DAISYPATH VACATION


Showing posts with label my Story~. Show all posts
Showing posts with label my Story~. Show all posts

Jul 7, 2014

This 9th Ramadhan


RAMADHAN

Tiada makna Ramadhan bila..

Rasa marah tanpa terkawal,
Cepat meluah rasa amarah,
Cepat bersangka-sangka pada manusia,
Berkira-kira nak buat baik,
Persoalkan kebaikan orang lain,
Tidak memberi manfaat pada orang lain,

All of these, to make it short :
nafsu yang jahat tidak cuba utk dikawal.

Ramadhan, 

Bukan dimaknakan berbuat baik sewaktu berpuasa,
Justeru, berbuat baik setiap masa,
Siang atau malam sama sahaja,
Menahan segala rasa, dari byk bicara sia-sia.

Makan, minum semua harus dijaga,
Didik hati sentiasa bersederhana,
Usah berbelanja semborono sahaja,
Tukarkan kebiasaan drp mjadi bahana.

SUNGGUH! :) 
i am a sinful maker,
yet try to be perfect in imperfections,
yet aim for 1001 hopes for this Ramadhan,
may Allah bless.
ameen. :')

Blog ini CUTE sgt! Acu tra tekan LIKE :D

Jun 11, 2014

ATTIERAH IN WONDERLAND :)

\

Sekarang tengah study Islamic Banking Operations. MOODFINALE sudaa~

Tapi tangan gatal nak menaip. Nak meluah. Yelah, daripada luah kat orang , nanti cakap aku ni berangan lebih.. gedik nak kahwin plak. Jadi, blog lahh tempat perfect. HAHA!
Yang secrecy sahaja dalam buku… yang boleh direalisasikan secara nyata dan tak Nampak terlalu over atau fantasi, shareee lah kat BLOG. Hihihi!

Harapan paling besar sekarang.. selain ada RUMAH SENDIRI DAN KERETA SENDIRI sebelum kahwin. Weiii, sebelum KAHWIN tu… so,, memang kena cepat2  submit prayers and efforts supaya boleh cepat kahwin.. YEAHHH!!

Kitee anak sulung,, malu lah,, jadi anak berbakti  belum cukup haul lagi,, belum cukup sempurna lagi.. nak kawinnn.. yelahh~ MANA TAKNYA.. suasana kelilingku sangat mencabarrr betul! Sabar je lahh!

Ke laut pulak kite.. haa.. harapan paling besar kite sekarang,, kitee terlaluu bercita-cita ,, teringin nak bagii kotak misteri yang dari dulu sampai sekarang kita simpan semua tulisan-tulisan kite kat budakk kite minat tuu.. termasuk surat penah kite tulis.. mustahil ke? Mungkin laa.. tapii entah lah. Hati kite susahh la nak berpaling tadah.. apa lah yang menarik sangat pun kite xtau.

Surat yang kitee berangan nak bagi..tak bagi pun.. sebabnya, bila difikir-fikir.. maluuuuu! Kita perempuann derrr! Nak banding kisah Siti Khadijah tu jauhh sangat laa dengan hamba yang hina dina ini. Jadi, buat keputusan DIAM SAMPAI AKHIR SEM5. Hahaha! Whatever lah orang kata mustahil, bagi aku takk. Tak mustahil.

Well, tweet dari Hafiz Hamidun ni aku kira okk lah! Ok paa. Hahaha! KALAU BUKAN DENGAN DIA, DENGAN MACAM DIA, SEAKAN DIA, SERUPA DIA, PERASAANKU MACAM DIA.

tq abg HAFIZ! hati saya berubah bila baca. haha ! #tetiba

Hailaa~ ok. Lega. Dah tulis. Dah share. Boleh sambung study. Hahaha! KBAII! :P

Blog ini CUTE sgt! Acu tra tekan LIKE :D

May 27, 2014

TIPS CARI JODOH USTAZ BASYIR 1


Minat orang lagi MUDA daripada kita? Aiyaa~

Tips USTAZ BASYIR pesan, nak carik CALON suami, carik lagi tua dari kita.

