DAISYPATH VACATION


Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts

Dec 30, 2013

Anak Sungai Derhaka: Najib potong 10 peratus elaun keraian Menteri dan ...



Anak Sungai Derhaka: Najib potong 10 peratus elaun keraian Menteri dan ...:


 Dengan bangganya macai-macai mencanangkan inilah Perdana Menteri yang prihatin akan keperitan hidup rakyat dalam menghadapi kenaikkan harga.. Ewah2... PM sila jangan cakap jee. laksanakan secara sepenuhnya..

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan 11 langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam, termasuk mengurangkan elaun keraian menteri dan timbalan menteri sebanyak 10 peratus, berkuatkuasa 1 Jan.
Tindakan itu adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengamalkan perbelanjaan yang lebih berhemah pada tahun depan, katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau berkata keputusan itu dibuat hasil rundingan dengan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.
Beliau berkata kerajaan juga akan mengurangkan elaun keraian sebanyak lima hingga 10 peratus bagi pegawai kanan kerajaan Gred Jawatan Utama Sektor Awam C (Jusa C) ke atas.
Selain itu, kemudahan tol pegawai kanan kerajaan gred itu juga akan dikurangkan sebanyak RM50 hingga RM100 atau sebanyak 30 peratus, katanya dalam kenyataan dua muka surat itu.
Najib berkata kerajaan juga akan meminda kelayakan Tiket Penerbangan Domestik dan Antarabangsa bagi penjawat awam iaitu kelayakan penerbangan sektor domestik bagi Gred Jusa C ke bawah ialah Kelas Ekonomi.
Selain itu, kerajaan juga akan mengurangan lima peratus kos utiliti elektrik di semua kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan, selain membekukan permohonan baharu bagi pengubahsuaian ruang pejabat kerajaan.
Perdana menteri berkata kerajaan juga memutuskan untuk mengoptimakan penggunaan ruang pejabat sedia ada bagi mengurangkan sewaan premis pejabat.
Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan juga akan mengetatkan pelantikan juru perunding untuk projek-projek fizikal kerajaan termasuk dalam menjalankan kajian kebolehlaksanaan.
Beliau berkata cadangan pelantikan hendaklah dikemukakan terlebih dahulu kepada Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara untuk kelulusan.
Kerajaan juga akan mengurangkan penggunaan syarikat pengurusan acara atau 'event management' serta pemberian saguhati (door gifts) atau cenderamata untuk penganjuran persidangan atau majlis-majlis kerajaan yang melibatkan anggota pentadbiran dan penjawat awam, katanya.
Najib berkata kerajaan juga akan mengurangkan penyediaan makanan dan minuman serta mengurangkan penggunaan kain pemidang (bunting dan banner) bagi penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebarang acara rasmi kerajaan.
Kerajaan juga akan mengaplikasi pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dengan mengoptimakan penggunaan Pusat Latihan 1Malaysia (1MTC) dan kemudahan-kemudahan di institusi-institusi latihan milik kerajaan bagi penganjuran kursus, seminar dan bengkel, katanya. - Bernama

ACTION LOUDER SPEAKK PLEASEE!! 

Blog ini CUTE sgt! Acu tra tekan LIKE :D

Nov 20, 2013

5 most haunted places in Malaysia


The hottest creppy issue regarding the Villa Nabila had really surprised Malaysia.
Is there really a ghost story behind it?
Well, news spread well. However, it doesn't look alike the one we heard.
Such a burden to his parents. How can he behaves so easy to his parents without any worries?
Being in his girlfriend's house is really such an idiot excuse.
Well, every single Malaysian did believe, they were haunted by those "villa nabila"
(creppy)..

Creepy houses, eerie streets and accident prone roads are usually known as haunted places. If you’re a fan of ‘Singapore’s Ghost Story’ by Russel Lee, you’re definitely a fan of anything haunted. Let’s take a look at five of the most haunted places in Malaysia.


Villa Nabila, Danga Bay

Remaja-hilang-di-Villa-Nabila-ditemui/


Villa Nabila in Danga Bay, Johor is a place filled with mystery and ghost stories. Some paranormal investigators even went missing and only managed to get out of the place after dawn. If you were to search Villa Nabila on the internet, you’ll find there’re more than five stories related to this haunted villa. One of the most interesting stories is that Villa Nabila was previously known as Christine Palace and was owned by a rich mat salleh. Due to greed, his whole family was murdered by two hit men sent by his other siblings who wanted part of the land. The place has been haunted ever since


Kellie’s Castle, Perak

5-most-haunted-places-in-Malaysia/

If your hometown is in Perak, Kellie’s Castle has a reputation of being haunted by its owner; William Kellie Smith. In the 20th century, the Scottish planted wanted to build a home away from home, hence the construction of the unique castle started in 1915. The building was left abandoned when Kellie mysteriously died in 1926. With its unique structure and rumours of secret underground tunnels, Kellie’s castle is worth a visit (in broad daylight!). The Perak government has recently made efforts to rescue the castle from being ruined. 


Jalan Turi bungalow, Bangsar


More than two decades ago, a gruesome murder happened in this Jalan Turi bungalow located in Taman Bukit Bandaraya, KL. The bodyguard of the two siblings and their maid were convicted for murdering the three. The three bodies were found in the bungalow’s sewer, located at the back of the home. I cringe when I read about the cruel murder that happened in this bungalow. The bungalow has been demolished and is no longer in Bangsar.


Bukit Tunku, Kuala Lumpur


Previously known as Kenny Hills, many have said that the houses here are haunted. How can an upper-class elite housing area be haunted? It seems that the old colonial British house is haunted because he ended his own life there. Most of the houses in Bukit Tunku have been demolished and rebuild. According to Adam Vai (social media ghost hunter), he has experienced paranormal activities here.


Ria Apartment, Genting Highlands


This is one that’s so famous, it’s even known as the haunted apartment in Tripadvisor. Many of those who’ve stayed in this apartment will inform you of the knocking doors in the middle of the night, weird noises and worst of all – horrid conditions of the room! If you ever visit Genting Highlands, this is the place you should avoid at all costs! If you need to go to Genting Highlands, always check reviews of the hotels before you proceed to book.


source: from my reading:)
Hui Shan Lim
beware if u're tend to visit this kind of places.. ngee~
(-,-)

Blog ini CUTE sgt! Acu tra tekan LIKE :D

Jan 30, 2013

Kenali 'human behaviour' di Laman Sosial


Hailaa~ Tiba-tiba terfikirkan sesuatu. Kadang-kadang bila kita nak jadi mcam tu, orang kate macam ni.
Kita nak jadi macam ni, orang complain kita sebab jadi macam tu.
Apa pun, manusia takkan pernah puas dengan apa yang ada pada seseorang.
Begitu juga aku, sebab aku pun manusia.
Aku sebenarnya, cuba memahami manusia. Golongan manusia merangkap golongan aku sendiri. 
Melalui beberapa segi:

1. menilai manusia dari laman sosial FB, Twitter, Instagram, Tumblr, Flickr, or whatever..
ok. 

