DAISYPATH VACATION


Showing posts with label Ayah Saya. Show all posts
Showing posts with label Ayah Saya. Show all posts

Aug 21, 2013

Sebenarnya dialah bintang hatiku...


Bila dengar lagu "Dengarlah Bintang Hatiku.."

Wajahnya muncul sebelum wajah dia.. wajah ayah... 
Ayah saya...yang saya sayang..

Lirik lagu tu.. sangat mengesankan..
bagi saya,, saya akan jaga ayah sampai hujung nyawa..
Meski, dia banyak kekurangan..
Saya terima, saya tak mengeluh..

Pertemuan yang beberapa detik bersama ayah..
saya hargai cukup-cukup..

Maaf adik-adik, bukanku tak mengerti kerinduanmu pada insan ini..
Namun, keadaan, masa tak mengizinkan..
Allah Jua Maha Tahu kerinduanku ini,, diizinkan ketemu ayah untuk beberapa detik..

Terasa setiap saat tak mampu ku bazirkan..
Kudratnya begitu kelihatan, 
Terasa sebak, melihat wajahnya..




Sesaat bersamanya dirasakan begitu maknaaa...;-)
 Kudratnya begitu kelihatan dari raut wajahmu ayah, 
Terima kasih Allah, akhrnya doa irah termakbul dapat jgk ketemu ayah. 
Syukur Dia saja yg tau ! :') 
Moga aku dapat membalas segala tiap kasihmu...amin.


Hanya yang mengetahui dan memahami akan tahu betapa lamanya kita untuk bertemu..
Betapa rindu ini ditahan..
Mungkin Mak Ani faham kerinduan yang sarat ini, 
Kelihatan air matanya bergenang saat melihat Irah dan ayah berpelukan..
Betapa Irah rindukan saat itu,, begitu juga adik-adik..

Alhamdulillah,, dikurniakan kesempatan itu.. 
Irah tau, Isha dan Dini sangatt rindukan ayah mereka..
Apa-apa pun ayah la wira hati Irah selamanya..
Irah sayang ayah.. sangattt..

Adakalanya, sukar untuk memahaminya bilamana hati ini terlalu rindu..
Begitulah Isha yang rindukan ayah, hatinya tak ingin memahami tuntutan kerja yang harus ayah buat..
Dini, meski adakalanya dia tidak menentu, namun dia seorang paling cepat tersentuh..
Rindunya dia pada kasih seorang ayah..

Maaf adik-adik, 
Kak Irah akan usaha, lepas ni, Kak Irah bawa Sha dan Dini k?
Kak Irah nak ayah tahu, betapa Sha dan Dini rindukan ayah mereka satu-satunya dunia akhirat..

Doakan saya menjadi seseorang berguna, berjaya dunia akhirat! :D amin


Blog ini CUTE sgt! Acu tra tekan LIKE :D

Jul 14, 2013

Ramadhan 6


Tetiba dikala solat Terawih, menitis air mata mengenangkan dia.
Berderai-derai. Terasa bersalah mengadap Yang Esa, tapi hati merindui dia.
Merintih sepi, mengenang kembali saat-saat bersama dia.

Terasa begitu rindukan belaian dia.
Namanya seorang ayah.
Mungkin adik-adik pun sama.
Terkenang, tak pernah sekali kami beraya bersama.
Entah kenapa, begitu payahnya cerita ini. 
Sangat rumit dan tragis...

Pernah saja bertanya pada diri, mengapa sebegitu hebat perjalanan hidup ini.
Mengapa tiada hal yang menggembirakan? 
Oh, kufur sungguh!
Mustahil takda, maaf, sebenarnya ada.
Cumanya, Allah lebih mahu mendengar - dan mendengar rintihan ku berulang-ulang.

