DAISYPATH VACATION


Showing posts with label TIPS. Show all posts
Showing posts with label TIPS. Show all posts

Nov 20, 2013

Sebab Utama Lelaki Berjanggut Lebih Menawan


Ngeh. Ngeh. Ngeh.
Another entry.. happy meh!
Line tengah menggila sekarang ni.. bukan senang nak cilok2 update blog.
So, I feel free to share this out. Comel sgt.

But for sure, tak semua yang berjanggut menawan, sekali pakej perangai sekali la.
Entah kenapa, kalau tengok dah bole teka, perwatakan camna..
Camna nak teka?
Tengok gaya dia berjalan, kalau seakan-akan mendabik dada, berlagak, berjalan muka tak mesra.
Si janggut itu tak menawan. Sureee!

SAYAA sangat pantang tengook si Adam berjanggut..
Well. setiap orang ada kepantangan masing-masing.
For me, it's just like.. erm.. I can't get off my eyes on him.. :)
Very sweet kan?

So, lelaki-lelaki sekalian..
Jika anda belum lagi ambil semangat bulan November dan belum juga mula menyimpan misai/janggut/goatee, mari lihat sebab utama mengapa anda harus mula dengan segera.

Lelaki berjanggut lebih kacak


Bukan saya yang cakap, malah pakar sains yang cakap. Menurut sebuah kajian, Evolusi dan Perangai Manusia, wanita rasakan lelaki berjanggut jauh lebih kacak berbanding lelaki berwajah bersih.


Ada juga benarnya. Lelaki kacak pada pendapat kami (Aeril Zafrel, Fahrin Ahmad, Izzue Islam,haa.. Blogger Hami Ashraf pun bole ..) hiks3.. semuanya berjanggut.

Lelaki berjanggut lebih sihat

Siapa boleh persoalkan penemuan sains? Bukan sahaja lebih kacak, malah lelaki berjanggut juga jauh lebih sihat. Menurut kajian University of Southern Queensland, lelaki berjanggut dilindungi daripada sinar UV, melambatkan proses penuaan dan mengurangkan risiko barah kulit. Hm, mungkin ini sebab mengapa bapa saya tiada kedutan di wajah beliau.

Lelaki berjanggut nampak lebih macho

Anda nak ke bersuamikan dengan lelaki yang macam perempuan?
Dengan itu, sokonglah usaha kaum lelaki. Biarkan mereka simpan janggut untuk bulan November mereka.
Kikikiki :p

Dan dan dan,, the most GREAT part, guees what. of course lahh

Dalam majalah Al-islam sendiri ada keluar artikel berkenaan janggut ini. untuk lelaki yang mandul atau tidak subur, bila pasangannya(isteri) memegang dan membelai-belai janggut.
Insya-Allah boleh mengandung dan dapat anak. itu kajian sains dan hikmah berjanggut.

Memelihara janggut tanda sifat kejantanan. 
Untuk membezakan lelaki dan perempuan. 
Sunnah Nabi s.a.w. kena ikut cara Nabi s.a.w buat.
Jadi, BUAT BUAT BUAT LAH WAHAI LELAKI!!

tak nampak TUAA pun lah.,manis dan handsome MELETOP-LETOP..hiks3
Ingat SUNNAH, ingat JANGGUT.


Tulus dari HareittaNaz:)
of course Mr Marketing ada janggut. Peace! Haha :P



Blog ini CUTE sgt! Acu tra tekan LIKE :D

Aug 20, 2013

PILIH JDOH MELEWATI 2 CARA YA! HEHEHE :)


Lately, saya bukan angau. 
Cumanya melangkaui beberapa hari ni buat saya terfikir, berfikir, memikirkan.. panjang saya fikir..

Macam mana muka suami sepupuku yang baru nikah sangat membuatkan aku kefikiran sama dia. 
They're both look alike. Aiyaa! Maaafff,,bukannya bermaksud menyukai suami orang..

No,, apatah lagi sepupu sendiri..
Cuma, buat diriku langsung tersenyum kecil, memikirkan kemungkinan yang ada.. aww~

I'm not dreaming of you, I just hope u to be the ONE..
InsyaAllah. ameen~

PILIHLAH JODOH DENGAN DUA CARA :

Pertama..

Jadilah orang yang baik. Insya Allah kita akan mendapat jodoh yang baik (QS An-Nur :26)

Kedua..

Ikutlah pilihan orang yang baik. Kerana orang yang baik akan memilih yang baik untuk jadi pasangan hidup kita.

***
Prinsip jodoh itu:
Berikanlah yang terbaik untuk Allah maka Allah akan
berikan yang terbaik untukmu..

Cintai Allah sungguh-sungguh(QS 3:31) Maka Allah akan kirimkan orang yang mencintaimu kerana Allah... 

Yakinlah... Allah pasti memberikan yang terbaik untuk Hamba2Nya yg beriman. Aamiin..

(^__^)

Blog ini CUTE sgt! Acu tra tekan LIKE :D

Apr 8, 2013

3 Rahsia Pantas Untuk Ubah Hidup


Hai. Hai. Hai.
Sebagaimana dijanjikan, saya nak jugak kongsii antara pengalaman saya sepanjang bersama kawan-kawan di Seminar Dr Azizan Osman ni.
Serius lah, sangat best!!
Ingin saya fahamkan sesetengah yang duk ingat Dr Azizan ni Raja MLM ka, jual barang ka..Aihh~



No, he's the one of the generous person I've ever met. Really!!
Percaya atau tidak, even dia ada anjurkan seminar intensif berbayar.. tapi hampir kebanyakan basic programme mmg free.!!! So, tersangatlah rugii kalau pelajar-pelajar mentah cam kami ni tak pi, takda alasan tak dak duit.. sebab free...tapiii..free bukan sebarang free,of course we do owe for transportation, commitment..lagi ape ek? Hehehe~ 

Sekarang, saya berbesar hati nak berkongsi tips dari Dr Jijan nie. 
Moga-moga sama -sama kita dapat memanfaatkannya. InsyaAllah.. :)

"Saya ingin berubah. Tetapi bagaimana untuk memulakan
perubahan itu?"