2. menilai dari perwatakan luar.

3. menilai dari pemakaian.

4. menilai dari segi pergaulan.

Ok. Maybe tu antara view aku tengok kat seseorang la. 
Dan secara tak langsungnya, aku jadi terikut-ikut kemungkinan orang pun turut sama view
 aku dengan view sebegini. 
Jadi, aku dah ubah cara persepsi aku, bagi aku tak adil lah kalau aku view orang just through their social site right? Ok, bagi aku personaliti seseorang itu subjektif kan?

Walau macam mana pun, takdelah sampai, tengok ProfilePic tak pakai tudung, status tentang Aurat. 
Perkara sebegitu sememangnya terang bersuluh lah kan, takkan laa kita nak consider dia jenis bertudung. Tapi ape-ape pun, kita boleh mendoakan dia atau bersangka baik moga dia sedang berhijrah. Why not?
Tak rugi pun kan bersangka baik~ 

Memetik kata-kata dari sahabat dunia akhiratku, Shukriah Sulong. 
It's really nice quote, pretty awesome of sequenced words !!

"Jangan hanya menilai saya melalui tulisan2 saya di facebook...
Mungkin lebih baik, nilailah saya secara direct in person...

Kata2 saya mungkin menggambarkan pemikiran saya,tapi akhlak saya yang menggambarkan amal saya..maka jauhlah perbezaan antara kata dan akhlak saya,begitu juga dengan ilmu dan amal saya...

Saya bimbang anda mungkin tertipu dengan nasihat2 baik saya...
Sesungguhnya saya hamba hina lagi dhaif...Don't expect me too much..."


Yup. Aku LIKE LIKE LIKE sangat. Jadi, berazam untuk lebih matang mendepani kehidupan, aku memilih untuk mengenali seseorang setelah aku mula berkawan dengan dia. Tak adil lah, menghukum seseorang itu jahat hanya kerana dia tak bagi pinjam nota time EXAM, dia keluar tiap-tiap malam balik lewat, mengenali seseorang itu mungkin lebih bermakna... :)

i learn to know someone first. then, i start to judge her/his.
however, i'm no one to judge person, it's  all belong to Allah. :)


p/s: TAJUK ENTRI langsung takda kena mengena?? KENALI lah sangat.. By the way, aku bukan Dr Fadzilah Kamsah atau kanselor, nak kenal-kenal peribadi bagai~ hahaha



Blog ini CUTE sgt! Acu tra tekan LIKE :D

Nov 25, 2012

MURABBI CINTA bersama Saiful Islam

    Kali pertama, aku mendengar nya, MURABBI CINTA ~my first impression is cinta kepada Allah. Aku langsung terfikir, why don't I join in? InsyaAllah, mana tau hasrat hati yang ingin mencintai Allah dan rasulNya mungkin memberi sinar kepada hati aku. Ye, betol!!
 Aku mungkin seorang hamba yang seakan-akan manis di bibir, ingin mencari cinta Allah, tapi perangai tah apa-apa. Aku bukan insan sempurna. Sungguh!



   Alhamdulillah,dengan izin Allah, aku diberi peluang mengenali seorang lagi insan istimewa, yang aku kenali melalui laman sesawang sosial iaitu Facebook, tertarik dengan bait kata-katanya berbunyi: 


Saya tidak memberi sebarang komen tentang bencana yang sedang menimpa Gaza bukan tidak prihatin. Tetapi saya rasa semua yang saya mahu cakap adalah sampah kerana ia tidak sedikit pun menguis pergi Zionis dari Bumi Isra' itu.

Yang mampu saya buat secara signifikan sekarang ini ialah membersihkan makan minum serta amalan, agar doa saya untuk Gaza tidak terhijab oleh kecelaan diri sendiri. 
Doa senjata mukmin kerana jika mukmin tahu syarat doa dimaqbulkan Allah 
setiap kita akan berubah menjadi mukmin yang lebih baik.



- Ustaz Hasrizal Abdul Jamil -



      Berbekalkan kata-kata yang aku kira insan ini cukup istimewa, sengaja aku uar-uarkan kepada sahabat baikku, Munirah. He's the special novelist, really! Padahal novel dia satu pun aku tak baca, tapi menurut aku, aku tak bohong, kata-katanya pasti mencerminkan akhlaknya. InsyaAllah, aku yakin. Lagipun, aku juga pernah melihat satu dua tajuk novel karangannya.

     Alhamdulillah sekali lagi, berada di Universiti Utara Malaysia, Sintok lagi bukan halangan untuk aku dapat peluang hebat-hebat macam ni. Untuk aku yang sememangnya minat penulisan, aku gemar melihat kekreatifan para penulis Islamik menerapkan unsur-unsur yang agak catchy aku kira untuk tatapan remaja yang sememangnya yang tidak suka penulisan yang sarat-sarat. Penulisan novelis Islamik ketiga  yang aku kenali selepas Ustazah Fatimah Syarha dan Dr Farhan Hadi. 

      Menyusuri kisah percintaan yang diceritakan novelis-novelis ini, aku merenung diri. Allahurabbi, alangkah hebat cinta mereka! Pantas saja mereka mendapat jodoh dari kalangan hebat-hebat. Sorang doktor, sorang ustazah. Sorang doktor, sorang ustaz. Hebat kan? Aku? Perjalanan penuh dengan kelalaian, kenakalan dan kadang-kadang hipokrit semata-mata.

