tengok je pic nie. aku terus teringat kat FB! oo..nie lah Berani2013! Aku terfikir... Allah dah tunjukkan peluang, ruang, kenapa manusia ni kufur nikmat? Benda dah depan mata kot.. |
orang hanya mampu melihat CROWD of PEOPLE ! Meriah kan? tapi percayalah, kita akan YAKIN dan PERCAYA bila kita sendiri adalah antara CROWD itu. |
apa yang kita FIKIR, apa yang kita RASA, menentukan TINDAKAN kita seterusnya...:) |
Ramai siswa siswi percaya, yakin dan tahu bahawa pasaran kerja sekarang tak memungkinkan mereka layak untuk mendapatkan kerja yang berkelayakan dengan kelulusan mereka. Lain lah kalau mereka tersangat terer dapat 4 flat dan sangat berkebolehan dalam pelbagai bidang..itupun terpulang pada rezeki dan nasib masing-masing.
Kita tak boleh nak menafikan apa jua keputusan kita pada masa akan datang, tak menjamin masa depan. Jadi, kalau boleh dapat peluang untuk berjaya sekarang, kenapa perlu tunggu masa akan datang? Masa yang belum tentu akan menjamin 100% masa depan kita.
Mungkin kalau mula mengeluarkan fakta sebegini tak ramai yang suka dengar. Macam-macam alasan mereka bagi. Bagi aku, terpulang. Sekurang-kurang, sebagai seorang kawan, aku dah menjalankan tanggungjwab untuk ajak kawan-kawan terdekat aku, kenalan aku untuk berjaya sama-sama dengan aku. Takde lagi sebab untuk mereka cemburu, atau salahkan aku bila aku berjaya. InsyaAllah, aku pasti boleh!
Bukan senang nak positifkan minda, nak dapat attitude macam sekarang, jadi aku tak nak sia-siakan. Aku harus kekalkan dan usaha lebih lagi. AMIN! Selama ni, aku bersyukur dengan segala apa Allah bagi. Jalan yang Allah tunjukkan, aku redha atas segala ujian dan cabaran sepanjang 3 semester berada di Sintok.
Alhamdulillah sangat, tak mewah,tapi cukup. InsyaAllah, akan aku berusaha lebih, dan lebih lagi.
Moga kekuatan dariNya terus bersama dan mengiringi perjalanan dan perjuangan aku. HambaMu yang lemah :)
No comments:
Post a Comment