Jawapannya mudah.

Faham ketiga-tiga elemen di bawah, dan ubahnya satu
per satu.

Selepas itu, Attierah akan nampak hidup Attierah akan
berubah secara total.

Tiga elemen yang dimaksudkan adalah,

1) Thinking.

2) Emotion.

3) Action.

===============
1) Thinking
===============

Minda adalah kuasa. Cara kita berfikir menentu kejayaan
atau kegagalan dalam hidup.

Jika Attierah serius mahu berubah, maka ubah cara 
berfikir.

Antara perubahan gaya fikir yang boleh dilakukan adalah:

Suka salahkan orang lain tukar menjadi suka bertanggungjawab
pada apa yang dilakukan.

Selalu merendah diri tukar menjadi sentiasa yakin diri.

Selalu tidak ada duit tukar menjadi sentiasa mencari alternatif
untuk mengubah status kewangan.

=================
2) Emotion
=================

Emosi adalah kuasa kedua selepas minda.

90% tindakan kita hari ini berlandaskan emosi. 10% sahaja
berdasarkan logik.

Oleh yang demikian, kawal emosi kita dengan baik supaya
lebih dekat dengan kejayaan dan kekayaan.

Berhenti daripada marah-marah.

Berhenti daripada benci-membenci.

Berhenti daripada caci-mencaci.

Mulakan harian kita dengan memuji-muji alam dan 
manusia sekeliling.

Kemudian berikan senyuman yang terbaik kepada
seluruh makhluk Allah.

====================
3) Action
====================

Lakukan tindakan yang luar biasa.

Luar biasa bermaksud, tindakan yang berlainan daripada
apa yang Attierah selalu lakukan.

Kerana hidup kita tidak akan berubah, jika kita
asyik melakukan tindakan yang sama.

Same action = Same result.

Walaupun cara kita berfikir dan emosi sudah berubah,
namun tindakan adalah PENENTUAN.

Ubah tindakan kita menjadi lebih luar biasa.

Antaranya...

Sertai program BERANI 2013.

Jangan bimbang, biasa Berani ni memang totally free. Tapi soory to say, actually, dah habis dah Berani2013. Maybe nanti mereka akan adakan untuk next year atau ada kesinambungan dari program ni, Contohnya, BeraniBerniaga  2013! Yee,,sama dengan program kami di Alor Star hari tu..:)

Untuk keterangan atau info lanjut, kawan-kawan boleh tekan link ni..

Klik Untuk Daftar SEKARANG.

Sekian~ :)

#moga dapat memberi manfaat untuk kawan2 :)



Blog ini CUTE sgt! Acu tra tekan LIKE :D

BeraniBerniaga2013 = add value in myself :)


Hai. Leisure time. Hahaha. Cuti seminggu. So, saya rasa rajinn nak update blog.
Hehehe. Saya dah blur sekarang, dah agak huru hara. 
Which is confuse,,nak prefer yang mana...aigoo~


En Hafidz Azhari selalu memeningkan kepala saya. Erm..i dunno why.
Sebelum nie, sebelum kepala saya diserabutkan oleh dia. 
Tak de lah saya confuse campai cmni sekali.

Ok. sekarang, still stick with scoreA, tapi saya sendiri kena prepare elok2 kalau serius nak terlibat dalam bisnes. The most important in business, is EXPERTISE IN MARKETING! :)
Di sini..iaitu bersama seminar Dr Azizan Osman, i learn a lot of new experiences, practical knowledge.
Alhamdulillah. saya sertakan beberapa kenangan saya kat seminar DAO!
 Gila tak best!!

Ni lah antara effort saya,,kawan2 juga..dalam proses dlm memberi nilai tambah dalam diri sendiri. 
for the future sake. insyaAllah :)





barisan usahawan wanita-wanita yang beratur di hdpn Dewan Besar KUIN :)
( lupe tah nama dewan dia..hik3)

abaikan mana yg perlu..ngee
Me + Kyah + Sya :) and..usahawan2 wanita lain
kenalan baruu kot..hihihi


let's fightt!!!!
cantik doee gelang kertas depa sarungkan. ade lagi tersimpan..hee~




Ok, insyaAllah, nanti saya akan kongsikan serba sikit input2 yang saya dapat. 
Tapi serius ar, takkan sama, we feel it when we're at the frontliner,,awesomee feeling!!
Nanti, saya share antara gambar crew yang sempat terakam gambar kami..hehehe! 
Ok. sekian dulu. Doakan saya kaya dan berjaya. amin :)

#bukan sahaja kaya wang ringgit, tapi kaya jiwa, kaya dgn budi bahasa, kaya pekerti, itulah antara ayt terLOCK dalam kotak fikiran saya dan kawan2. Ayt dari insan yang sgt murah hatii,, Dr Azizan Osman :)
thanks Datuk, ehh. tersasul, Dr... ( sebenarnya dah2 kali saya tolak pangkat Datuk. ) <- replied by DAO.

:: finee~ comeii gila ayt tu..!! hahaha ::


Blog ini CUTE sgt! Acu tra tekan LIKE :D

Apr 7, 2013

virus Dr Azizan Osman


Teman..!! Suka hati untuk saya berkongsi tips-tips yang dapat dari DAO, 
Gila tak awesome!!
Bacalah, kalau benar kamu ingin merubah masa depan kamu!
Ok, I'm prefer to randomly choose his tips.
Let's go one by one :)

Event saya pi kat KUIN, Alor Star.
BeraniBerniaga2013:)
DAO tanya saya melalui emelnya,
ringkas..

Attierah, Kenapa Kita Masih Belum Berjaya Lagi?

##

Maafkan saya kerana soalan itu agak kasar.

Hakikatnya, situasi seperti ini selalu berlaku dalam
golongan orang-orang yang gagal.