Mungkin inilah antaranya membentuk diri aku. 
Kental pada kepayahan. Ops? Kental ke?
Yup, tapi agak cengeng, air mata selalu jadi teman seperjuangan.
Kerna itulah sebaik-baik penawar.
Lepas tu, akan lega.
Alhamdulillah. :)



Dialah lelaki pertama ajar saya cara nak siang ikan.
Lelaki pertama ajar saya cara Rasulullah basuh beras.
Juga lelaki pertama ajar saya kacau air lawan arah jam sambil berzikir, besar aura cara kacau ni.
Dia juga lelaki pertama menjadi kekasih hati saya.

Dialah ayah saya yang tersangat saya rindui.
Kalau rindu, mengadulah pada yang Esa, ya, memang itulah yg utama. 
Moga Dia sampaikan salam yang teramat rindu pada ayah.
SMS, Panggilan telefon tidak cukup, sebab semua tu telah pun ku lakukan.
Selebihnya, biar Allah saja mengirimkan segala rasa tulus dan ikhlasku pada ayah yang ku sayang.

Dia mungkin tidak sesempurna ayah orang lain.
Dia mungkin banyak cacat celanya.
Banyak silapnya, sehingga ini takdir kita.
Namun, mungkin jua kerna kasihnya mengatasi segala kekurangannya.

Pada mak, dia bertangungjawab atas segala apa yang berlaku.
Kerna dia terlalu polos dan baik, dia diuji Allah serta-merta.
Akhirnya, semua berakhir duka..

Irah tak pernah membezakan mak dan ayah. 
Mak selalu kata Irah selalu back up ayah,beralah dengan ayah, cover ayah.
Tak,, Irah tak pernah rasa Irah memilih untuk berada di pihak sesiapa,
Bahkan Irah tahu apa yang mak rasa.
Tidak terdaya, lelah, penat..

Tapi Irah juga cuba mengerti ayah, kepayahan dia untuk bangkit setelah apa yang berlaku.
Dia bukan orang berkelulusan tinggi, tapi tu bukan syarat segalanya.
Kemampuan dia hanya setakat tu, meski Irah juga tahu dia berusaha lebih daripada itu.

Menitis air mata Irah tengok dia kutip segala mana tin-tin kosong, botol-botol, bekas-bekas dan banyak jenis barang boleh dikitarsemula untuk mencari pendapatan lebih.
Irah tau semua tu tanggungjawab dia, tapi sekurang-kurangnya, Irah nak menjadi orang yang selalu mendokong dia, meringankan beban di hati dia memikirkan cara untuk give us more right.


Kita sebenarnya cukup, bukan sebab duit, tapi cukup kerna kita bersyukur.
Dan harus lebih bersyukur, dengan cuba memahami apa yang ayah sedang alami.
Orang tak mungkin faham perasaan anak-anak yang menjadi mangsa perceraian mak dan ayah.
Irah selalu doakan mak akan mengerti satu hari nanti bagaimana Irah rasa.

Irah tak pernah memilih antara dua.

Sebab Irah sayang dua-dua.
Mak banyak berkorban untuk Irah, banyak berhabis.
Tapi Irah juga tahu ayah, dia sentiasa berusaha berikan terbaik meski dia tidak mampu.
Irah takkan dan tidak pernah memilih untuk membuat pilihan antara satu.
Irah tau, ibulah paling utama untuk kita kasihani sebagaimana Rasulullah pesan, tapi Irah hanya manusia biasa, seorang anak yang juga mahukan kasih sayang ayah yang Irah takkan dapat sampai bila-bila..
Sampai bila-bila....:')

Harapan Irah, Ramadhan ni, Irah nak cepat-cepat kumpul duit, kekuatan nak bawa orang-orang Irah sayang pergi Mekah, tadi kat masjid, Irah terasa sgt,, terasa dekat dengan baitullah.
Terbayang-bayang, Irah duk sana ngan orang-orang Irah sayang,,,mungkin juga berkat Dr Azizan Osman. Salah seorang insan yang bagi Irah kekuatan untuk move on, never stop even if u fail, keep fighting and smiling. May Allah bless me! Ameen :)


Blog ini CUTE sgt! Acu tra tekan LIKE :D

Jun 16, 2013

Kak Irah Misss Ayahh Sangatt :)


SAYA SAYANG AYAH SAYA!

