DAISYPATH VACATION


Jan 30, 2013

SEDEKAH PALING UTAMA


Pagi yang indah dan bermakna adalah sebaik sahaja bangun, kita teringatkan kewajipan kita pada Allah.
Bukan senang nak jadi baik, dan sangat senang nak jadi jahat.
Tapi, pernah tak terfikir, kenapa nak masuk masjid yang free susah orang nak masuk, tapi kelab malam BERBAYAR,mahal lagik, ramai je masuk. Allahurabbi~


Allah as-syakur yang dengan kemurahanNya sentiasa memberi balasan berlipat ganda bagi setiap amalan hambaNya. Allah SWT juga telah menjadikan berbagai cara dan jalan agar hamba-hambaNya boleh menggandakan saham akhirat mereka.
Oleh itu, kita selaku hamba yang dhaif haruslah sentiasa mencari jalan untuk menggandakan amalan kebajikan kita agar dapat digandakan di akhirat kelak. Insya-Allah. :)

Jangan hanya tahu mencari-cari jalan menggandakan saham-saham duniawi tetapi mengabaikan bekalan untuk kehidupan ukhrawi. Imam as-Sayuti RHM menjelaskan bahawa sedekah seseorang boleh digandakan ganjarannya seperti berikut:


1. Sedekah yang diberikan balasan 10 kali ganda
Pemberian yang diberikan kepada orang yang sihat tubuh badannya serta tidak berhajat untuk sedekah.

2. Sedekah yang diberikan balasan 90 kali ganda
Pemberian yang diberikan kepada orang yang buta atau terkena musibah iaitu orang yang memerlukan bantuan.

3. Sedekah yang diberikan 900 kali ganda
Pemberian yang diberikan kepada kerabat yang berhajat.

4. Sedekah yang diberikan balasan 100,000 kali ganda
Pemberian yang diberikan kepada ibu bapa.

5. Sedekah yang diberikan balasan 900,00 kali ganda
Pemberian diberikan kepada orang alim atau faqih.

                                              

Sekian,perkongsian kali ini. :)


p/s: InsyaAllah, ilmu tanpa amal umpama pokok yang tidak berbuah. Moga kita diberikan kekuatan untuk melaksanakan ilmu-ilmu yang dipelajari. Insya-Allah.. :)


Blog ini CUTE sgt! Acu tra tekan LIKE :D

No comments:

Hakmilik HareittaNaz@2013