Aiyaa. Meskii aku tak dapat terima hakikat sebab aku minat sebaya dengan aku. Bulan November plak tu. Adess. Sakit pulak hati nie.. tapi hakikat.. terimaa juga.. pahit juak ku telan.
Tapi , nak minat orang pun, buat calon, minatlah hak berpada. Yess !! of course lahh!

HE’S THE ONE OF THE ADMIRABLE MAN. Ciri-ciri tu ade. Yang penting, rasa senang dan TENANG !

Tapi..tetiba hari ni.. Attierah rasa kena surrender. Tak tahulah KATAHATI ke berapa dah aku rasa!!
Ishhh! Macam-macam..

“ awak… awak..rumitnya rasa nie.. andai saja awak tahu..”

Ok.feeling sesorang..  surrender sudah kah aku?

Tapi cemana ya.. bila dah buka hati untuk orang lain,, tetap dan tetap rasa yang sama untuk dia.

I THINK IT IS THE POWER OF DOA. Hatiku memang tidak kuat untuk dia,, tapi doa ku. Mungkinlaah, ni jawapannya..cumanya aku kena SABAR SABAR dan SABAR .. KBAI. HAHA

OKK,,nantikan saja gi mana pengakhiran cinta kali ni. Berlagu sepi atau happy.

LALALA~ Hahaha! :p

Blog ini CUTE sgt! Acu tra tekan LIKE :D

May 26, 2014

MONOLOG KEHIDUPAN 1


Sebenarnya, aku punya satu impian,
Tertanya-tanya mungkin saja bisa
menjadi kenyataan,
Soalnya, sejauh mana kita punya kesungguhan,
Merealisasikannya menjadi kenyataan.
Kan kan kan?

Aku gemar berkhayalan,
Kata orang, apa barang?
Setakat angan, bukan jadi kenyataan,
Aku termenung panjang,
Helo, mana mungkin kita capai kejayaan tanpa dimulakan dengan angan?

Tanpa aku sedari,
Hari- hari yang aku jalani,
Allah telah mengatur dengan cukup teliti,
Tiada satu hari, aku rasa tiada erti,
Baik, buruk semua aku pelajari.

Hidup ini sebenarnya tersangat singkat,
Jadi, kitalah kena banyak beringat,
Setiap langkah yang kita tetap,
Harus diaturi sunatullah sebagai pelengkap,
Lakukan kerna Allah pasangkan niat,
Aku bukan malaikat,
Penuh salah dan silap,
Penuh dosa bertingkat-tingkat,
Namun aku percaya, hidup ni ada peringkat,
Transisi kehidupan yang harus kita pertingkat.

Dulu , aku selalu berkira-kira,
Nak buat baik takut orang mengata,
Nak pergi usrah, berlagak sok-sok baiknya,
Nak ajak orang ke masjid, takut cakap alimnya,
Tapi ternyata aku riak sebenarnya,
Perasan diri lebih baik dari yang lainnya,
Hanya kerana asal sekolah agama,
Oh malunyaa!

Perlahan-lahan, aku cuba mencari identiti diri,
Mendekatkan kepada Ilahi,
Mendalami lagi ilmu yang telah dipelajari,
Kerna itu kunci lebih abadi,
Cuba “mencari” hidayah sendiri,
Tanpa tunggu kita diberi,
Kerana hidayah itu perlu diselongkari,
Agar kita terbiasa sendiri,
Dengan apa yang dinamakan syariat Ilahi.
 

Ok.. need to  stop for a while. Getting performing Maghrib soon!


HambaMu yang senantiasa ingin UPGRADE DIRI:
Doakan,
#AttierahZamari

Blog ini CUTE sgt! Acu tra tekan LIKE :D

HATI HATI DGN HATI :)


Hati. Tidak pernah tetap berdiri.
 Hari tu begitu, hari ni begini,
Aku sendiri takut pada namanya hati,
Tapi yang pasti, nama dia sudah terpahat di hati,
Halal kah? Aku sendiri pun tak pasti.


kadangkala terasa begitu dan begini..

