DAISYPATH VACATION


Jan 25, 2013

Miss My DAD so much!


Erm. Cuti panjang kali nih, so, update blog sememangnya aku selalu buat.
Teringat lepas STPM dulu, main affiliate system, konon nak menjana pendapatan online.  
Cuba-cuba Jaya kata orang. Sekurang-kurangnya, aku takla buta tentang affiliate  ni.
So, aku pelik bila member roomate aku ade syorkan satu investment, just by clicking referred link, we may earn at least RM5, wahh? It isn't it pretty awesome? Tapi,camne tu? 
Takkan depa tak fikir pendapatan tu dari mana?

Eh..eh,, takpe plak ek dapat income camtu, bila ajak join program yang ditolak zakat pendapatan, 
banyak soal lah pulak. Ok. stop! Sesekali,malas nak bercerita panjang orang-orang yang macam ni.
Actually, I miss my dad lately.

nie, gambar yang dia pernah kasik. lama tak jumpa, jadi takde foto terkini.
tapi takpe la,, daripada takde langsung..:)

Around 7-8 February, there will be my cousin's engagement day at Kemasik, Kemaman.
Aku harap dapat pergi walaupun mak aku cakap there will be something that may dispoint us.
Bagi aku, memikirkan mereka-mereka itu, langsung tak menguntungkan aku. 
Mungkin aku akan rasa terpinggir, tersisih, tapi takpe lah, niat aku nak pergi, jumpa KakNor,
melawat dia,dan adik-adik dia. Bagi sokongan, dokongan. 
Ape pun, arwah ibu KakNor banyak tolong aku dan ayah aku dulu. 
Dia lah banyak bagi semangat, nasihat, kekuatan pada aku. 
Semoga terus berdoa untuk kesihatan dan kebahagiaan ayah.
Aku terharu dan terima kasih sangat atas segala perhatian arwah Mak Sitoh. 
Al-Fatihah~ 

Apa yang aku buat adalah sebab aku rasa terhutang budi sangat dengan keluarga mereka.
Sebenarnya, kita boleh rasa keikhlasan seseorang pada kita melalui perhatian, sikap sedia memberi semangat dan pertolongan di kala kita perlu sangat. Kadang-kala, melihat keakraban keluarga mereka dalam menjalani kehidupan seharian membalut rasa sunyi aku dan adik-adik tanpa kehadiran seorang ayah di sisi.

Yep,tak semua tahu pasal ayah aku. Kawan aku, Mirul pun baru tahu.
Ade ke dia cakap, muke happy je, tak tahu lak ad ayah tiri.
Ishh.. ape kena mengena muka happy dengan ayah tiri lak kan?
Takkan ada ayah tiri bermakna penghujung cerita bahagia kan?

Aku seorang yang suka berfikir, dan fikir. Salahkah aku fikir kalau aku kaya, dah kerja, ada duit sendiri, mungkin aku tak perlu ada ayah tiri kot?
Yelah.. bagi seorang wanita seperti ibu aku, sukar meneruskan hidup tanpa seorang lelaki. 
Adanya lelaki boleh support mana yang kurang, tolong apa yang seorang wanita tak mampu buat.
ERM.. ok, yelah tuu~

Orang mungkin tak faham, tapi setelah apa yang berlaku, aku tak rasa berGUNAnya ada seorang lelaki.
Ok, tak perlu lah aku nak cerita semua. Apa yang aku rasa adalah, kalau aku berduit, aku boleh upah sape-sape je nak baiki paip ke,baiki lampu ker, baiki kereta ke, pasang alarm ke, supaya aku tak perlu ada seorang AYAH TIRI. I don't need any strangers in my house.

Ayah tiri/ ibu tiri bukan sesesuatu mimpi ngeri buat anak-anak mangsa keadaan seperti kami. Cuma, kadang-kala, hanya Allah yang tahu kenapa ujian dan dugaan datang kepada aku dan adik-adik aku. 
Mungkin saja, manusia boleh menjadi sangat tabah kerana kesusahan dan keperitan dalam hidup, tetapi rebah apabila berdepan dengan segala kesenangan dan kenikmatan. 
Jadi, mungkin ini jalan terbaik untuk aku terus dan terus jadi hamba yang ingat padaNya.

Walau seperit apa pun hakikat hidup ini, aku tetap bersyukur, ayah selalu telefon, tanya khabar anak-anak dia. mungkin dia bukan ayah terbaik dan sempurna, tapi cukuplah segala usaha yang Ayah tunjukkan.
Apa yang penting, aku cuba dan berusaha agar satu hari nanti, aku akan jaga keluarga aku sebaik mungkin, sebab aku tak nak anak-anak aku rasa apa yang aku rasa. Pedih nya hanya Allah tahu.

Alhamdulillah, aku dah 21 tahun, masih berusaha menjadi anak yang solehah, sentiasa berdoa, agar keluarga kami dapat disatukan menjadi keluarga bahagia di syurga Allah kelak. Moga segala dugaan di dunia sebagai ganjaran di akhirat kelak, amin~ Dan yang penting, untuk meningkatkan ketakwaan kami sebagai hambaNya.

Aku suka berseloroh,bergurau senda..hahaha..konon-konon buat kelakar..
adakala aku pernah berkongsi serba sikit cerita pada teman-teman rapat aku.
Aku mohon maaf sekiranya, adakalanya aku agak defensive, mungkin sahaja persekitaran menjadikan aku berperwatakan demikian. Adakalanya, wajah ceria, happy tak menggambarkan hati turut bahagia. 
Cuma, hanya dengan menzahirkan kebahagian di luar, manusia mampu mencetuskan satu kebahagiaan dalaman juga, aku percaya. Membahagiakan orang lain meski hati derita juga adalah cabang untuk mencapai kebahagiaan. InsyaAllah~




Blog ini CUTE sgt! Acu tra tekan LIKE :D

No comments:

Hakmilik HareittaNaz@2013