
Dec 30, 2013
UNIKNYA DIRI KITA!

Dec 28, 2013
Kita Hanya Seorang Insan :)


Nov 22, 2013
6 Pengajaran Baru Tentang Ikhlas

Aug 19, 2013
EMPAT TANDA HIDUP TAK BERKAT

Jan 30, 2013
SEDEKAH PALING UTAMA


Nov 25, 2012
MURABBI CINTA bersama Saiful Islam
Aku mungkin seorang hamba yang seakan-akan manis di bibir, ingin mencari cinta Allah, tapi perangai tah apa-apa. Aku bukan insan sempurna. Sungguh!
Alhamdulillah,dengan izin Allah, aku diberi peluang mengenali seorang lagi insan istimewa, yang aku kenali melalui laman sesawang sosial iaitu Facebook, tertarik dengan bait kata-katanya berbunyi:
Doa senjata mukmin kerana jika mukmin tahu syarat doa dimaqbulkan Allah
setiap kita akan berubah menjadi mukmin yang lebih baik.
Berbekalkan kata-kata yang aku kira insan ini cukup istimewa, sengaja aku uar-uarkan kepada sahabat baikku, Munirah. He's the special novelist, really! Padahal novel dia satu pun aku tak baca, tapi menurut aku, aku tak bohong, kata-katanya pasti mencerminkan akhlaknya. InsyaAllah, aku yakin. Lagipun, aku juga pernah melihat satu dua tajuk novel karangannya.
Alhamdulillah sekali lagi, berada di Universiti Utara Malaysia, Sintok lagi bukan halangan untuk aku dapat peluang hebat-hebat macam ni. Untuk aku yang sememangnya minat penulisan, aku gemar melihat kekreatifan para penulis Islamik menerapkan unsur-unsur yang agak catchy aku kira untuk tatapan remaja yang sememangnya yang tidak suka penulisan yang sarat-sarat. Penulisan novelis Islamik ketiga yang aku kenali selepas Ustazah Fatimah Syarha dan Dr Farhan Hadi.
Menyusuri kisah percintaan yang diceritakan novelis-novelis ini, aku merenung diri. Allahurabbi, alangkah hebat cinta mereka! Pantas saja mereka mendapat jodoh dari kalangan hebat-hebat. Sorang doktor, sorang ustazah. Sorang doktor, sorang ustaz. Hebat kan? Aku? Perjalanan penuh dengan kelalaian, kenakalan dan kadang-kadang hipokrit semata-mata.
Aku sebenarnya sentiasa mencari identiti untuk diri aku. Apakah aku seorang yang bersedia menerima cinta dari sesiapa? Apabila, di saat tangan yang menghulurkan, bagiku cukup segala pakej sebagai seorang yang bakal menjadi Imam ku? Aku langsung terfikir, wajarkah aku menilai semua ni mengguna akal dan nafsu berbekalkan iman senipis bawang ? Tidak! Sebaliknya, gapailah cinta Allah dulu sebelum aku terlanjur berbicara tentang cinta manusia. Mungkin dengan sikap aku, kadang- kala terlalu happening, kadang-kala, acuh tak acuh, menjadikan aku sukar mendapatkan apa yang aku inginkan iaitu Cinta Allah :')
Cukup tertarik ulasan sepanjang program Murabbi Cinta oleh Ustaz Hasrizal tentang peraturan cinta, atau menurutnya yang lebih gemar menggunakan istilah "tips" cinta agar tidak menampakkan cinta itu terlalu berat, terlalu complicated. Yes, I'm so impressed the way he's thinking. Mungkin inilah hikmah, kita disuruh mendekati orang-orang berilmu, supaya kita dapat menilai cara mereka pemikiran, supaya kita tak terlalu skeptikal dan stereotaip dengan pemikiran kita dengan konsep cinta. Hahaha. Amboi, suka lak aku pakai ayat "skeptikal" dan "stereotaip" sejak dua menjak ni. Ok, berbalik cerita tadi, supaya kita tak terlalu memberatkan apa yang telah Allah gariskan dalam membina dan memelihara rasa cinta.
Analogi-analogi yang Ustaz Hasrizal kemukakan cukup bernas. Cukup menarik, tertarik, buat saya tak mengantuk. Bukan juga sebab topik cinta, bukan. Skop cinta yang begitu meluas meliputi seluruh aspek kehidupan. YES! He just said that "love is the tip of iceberg in our life." Interesting quote!!