Bibir coba menafi,
Seakan sudah penat menanti,
Tapi, hati sering meyakini,
Namanya  selalu disebuti,
Seakan sudah sebati dalam diri.

Terkadang terfikir, mungkin nilah nasib diri,
Suka dan mencintai si “diam diri”,
Hakikatnya, aku malu sendiri.

Terkadang, kisah lalu indah dikenangkan,
Si dia seakan memberi harapan,
Respons nya seakan tak pernah kubayangkan,
Tapi, kini berlalu tanpa perkhabaran,
Menimbulkan seribu satu persoalan,
Mungkin itu cuma mainan perasaan,
Andai benar sebagaimana sangkaan,
Maafkan aku, kerna terlalu perasan.

Jujur sahaja, beza rasa cinta yang pertama,
Jelas  berbeza dari biasa,
Ia lebih suci terjaga,
Mencintainya sahaja sudah bahagia,
Tidak perlu keluar berdua,
Cukup sahaja, kau dan aku merasa,
Kita sebenarnya saling memerlukannya.

Jelasnya, aku percaya,
Jodoh, pertemuan smua di tanganNya,
Andainya kamu sememangnya tercipta untuk mendampingiku,
Hati kita pasti menyatu,
Kuncinya cuma satu…

YAKIN! YAKIN! YAKIN! YAKIN! YAKIN! YAKIN! YAKIN! YAKIN! YAKIN! YAKIN!! YEAHH!!


aku bukan si solehah yg begitu tegar , namun aku ingin menjadi Zulaikha telah bertukar,
mencintai Yusuf bukan saja pada luar, namun pada IMAN yg tersandar. allahuu~

lantas aku berpaling ke depan, mencari sinar yg membuka jalan,
andai kamu jodoh ditetapkan, moga Tuhan berikan kekuatan.



Your long long secret admirer till now, and STILL confuse how to end it...
Sorry for liking and loving you this longgL
#Attierah




Blog ini CUTE sgt! Acu tra tekan LIKE :D

May 14, 2014

Ahmad Ammar di Masjid Badlishah UUM :'(

 
lama suda tak ngepost. 
banyak benda yang nak di share kan. 
hari ni 14 Mei 2014. sekitar 14 Rejab lah. kalau xsilap 1435Hijrah

semalam sempat dan diberi peluang oleh Allah untuk menghadiri program Ahmad Ammar.
ternyata, mendengar luahan dari hati ibu bapa Mujahid Muda ini memang lainn lainn sangat rasanya.
jauh sungguh diri ni yang hina dibandingkan dengan wawasan yg ditetapkan untuk Ammar.

benarlah bagai dikata, bukan salah ibu bapa andai kita terlahir begini,
justeru, satu perjuangan untuk kita berhijrah ke arah lebih baik. lebih baik.
Attierah , rasa maluu menjadi diri nii.. hina. kerdil. jijik.

Allah Jua Maha Mengetahui.
inginku terlahir semula. reset semua dosa, semua.. 
bagai batu besar menghempap pabila Bonda Azlina sharing " tiada satu detik pun seingat saya Ammar membantah, mengecewakan apatah lagi menjawab setiap arahan kami.."

Allahhhhh....
juga sebagaimana dikatakan warga Turki kepada Bonda Azlina:
 " Ammar came here to learn Uthmaniyyah History,, now he became a history to everyone.."

namun, satu harus aku percaya. 
jangan berlama-lama menyesali perkara telah berlalu.
keep on moving.. looking forward for the best!

hari ni, tetiba hari yg sgt glommy.. 
alhamdulillah. semua kerja sempat disiapkan sebelum ke program Ahmad Ammar..
tapi,, mungkin ad sesuatu tak kena. hari ni.. rasa lemah kaki melangkah.

to be continue.. nak off ke kelas jap. :)

Blog ini CUTE sgt! Acu tra tekan LIKE :D

Dec 30, 2013

UNIKNYA DIRI KITA!