Mereka selalu menyalahkan takdir. Bermakna
mereka menyalahkan Tuhan yang mengatur setiap
kehidupan kita.

Saya akan bantu Attierah untuk
mencipta landasan kejayaan dan kekayaan yang
Attierah mahukan.

Sila buat aktiviti ini.

Dalam masa kurang 180 saat (3 minit), sila ambil
pen dan kertas.

Kemudian tulis soalan ini:

"Apa yang saya inginkan 10 tahun dari sekarang?"

Selepas itu, tulis jawapannya. Sebanyak mana yang
Attierah mahukan.

Ini adalah kuasa perubahan hidup. Iaitu kuasa
merancang hidup.

Siapa yang gagal merancang, mereka sendiri merancang
untuk gagal.

Attierah orang luar biasa. Attierah adalah seorang
perancang kehidupan yang hebat.

Selepas selesai menulis dalam masa kurang 180 saat, tulis
semula impian-impian Attierah di ruangan Facebook.

Ini bukan sebarang tip.

Ia tip yang telah berjaya kehidupan ramai orang, termasuk
saya sendiri.

Semoga ia membantu Attierah.

Anda kaya dan berjaya!
 ##





Blog ini CUTE sgt! Acu tra tekan LIKE :D

Feb 2, 2013

Insiden Jatuh Bilik Air Ternyata Penangan Bisa


Alhamdulillah. Hari Jumaat, hari yang cukup baik untuk aku lebih sedar tentang nak jaga kesihatan. 
Hee..do u know why? Pagi ni selepas solat Subuh. Allahuakbar, sakit sangat belakang aku..kot-kot la tersalah tidur, so, I choose to put some Jerslin oil on my back. 

haa..ni la Jerslin oil..1001 kelebihan~~




Aku memang suke Jerslin oil sebab selain wangi,,dia efektif..
Time sengugut,,memang selesa laa..
Tapi..mahal sikit,,tapi berbaloii..

Erm,,,tapi still belakang aku sakit..
Aku pun teringat,,ni mungkin effect jatuh bilik mandi aritu..
Sebab.. kaki aku dua-dua bengkak dah,,biruu dahh..

 So, kemungkinan, my backache because of incident in the toilet.
Ok, kemungkinan itu ada. :)
Pastu, aku gtaw wan, aku sakit belakang, time wan pegang, memang sakit gile..
Wan ada cerita lah, kawan dia jatuh dalam bilik air, then pastu, tak boleh jalan, long-time effect.

Ok,then, I start to think and realise something.
Aku, kalau jatuh ke, kaki terpeliot ke, luka berdarah ke, aku macam tak ambik berat sangat.
I just take it easy, of course I treat them but it is not as it used to be.
Erm. Ok, fine, then I decided to massage my back. Fullstop.

MASSAGE EXPERIENCE? :)

Ouch! Really really hurts me a lot. !!
Tapi percayalah, memang lega. Aku terkesan dengan kepakaran MakCik yang urut aku.
Yelah, bagi orang yang zero-knowledge tentang urat sendi ni memang ar..
Die pegang bahagian pinggang aku atas sampai bawah, pastu, dia boleh detect which is swollen part.

Urut punya urut. Aku tergelak sorang, malu jugak.
Sambil-sambil berbual dengan MakCik tu, tapi hakikatnya aku menahan sakit. Sakit teramat~
Amat? Maybe it is considerably painful. :) Hehehe

Belakang, sampai depan. Dan sampai last part, die bertanya:

"adik, sakit perut tak?"

"sakit perut? sakit yang macam mana tu? susah nak membuang ke?" aku tergelak.

" eh,tak,, perut tu macam sakit dari dalam . Sebab urat ni, bile dah bengkak, dia akan naik ke perut, lepas tu, aku mula turun kat belakang, kaki dan seterusnya.."

"ow..rasanya..ada sekali dua.. sakit menyucuk-nyucuk..."

"erm..nak kena urut juga nie perut.. takut susah nak dapat anak.."

Aku tergelak. Apa? Sampai macam tu sekali.. dasyat oo..~~


" Makcik, kenapa sampai tak leh dapat anak lak?"


" Yelah, urat dalam perut dah bengkak, tak boleh nak mengandung laa.. darah tak boleh berjalan secara normal..." 


Bla.bla.bla.bla..MakCik tu terang panjang lebar. Ow,,i see~~ :D

Attierah, Attierah,,ni lah, akibatnya jatuh dalam bilik air, tapi berlagak normal. 
Serius jugak aih..dah la dua kali dah kot. kat bilik air kat U sekali..
Aku ditegur MakCik tu..

" Kenapa adik tak nak mengurut? Sakit ei? Mana sakit, biasa laa..."

Aku tergelakk.. "Dulu, saya pernah jatuh motor, dia urut, sakit gilaa kot...tu la,,jadii takut nak berurut...hehehe.."


"Oh,, jatuh motor lain,,jatuh bilik air lain,,nak baik,sakit sikit biasa la.."


Yep. Betol kata MakCik tu, kata orang-orang tua, banyak betulnya. Hahaha~
Anak muda je susah nak akui, hehehe~
Pastu, aku rasa, lega sangat, sekurang-kurangnya Allah gerakkan hati untuk aku pergi mengurut, tak sangka kesian badan aku selama nie, MakCik tu kate, banyak bengkak, tapi alhamdulillah,, baik lah tu.. :)

Kesian badan, tak sangka dalam 2 minggu nie, menderita dia. 
Ni lah dikatakan long time effect..
Maafkan aku mengabaikan sayang..ceewah~~ hahaha
Ok.sekian, memberi pengajaran ^_^




p/s: Sayangi diri anda, dan badan anda. Hargai pemberian Allah bagi satu-satunya. Jagalah kesihatan anda, ia sebahagian daripada iman.