Tidak semestinya, bila kita berbicara soal cinta, kita melupakan penderitaan saudara Islam kita di Palestin, Gaza. Exactly not! Kitalah mencorakkan cinta itu melalui pelbagai cara. Cerita tentang kehebatan kerajaan Andalus yang dicemburui negara-negara Yahudi juga menarik perhatian saya. Kisah ini menunjukkan bagaimana kerajaan yang sebegitu maju digulingkan hanya kerana pemuda-pemudinya lemah kerana CINTA! Cinta itu melemahkan pemuda-pemudi kita hari ini. Harus kita ingat, cinta itu satu bentuk tenaga, macam mana kita boleh melakukan luar dari kebiasaan kita hanya kerana CINTA? Hee~~ aku dah macam pengulas program.
Orite, sebenarnya, aku bukan la nak cerita A to Z, tapi keterujaan aku meneliti setiap bait kata yang beliau lontarkan mendorong aku menulis blog malam nie. Sebab tu, aku rasa tak perlulah aku nak over sangat nak update kat FB .."cinta itu mempesonakan".
Macam la aku sorang je pergi dengar. Kan? Kadang-kadang, aku nak jugak jaga impression orang kat aku. Yes, humans are not perfect, of course, they are not like angel. They do have feeling. Larat ke aku nak dengar orang duk mengate suka update Fb, bajet bagus! Jadi, cari jalan untuk bersederhana. Sederhana itukan mempesonakan. Heee~~
Ada la sorang lelaki ni, ok, just called him si Y..agak rapat la dengan aku dan kawan-kawan aku. Yes, aku akui aku tak pernah rapat dengan mana-mana kawan lelaki sebelum ni. So, since I am in Sintok, I am quite close with him. Sampai satu tahap, ada jugak ar, rasa tak malu sangat. For sure, benda patut malu kena malu la.. Hahaha...tak heran la, ramai kawan sekolah duk gosip aku ngan dia. Ahhh.. bukan tu aku nak cite. Aku just nak bagitaw, aku ni garang. Orite, bahasa ganu dipanggil "bekeng". Aigoo. teruk bunyi nya! Ok, sorry for the mislanguage. << bajet-2 ade kot mislanguage
Ok. aku sgt receptional bab-bab camni. At times, aku terima je bulat-bulat orang nak kata apa, bagus pe garang daripada manja? At times, aku fikir, aku ni garang sangat ker? Sampai si Y ni siap banding-banding aku ngan member aku. Okey la. nie bukan time nak feeling-2 lebih. If I do, I apologize to all of my friends. Tapi bila aku fikir-fikirkan balik, more or less I should improve to be better. InsyaAllah!
Aku selalu berdoa selepas setiap kali solat fardhu pada Allah agar aku ni dihilangkan segala sifat mazmumah, sifat baran, tergesa-gesa. Doakan aku dan adik-adik jadi anak yang soleh solehah. InsyaAllah, aku manusia biasa-2 saja, tapi aku nak menjadi sempurna mengikut acuan yang Rasulullah saw tetapkan sebagaimana peribadi yang terlahir sebagai Nurul Attierah Zamari.
Dah memang terlahir, suka cakap banyak, suka banyak tanya, suka gelak-gelak, suka buat lawak, garang, kadang-kadang main, macam mana aku nak ubah personaliti nak jadi lemah-lembut, sopan- santun, tak banyak cakap, pendiam aje, cakap pun volume 5, serius, tegas,,,?? Kan,, memang tak la. Tapi selagi kita tahu batas-batas, kita kurang mana yang perlu, lebihkan mana yang kurang, we try to improve. Everyone special in their own way, I do believe this.
Aku belajar menjadi seorang yang mampu menerima keperibadian seseorang itu berbeza dan unik dengan cara mereka tersendiri. Tak semestinya orang yang selalu pergi masjid, orang yang tu memang baik, jurus, dan tak mesti orang yang langsung tak pergi masjid tu tak bagus TAPI tidak juga sebaliknya. Apa yang penting adalah HATI! :D
Yes! Let's take care of our QALBUN to the one who deserve it. insyaALLAH, bercintalah sampai syurga. >,<
note: my blog is totally mine. kalau rasa aku nak tunjuk bagus, memang ar. sekurang-kurang, i'm doing for my sake. daripada tunjuk tak bagus, baik aku tunjuk bagus. sekian~~
Nov 24, 2012
Sorotan Aqso Mission 2