Dan tiada ukuran yang tepat, untuk mengukur kebahagiaan.
Siapa bilang bahagia itu ada pada gelak ketawa? 
Siapa bilang ada pada kereta mewah?
Siapa bilang ada pada rumah besar?
Siapa bilang ada pada duit melimpah ruah?

Betul. Dunia sekarang memerlukan duit.
Duit adalah segala-galanya.
Manusia sanggup buat apa demi mendapatkan wang.

Sanggup berburuk sangka demi duit.
Sanggup bergaduh sesama saudara demi duit.
Semua kerana duit.


Tapi kembalilah pada Ilahi. 
Tiada apa yang begitu hebat didunia ciptaanNya.
Sekali pun, kita cuba mengiyakan kenyataan duit amat penting.

Ada orang, duit takde la banyak sangat, boleh laa kan..
Allah bagi kebahagiaan yang tak terbanding dengan orang punya duit melimpah-limpah.

Kata seorang murabbi:

Bahagia itu ada pada motor buruk jika kita manfaatkan nikmatnya naik motor bersama tersayang.
Ye lah, orang naik kereta belum tentu dapat peluk pinggang orang tersayang kan?

Bahagia ada pada rumah kecil, andai kita bisa memanfaatkan seluruh ruang yang ada.
Rumah besar-besar, tapi masing-masing buat kerja sendiri.. solat jemaah pun tak pernah.

Hidup akan lebih indah andai kita bisa menghargai setiap inci yang kita ada, dan perbaiki untuk masa depan yang lebih membahagiakan.
Hidup ini terlalu singkat untuk dibazirkan, untuk merungut, untuk menyakiti, dan tersakiti.
Pilihlah untuk bahagia pada jalan yang kita sudah dipilih berada atasnya.


Realitinya, ada sahaja orang hanya punya motor dan kereta biasa.. tapi punya keluarga sangat harmoni.
Tak perlu mereka cerita, melihat sahaja wajah keceriaan mereka bisa mempamerkan segalanya.
Ironinya, orang kaya tak semua bahagia.
Orang punya rumah besar, kereta mewah, tapi Allah tarik nikmat sihat?
Allah tarik nikmat anak-anak.
Tarik nikmat masa. Sering disibukkan dengan dunia..

Tapi tak semua. Pasti bukan semua.
Hidup ini ada pro dan kontra. 
Ada baik buruknya.
Begitulah Allah ciptakan Adam dan Hawa.

Adam bukan kuat segalanya.
Hawa justeru pelengkap kepadanya.

Tanpa orang miskin, mana mungkin orang kaya boleh makan?
Tanpa orang kaya, mana mungkin orang miskin boleh mendapatkan wang?
Hidup ni fair bukan?

Tanpa petani, nasi tak da terjual kat kedai.
Tanpa penjual ikan, takda ikan datang lompat dalam kuali kita kan?
Takde orang kurang cerdik, mana mungkin orang cerdik tu nombor satu..
Kalau sama-sama cerdik, takda la istilah nombor satu kan?

Hakikatnya, kita semua ni samaa sahaja.
Jangan pernah kita memperkecil-kecil kan orang lain.
Apatah lagi memandang hina.
Beza kita satu je. TAQWA. 
Tu pun, tak boleh sewenang-wenang, kita nak ukur ketakwaan orang.
Hanya Allah berhak menilai ketaqwaan hambaNya. Kan? :)

Hidup kita lebih bermakna dan bererti kalau kita pandang semua dari sudut Islam.
Sudut positif.
Jangan pernah menafikan Islam dalam hidup kita. 
Hakikatnya ia berkait.


