DAISYPATH VACATION


Jan 13, 2013

My friend is getting marrying soon

Assalamualaikum.  Aik. aku pun tak faham kenapa tajuk entri aku letak camtu. 
Excited bebenor nampak gaya. 
Tapi yang pasti, ada satu cerita menarik arini.
Arini, dapat berita kawan tingkatan 6 aku, Cik Wan Solihah bakal mengakhiri zaman bujang. TERKEJUTT kott.!! 
Mestilaa...tiba-tiba terima undangan kahwin dari dia. Aw. aw. aw! Sweet 22 nyee :)

Tak payah nak dipersoalkan kenapa kahwin. 
Yelah, bila Allah dah tetapkan jodoh seseorang itu, sehebat mana dia rancang, jodoh dia tetap datang. 
Yep. Tapi ada satu yang membuat aku termenung jauh.
Lelaki yang bakal menjadi pilihan hati Solihah nie bukan seseorang yang sering diperkatakan suatu ketika kami berada di tingkatan 6 dahulu. 
Maha Unik aturan Allah, jumpa orang lain, bercinta orang lain, kahwin orang lain.
 Hebat mana kita rancang, hebat lagi percaturan dia.  ^^

Yep. Itu membuatku terfikir. Aku minat-minat gila kat orang lain, bercinta ngan orang lain, entah siapa tahu, orang lain yang jadi pilihan. 
Sejauh mana kita cuba menidakkan atau nenafikan 
kenyataan itu, ia tetap sama, malahan boleh jadi seseorang itu orang yang kita benci atau tak suka. 
Mungkin? Mungkin laa..

Allah Lebih Maha Mengetahui. Sebab itu kita tak leh cakap besar. 
Teringat perbualan aku dan kawan-kawan. Adakalanya, perbualan yang kurang tapisan.
 Bukan takde langsung k? Yelah, normal la kebiasaan manusia. 
Nak yang hensem-hensem, yang alim-alim. 
Allahurabbi. 
Kuat sih berangannya.
Biase la,, lagi tinggi impian aku memiliki lelaki seperti itu, lagi mustahil untuk aku memilikinya. 
Jadi lebih baik, aku berdoa terbaik untuk jodoh aku. 
Moge dapat seseorang yang menyejukkan pandangan, bersamanya membuat ku rasa tenang, mampu mencintai dan menyayangi keluarga aku sebagaimana dia sayang aku, terima aku apa adanya, dan sama-sama menyempurnakan sebuah mahligai cinta hingga akhirat, insya-Allah.

Mungkinkah? Aku percaya dan aku cuba mengusahakan menjadi terbaik, agar si Dia juga turut menjaga hatinya untuk aku. 
Mahligai cinta ini perlu disemai dari tapak dan asas yang kukuh.
 Kalau permulaan yang tidak elok, mustahil benih- benih yang mula mencambahi subur mekar di taman kan? 



Aku mungkin insan biasa-biasa. Penuh noda, dosa dan alpa. 
Namun aku tidak pernah rasa menyukai , meminati seseorang sebagaimana aku rasa kini hingga menjadikan aku insan yang sangat menahan rasa, rasa ketenangan dalam meminati dia. 
Terasa bahagia, meski si dia tidak tahu apa  rasanya menjadi aku.. 
Jauh sekali berharap dia tahu aku meminati dia.
Pertemuan di masjid tika itu sebenarnya memekarkan perasaan aku. 

"Awak, maafkan saya. Berhenti berhubung, mendiamkan diri tidak bermakna saya berhenti mengharapkan awak menjadi bakal imam saya. :) Insya-Allah, kalau benar kata hati ini, izinkan saya menjaga hati untuk awak. amin. :) "

        

Aminn...<3 nbsp="nbsp">
Tengok episod akhir AdamHawa buat aku berangan. Manisnya bercinta lepas kahwin. Semua halal nak buat. Yelah, tak nafikan mereka tu berlakon. I means in reality lah. :)

Ya Allah, mungkinkah? Aku bukan berangan mendapatkan terbaik, tapi aku ingin merasai keindahan sebenar lepas kahwin. 
Gatal ke aku? Miang ke? 
Baru 22 dah fikir soal camtu? 
Entahlah. bergantung pada pemikiran setiap orang. 

Bagiku, setiap orang pasti mempunyai cerita dan impian sendiri. 
Kadangkala, kita sendiri tak dapat memahami apa sebenarnya orang nak, tapi kita akan sibuk- sibuk menghakimi mereka hanya dengan satu pandangan sinis. Aku nak kahwin bukan sebab gatal.
Kahwin itu indah pe. As long as aku tak abaikan study, aku layak kot nak fikir sal kahwin. 

Aku masih buat aktiviti harian macam biasa, tunai kewajipan sebagai Muslim, so, berfikir untuk hidup sebagai satu pasangan yang halal bukanlah satu kesalahan yang sangat besar. :) 
Itu pendapat aku lah, kalau orang tak setuju, terpulang....

Erm. Aku tidak berharap apa-apa daripada perasaan ku ini. 
ku memang merancang, tetapi apa jua rencana Allah pasti lebih baik untuk hambaNya. 



Moga jdoh untuk aku satu hari nanti adalah seseorang yang sememangnya aku nantikan dan pastinya selayaknya memimpin aku ke syurgaMu. amin :)

p/s: Tahniah dan barakallah utk Cik Solihah kita dan bakal suami. Saya doakan awak kekal hingga akhir hayat. :)
Blog ini CUTE sgt! Acu tra tekan LIKE :D

No comments:

Hakmilik HareittaNaz@2013