukuplah kau tahu betapa aku mencintaimu,
Sehinggakan, aku sanggup mati untukmu,
Membelamu, walau halilintar datang bertamu,

Namun mungkin, itu kau tak tahu,
Kerna ku rasa kasihmu tidak seperti dulu,
Ku tahu kaulah satu-satunya ibu,
Justeru, lebih baik aku tunduk membisu.

Aku mungkin kurang ajar bagimu, 
Namun mengertilah satu,
Aku hanya ingin kau tahu, 
Betapa kau tidak seperti dulu.

Dulu, kita bagaikan teman,
Bicara apa saja, sepertinya gurauan,
Kini, hadirnya dia bagai halangan,
Seolahnya benteng kasihmu utkku kesampaian.

Maafkan seandainya, cintaku tidak sempurna,
Kerna tiada sesempurna cinta kepadaNya,
Bimbang waktuku tak berkesempatan,
Abadikan saja kerinduan pada kenangan.


Sedih memang sedih, tapi macam saya kata, 
kasih manusia tu sementara, Allah jua Maha Kekal, 
biarlah andai kasih itu bukan untuk saya, 
saya redha dan pasrah, 
namun, andainya menagih perhatian manusia tapi mengundang kemurkaan Allah...
baik , lupakan saja cerita itu
carilah kasih Allah, pasti kasih manusia kan dtang jua.. kan? 

Kalau bukan diri sendiri bagi support, sape lagi? Heee~

WALLAHUALAM ;) 
moody semalam :p


p/s: kena marah oleh mak, dan terasa sgt, sebab mak tk mcam dulu lagi. :(



Blog ini CUTE sgt! Acu tra tekan LIKE :D

Hakmilik HareittaNaz@2013