Apa gunanya Allah menyeksa kamu sekiranya kamu bersyukur (akan nikmatNya) serta kamu beriman (kepadaNya)? Dan (ingatlah) Allah sentiasa Membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya), lagi Maha Mengetahui (akan hal keadaan mereka).

What can Allah gain by your punishment, if ye are grateful and ye believe? Nay, it is Allah that recogniseth (all good), and knoweth all things.

Jangan pernah beralasan, masyarakat majmuk, hudud tak bole laksanakan.
Brunei boleh?  Allah siap reward 6 Telaga Minyak sebagai hadiah.
Depa nak persoal hak Allah pasaipa?

Allah tak pernah menafikan hak kita bila Dia nak bagi. Dia terus bagi.
Tapi kita? Sibuk beralasan begitu begini.
Maluu sangat.. maluu..

Jangan pernah beranggapan kita belajar perubatan, belajar akaun,engineering
 lagi hebat dari yang belajar kat ilmu agama..
Check balik hati...mana lompangnyaa ia..

Ilmu perubatan tu ilmu alat je, ilmu fardhu kifayah.

 Belajar Islam tu wajib. Tak perlu kita nie hamba takda pape, cakap ikut hawa nafsu.
Kerana kecenderungan dan kefanatikan kita terhadap sesuatu.

Jangan takbur, apa lagi riak.
Tiada spesifik ada benda begitu hebat kat dunia nie..takde.
Melainkan Dia. Hanya Dia.

1 jari kita tunding, 10 jari akan kembali menunding kita.
Renung-renungkan.

Wallahualam :)


Blog ini CUTE sgt! Acu tra tekan LIKE :D

Dec 28, 2013

Kita Hanya Seorang Insan :)


Terkadang hidup itu tersangat pahit untuk ditelan,
Terasa sukar untuk dihadam,
Terasa payah untuk ditafsirkan,
Namun, saat itu iman lah menjadi taruhan..

Tiada satu ukuran yang tepat untuk mengukur sejauh mana kita bahagia.
Sejauh mana kita bersedih.
Meskii, tiap kali bersedih, hati kita terus terdetik
"Allah, kenapalah susah sangat untuk aku  bahagia.."
" Kenapa Kau uji aku Ya Allah...kenapa bukan orang lain?"
"Kenapa berat benar ujian ini ya Allah... kenaapaa tak tertanggung rasanya.."

Ya Allah,, tak bersyukur sungguh kita. Ok. Mungkin aku lah. Bukan kita.

Susah sangat kan untuk kita kembali waras memikirkan, 
Di saat kita pernah diberi bahagia,
Saat kita diberi nikmat, hingga terlupa ucap syukur padaNya,
Saar kita, berada di awangan, terlupa kita zikir padaNya,

Sebenarnya...
Kita zalim, zalim pada diri, zalim pada nikmat diberi.
Saat kita sedih pabila musibah melanda diri,
Saat kita lemah tika ujian melanda,
Saat itu kita cuba menyalahkan semua,
Kenapa tak cuba lihat pada sisi positif?

Cuba audit segala Allah kasi,
Allah tak pernah zalim pada hambaNya,
Tak pernah tak berlaku adil.

Ada orang, senang-senang Allah permudahkan jalannya,
Bukan bermakna Allah sayang dia lebih, kita kurang,
Itu juga ujianNya,
Ujian berbentuk kenikmatan.

Ada orang, Allah pusing sikit jalannya,
Dia harus melalui jalan-jalan yang sukar dalam hidupnya,
Bukan juga bermakna, Allah sengaja menyusahkannya,
Justeru, Dia Maha Mengetahui jalan yang telah Dia tetapkan untuk hambaNya..
Dia tahu kekuatan hambaNya.

Cuma, hambaNya lah harus yakin pada rencana-Nya, dan yakin pada dirinya.
Untuk terus istiqomah pada kebaikan, itqan dalam pekerjaan, positif pada semua jalan.
Insya-Allah, kejayaan dunia akhirat sebagai ganjaran.