Melihat setiap kanak-kanak kecil sebaya Nusrah Khalisah, hati seakan merintih. Terkadang meruntun jiwa yang keras ini. Ya Allah, jika dgn melihat penderitaan mereka aku mampu menjadi lebih baik, aku mohon Kau berikan kekuatan di sebalik peristiwa ini.
Satu yang paling best bila berblog, aku boleh cakap ape je aku nak. Tapi perlu fikir apa orang akan fikir, do they concern? Hahaha. Yup~ Exactly.
Selain cerita ini, sebenarnya ada peristiwa yang aku rasa menarik berlaku kat Masjid Badlishah semalam, before aku nak start solat Isyak, di celahan dinding masjid, kelihatan seraut wajah yang aku kenal, muncul di kehalusan ruang tika itu. Padahal, sebelum tu, aku terdetik, andai kata aku melihat wajah yang ku kenali tika ini, barangkali dia jodoh ku, Hahaha! Maaf, aku memang suke buat cerita aku ala-ala dalam drama. puii~
Orite. fine, he wore green baju melayu. Okbai~
Till then I meet another person I know, also was wearing green attire. How could the people I do know them quite well wearing green? Ok. and finally,,,there was someone I looking for, not eagerly, but silently, yes, he did wore the green too. Okay, what can I say? Ermm.. hanya Allah tahu apa sedang bermain di fikiran aku tika itu. Yes, my mind was wandering everywhere. Thinking that everything has happened for a reason rite? Mungkin aku berperasaan sorang-sorang. Takpe, just let me by my own world. Everyone has their feelings rite? So, it's normal perhaps~ wakaka.

Ok, lepas aku berkhayal-khayal seminit dua. Aku kembali fokus pada perbincangan hebat Aqso Mission. Yes, aku memang tak tahu sangat pasal hal-hal sejarah serangan ni. Aku akui. So what? Aku bukan la pandai-pandai. Melihatkan macam mana umat Islam kat sana boleh survive. I do thinking again and again. Allahurabbi, mereka harus dan kena memperjuangkan nasib negara kita sama ada mereka bersedia atau tidak. Ketekunan dan semangat jihad mereka jelas terlihat, seolah-olah sebiji batu kecil yang dilemparkan umpama sebiji bom besar yang akan meledak kawasan musuh. Allahukbar! Hati mana tak menangis, melihat anak-anak kecil menangis di kala ibu mereka ditembak, ayah mereka dibunuh di depan mata, badan si kecil hancur musnah dek ledakan bom tentera rejim zionis Israel.
Mana perikemanusiaan?<--kawan aku="aku" i="i" ini.="ini." mengajukan="mengajukan" persoalan="persoalan">
--kawan>
Tak usah persoalkan perikemanusian tika ini. memang sudah hilang. Jangankan hidayah, rasa belas tu pun takdak langsung dah. Allah! Allah!
Namun, hati kian terkesan dengan penyataan Prof Madya Dr Hafidzi, Pensyarah Kanan UPM yang juga merupakan Pengerusi Aqsa Syarif Malaysia apabila dia mengatakan ISLAM akan menang, dan menuju KEMENANGAN! Siapa-siapa belum sedar tentang tu, jaga-jaga, PASTI!! Oleh itu, ayuh kuatkan senjata paling kuat kita iaitu DOA!! insyaAllah, Allah tidak akan pernah menganiayai hambaNya yang lemah, ingat!
![]() |
maaf EnAmirul Hafizi, ana pinjam gmbar enta. :) hik3 |
![]() |
this is how non-muslims show their concern |
Difikir-fikirkan balik, rakyat Palestin diuji sebegitu hebat kerna perjuangan mereka dijanjikan syurga dari Allah andai mereka syahid. Tapi aku? Rakyat-rakyat Malaysia?
Mungkin andai diberi dipeluang untuk berjuang sama dengan mereka di sana, beberapa orang saje kot yang betul- betul punya kekuatan kan? Haa..itu satu. Mesti ade nak jawab, dah negara kita tak berperang, asal nak susah-susah ikut berperang. doa je lah dari sini. Iye, betul la. Aku cuma cakap andai kita semua diberi peluang, confirm2 kan ramai cabut lari? Aku cuma nak highlight that our inner spiritual tu masih lagi nipis. Tak mampu nak menandingi rakyat-rakyat Palestin apatah lagi nak menandingi semangat juang anak-anak kecil di sana. Air mata hati menangisi betapa mereka inginkan FREEDOM. Kadang-kadang melihat tubuh sekecil ini, teringat si adik kecilku, Nusrah Khalisah dan Nasrul Khalish. Of course la, situasi lain di Malaysia, tapi mak aku, aku jentik sikit je pun, da kena marah. Apatah lagi, aku nak guriskan atau calarkan badan mereka. Tapi tidak di sini, badan mereka dijadikan SHIELD! allahuakbar! macam mainan nyawa si kecil.
![]() |
as for the last, let's pray for our ikhwan~ insyaAllah, doa muslim kepada muslim yang lain tidak akn terhijab oleh Allah. :') |
Terkesima dengan kata-kata Dr. Hasrizal Abdul Jamil, ringkasnya beliau tidak ingin mengulas lanjut tentang penderitaan yang dialami penduduk Palestin kerana semua hampir tahu. Apa yang dapat dia lakukan ialah, menguatkan dan mendekatkan diri kepada Allah agar doanya kepada umat Islam disana tidak terhijab dek kerana dosa-dosa dilakukan. Hebatnya bingkisan hamba Allah ini yang tidak putus-putus memperjuangkan agama Islam. Insya-allah, sedikit sebanyak kata- kata Dr. menjentik hati keras saya. Wallahualam.
![]() |
doa ini selalu saya dengar dan saya baca time SMKATJ dlu.. :') |
Tweet
Sep 23, 2011
KAWAN YG SAYA SAYANG...:)

