Tetiba dikala solat Terawih, menitis air mata mengenangkan dia.
Berderai-derai. Terasa bersalah mengadap Yang Esa, tapi hati merindui dia.
Merintih sepi, mengenang kembali saat-saat bersama dia.
Terasa begitu rindukan belaian dia.
Namanya seorang ayah.
Mungkin adik-adik pun sama.
Terkenang, tak pernah sekali kami beraya bersama.
Entah kenapa, begitu payahnya cerita ini.
Sangat rumit dan tragis...
Pernah saja bertanya pada diri, mengapa sebegitu hebat perjalanan hidup ini.
Mengapa tiada hal yang menggembirakan?
Oh, kufur sungguh!
Mustahil takda, maaf, sebenarnya ada.
Cumanya, Allah lebih mahu mendengar - dan mendengar rintihan ku berulang-ulang.
Mungkin inilah antaranya membentuk diri aku.
Kental pada kepayahan. Ops? Kental ke?
Yup, tapi agak cengeng, air mata selalu jadi teman seperjuangan.
Kerna itulah sebaik-baik penawar.
Lepas tu, akan lega.
Alhamdulillah. :)
Dialah lelaki pertama ajar saya cara nak siang ikan.
Lelaki pertama ajar saya cara Rasulullah basuh beras.
Juga lelaki pertama ajar saya kacau air lawan arah jam sambil berzikir, besar aura cara kacau ni.
Dia juga lelaki pertama menjadi kekasih hati saya.
Dialah ayah saya yang tersangat saya rindui.
Kalau rindu, mengadulah pada yang Esa, ya, memang itulah yg utama.
Moga Dia sampaikan salam yang teramat rindu pada ayah.
SMS, Panggilan telefon tidak cukup, sebab semua tu telah pun ku lakukan.
Selebihnya, biar Allah saja mengirimkan segala rasa tulus dan ikhlasku pada ayah yang ku sayang.
Dia mungkin tidak sesempurna ayah orang lain.
Dia mungkin banyak cacat celanya.
Banyak silapnya, sehingga ini takdir kita.
Namun, mungkin jua kerna kasihnya mengatasi segala kekurangannya.
Pada mak, dia bertangungjawab atas segala apa yang berlaku.
Kerna dia terlalu polos dan baik, dia diuji Allah serta-merta.
Akhirnya, semua berakhir duka..
Irah tak pernah membezakan mak dan ayah.
Mak selalu kata Irah selalu back up ayah,beralah dengan ayah, cover ayah.
Tak,, Irah tak pernah rasa Irah memilih untuk berada di pihak sesiapa,
Bahkan Irah tahu apa yang mak rasa.
Tidak terdaya, lelah, penat..
Tapi Irah juga cuba mengerti ayah, kepayahan dia untuk bangkit setelah apa yang berlaku.
Dia bukan orang berkelulusan tinggi, tapi tu bukan syarat segalanya.
Kemampuan dia hanya setakat tu, meski Irah juga tahu dia berusaha lebih daripada itu.
Menitis air mata Irah tengok dia kutip segala mana tin-tin kosong, botol-botol, bekas-bekas dan banyak jenis barang boleh dikitarsemula untuk mencari pendapatan lebih.
Irah tau semua tu tanggungjawab dia, tapi sekurang-kurangnya, Irah nak menjadi orang yang selalu mendokong dia, meringankan beban di hati dia memikirkan cara untuk give us more right.
Kita sebenarnya cukup, bukan sebab duit, tapi cukup kerna kita bersyukur.
Dan harus lebih bersyukur, dengan cuba memahami apa yang ayah sedang alami.
Orang tak mungkin faham perasaan anak-anak yang menjadi mangsa perceraian mak dan ayah.
Irah selalu doakan mak akan mengerti satu hari nanti bagaimana Irah rasa.
Irah tak pernah memilih antara dua.
Sebab Irah sayang dua-dua.
Mak banyak berkorban untuk Irah, banyak berhabis.
Tapi Irah juga tahu ayah, dia sentiasa berusaha berikan terbaik meski dia tidak mampu.
Irah takkan dan tidak pernah memilih untuk membuat pilihan antara satu.
Irah tau, ibulah paling utama untuk kita kasihani sebagaimana Rasulullah pesan, tapi Irah hanya manusia biasa, seorang anak yang juga mahukan kasih sayang ayah yang Irah takkan dapat sampai bila-bila..
Sampai bila-bila....:')
Harapan Irah, Ramadhan ni, Irah nak cepat-cepat kumpul duit, kekuatan nak bawa orang-orang Irah sayang pergi Mekah, tadi kat masjid, Irah terasa sgt,, terasa dekat dengan baitullah.
Terbayang-bayang, Irah duk sana ngan orang-orang Irah sayang,,,mungkin juga berkat Dr Azizan Osman. Salah seorang insan yang bagi Irah kekuatan untuk move on, never stop even if u fail, keep fighting and smiling. May Allah bless me! Ameen :)