     Aku sebenarnya sentiasa mencari identiti untuk diri aku. Apakah aku seorang yang bersedia menerima cinta dari sesiapa? Apabila, di saat tangan yang menghulurkan, bagiku cukup segala pakej sebagai seorang yang bakal menjadi Imam ku? Aku langsung terfikir, wajarkah aku menilai semua ni mengguna akal dan nafsu  berbekalkan iman senipis bawang ? Tidak! Sebaliknya, gapailah cinta Allah dulu sebelum aku terlanjur berbicara tentang cinta manusia. Mungkin dengan sikap aku, kadang- kala terlalu happening, kadang-kala, acuh tak acuh, menjadikan aku sukar mendapatkan apa yang aku inginkan iaitu Cinta Allah :')

         Cukup tertarik ulasan sepanjang program Murabbi Cinta oleh Ustaz Hasrizal tentang peraturan cinta, atau menurutnya yang lebih gemar menggunakan istilah "tips" cinta agar tidak menampakkan cinta itu terlalu berat, terlalu complicated. Yes, I'm so impressed the way he's thinking. Mungkin inilah hikmah, kita disuruh mendekati orang-orang berilmu, supaya kita dapat menilai cara mereka pemikiran, supaya kita tak terlalu skeptikal dan stereotaip dengan pemikiran kita dengan konsep cinta. Hahaha. Amboi, suka lak aku pakai ayat "skeptikal" dan "stereotaip" sejak dua menjak ni. Ok, berbalik cerita tadi, supaya kita tak terlalu memberatkan apa yang telah Allah gariskan dalam membina dan memelihara rasa cinta.

      Analogi-analogi yang Ustaz Hasrizal kemukakan cukup bernas. Cukup menarik, tertarik, buat saya tak mengantuk. Bukan juga sebab topik cinta, bukan. Skop cinta yang begitu meluas meliputi seluruh aspek kehidupan. YES! He just said that "love is the tip of iceberg in our life."  Interesting quote!!

        Tidak semestinya, bila kita berbicara soal cinta, kita melupakan penderitaan saudara Islam kita di Palestin, Gaza. Exactly not! Kitalah mencorakkan cinta itu melalui pelbagai cara. Cerita tentang kehebatan kerajaan Andalus yang dicemburui negara-negara Yahudi juga menarik perhatian saya. Kisah ini menunjukkan bagaimana kerajaan yang sebegitu maju digulingkan hanya kerana pemuda-pemudinya lemah kerana CINTA! Cinta itu melemahkan pemuda-pemudi kita hari ini. Harus kita ingat, cinta itu satu bentuk tenaga, macam mana kita boleh melakukan luar dari kebiasaan kita hanya kerana CINTA? Hee~~ aku dah macam pengulas program. 

        Orite, sebenarnya, aku bukan la nak cerita A to Z, tapi keterujaan aku meneliti setiap bait kata yang beliau lontarkan mendorong aku menulis blog malam nie. Sebab tu, aku rasa tak perlulah aku nak over sangat nak update kat FB .."cinta itu mempesonakan".

       Macam la aku sorang je pergi dengar. Kan? Kadang-kadang, aku nak jugak jaga impression orang kat aku. Yes, humans are not perfect, of course, they are not like angel. They do have feeling. Larat ke aku nak dengar orang duk mengate suka update Fb, bajet bagus! Jadi, cari jalan untuk bersederhana. Sederhana itukan mempesonakan. Heee~~

      Ada la sorang lelaki ni, ok, just called him si Y..agak rapat la dengan aku dan kawan-kawan aku. Yes, aku akui aku tak pernah rapat dengan mana-mana kawan lelaki sebelum ni. So, since I am in Sintok, I am quite close with him. Sampai satu tahap, ada jugak ar, rasa tak malu sangat. For sure, benda patut malu kena malu la.. Hahaha...tak heran la, ramai kawan sekolah duk gosip aku ngan dia. Ahhh.. bukan tu aku nak cite. Aku just nak bagitaw, aku ni garang. Orite, bahasa ganu dipanggil "bekeng". Aigoo. teruk bunyi nya! Ok, sorry for the mislanguage. << bajet-2 ade kot mislanguage

       Ok. aku sgt receptional bab-bab camni. At times, aku terima je bulat-bulat orang nak kata apa, bagus pe garang daripada manja? At times, aku fikir, aku ni garang sangat ker? Sampai si Y ni siap banding-banding aku ngan member aku. Okey la. nie bukan time nak feeling-2 lebih. If I do, I apologize to all of my friends. Tapi bila aku fikir-fikirkan balik, more or less I should improve to be better. InsyaAllah!

      Aku selalu berdoa selepas setiap kali solat fardhu pada Allah agar aku ni dihilangkan segala sifat mazmumah, sifat baran, tergesa-gesa. Doakan aku dan adik-adik jadi anak yang soleh solehah. InsyaAllah, aku manusia biasa-2 saja, tapi aku nak menjadi sempurna mengikut acuan yang Rasulullah saw tetapkan sebagaimana peribadi yang terlahir sebagai Nurul Attierah Zamari. 

      Dah memang terlahir, suka cakap banyak, suka banyak tanya, suka gelak-gelak, suka buat lawak, garang, kadang-kadang main, macam mana aku nak ubah personaliti nak jadi lemah-lembut, sopan- santun, tak banyak cakap, pendiam aje, cakap pun volume 5, serius, tegas,,,?? Kan,, memang tak la. Tapi selagi kita tahu batas-batas, kita kurang mana yang perlu, lebihkan mana yang kurang, we try to improve. Everyone special in their own way, I do believe this. 

        Aku belajar menjadi seorang yang mampu menerima keperibadian seseorang itu berbeza dan unik dengan cara mereka tersendiri. Tak semestinya orang yang selalu pergi masjid, orang yang tu memang baik, jurus, dan tak mesti orang yang langsung tak pergi masjid tu tak bagus TAPI tidak juga sebaliknya. Apa yang penting adalah HATI! :D 

Yes! Let's take care of our QALBUN to the one who deserve it. insyaALLAH, bercintalah sampai syurga. >,<


note: my blog is totally mine. kalau rasa aku nak tunjuk bagus, memang ar. sekurang-kurang, i'm doing for my sake. daripada tunjuk tak bagus, baik aku tunjuk bagus. sekian~~





Blog ini CUTE sgt! Acu tra tekan LIKE :D

Nov 24, 2012

Sorotan Aqso Mission 2

Alhamdulillah. dah 10 Muharram. Peristiwa keganasan tentera Israel terhadap umat Islam di Gaza masih tak habis-habis. Allahurabbi. Satu je aku boleh fikir. Mungkin kita hanya mampu melihat penderitaan mereka melalui kaca mata TV. Hakikat penderitaan sebenar hanya mereka yang rasa.



Melihat setiap kanak-kanak kecil sebaya Nusrah Khalisah, hati seakan merintih. Terkadang meruntun jiwa yang keras ini. Ya Allah, jika dgn melihat penderitaan mereka aku mampu menjadi lebih baik, aku mohon Kau berikan kekuatan di sebalik peristiwa ini.

Satu yang paling best bila berblog, aku boleh cakap ape je aku nak. Tapi perlu fikir apa orang akan fikir, do they concern? Hahaha. Yup~ Exactly.