Hakikatnya, kita hanya manusia biasa..
Manusia yang tidak lari dari segala sifat-sifat lemah.
Lupa saat diberi nikmat.
Lupa berterima kasih.
Lupa segala-galanya. 

Itulah insan. Asal perkataan Arab "nasiya" iaitu lupa.
Tak hairanlah kita dinamakan INSAN.
Lupa.. sebati dengan kita..

Tapi justeru ingatlah, jangan pernah kita LUPA untuk kembali padaNya,,
jangan pernah LUPA mensyukuri nikmatNya,
jangan pernah LUPA muhasabah senantiasa,
jangan pernah LUPA berdoa padaNya,,
jangan pernah LUPA ingatiNya pada waktu senang kita..


Tiada yang mudah menjadi sempurna,
Tiada yang mudah kekal selamanya,

Hanya selalu menjadi HambaNya,
Yang senantiasa UP-TO- DATE iman padaNya,
Itu kewajipan kita.
Hamba sahaya.

Justeru, iman tu menzahirkan tindakan.
Amal tanpa ilmu tu gila.
Tapi amal dengan ilmu tu pasti cerminan iman kita.

Jangan pernah bersikap kiasu.
Kalah takpe, asal kita berusaha menjadi lebih baik.
Rendah diri. Audit diri. Reflect diri.
Tidak hanya menunding jari kepada yang lain.

wallahualam :)




Blog ini CUTE sgt! Acu tra tekan LIKE :D

Dec 10, 2013

SERONOKS2!!



Okeyh!
Mood bertukar. 
Nak cerita benda seronok plaks.
Okeyyyh!

Hahaha! Orang pun kekadang bole pelik.
Kalau tadi, aku nangis, kejap lepas tu, aku boleh je snyum dan ketawa. kah kah kah!
Well, of course I'm not pretended when I feel sad.
But, this is life. Too short to feel upset for a  very long long time.

Kawan aku yang tegur aku tadi.
Mesej , call, tulis surat mintak maaf.
Takpe , saya dah pun maafkan awak.
Jangan risau.

Cumanya, saya nak bagi awk sedikit pelajaran.
Jahat ke aku ea?
Erm,, bukan dendam , dan bukan balas dendam.
At least, aku da maafkan..

Nak tegur tu jangan la depan umum, malu kot, jatuh rasa air muka saya.
Saya cuba untuk tak amek kisah. 
After all, I am human beings too ~ngee

K. stopp pasai tu..
Aritu. time stresss giloss..
Time kitaa try all out finishing lots of works!
Then, I treat myself with this kinda of things!

I tell you what can be bring u happiness!
Justt  treat urself with everything u likee the most!
Hee!  I did!

Know what, I really like the mosttt.





I'M NOT EATING ALONE OKEY! :P

jemm pisau denn !!


pada masa yang sama, I'm craving on KFC! :) hew2

bila aku tengok rapat-rapat.
ni mamat cina, yang nama JOE, yang buat video kat Youtube pasal PUASA.
Dia cuba berpuasa.
Cool gila video dia. Tabikk ar! Tup tup dah fames.
Oiii..  senang nyee dia glamer.. ke publisiti jer? haha. *gurau
YEAHH! dapat gift comel, cute ni dgn adanya KAD WATSON!! :) 

Blog ini CUTE sgt! Acu tra tekan LIKE :D

Nov 19, 2013

Sebenarnya Allah Didik Hati Saya


Hari yang sangat complicated dua tiga hari ni.
Konflik!
First time ever, tak tau kenapa.
Ok, tak nak cite banyak..
Cumanya , rasa agak stress dengan orang-orang sekeliling.

Buat macam aku tak de perasaan.
Ok.. aha.. takla takde langsung.
Tapi, layan macam aku nie manusia yang takde pape, walau dibuat macam mana pun.
Aku pun ad perasaan la , macam orang lain.