Blog ini CUTE sgt! Acu tra tekan LIKE :D

Jan 30, 2013

Kenali 'human behaviour' di Laman Sosial


Hailaa~ Tiba-tiba terfikirkan sesuatu. Kadang-kadang bila kita nak jadi mcam tu, orang kate macam ni.
Kita nak jadi macam ni, orang complain kita sebab jadi macam tu.
Apa pun, manusia takkan pernah puas dengan apa yang ada pada seseorang.
Begitu juga aku, sebab aku pun manusia.
Aku sebenarnya, cuba memahami manusia. Golongan manusia merangkap golongan aku sendiri. 
Melalui beberapa segi:

1. menilai manusia dari laman sosial FB, Twitter, Instagram, Tumblr, Flickr, or whatever..
ok. 

2. menilai dari perwatakan luar.

3. menilai dari pemakaian.

4. menilai dari segi pergaulan.

Ok. Maybe tu antara view aku tengok kat seseorang la. 
Dan secara tak langsungnya, aku jadi terikut-ikut kemungkinan orang pun turut sama view
 aku dengan view sebegini. 
Jadi, aku dah ubah cara persepsi aku, bagi aku tak adil lah kalau aku view orang just through their social site right? Ok, bagi aku personaliti seseorang itu subjektif kan?

Walau macam mana pun, takdelah sampai, tengok ProfilePic tak pakai tudung, status tentang Aurat. 
Perkara sebegitu sememangnya terang bersuluh lah kan, takkan laa kita nak consider dia jenis bertudung. Tapi ape-ape pun, kita boleh mendoakan dia atau bersangka baik moga dia sedang berhijrah. Why not?
Tak rugi pun kan bersangka baik~ 

Memetik kata-kata dari sahabat dunia akhiratku, Shukriah Sulong. 
It's really nice quote, pretty awesome of sequenced words !!

"Jangan hanya menilai saya melalui tulisan2 saya di facebook...
Mungkin lebih baik, nilailah saya secara direct in person...

Kata2 saya mungkin menggambarkan pemikiran saya,tapi akhlak saya yang menggambarkan amal saya..maka jauhlah perbezaan antara kata dan akhlak saya,begitu juga dengan ilmu dan amal saya...

Saya bimbang anda mungkin tertipu dengan nasihat2 baik saya...
Sesungguhnya saya hamba hina lagi dhaif...Don't expect me too much..."


Yup. Aku LIKE LIKE LIKE sangat. Jadi, berazam untuk lebih matang mendepani kehidupan, aku memilih untuk mengenali seseorang setelah aku mula berkawan dengan dia. Tak adil lah, menghukum seseorang itu jahat hanya kerana dia tak bagi pinjam nota time EXAM, dia keluar tiap-tiap malam balik lewat, mengenali seseorang itu mungkin lebih bermakna... :)

i learn to know someone first. then, i start to judge her/his.
however, i'm no one to judge person, it's  all belong to Allah. :)


p/s: TAJUK ENTRI langsung takda kena mengena?? KENALI lah sangat.. By the way, aku bukan Dr Fadzilah Kamsah atau kanselor, nak kenal-kenal peribadi bagai~ hahaha



Blog ini CUTE sgt! Acu tra tekan LIKE :D

Jan 21, 2013

Berani2013- part 2 (how's to be positive person?)


Hai. Hai. Hai. Hehehe.
Ok. actually, aku nak sambung cite pasal program Berani2013 Dr Azizan. Hehe!
Ok. actually lah kan. Sebelum 14 Januari 2013 aritu, aku ada terbaca newpaper.
Ceewaahh~ Tu lah yang semakin berkobar-kobar aku nak pergi join program Berani2013 tu.
Of course because I'm afraid person. So, need to join Brave programme. Yeahh!
Ok. Nak tau camne nak jadi positif. Berusahalah ke arah positif.
Ok. katakan kita berkawan dengan orang berminda negatif, 
salah dia ke salah kita kalau kita terdorong menjadi negatif?
Ok, jawab je dalam hati kerana hanya orang yang betul-betul nak berubah akan tahu jawapannya.
Sekarang, aku nak kongsi antara cebisan keratan akhbar yang aku sempat snap. 
Oh no! Snap lagik? Hehehe~~
Nak wat camne. Hobii laaa. Kikiki~~

tengok je pic nie. aku terus teringat kat FB!
oo..nie lah Berani2013! Aku terfikir...
Allah dah tunjukkan peluang, ruang, kenapa manusia ni kufur nikmat?
Benda dah depan mata kot..
orang hanya mampu melihat CROWD of PEOPLE ! Meriah kan?
tapi percayalah, kita akan YAKIN dan PERCAYA bila kita sendiri adalah antara CROWD itu.






apa yang kita FIKIR,
apa yang kita  RASA,
menentukan TINDAKAN kita seterusnya...:)

Ramai siswa siswi percaya, yakin dan tahu bahawa pasaran kerja sekarang tak memungkinkan mereka layak untuk mendapatkan kerja yang berkelayakan dengan kelulusan mereka. Lain lah kalau mereka tersangat terer dapat 4 flat dan sangat berkebolehan dalam pelbagai bidang..itupun terpulang pada rezeki dan nasib masing-masing.


Kita tak boleh nak menafikan apa jua keputusan kita pada masa akan datang, tak menjamin masa depan. Jadi, kalau boleh dapat peluang untuk berjaya sekarang, kenapa perlu tunggu masa akan datang? Masa yang belum tentu akan menjamin 100%  masa depan kita.


Mungkin kalau mula mengeluarkan fakta sebegini tak ramai yang suka dengar. Macam-macam alasan mereka bagi. Bagi aku, terpulang. Sekurang-kurang, sebagai seorang kawan, aku dah menjalankan tanggungjwab untuk ajak kawan-kawan terdekat aku, kenalan aku untuk berjaya sama-sama dengan aku. Takde lagi sebab untuk mereka cemburu, atau salahkan aku bila aku berjaya. InsyaAllah, aku pasti boleh!


Bukan senang nak positifkan minda, nak dapat attitude macam sekarang, jadi aku tak nak sia-siakan. Aku harus kekalkan dan usaha lebih lagi. AMIN! Selama ni, aku bersyukur dengan segala apa Allah bagi. Jalan yang Allah tunjukkan, aku redha atas segala ujian dan cabaran sepanjang 3 semester berada di Sintok.