Selain cerita ini, sebenarnya ada peristiwa yang aku rasa menarik berlaku kat Masjid Badlishah semalam, before aku nak start solat Isyak, di celahan dinding masjid, kelihatan seraut wajah yang aku kenal, muncul di kehalusan ruang tika itu. Padahal, sebelum tu, aku terdetik, andai kata aku melihat wajah yang ku kenali tika ini, barangkali dia jodoh ku, Hahaha! Maaf, aku memang suke buat cerita aku ala-ala dalam drama. puii~
Orite. fine, he wore green baju melayu. Okbai~

Till then I meet another person I know, also was wearing green attire. How could the people I do know them quite well wearing green? Ok. and finally,,,there was someone I looking for, not eagerly, but silently, yes, he did wore the green too. Okay, what can I say? Ermm.. hanya Allah tahu apa sedang bermain di fikiran aku tika itu. Yes, my mind was wandering everywhere. Thinking that everything has happened for a reason rite? Mungkin aku berperasaan sorang-sorang. Takpe, just let me by my own world. Everyone has their feelings rite? So, it's normal perhaps~ wakaka.



Ok, lepas aku berkhayal-khayal seminit dua. Aku kembali fokus pada perbincangan hebat Aqso Mission. Yes, aku memang tak tahu sangat pasal hal-hal sejarah serangan ni. Aku akui. So what? Aku bukan la pandai-pandai. Melihatkan macam mana umat Islam kat sana boleh survive. I do thinking again and again. Allahurabbi, mereka harus dan kena memperjuangkan nasib negara kita sama ada mereka bersedia atau tidak. Ketekunan dan semangat jihad mereka jelas terlihat, seolah-olah sebiji batu kecil yang dilemparkan umpama sebiji bom besar yang akan meledak kawasan musuh. Allahukbar! Hati mana tak menangis, melihat anak-anak kecil menangis di kala ibu mereka ditembak, ayah mereka dibunuh di depan mata, badan si kecil hancur musnah dek ledakan bom tentera rejim zionis Israel.

Mana perikemanusiaan?<--kawan aku="aku" i="i" ini.="ini." mengajukan="mengajukan" persoalan="persoalan">

Tak usah persoalkan perikemanusian tika ini. memang sudah hilang. Jangankan hidayah, rasa belas tu pun takdak langsung dah. Allah! Allah!

Namun, hati kian terkesan dengan penyataan Prof Madya Dr Hafidzi, Pensyarah Kanan UPM yang juga merupakan Pengerusi Aqsa Syarif Malaysia apabila dia mengatakan ISLAM akan menang, dan menuju KEMENANGAN! Siapa-siapa belum sedar tentang tu, jaga-jaga, PASTI!! Oleh itu, ayuh kuatkan senjata paling kuat kita iaitu DOA!! insyaAllah, Allah tidak akan pernah menganiayai hambaNya yang lemah, ingat!

maaf EnAmirul Hafizi, ana pinjam gmbar enta. :) hik3


this is how non-muslims show their concern
Tapi, part paling mengharukan semalam. bila alunan Al-quran surah Al-Anfal ayat 72 tak silap.. siap ada translation chinese lagi. sebabnya non-muslim juga turut hadir ke masjid mengikuti perbincangan Aqso Mission ini. Alhamdulillah, sekali lagi, Islam menang!

Difikir-fikirkan balik, rakyat Palestin diuji sebegitu hebat kerna perjuangan mereka dijanjikan syurga dari Allah andai mereka syahid. Tapi aku? Rakyat-rakyat Malaysia?

Mungkin andai diberi dipeluang untuk berjuang sama dengan mereka di sana, beberapa orang saje kot yang betul- betul punya kekuatan kan? Haa..itu satu. Mesti ade nak jawab, dah negara kita tak berperang, asal nak susah-susah ikut berperang. doa je lah dari sini. Iye, betul la. Aku cuma cakap andai kita semua diberi peluang, confirm2 kan ramai cabut lari? Aku cuma nak highlight that our inner spiritual tu masih lagi nipis. Tak mampu nak menandingi rakyat-rakyat Palestin apatah lagi nak menandingi semangat juang anak-anak kecil di sana. Air mata hati menangisi betapa mereka inginkan FREEDOM. Kadang-kadang melihat tubuh sekecil ini, teringat si adik kecilku, Nusrah Khalisah dan Nasrul Khalish. Of course la, situasi lain di Malaysia, tapi mak aku, aku jentik sikit je pun, da kena marah. Apatah lagi, aku nak guriskan atau calarkan badan mereka. Tapi tidak di sini, badan mereka dijadikan SHIELD! allahuakbar! macam mainan nyawa si kecil.


as for the last, let's pray for our ikhwan~ insyaAllah,
doa muslim kepada muslim yang lain  tidak akn terhijab oleh Allah. :')



Terkesima dengan kata-kata Dr. Hasrizal Abdul Jamil, ringkasnya beliau tidak ingin mengulas lanjut tentang penderitaan yang dialami penduduk Palestin kerana semua hampir tahu. Apa yang dapat dia lakukan ialah, menguatkan dan mendekatkan diri kepada Allah agar doanya kepada umat Islam disana tidak terhijab dek kerana dosa-dosa dilakukan. Hebatnya bingkisan hamba Allah ini yang tidak putus-putus memperjuangkan agama Islam. Insya-allah, sedikit sebanyak kata- kata Dr. menjentik hati keras saya. Wallahualam.

doa ini selalu saya dengar dan saya baca time SMKATJ dlu.. :')


Blog ini CUTE sgt! Acu tra tekan LIKE :D

Sep 24, 2011

koleksi-gambar-gadis-melayu-bertudung-ketat-seks


TAHNIAH KERANA BERTUDUNG, TETAPI ...