Ada jenis, aku tak tahu nak baca lah.
Sok keren sangat..
Heran.. kenapa suka cakap benda menyakiti orang?
Tak fikir ke? Hidup ni bukan tuk selama-lamanya.
Kalau ye pun , nak bergurau, tak kelakarlahh wei..

Suka suka judge orang ikut persepsi dia.
Rasululullah saw manusia Agung punya hebat pun tak de la hina orang macam tu.
Kita tu sape?
Dah.. buang masa cakap pasal orang yang hanya tahu diri sendiri je betul. Kesian. 

Aku doakan dia moga dia sedar lah apa dia buat. 
Bukan pada aku JE, tapi pada orang-orang yang menjauhi dia.
At least, dia tahu, dia TAK SELALU BETUL! :P

Another part, 
 I grow grow up to be as a hard, tough, independent person..
Tapi, aku masih lagi seorang manusia yang perlu ditemani, dihargai, dimengerti..
Hanya perlu awak sensitif, disaat saya perlukan awak semua.
Mungkin awak tak sedar, awak berdua, saya sendiri.

Saya kira, awak mungkin lupa hakikat itu.
Sebab, Attierah yang awk kenal, tak pernah takut bila seorang,
suka buat kerja sendiri, jalan sendiri, makan sendiri, kan??
Saya cuba untuk faham keadaan di saat awak tak boleh ada masa sangat perlu seseorang bersama saya.
Katanya, terlalu letih untuk menemani saya.
Mungkin lain kali?

Terima kasih awak atas perhatian dan kata-kata yang cukup menenangkan.
Hakikatnya, pada waktu senang je, awak boleh ada untuk saya kan?
Maafkan saya, mungkin dengan reaksi saya kebelakangan ni.. awak rasa saya sakit hati,, 
tapi sebenarnya takk.

Rasa sedihhh saya mengatasi rasa sakit hati saya.
Kawan yang begitu dekat dengan saya.
Tak da saat saya begitu harapkan pertolongan dia.
Saya dah maafkan pun awak semua, dari hari itu, dah pun saya maafkan.

Apakan daya, rasa sedih saya mengatasi kemaafan saya.
Saya rasa sedih sangat,, sehinggakan, takleh nak bercakap dengan orang. 

Dengan roomate saya, dengan orang lain, mood saya hilang.
Kalau ada pun, terpaksa. saya tak mahu orang lain terkesan dengan masalah saya.
Kesian la kan.

Maaf, saya bukan demand, dan saya bukan memaksa.
Tapi saya rela pergi sendiri walau hati saya terlampau kecewa, 
kalau ada, tapi terpaksa. buat apa kan?
Kata ustaz Pahrol Juoi sangat menenangkan..

Bagus kalau kau tidak dihargai...
Allah sedang mendidik mu supaya ikhlas!

Ya Allah, saya mengikhlaskan apa jua terjadi.
Ikhlas di saat saya berhempas pulas sendiri. 
Takda orang cuba fahami, apatah lagi hargai.
Ikhlas di saat, awak ,tanpa sedar, lebih perhatian perasaan dia berbanding saya.

Tak, saya bukan cemburu.
Takda istilah itu dalam persahabatan ini.
Saya cuma terasa, kenapa perlu ada hati seseorang yang perlu dipentingkan..?
Kita kan sahabat, bukan ke perkara begitu tak perlulah nak berkira sangat kan.

Bila 3 orang bersahabat, akan ada salah seorang tersakiti, terasing,, 
Dan orang itu Allah pilih saya.

Saya cuba untuk tidak menjadi sensitif, untuk tidak mengambil hati. 
Hakikatnya, Allah jadikan saya hanya manusia biasa.
Punya perasaan sebagaimana orang lain punya.
Saya emosional? Entahlah, saya cuba untuk mengiyakan, tapi saya tertanya,, 
seandainya awak berada di tempat saya.. bagaimana awak rasa?