Alhamdulillah sangat, tak mewah,tapi cukup. InsyaAllah, akan aku berusaha lebih, dan lebih lagi.

Moga kekuatan dariNya terus bersama dan mengiringi perjalanan dan perjuangan aku. HambaMu yang lemah :)




p/s: bersangkalah baik pada Allah,kerana Allah adalah sebagaimana sangkaan hambaNya. Pasti!! Teruskan berusaha ke arah kebaikan dan positifkan minda, kita pasti selalu ceria, bahagia dan gembira.

Blog ini CUTE sgt! Acu tra tekan LIKE :D

Dec 23, 2012

apa hobi Attierah?




Assalam buat semua. Hehehe. Sepatutnya time ni aku study IFM. IFM stands for Islamic Finance Management. Tapi, bukan la malas, tapi masih terawang-awangan. Layan blog kejap. Hee~~

Ok. let's talk about my hobby. Eh, bajet2 aje ko de orang tanya. Eh, lantak ar,, aku nak story sal 'HOBI'.
Dulu-dulu, time tulis biodata, mesti tulis hobi , " Membaca, Menonton TV, Bermain,"

Hahaha.. hobi yang langsung menipu.  Membaca la sangat~ apa aku gemar baca pun aku tak tau. 
Menonton Tv? Wah,,hobi yang sememangnya tak au la nak bagi manfaat camne. Bermain, perghh!!
Tu bukan la hobi cik kak oi..!!

Sekarang, aku faham apa itu HOBi. hahaha. Dah 21 tahun, baru tau? Adui..kesian!!

HOBI saya .... jeng....jeng..jeng..:p

1. UPDATE STATUS... :)) hahahaha.. demam kot tak update status FB. kuakuakua :p


hehe..FB nie lah yg menemukan aku dgn ramai rakan2 baru :)
ADD lah..sape yg blom ..heee~~


 ( Tapi satu kebaikan hobi aku: aku suke UPDATE status sesuatu yang bila orang baca tu,, biar ade impak, bukan saje-saje nak gelak..biar ade motif jugak. Bukan la maksud aku tak pernah update benda fun-fun, jiwang-jiwang, but at least ade mesej laa kan? Tak kira ar bertujuan : mesej dakwah, mesej gelak-gelak time tension, mesej ape-ape la.  Haa,,,so, salah ke suke update STATUS FB? ) 
** ade masalah jumpa aku. hahaha..

2. SUKA MENULIS BLOG. :p HEE~~

Korang kena faham, orang suka update FB, suka jugak tulis blog, walau tak semua. Sebab, kat blog, kita bebas berkarya..wahhh,,KARYA ker? Blog bebas nak luah, nak cakap..tapi..tapi..kawal-kawal mana yang perlu. Haruss...~ Macam aku cakap, aku nak even rasa marah aku pun ade mesej. Yelah, kita kena seimbangkan positif negatif, lu asyik positif je,, cam DULL lakk ~~ Hee...so nak hentam orang boleh je kat blog pastu pandai-pandai alter sikit...:)

3. suka membaca BUKU/NOVELIS ILMIAH :)

Yup, aku tak cakap kosong, selama berada di universiti, aku diberi peluang jumpa dengan bookstore yang menjual pelbagai jenis buku. I love reading something that can inspire me to be a better person, not only Islamic books, also include English books, programmes books. Aku tak faham kalau orang yang sanggup spend beli buku artis-artis Mangga, K-POP, Klik.. tapi tak sanggup beli buku Al-Islam even once?
Bukan nak tunjuk bagus, boleh je nak baca buku hiburan,tapi qada' lah jugak dengan buku ilmiah. Takkan jasmani je nak bagi makan, rohani ko menangis kot. 

4. Last but not least, habiskan masa bersama kawan2.. tak kisah la,,jalan-jalan pi tasik, minum sama-sama ke, main bowling same-same ke....ngeeee~~ konon.. :P



main passing bola boling lakk..haha

hehehe..muni dah tau aku nak amek..tu die buat muke cumel..hik3
tasik time!! :))) happyyy dpt jagung free~~
ni lah dia.. REWARDS lepak di TASIKMAS. hahaha!
berbaloi-baloi.. 

control nak sedut byk2..hahaha


it has to be four.. but seems quite hard today. hurm :(
since we're all girls. We have 1 boy to keep us safe. SAFE laa sgt..hahaha
 MIRULFIZI! Hehe..
and of course laaa..not our BOYFRIEND!! kawan lelaki..hehehe

ok. inilah dia sedutan VIDEO boling. jom tengok org masuk bola ke dalam longkang. hahaha :D




nah, keputusan boling!!
 SAJE JE AKU BAGI PELUANG..
malas la nk tnjuk terer..ti pe kate orang lakk..
serba-serbi pandai susah lak..hahaha :D
ok.. SELESAI SUDAH AKU CERITA HOBI AKU! ok. dah.. sekian~~ 

Blog ini CUTE sgt! Acu tra tekan LIKE :D

Nov 25, 2012

MURABBI CINTA bersama Saiful Islam

    Kali pertama, aku mendengar nya, MURABBI CINTA ~my first impression is cinta kepada Allah. Aku langsung terfikir, why don't I join in? InsyaAllah, mana tau hasrat hati yang ingin mencintai Allah dan rasulNya mungkin memberi sinar kepada hati aku. Ye, betol!!
 Aku mungkin seorang hamba yang seakan-akan manis di bibir, ingin mencari cinta Allah, tapi perangai tah apa-apa. Aku bukan insan sempurna. Sungguh!



   Alhamdulillah,dengan izin Allah, aku diberi peluang mengenali seorang lagi insan istimewa, yang aku kenali melalui laman sesawang sosial iaitu Facebook, tertarik dengan bait kata-katanya berbunyi: 


Saya tidak memberi sebarang komen tentang bencana yang sedang menimpa Gaza bukan tidak prihatin. Tetapi saya rasa semua yang saya mahu cakap adalah sampah kerana ia tidak sedikit pun menguis pergi Zionis dari Bumi Isra' itu.