(diambil daripada blog-blog bebas)
Kedah Lanie, Kedahlanie, Kedah Online, Kedahonline - gambar-gambar wanita, perempuan, gadis melayu, bertudung seksi, bogel




Trend..pakai tudung tapi leher ditayangkan...dada yang luas ditayangkan...yang ditutup hanya rambut...lepas itu gaya bertudung pelbagai..fulamak cantik kelihatan tetapi...sesuaikah dengan diri kita sebagai individu islam ?.. Lain lagi yang sekejap pakai tudung sekejap buka tudung..ni apa kes ? Aku taip berdasarkan apa yang aku lihat disekeliling aku...sekeliling kamu bagaimana ? Aku memang suka tengok awek cantik..comel..tapi bila bab nampak awek bertudung tapi nampak leher..dada luas terbuka..aku cuma kata dalam hati.." Eii..bagus buka tudung la kalau gitu...buat malu aje"... Tapi mereka-mereka ni kisah apa dengan kata hati aku ? ikut kata hati dorang dan trend terkini aje...peduli apa kata orang..mereka punya keluhan ni..Ya aku pernah dengar keluhan ni...dari awek yang aku kenal bertudung..lepas itu sekarang ikut sedap dia nak pakai tudung atau tidak. Jika selera dia mahu pakai tudung dia pakai la..ala kadar...lepas tu bila mahu pakai topi...maka topi la jadi penutup kepalanya...ikut suka hati aje..mak bapa dia pun tidak bising jadi buat apa aku bising ?... Pssssssstttttt..aku kurang pasti apa tujuan orang pakai tudung sekarang...untuk tutup aurat atau untuk ikut trend dan nak nampak cantik aje ?..

sumber: http://mydaniaeryati.blogspot.com/2010/06/aku-buka-tudung-sebab-mahu-tayangkan.html


Gadis Melayu kini ramai yang bertudung berbanding dengan dulu. Satu perkembangan yang bagus demi menjaga siasah rupa diri supaya lebih mencerminkan peribadi seorang Islam. Dulu ke sekolah pun kita memakai uniform yang “diwarisi” dari penjajah British. Maka yang lelaki berseluar pendek dan yang perempuan pula dengan gaun pendek. Mulai 1990-an uniform sekolah telah bertukar kepada seluar panjang bagi lelaki dan baju kurung dan bertudung untuk perempuan. Kemas dan sopan.




Tetapi pakaian bertudung mula bertukar menjadi fesyen selari dengan peredaran masa dan dunia yang semakin moden. Yang sedihnya ramai gadis Melayu “dijajah” semula oleh Barat dengan fesyen bertudung tetapi moden ini. Aku selalu perhatikan pemandangan yang tidak begitu indah ini sehingga aku bertanya pada diri sendiri, “kenapa ?”



1. Baju dan kain / seluarnya ketat, sendat dan terlalu seksa seksi
Baju kurung dan kebaya yang dipakai sangat jarang dan ketat sehingga menampakkan bentuk badan. Begitu juga seluar, blouse dan T-shirt. Ramai yang dengan bangganya mendedahkan lurah dendam depan dan belakang. Bagi gadis remaja biasanya memakai jeans low cut sehingga menampakkan lurah semasa berjalan atau lebih tak sanggup untuk dilihat apabila membonceng motorsikal. Ditambah pula dengan kulit yang tak berapa licin dan berparut !

2. Tudung yang tidak dipakai dengan anak tudung sehingga nampak bayang rambut
Ini satu lagi fesyen yang aku tak faham. Bertudung tetapi rambut terkeluar di sana sini, bayang rambut yang diikat tocang jelas kelihatan. Ada juga yang ekor rambutnya terkeluar di bahagian belakang tudung.

3. Pertuturan yang lancang, ketawa mengilai
Adalah sesuatu yang memalukan apabila melihat gadis Melayu bertudung yang tidak menjaga tutur bicara. Jenaka lucah dan perkataan kesat jadi mainan dibibir, ketawanya mengilai bak pontianak.

4. Bertepuk bertampar dengan lelaki
Persahabatan antara lelaki dan perempuan tidak dilarang agama tetapi mestilah mengikut batas yang telah ditetapkan. Kalau sudah bertepuk bertampar dan bergurau senda seperti kawan sejenis, apa yang hendak dikata?

5. Bercumbu dan memadu kasih dikhalayak ramai

Ini antara sifat yang paling memalukan dan menjatuhkan maruah kita sebagai seorang Islam. Memang dalam perkara ini kaum lelaki juga bersalah kerana menjadi pasangan dalam aksi berahi bermadu kasih tanpa segan silu. Jika dibuat carian 'gadis bertudung' di Internet, hasilnya sudah pasti aksi-aksi kurang sopan dan seks yang dirakam secara rela atau tersembunyi.
Mungkin ada yang kurang bersetuju dengan pendapat di atas. Tujuan aku bukanlah untuk mencari kekurangan gadis Melayu kerana aku sendiri punyai anak perempuan. Cuma rasa agak sedih dengan ciri-ciri gadis Melayu yang banyak lari dari adab susila Timur dan ajaran Islam. Cara berpakaian ini juga antara penyebab berlakunya jenayah seksual seperti cabul, rogol dan gangguan seksual. Wahai muslimah, janganlah digadai maruah demi kemodenan dan fesyen kerana yang rugi hanyalah diri sendiri.

sumber: http://www.adamfaiz.com/03/12/2010/cantiknya-gadis-melayu-bertudung-tapi/


Apa lagi yang mampu dikata bila maruah gadis bertudung kini macam dipijak-pijak. Yang melakukannya hanya sebahagian tapi semuanya terkena tempias. Kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Tak lama dulu kecoh pasal Edisi Siasat kat NTV7 yang mendedahkan seks di tepi tangga. Cukup memalukan lebih-lebih lagi apabila yang melakukannya bertudung.. BERTUDUNG. Apa lagi nak dikata, lidah kelu untuk bersuara apabila kaum sejenis memijak sendiri maruahnya. Mata bergenang melihatkan hukum agama dicampak ke tepi. Lebih kecewa apabila si pelaku melakukannya tanpa rasa segan silu. Tak habis lagi orang bercakap pasal seks di tepi tangga, keluar pulak isu Skodeng, juga kat NTV7. Tambah memilukan, yang melakukannya turut bertudung. Apa yang sudah jadi ??




Mungkin golongan ini tidak sedar yang mereka telah membuatkan orang lain menjadi mangsa. Kini gadis bertudung dipandang serong oleh masyarakat. Salah siapa? Apa yang berlaku telah memberi peluang kepada yang tak bertudung berkata dengan megahnya, 'PAKAI TUDUNG TAK SEMESTINYA ELOK PERANGAI'. Ya!!! Memang pakai tudung tak semestinya elok perangainya. Tapi "Yang bertudung itu belum pasti azabnya, yang tak bertudung sudah pasti azabnya."



Sebenarnya saya tak mampu lagi nak mendengar cemuhan masyarakat terhadap gadis bertudung. Yang bersalah hanya segelintir, tapi masyarakat seolah-olah menganggap semua gadis bertudung itu buruk perilakunya. Mereka berhak bercakap kerana semuanya realiti. Untuk mengubah pandangan masyarakat ini, sesuatu perlu dilakukan dan yang mampu mengubah ini semua hanyalah GADIS BERTUDUNG.