SAYA SAYANG KAWAN SAYA YANG….
faham perasaan + emosi + situasi saya time saye kawan. Saya tak perlukan kawan (lansung tanak!) kawan yang selalu ingat dia semua tau dan dia le yang paling memahami.
SAYA SAYANG KAWAN SAYA YANG….
sanggup membela saya tidak kira saya salah or tak salah. Saye ske kawan saye yang akan sentiasa bersama saya even seburuk dan sejijik mana saya.
SAYA SAYANG KAWAN SAYA YANG….
selalu doakan kebahagian dan keredhaan untuk saya. bukan yang menjaja dan mencanang cerita buruk kawan-kawannya pada orang lain (kat blog pon nak citer ke? ..ayoo!! 1 dunia taula!!). Saya suka kawan yang ada ego mereka tersendiri, jgn sampai mudah dipujuk rayu dan dipijak (padahal masa kena tinggal, macam2 pendirian dibuat tapi musnah dengan pujuk rayu). Saya suka kawan yang mendoakan yang terbaik untuk kawan2 laen.
SAYA SAYANG KAWAN SAYA YANG….
iklas dan jujur meminta maaf dengan kesilapan / terlajak kata yang dilakukannya. Saya sayangkan kawan saya yang ada menjaga emosi saya walaupun ketikanya memang saya beremosi.
SAYA SAYANG KAWAN SAYA YANG….
selalu menasihati saya walaupun melibatkan soal agama. walaupun mereka pun tidak terer bab agama tapi mereka stay menasihati saya (xde orang perfect) dan nasihat mereka saya terima dengan hati yang terbuka dan saya xkan mengeraskan kepala untuk tegakkan benang yang basah. Bila berseorangan (sedih) dekat dengan tuhan tapi bila berdua (gembira) lupa dengan tuhan (takutnye jadi camtu!!)
SAYA SAYANG KAWAN SAYA YANG….
selalu CARE terhadap saya, memahami saya walaupun mereka CARE saya secara x ikhlas dan hanya cuba membuat saya menyampah dan meluat dengannya. Thanx sebab CARE ngan saya dan saya xkisah jadi loser asalkan kawan saya dengan stylo nye jadi winner..
Saya Jatuh cinta kerana syaitan :D