Yang mampu saya buat secara signifikan sekarang ini ialah membersihkan makan minum serta amalan, agar doa saya untuk Gaza tidak terhijab oleh kecelaan diri sendiri. 
Doa senjata mukmin kerana jika mukmin tahu syarat doa dimaqbulkan Allah 
setiap kita akan berubah menjadi mukmin yang lebih baik.



- Ustaz Hasrizal Abdul Jamil -



      Berbekalkan kata-kata yang aku kira insan ini cukup istimewa, sengaja aku uar-uarkan kepada sahabat baikku, Munirah. He's the special novelist, really! Padahal novel dia satu pun aku tak baca, tapi menurut aku, aku tak bohong, kata-katanya pasti mencerminkan akhlaknya. InsyaAllah, aku yakin. Lagipun, aku juga pernah melihat satu dua tajuk novel karangannya.

     Alhamdulillah sekali lagi, berada di Universiti Utara Malaysia, Sintok lagi bukan halangan untuk aku dapat peluang hebat-hebat macam ni. Untuk aku yang sememangnya minat penulisan, aku gemar melihat kekreatifan para penulis Islamik menerapkan unsur-unsur yang agak catchy aku kira untuk tatapan remaja yang sememangnya yang tidak suka penulisan yang sarat-sarat. Penulisan novelis Islamik ketiga  yang aku kenali selepas Ustazah Fatimah Syarha dan Dr Farhan Hadi. 

      Menyusuri kisah percintaan yang diceritakan novelis-novelis ini, aku merenung diri. Allahurabbi, alangkah hebat cinta mereka! Pantas saja mereka mendapat jodoh dari kalangan hebat-hebat. Sorang doktor, sorang ustazah. Sorang doktor, sorang ustaz. Hebat kan? Aku? Perjalanan penuh dengan kelalaian, kenakalan dan kadang-kadang hipokrit semata-mata.

     Aku sebenarnya sentiasa mencari identiti untuk diri aku. Apakah aku seorang yang bersedia menerima cinta dari sesiapa? Apabila, di saat tangan yang menghulurkan, bagiku cukup segala pakej sebagai seorang yang bakal menjadi Imam ku? Aku langsung terfikir, wajarkah aku menilai semua ni mengguna akal dan nafsu  berbekalkan iman senipis bawang ? Tidak! Sebaliknya, gapailah cinta Allah dulu sebelum aku terlanjur berbicara tentang cinta manusia. Mungkin dengan sikap aku, kadang- kala terlalu happening, kadang-kala, acuh tak acuh, menjadikan aku sukar mendapatkan apa yang aku inginkan iaitu Cinta Allah :')

         Cukup tertarik ulasan sepanjang program Murabbi Cinta oleh Ustaz Hasrizal tentang peraturan cinta, atau menurutnya yang lebih gemar menggunakan istilah "tips" cinta agar tidak menampakkan cinta itu terlalu berat, terlalu complicated. Yes, I'm so impressed the way he's thinking. Mungkin inilah hikmah, kita disuruh mendekati orang-orang berilmu, supaya kita dapat menilai cara mereka pemikiran, supaya kita tak terlalu skeptikal dan stereotaip dengan pemikiran kita dengan konsep cinta. Hahaha. Amboi, suka lak aku pakai ayat "skeptikal" dan "stereotaip" sejak dua menjak ni. Ok, berbalik cerita tadi, supaya kita tak terlalu memberatkan apa yang telah Allah gariskan dalam membina dan memelihara rasa cinta.

      Analogi-analogi yang Ustaz Hasrizal kemukakan cukup bernas. Cukup menarik, tertarik, buat saya tak mengantuk. Bukan juga sebab topik cinta, bukan. Skop cinta yang begitu meluas meliputi seluruh aspek kehidupan. YES! He just said that "love is the tip of iceberg in our life."  Interesting quote!!

        Tidak semestinya, bila kita berbicara soal cinta, kita melupakan penderitaan saudara Islam kita di Palestin, Gaza. Exactly not! Kitalah mencorakkan cinta itu melalui pelbagai cara. Cerita tentang kehebatan kerajaan Andalus yang dicemburui negara-negara Yahudi juga menarik perhatian saya. Kisah ini menunjukkan bagaimana kerajaan yang sebegitu maju digulingkan hanya kerana pemuda-pemudinya lemah kerana CINTA! Cinta itu melemahkan pemuda-pemudi kita hari ini. Harus kita ingat, cinta itu satu bentuk tenaga, macam mana kita boleh melakukan luar dari kebiasaan kita hanya kerana CINTA? Hee~~ aku dah macam pengulas program. 

        Orite, sebenarnya, aku bukan la nak cerita A to Z, tapi keterujaan aku meneliti setiap bait kata yang beliau lontarkan mendorong aku menulis blog malam nie. Sebab tu, aku rasa tak perlulah aku nak over sangat nak update kat FB .."cinta itu mempesonakan".

       Macam la aku sorang je pergi dengar. Kan? Kadang-kadang, aku nak jugak jaga impression orang kat aku. Yes, humans are not perfect, of course, they are not like angel. They do have feeling. Larat ke aku nak dengar orang duk mengate suka update Fb, bajet bagus! Jadi, cari jalan untuk bersederhana. Sederhana itukan mempesonakan. Heee~~

      Ada la sorang lelaki ni, ok, just called him si Y..agak rapat la dengan aku dan kawan-kawan aku. Yes, aku akui aku tak pernah rapat dengan mana-mana kawan lelaki sebelum ni. So, since I am in Sintok, I am quite close with him. Sampai satu tahap, ada jugak ar, rasa tak malu sangat. For sure, benda patut malu kena malu la.. Hahaha...tak heran la, ramai kawan sekolah duk gosip aku ngan dia. Ahhh.. bukan tu aku nak cite. Aku just nak bagitaw, aku ni garang. Orite, bahasa ganu dipanggil "bekeng". Aigoo. teruk bunyi nya! Ok, sorry for the mislanguage. << bajet-2 ade kot mislanguage

       Ok. aku sgt receptional bab-bab camni. At times, aku terima je bulat-bulat orang nak kata apa, bagus pe garang daripada manja? At times, aku fikir, aku ni garang sangat ker? Sampai si Y ni siap banding-banding aku ngan member aku. Okey la. nie bukan time nak feeling-2 lebih. If I do, I apologize to all of my friends. Tapi bila aku fikir-fikirkan balik, more or less I should improve to be better. InsyaAllah!