Memakai tudung, tapi tanpa segan silu memegang tangan bukan muhrim. Memakai tudung, tapi tanpa segan silu berkepit, membonceng motor bukan muhrim. Memakai tudung, tapi tanpa segan silu menunjukkan bentuk badan. Seluar yang ketat dan sendat sudah menjadi amalan. Di atas bertutup tapi ketulan-ketulan lemak di bahagian peha dan pinggul tanpa segan silu menunjukkan wajahnya.
Yang lelaki hanya tersenyum, dapat melihat tayangan free tanpa perlu kenakan bayaran. Allah memberi rezeki tapi tidak dimanfaatkan. Wang yang ada diguna untuk membeli baju yang tidak sesuai. Baju yang longgar dipandang hanya sebelah mata.
Tapi baju yang hanya layak untuk budak berumur 5-6 tahun yang menjadi rebutan. Bentuk badan yang hanya untuk tatapan suami dapat ditatap oleh semua orang. Memakai tudung, tapi perhiasan yang wajib dilindungi dibiarkan tanpa pelindung. Semuanya sudah menjadi kebiasaan. Apabila sudah menjadi budaya, yang haram dihalalkan.

Ingatlah yang kita punya sesuatu untuk dipertahankan sebelum menyerahkannya kepada yang berhak. Oleh itu kita perlu berusaha sedaya upaya menjaganya. Salah satu usaha yang perlu dilakukan iaitu menjaga aurat kita. Fikirlah, kalau semua kita dah pertontonkan pada umum, apa yang tinggal untuk suami kita???
Tiada apa lagi mampu dikatakan. Cuma, saya merayu kepada semua gadis bertudung, kita semua perlu berganding bahu mengangkat semula maruah gadis bertudung. Tinggikan semula maruah kita di mata masyarakat. Ubah budaya yang kian menular itu. Ingatlah azab Allah tiap kali kita cuba melakukan sesuatu yang melanggar hukumNya. Sama-samalah kita ingat memperingati antara satu sama lain. Kita hidup hanya sementara.
Mungkin hari ni hari terakhir kita....

sumber: http://www.tokeikedai.net.my/v8/index.phpname=News&file=article&sid=2130&comments_startnum=111

PAKAI TUDUNG SELAMAT, TAPI TIDAK SELAMAT ...

Memakai tudung bagi perempuan yang telah cukup umur adalah satu kebaikan.Ia akan mengelakkan siksaan di akhirat kerana mendedahkan salah satu aurat (rambut).
Tetapi, jika aurat-aurat yang lain tidak dijaga, kita masih belum selamat sepenuhnya.Marilah kita bersama memperbaiki diri dan elakkan dari di azab di Akhirat nanti.

"Hendaklah mereka menghulurkan tudung ke seluruh tubuh mereka, supaya mereka lebihmudah dikenali orang, kerana itu mereka tidak diganggu" - Surah Al Ahzab, Ayat 59
'Menghulurkan Tudung' bermaksud menutup dengan pakaian yang longgar, labuh, tidak jarangdan tidak menarik perhatian (warna, hiasan dan corak), terutama kaum lelaki.
'Mereka tidak Diganggu' bermaksud Allah swt akan memelihara wanita-wanita yang patuhkepadaNya dengan menutup aurat dengan sempurna dari kejahatan manusia.

Masakan Allah akan membiarkan hambaNya yang taat, dirosakkan oleh orang lain.Allah tidak berdusta, hanya manusia yang sering berdusta dan sanggup memutarbelitkanperintah Allah swt demi kepentingan diri dan manusia-manusia lain yang 'disembahnya'



Rasulullah SAW Bersabda :
"Bahawa anak perempuan apabila cukup umurnya (akil baligh),
maka mereka tidak boleh dilihat (diperlihatkan kepada yang bukan muhrim) akan dia,
melainkan mukanya dan dua tapak tangannya hingga pergelangan"
(Hadis Riwayat Abu Daud)
Asma binti Abu Bakar telah menemui Rasulullah SAW dengan memakai pakaian yang nipis.
Lalu Rasulullah SAW bersabda :
"Wahai Asma ! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaidh (akil baligh),
tidak boleh baginya menzahirkan (memperlihatkan kepada yang bukan muhrim)
anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah sahaja"
(Riwayat Muslim dan Bukhari)

Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke muara,
Bersakit-sakitlah di Dunia yang sementara, bersenang-senang selamanya di Akhirat ...
Bila-bila masa kita boleh mati, termasuk di usia muda, sedang sihat walafiat, kaya-raya,
berpangkat tinggi, seorang menteri, pemerintah negara atau pemerintah dunia sekalipun.
Allah swt memberikan udara untuk bernafas, jantung yang berdegup dan otak yang berfungsi
Apabila Allah swt menarik balik pemberianNya, tiada satu kuasa lain dapat menghalang

Penafian
Hukum Hakam dalam Islam, Allah yang tetapkan, bukan Rasulullah SAW /Ulama /
manusia lain yang memandai-mandai atau mengada-adakan.
Cuma ada segelintir manusia yang masih mahu memperingatkan manusia lain,
supaya Allah tak azab mereka sekali kalau langsung tak tegur
**Jika tak puas hati & nak komplen, deal terus dengan Allah.
Kan ramai manusia tak takut pada Allah **
sumber utama: klik di sini


Blog ini CUTE sgt! Acu tra tekan LIKE :D

Sep 23, 2011

KAWAN YG SAYA SAYANG...:)

SAYA SAYANG KAWAN SAYA YANG…. faham perasaan + emosi + situasi saya time saye kawan. Saya tak perlukan kawan (lansung tanak!) kawan yang selalu ingat dia semua tau dan dia le yang paling memahami.

SAYA SAYANG KAWAN SAYA YANG…. sanggup membela saya tidak kira saya salah or tak salah. Saye ske kawan saye yang akan sentiasa bersama saya even seburuk dan sejijik mana saya.

SAYA SAYANG KAWAN SAYA YANG…. selalu doakan kebahagian dan keredhaan untuk saya. bukan yang menjaja dan mencanang cerita buruk kawan-kawannya pada orang lain (kat blog pon nak citer ke? ..ayoo!! 1 dunia taula!!). Saya suka kawan yang ada ego mereka tersendiri, jgn sampai mudah dipujuk rayu dan dipijak (padahal masa kena tinggal, macam2 pendirian dibuat tapi musnah dengan pujuk rayu). Saya suka kawan yang mendoakan yang terbaik untuk kawan2 laen.

SAYA SAYANG KAWAN SAYA YANG…. iklas dan jujur meminta maaf dengan kesilapan / terlajak kata yang dilakukannya. Saya sayangkan kawan saya yang ada menjaga emosi saya walaupun ketikanya memang saya beremosi.