Bukan semata kerna hari Bapa,kerna hari-hari saya doakan ayah dan ibu saya! :D

I wonder how my life actually is if I get  the chance to live as a complete perfect family like others.
Ayah,,,:')

Saya tak punya keluarga yang sempurna,
Bukan membuka pekung di dada,
Sekadar berkongsi apa yang nyata,
Ayah saya jauh di mata..

Bukan sempurna, bukan satu kecacatan sebenarnya,
Tapi ujian buat hambaNya,
Ayah dan ibu bercerai selamanya,
Namun, istimewanya kasihnya,
Tiada kurang kasih di dada..

Mak saya tegas orangnya,
Namun, aneh sungguh kasihnya,
Tiada ayah, ditanggung semua,
Tersentuh rasa jiwaku hamba.

Aku hanya memanggilmu ayah
Di saat ku kehilangan arah
Aku hanya mengingatmu ayah
Jika aku tlah jauh darimu.. 

I miss u Ayah...........♥♥♥

Namun,,

Tiada apa dapat membalas jasa Mak membesarkan Irah, Isha dan Dini..
Tiada apa..meski setinggi mana pangkat Irah di dunia,,
sebanyak mana duit Irah tabur sekelilingnya,,
sekuat mana Irah berusaha penuhi semua...
tidak terbalas jasa-jasa Mak untuk Irah..

Ayah, lain wataknya..
Rendah jiwanya,,
Belas kasih orangnya..
Pantang tengok orang susah, sikit pasti dihulurkannya,
Meski, tiada sikit luak padanya..
Ni lah antaranya,
Mak kurang gemar sikap pemurahnya,
Sampaikan kadangkala terlupa utk isterinya.

Tapi, apakan daya, Tuhan Jua Maha Kuasa,
Bercerai baik untuk kebaikan semua,
Alhamdulillah, masih kuat kasih bersama puterinya,
Cintakan Dia pasti kekuatan utama :D

Adakala, orang-orang pasti hairan melihat kasih yang terjalin bagaikan sempurna ikatannya.. bagaikan bahagia sebuah keluarga..mungkin jua, ayah selalu pesan, " balaslah jasa mak dulu,, ayah ni takpe..tak didahulukan,,mak lah banyak berkorban untuk Irah dan adik-adik semua.."

Ya Allah, hati wanita mana tidak tersentuhh...:')
Air mata mengalir deras,, hanya Allah Maha Tahu betapa ksihnya saya pada Ayahanda saya.
Saya tahu perit sungguh perjalanan hidupnya,
Pernah menemani dikala sukarnya dia, 
Bertarung nyawa,
Antara hidup dan matinya,
Sungguh sebak rasa dada,
Mengingatkan apa terjadi sebelumnya, 
Namun, rencana Dia siapalah berkuasa,
Drpd Dia kita datang, kepada Dia kita kembali,, itulah semestinya.. :'(

Saya jua tahu persis ayah.
Sederhana orangnya.
Halus jiwanya.
Tak ingin anak-anak derhaka pada ibunya.
Kerna dia tahu, apa yg dia terdaya.

Irah sangatt Ayahh,, Isha sayang Ayah.. Dini sayang ayah..

"Ya Allah, Kau panjangkan umur kedua orang tuaku agar aku dapat menjadi anak yang solehah dunia akhirat kepada kedua-duanya, membawa mereka kepada syurga akhirnya.. andai di dunia, kami tidak ditakdirkan menjadi keluarga bahagia,, Kau berikanlah kekuatan untuk kami bersama di akhirat sana. di syurgaMu Ya Allah..amin,,amin..amin robbalalaminn.."


Blog ini CUTE sgt! Acu tra tekan LIKE :D

Hakmilik HareittaNaz@2013