      Aku selalu berdoa selepas setiap kali solat fardhu pada Allah agar aku ni dihilangkan segala sifat mazmumah, sifat baran, tergesa-gesa. Doakan aku dan adik-adik jadi anak yang soleh solehah. InsyaAllah, aku manusia biasa-2 saja, tapi aku nak menjadi sempurna mengikut acuan yang Rasulullah saw tetapkan sebagaimana peribadi yang terlahir sebagai Nurul Attierah Zamari. 

      Dah memang terlahir, suka cakap banyak, suka banyak tanya, suka gelak-gelak, suka buat lawak, garang, kadang-kadang main, macam mana aku nak ubah personaliti nak jadi lemah-lembut, sopan- santun, tak banyak cakap, pendiam aje, cakap pun volume 5, serius, tegas,,,?? Kan,, memang tak la. Tapi selagi kita tahu batas-batas, kita kurang mana yang perlu, lebihkan mana yang kurang, we try to improve. Everyone special in their own way, I do believe this. 

        Aku belajar menjadi seorang yang mampu menerima keperibadian seseorang itu berbeza dan unik dengan cara mereka tersendiri. Tak semestinya orang yang selalu pergi masjid, orang yang tu memang baik, jurus, dan tak mesti orang yang langsung tak pergi masjid tu tak bagus TAPI tidak juga sebaliknya. Apa yang penting adalah HATI! :D 

Yes! Let's take care of our QALBUN to the one who deserve it. insyaALLAH, bercintalah sampai syurga. >,<


note: my blog is totally mine. kalau rasa aku nak tunjuk bagus, memang ar. sekurang-kurang, i'm doing for my sake. daripada tunjuk tak bagus, baik aku tunjuk bagus. sekian~~





Blog ini CUTE sgt! Acu tra tekan LIKE :D

Oct 9, 2012

i just love DSLR damn much. meow :)




awww cakkk!! heheehe..bdk ni cute tau..SIESS!


HAI. semua!
Kali nih, aku punya post lebih mtang. Tak yah ngade2 nak bahasakan diri Naz.
Macam budak2 je gitu. Aishh~

Ok..dahhh . Bukan tu aku nk cite. 
Ni ada sikit gambar aku capture tuk esaimen ko-K aku. Perlu kot aku terer. Haha!
Ok.. nak mintak enta2 smua komen. boleh? hee :D

ROT- root of third. haha~ konon :p
saje kasik blur kt blakang

sweet ngee~ walaupun gmbr tak center. :p

need more focus..erm

it's spontaneous. for human interest theme:)
buat2 berbual sudaa~~


oh lalala~

flora :)

kegigihan kerengga mendaki pokok . kih3

adjustment tuk scene ni tk cukup kaww laa:p

abc maliii....

center !!

sudut pandang. ( termenung ke ama? ) hahaha :D


tiupan angin bayu di Sintok. damai**

azie....^^

cowok2 UUM .. huahahha



HAHHHHHHH!! Amacam? mcm bdk kecik je ambik gmbar ek? oo..JAGA  ar ngate aku.

Haahaha! Nak wat cane.. adjust shutter speed, aperture tu pom gitu2 aje. Malu lahh gambar I nie biase2 aje. Sengal ! Hahaha.
ERm..takpe. STILL IN LEARNING PROCESS. ok? keep fighting. sure I'll do!!! Yeahh :D

Ok. dah ar..penat sih . Nunite olls ^
^

Blog ini CUTE sgt! Acu tra tekan LIKE :D

Oct 10, 2011

BARU KUTAHU BAHAYA SARDIN. ..ada betoi ka..

Erm...terjumpa artikel ni setelah dinasihati seorang sahabat supaya berhenti makan sardin....ups, this is my last menu mkn sardin... cuba sedaya upaya...takut lak baca artikel di bawah :-

Penemuan menakjubkan….JANGAN MAKAN SARDIN

Assalamualaikum wbh

Saya dilahirkan dari keluarga miskin. Ibu bapa saya mengusahakan kebun getah. Waktu kecil, apabila ibu atau bapa membeli ikan sardin dalam tin, ia seperti satu makanan mewah. Sejak kecil memang saya suka makan sardin. Apatah lagi kalau masakan sardin yang dimasak oleh arwah ibu. Walau pun saya suka makan sardin, namun tidak berpeluang makan dengan kerap maklumlah bagi keluarga saya ketika itu, ia dianggap mahal.

Harga ikan sardin dalam tin pada hari ini dikira amat murah. Dalam lingkungan RM3 – RM4 sudah dapat satu tin sardin bersaiz besar. Kalau nak dibandingkan dengan membeli ikan kembung segar di pasar, rasanya lebih mudah dan murah membeli ikan sardin dalam tin. Tidak perlu memproses buang perut dan membasuh dan membubuh garam dan kunyit. Pendek kata, kalau beli ikan sardin, buka penutup, potongkan sedikit bawang dan tumiskan dengan cili, dalam tempuh yang singkat sudah siap lauk ikan sardin.

Tabiaat suka makan sardin saya berterusan sesudah kahwin. Namun tidak kerap kerana isteri kurang gemar ikan sardin.