SAYA SAYANG KAWAN SAYA YANG…. selalu menasihati saya walaupun melibatkan soal agama. walaupun mereka pun tidak terer bab agama tapi mereka stay menasihati saya (xde orang perfect) dan nasihat mereka saya terima dengan hati yang terbuka dan saya xkan mengeraskan kepala untuk tegakkan benang yang basah. Bila berseorangan (sedih) dekat dengan tuhan tapi bila berdua (gembira) lupa dengan tuhan (takutnye jadi camtu!!)

SAYA SAYANG KAWAN SAYA YANG…. selalu CARE terhadap saya, memahami saya walaupun mereka CARE saya secara x ikhlas dan hanya cuba membuat saya menyampah dan meluat dengannya. Thanx sebab CARE ngan saya dan saya xkisah jadi loser asalkan kawan saya dengan stylo nye jadi winner..


Blog ini CUTE sgt! Acu tra tekan LIKE :D

Saya Jatuh cinta kerana syaitan :D

Tersebutlah kisah, seorang “lelaki A” datang berjumpa dengan seorang perempuan. Perempuan ini adalah yang paling ‘hot’ di kampusnya, kerana memiliki rupa paras yang cantik dan menawan.
Sifat pada perempuan ni yang paling orang suka adalah kerana dia ni seksi dan berada. Nak dipendekkan cerita, kita lihat dialog yang berlaku antara lelaki A dan perempuan tersebut. Tapi sebelum tu, biar aku bagi tau korang ciri-ciri lelaki A tu.
Lelaki A merupakan anak seorang Dato’ yang sememangnya kaya, kacak dan bergaya. Nak pergi kampus pon pakai kereta mewah, kemudian ada driver pula. Awek mana tengok mesti melopong biji mata. Alice : Apasal awak datang nak jumpa saya?
Lelaki A : Saya dah jatuh cinta kat awak.
Alice : (memandang lelaki itu dengan sinis) sebab?
Lelaki A : Kerana awak cantik. Sesiapa yang memandang awak sekilas pasti tak puas. Sudikah awak jadi gf saya?
Alice : Tapi..
Lelaki A : Jangan risau Alice. Saya ada segala-galanya. Harta..kebahagiaan..dan apa je awak mintak, saya boleh bagi.
Alice : Maafkan saya, saya ada kuliah. (perempuan itu sengaja membuat dalih)
Seminggu kemudian, perempuan ‘hot’ ni didatangi seorang lelaki lagi, kita namakan lelaki ni “lelaki B”. Penampilan lelaki B ni agak islamik. Pakai baju Melayu siap bersongkok pula tu. Tapi, hati dia hanya tuhan sahaja yang tahu. Apa-apa pun, kenalah bersangka baik. Alice : Ha, ada apa erk?
Lelaki B : Assalamualaikum. (ucap lelaki tu lembut)
Alice : (agak terkedu seketika) Waalaikumsalam. Kenapa awak datang nak jumpa saya?
Lelaki B : Saya…saya…
Alice : Kenapa? cakaplah..
Lelaki B : Saya jatuh cinta kat awak..
Alice : sebab?
Lelaki B : Perlukah bersebab?
Alice : Ya. Sebab saya tak pernah kenal awak, tau2 awak dah jatuh cinta..
Lelaki B : Baiklah, saya cintakan awak kerana Allah telah ciptakan perasaan cinta dalam hati saya untuk awak.
Alice : Owh. (Perempuan itu melihat jam tangannya) Maaflah, saya ada study group. Lain kali kita borak lagi. Maka tertinggallah lelaki B keseorangan tanpa sebarang jawapan dari sang gadis itu.
Seminggu yang seterusnya, perempuan itu didatangi oleh seorang lagi lelaki iaitu “lelaki C”. Kali ini, lelaki C berpenampilan biasa dan sederhana saja.Wajahnya juga tidaklah sekacak mana namun ada sesuatu pada wajah itu. Entahlah apa.
Perempuan itu mengukir senyuman manis untuk lelaki itu kerana dia pasti bahawa lelaki ini pasti akan bercakap benda yang sama.
Alice : Saya tau kenapa awak datang nak jumpa saya..
Lelaki C : (Termangu seketika) Awak dah tau?
Alice : Why not? Awak cintakan saya?
Lelaki C : Ya, saya menyintai awak.
Alice : (tersenyum sinis) Well, kenapa pulak? Sebab Allah telah menghadirkan perasaan cinta
kat dalam hati awak untuk saya?
Lelaki C : (hanya mampu tunduk)
Alice : Kenapa diam? atau..awak jatuh cinta di sebabkan rupa saya..atau saya ni seksi..atau..saya ni anak orang berada..
Lelaki C : Demi Allah, semua itu tak betul.(Lelaki C berubah menjadi tegas). Ya, memang benar saya jatuh cinta kat awak tetapi bukan kerana Allah atau kerana kecantikan awak, harta awak.. saya jatuh cinta disebabkan Syaitan Durjana . Syaitan yang mendorong saya untuk mengejar awak. Kemana saja awak jalan, mata saya akan mengekori awak.Tatkala rambut ikal awak terbang ditiup angin,saya rasa perasaan saya kacau.Wajah cantik awak sentiasa datang bermain di jiwa saya pada hal saya tak menginginkannya.Saya rasa rimas dengan perasaan saya. Saya semakin hanyut. Semakin terleka.
Alice : (terkedu) Apa awak nak?
Lelaki C : Saya tak mahukan apa-apa. Mungkin hanya sekelumit simpati. Hanya kalau awak sudi. Maafkan saya, saya mohon untuk berlalu.
Alice : Nanti dulu, siapa nama awak? Macam mana saya nak tolong awak?
Lelaki C : Nama saya, ah, tak layak saya nak beritahunya kat awak. Sesungguhnya nama yang saya pinjam ini sungguh mulia.Saya pasti awak tau apa nak dibuat. Maafkan saya, saya tak sanggup nak berlama-lama di sini. Syaitan itu sentiasa membisikkan perkara yang jahat ke telinga manusia. Salamu’alaikum.
Alice hanya melihat langkah lelaki itu tanpa sepatah kata.
Dua tahun kemudian… Akif merehatkan dirinya di pelantar rumah sambil menghirup udara segar pagi. Tiba-tiba dia disapa oleh ibunya.
Ibu : Akif, ibu teringin nak tengok Akif berumah tangga. Akif tak de ke pilihan hati Akif sendiri?
Akif : Entahlah ibu. Susah kita nak mencari pasangan yang betul2 berdiri di atas landasan yang teguh.
Ibu : Akif, ibu faham. Memang susah nak cari orang yang seperti itu, kalau ada pun, nisbahnya kecil. Manusia makin hanyut ditelan arus dunia.Semakin moden, semakin lupa tanggungjawab kita sebagai muslim. Tapi Akif, kita juga boleh menjadi pengubah.
Akif : Ibu.. Akif faham. Insya Allah ibu, Akif akan cari seorang perempuan..jika dia tak seperti yang Akif harapkan, Akif yang akan membentuk dia, mengubah dia.Akif akan cuba laksanakan permintaan ibu.
Ibu : (tersenyum) Akif, ibu rasa, ibu sudah berkenan dengan seorang gadis ini. Dia baik dan manis juga orangnya. Pekerjaannya juga mulia. Dia bekerja sebagai seorang guru di sekolah menengah agama. Ibu dah berbual-bual dengan ibu bapanya. Baik sungguh mereka itu.
Akif : Siapa dia ibu? siapa nama dia?
Ibu : Nur Alissa Zakiyyah…
Seminggu sebelum hari pertunangan. Waktu itu, Akif berada di rumah Nur Alissa Zakiyyah. Baru kali pertama Akif ke sana. Rumah yang dijejakinya ini sungguh besar dan luas. Halamannya juga menarik bersama landskap yang begitu teratur. Bunga-bungaannya memukau mata.
Suasana agak hingar-bingar. Ibu Akif berada di dalam rumah mungkin sedang sibuk membantu mereka yang lain menyiapkan juadah makan tengah hari bersama. Akif berjalan menuju ke suatu sudut di halaman itu namun langkahnya terhenti apabila terlihat seorang gadis bertudung hijau lembut sambil mengenakan pakaian baju kurung..entahlah baju kurung jenis apa yang penting ianya gubahan moden seiring mengikut zaman.
Gadis itu seperti pernah dilihatnya di dalam sekeping gambar. Gambar yang diberi ibunya. Mungkinkah itu bakal tunangnya? Akif memberanikan diri untuk menyapa gadis itu.
Akif : Assalamu’alaikum.
Alissa : Wa’alaikumsalam. (Alissa tersenyum lantas membelakangi Akif)
Akif : Awakkah Nur Alissa Zakiyyah??
Alissa : Dan awak pula Akif Rahmankan?(soal Alissa tanpa menjawab pertanyaan Akif terlebih dahulu)
Akif : ya. Akif Rahman Bin Razaq. Awak belum jawab soalan saya..
Alissa : Hum.. akhirnya…
Akif : (Akif hairan) Kenapa? Pernahkah kita bertemu atau berkenal?
Alissa : Ya.
Akif : Siapakah awak? (tanya Akif penuh kehairanan)
Alissa : Nama saya Nur Alissa Zakiyyah binti Aziz. Sayalah Alice.
Akif : (terkesima) Subhanallah. Awak dah berubah, saya langsung tak cam awak. Macam mana awak boleh jadi macam ni?
Alissa : Bukankah awak yang meminta sekelumit simpati dari saya?
Akif : Alice…(terharu..)
Alissa : Akif, saya dah jatuh cinta kat awak. Dah lama..
Akif : Sebab?
Alissa : Saya mencintai awak kerana agama yang ada pada awak…
Akif hanya tersenyum..:)