Sep 20, 2011
Destinasi Cinta buat Naz tengadah...^_^



Aug 26, 2011
Macam da berlaku je Lailatulqadar :(
Ehem2..marin kan Naz g Bandar Jerteh,,yela.beli ape yang patut untuk adik2..sekaligus kemaskini akaun BANK ISLAM dan MAYBANK..wee~
Pack giler bandar Jerteh..dalam sibuk2 gitu kan..ada jugak la manusia2 yang jenis tak sabar. Yelah nak cakap tak kena..bukan nak marah sangat pom Cuma kesal sikit ada la..Ada ke patut gitu ek? Yelah,ok..Naz cite…:D
Ada 1 guy la kan duk hon2 kete..duk tekan2 enjin kete..bagik kasik kuat bunyi..tak tau la niat apa dia buat semua tu..tiba-tiba terkeluar gak perkataan ‘gila’ dari mulut Naz..astaghfirullahalazim…mana tak nya..lu sekali dua tak pe..tapi banyak kali..ada ke patut?? Ada ke orang yang terlalu sewel nak duduk lam trafik jem tu lama2..orang lain pun pose gak wei…consider ar skit bro!! :p
Ahh..tutup ar cite tu..watpe nak cite sal lelaki GONG gitu..haha~
Actually,,Naz nak share feeling sal ketidaktenteraman hati la pagi marin..(semalam la maksudnya dalam bahasa standard..) Malam rasa frustt la..sebab pagi tu macam redup.sejuk.nyaman.tak panas.
Sah-sah la malam marin malam LAILATULQADAR…sedih ar tak terkejut..sebabnya, makan ubat batuk dan selsema. Naz dah dapat agak dah lu makan ubat memang tak kan terkejut la tengah2 malam..biasa terkejut gak tengah2 malam. Dasyat op?? Yelah,,maybe Naz tak jaga adab-adab sepanjang Ramadhan. Jadi, Allah pun susah la nak bagi malam yang penuh keberkatan dan kelebihan tu tuk orang macam NAz nie..badmood sangat hari tu. Sampai2, mak sedara ingat Naz badmood sebab tutttt…(secreto de amor la..malu la lu Naz cite op..hik3) wink2..;)
Emm..tu la..perasaan yang sangat berat,menyesal dan macam tak reti hargai bulan Ramadhan. Kan??? Nie nak kongsi la sikit tips2 Qiamulail,. :)
Beberapa tips dalam merebut pahala dan kelebihan malam Lailatul Qadar :
1. Bersedia untuk merebutnya dari sekarang terutama disegi keyakinan, kesungguhan merebut peluang tahunan ini dan merancang kalender harian agar mengosongkan 10 malam-malam terakhir tersebut untuk tujuan itu semata-mata; tidak untuk kesibukan lain.
2. Memahami bahawa dimana jawatan, kedudukan dan kesibukan kita di dunia ini, tujuan utama manusia dijadikan ialah untuk beribadah kepada Allah S.W.T dengan penuh keikhlasan, bersedia untuk hari (Akhirat) yang tiada gunanya lagi harta dan anak-anak, melainkan orang yang bertemu Allah dengan hati yang sejahtera.
3. Putuskan dari sekarang masjid mana yang akan kita gunakan untuk iktikaf, siang dan malam, samada sebahagian atau 24 jam sehari. Pastikan AJK masjid tersebut memahami ibadah iktikaf dan qiyamullail 10 malam terakhir agar tidak berlaku masalah pengurusan dengan mereka yang tidak memahaminya.
4. Dapatkan teman agar sama-sama dapat melakukan ibadah tersebut secara berjemaah.
5. Jika anda bekerja di bawah majikan, kenalpasti hari-hari yang akan dimohon cuti agar dapat lebih hari untuk beriktikaf di masjid. Jika anda tidak dapat mengambil cuti kerja, anda boleh cuba berktikaf di masjid sepenuhnya dalam cuti hujung minggu pada hari Sabtu dan Ahad.
6. Jika anda seorang pelajar, cuba habiskan kerja-kerja rumah atau assignments dari sekarang agar tidak tertimbun pada 10 malam terakhir Ramadan. Beli tiket balik kampung lebih awal agar tidak disibukkan mencari tiket nanti.
7. Bersedia untuk Aidil Fitri lebih awal agar kita tidak disibukkan nanti dengan membeli belah, memasang langsir, membuat kuih-muih, menyiap atau menjahit pakaian Raya dan sebagainya seperti yang sering berlaku pada ramai orang yang kurang memahami dan menghayati kelebihan 10 malam terakhir Ramadan.
8. Memahami bahawa asas perubahan ke arah kebaikan pada seseorang bahkan pada sesebuah umat ialah pembaikan jiwa yang ada di dalam diri masing-masing. Madrasah 10 Malam Terakhir Ramadan yang bakal dilalui boleh turut membantu mencapai ke arah perubahan tersebut.
Semoga Allah mengurniakan ketaqwaan kepada kita setelah menjalani ibadah di bulan Ramadan ini. Kita keluar darinya nanti dengan beroleh rahmah, keampunan dan selamat dari api neraka. Amin.