Setelah saya berkenalan dan berguru dengan arwah guru, barulah saya terpaksa berhenti terus dari makan ikan sardin. Arwah guru saya bertegas memberikan arahan kepada saya “JANGAN MAKAN IKAN SARDIN”. Satu ketika setelah lama tidak makan ikan sardin, sewaktu saya makan tengahari bersama arwah guru, saya sangat terliur untuk makan lauk ikan sardin. Saya mengambil sepotong ikan sardin. Selepas itu, arwah guru saya tidak mahu bercakap dengan saya untuk beberapa jam kerana sangat marah kepada saya kerana mengambil lauk ikan sardin.

Lama kelamaan saya terpaksa belajar untuk tidak makan lagi ikan sardin. Alhamdulillah dengan pengalaman yang Allah berikan sepanjang bersama arwah guru dan terlibat dengan beberapa kes orang yang suka makan sardin, akhirnya kini saya memandang sangat jijik ikan sardin. Saya tidak akan memakan karipap ikan sardin dan sandwic sardin yang dihidangkan setiap kali mesyuarat di pejabat saya.

Mari kita lihat ikan sardin. Sewaktu saya suka makan ikan sardin dahulu, saya sangat suka makan bahagian tulang ikan sardin kerana ia lembut. Bagaimanakah ikan sardin ini diproses sehingga semua tulangnya menjadi lembut??. Kalau kita membuat eksperimen sains yang mudah di rumah dengan merebus seekor ikan kembung selama 3 hari 3 malam secara berterusan, insya-Allah akan kita dapati bahawa tulang ikan kembung ini tidak akan lembut. Mari kita ubah eksperimen ini dengan menggunakan pressure cooker memasak ikan kembung tersebut selama 3 hari 3 malam juga. Keputusannya akan tetap sama, tulang ikan kembung ini akan tetap keras.

Apa yang ingin saya persoalkan di sini ialah mengapa tulang ikan sardin ini sedia lembut apabila dikeluarkan dari tinnya? Jawapannya ialah sudah tentu terdapat bahan kimia khas yang dimasukkan ke dalam tin ikan sardin ini yang telah bertindak balas dengan tulang ikan ini sehingga menjadikan tulang ini lembut. Mengikut arwah guru saya, bahan kimia inilah yang menjadi ancaman kepada manusia apabila mereka memakan ikan sardin.

Apakah ancaman kepada manusia apabila memakan ikan sardin? Pemerhatian pertama atau kes pertama yang gunakan sebagai bahan bukti buruknya amalan makan sardin ialah kes seorang jiran saya yang terpaksa dibuang keseluruhan rahimnya kerana ketumbuhan fibroid di dalam rahimnya. Semenjak sekian lama saya berjiran dengan hamba Allah ini, saya memang tahu melalui anak-anak saya yang kerap ke rumahnya bahawa hamba Allah ini memang gemar memakan ikan sardin dan mee maggi. Maklumlah bagi seorang wanita dengan kerjaya besar yang sentiasa sibuk dan tiada orang gaji, penyelesaian mudah ialah memasak nasi berlauk ikan sardin dan kalau ingin lebih ringkas, stok mee maggi sentiasa tersedia.

Hamba Allah ini telah kehilangan rahimnya semenjak usianya awal 40an. Begitulah, jikalau kerap seseorang terutama sekali orang perempuan gemar makan sardin, jawapannya, pelbagai tumor seperti fibroid di dalam rahim akan insya-Allah diberikan oleh Allah. Fibroid sebenarnya adalah sejenis kanser benign yang tidak merebak ke bahagian lain tubuh. Sebenarnya berdasarkan pemerhatian- pemerhatian lalu ini boleh dirumuskan seolah-olah di dalam tin ikan sardin terdapat sejenis bahan kimia yang bersifat karsinogen (bahan kimia penyebab kanser). Apabila kerap dan sudah cukup tempuhnya, ia akan menyebabkan tumor atau kanser samaada benign atau malignan. Namun dalam pemerhatian saya ia banyak menyebabkan fibroid dalam rahim dan tumor.

Antara sampel kajian saya yang suka dan kerap makan sardin ialah seorang hamba Allah yang secara tiba-tiba sewaktu mengandungkan anak keduanya iaitu seorang anak perempuan tiba-tiba mengidam makan ikan sardin. Hampir setiap hari sepanjang mengandungkan anak perempuannya ini hamba Allah ini akan makan ikan sardin. Akibat dari tabiaat ini, sebaik sahaja aak perempuan keduanya ini dilahirkan, terdapat ketumbuhan pada rahim bayi perempuan ini. Pembedahan terpaksa dilakukan ketika bayi ini berusia kalau tidak silap saya 3 bulan. Begitulah azab diperolehi dari tabiaat gemar makan ikan sardin.

Namun saya bersyukur kepada Allah swt kerana sebenarnya isu makan ikan sardin inilah yang antara menjadi punca sehingga akhirnya hamba Allah ini belajar ilmu agama dari saya sehingga pelbagai amalan syirik dan tangkalnya alhamdulillah telah dapat dibuang. Hamba Allah ini kini alhamdulillah telah menjadi antara murid saya yang banyak sekali mendapat pelbagai rahmat dari Allah walaupun dahulunya jahil.

Sebagai latihan pengukuhan kepada para pembaca budiman semua, cuba lah buat sedikit kajian ke atas mana-mana kenalan atau saudara mara yang pernah mengalami sebarang kes tumor atau fibroid dan selepas itu kajilah sejarah permakanan mereka ini. Kemungkinan besar mereka ini memang gemar dan kerap makan ikan sardin. Dengan itu marilah pembaca sekelian memboikot makan ikan sardin semoga insya-Allah dijauhkan Allah dari terkena sebarang penyakit berkaitan tumor, fibroid atau sebarang penyakit kanser lainnya.

Sekian untuk kali ini. INGAT, jangan makan ikan sardin...^^ Setakat mana kebenarannya:) Wassalam wallahualam copy paste dari Cinta Allah Cinta Abadi


Blog ini CUTE sgt! Acu tra tekan LIKE :D

Hakmilik HareittaNaz@2013