Blog ini CUTE sgt! Acu tra tekan LIKE :D

Sep 20, 2011

Destinasi Cinta buat Naz tengadah...^_^

SALAM semua. Tajuk entri Naz kali nie ialah "destinasi cinta" ...dalam makna tajuk entri kali nie.menggamit 1001 memori.. Padahal mood Naz skrg ada kat u..teringin nak cite2 hal yang jadik kat sini..tiba2..pah baca al-mathurat tadi..terdetik hati nak dengar lagu "destinasi cinta"..wah3..memang teringat habis masa kat smka tok jiring..teringat masa jadik kak usrah..bukan main nasihat adik2..sekarang..diri sendiri alpa...:'( Lirik lagu nie memang benar mengugat hati Naz..ase sangat dalam maksdnya..Naz sendiri rasa Allah nak bagik kesedaran kat Naz... Naz nak kongsi sikit apa yang membuat Naz termenung panjang dengar lagu nie..ayuh...^^
Menyingkap tirai hati Mengintai keampunan Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan Tiap jejak nan bertapak Debu kejahilan Akan ku jirus dengan madu keimanan Tak ternilai airmata dengan permata Yang bisa memadamkan api neraka Andai benar mengalir dari nasuha nurani Tak kan berpaling pada palsu duniawi Destinasi cinta yang ku cari Sebenarnya terlalu hampir Hanya kabur kerana dosa di dalam hati Telah ku redah daerah cinta Yang lahir dari wadah yang alpa Tiada tenang ku temui Hanya kecewa menyelubungi C/O Ku gelintar segenap maya Dambakan sebutir hakikat Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu Namun ranjaunya tidak akan sunyi Selagi denyut nadi belum berhenti Durjana syaitan kan cuba menodai Segumpal darah bernama hati (Destinasi cinta Ilahi) Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku Leraikan aku dari pautan nafsu Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu Namun masihku mengharap ampunan-Mu Wahai Tuhanku? Ya Allah. inilah destinasi cintaku~~
Setiap kali Naz dengar dan hayati lagu nie..Naz teramat malu dgn Allah..kenapa Naz jadik leka gini?? Astaghfirullahalazim..masuk universiti bukan la sebab Naz jadik gini tapi Naz yang tak kuat. Dalam hati boleh terdetik nak ikut macam orang. Orang jadik lawa..nak jugak kita nie..kadang2 dah lupe dgn konsep "lillahitaala"..Malu..malu..malu...:(( Terima kasih ya Allah,,sebab sedarkan Naz sebelum terlambat..Naz ase lega sekurang2..Allah da ingatkan Naz sebelum Naz jauh melencong..arini saje da 3kali Naz tersepak batu nak jatuh. Apa lagi kalau bukan peringatan dari Allah kan ?? Moge2 Naz tak jadik riak dgn kebaikan yang Allah berikan dan tak mudah lupa untuk sentiasa buat baik. InsyaAllah..lagipun kehidupan kat universiti ni jauh lagi..kan? Sedih la kalau permulaan hidup ni kita tak buat sesuatu yang baik dan bermanfaat. Hehehe..:))
~~SALAM~~

Blog ini CUTE sgt! Acu tra tekan LIKE :D

Hakmilik HareittaNaz@2013