Dan dia.. dia mungkin tidak pandai berbahasa.
Adakala, saya cuba menjadi terbaik.
Agar dia tidak merasa saya terlalu strict, rigid terhadap tugasan bersama.
Saya cuba. Sungguh saya cuba.
Saya cuba untuk entertain rakan-rakan saya sayang.
Untuk menjadikan saya lebih rapat, mesra, happy dengan awak semua.

Tapi, hmmm.. Saya tak merasa seperti di comfort.. :(
Manja kan saya, nak ada yang comfort, nak ada yang tanya, 
At least show some concern, or even thanks for something I work out.. but none..

Tak ikhlasnya saya??
Ermm.. sebenarnya,, mungkin saya tak cukup ikhlas,,
 di saat saya melakukan semua, saya sentiasa bisikkan hati saya. " ikhlas,.ikhlas..ikhlas.. "
Tapi, di saat ada yang melukakan berkali-kali, saya terus merasa tidak pernah dihargai..
Mungkin jua terlalu banyak saya pendam .. saya pendam.. pendamm..
 :'(

Cukup dah kuota 3 hari..
Terima kasih atas mesejnya di FB :)
At least, I know what u feel.
No wonder, u seems sgt berkeras juga.
Maafkan saya, tidak bisa jadi terbaik. kawan terbaik.
Hakikatnya, saya gagal..
Saya pendam, sebab mungkin juga, sebab tiada yang bertanya..
" Awak okay?"

i wasn't okay actually.
But pretend to be okay.
How hard is it, me myseld, don't know how.

okay. Finally. i get this to keep my strength UP and UP.

Ukhuwah is not only about giving and receiving. When we are tied to that bonding, it becomes complex and end up as terrifying relationship. 

We give because we wanna give, without expecting to receive the same. But the consequences of the giving, we all should return it to Allah. If we do good, He give the 'bestest'. And vice versa.

It is as simple as that. But to make someone feels like 'do I have to give the same?' or 'what she wanna me to do actually' or 'why she keeps giving me this thing/do this thing? Am I missing something?' kinda shows that we are hoping to get something from him/her. Stress!!

Just be cool or else, we will end up as the-righteous-forcing-man-in-the-so-called-ukhuwah. 

Alhamdulillah, kehadiran usrah jua dapat melegakan sarat beban dihati.
Terimakasih pada Kak Wani.
Mendidik hati agar mencari ketenangan pada majlis ilmu.
Pada biah yang padanya ada kekuatan.
Yang padanya semua cuba mengerti akan ketidaksempurnaan diri, 
Cuba mencari kesempurnaan dalam menjadi insan yang ikhlas.
InsyaAllah.. :)

Done. re- purifying HEART please! :)


Blog ini CUTE sgt! Acu tra tekan LIKE :D

Sep 29, 2013

Cinta 20SEN :)

Hello! Aishh!! So sweet.. I have something to share.
I skip sekejap nak settle kan keje. semata-mata nak share this sweet love storyy :)
Muahhss..!!

Cinta 20 sen. 

This is a another real sweet love story after Dena Bahrin, Hilal Ashraf dan bla bla bla.
Hek2.. sat nak kongsi link dia.. aihh.. 
MUST WATCH THIS !!

Ganaih mak aihh.. Cinta 20sen [2013] - Who is Razali & Izyan? I wish for my own love story lah.. tak nak cinta 5 sen or what so ever! xoxoxo (>_<)

ok..nak tengok? feel free to click..


Aha..amacam? 
Sweet tu part mana ek. Part aku duk terbayang ade orang buat camtu.. hahaha!
Walaupun itu angan-angan dan berangan.. haha..
Haruslah... !! Free je pun berangan,, :p

Blog ini CUTE sgt! Acu tra tekan LIKE :D

Sep 28, 2013

Menjaga Jasmani Menjadi Lebih Sempurna :)



Hari ni Jumaat. Rasa sayu, sedih, entah kenapa.
Silapnya hari ni, tertido, dan sambung tido lepas Subuh..

Mimpi ayah, eksiden meninggal. 
Hanya Allah yang tahu betapa menjeritnya aku, Isha dan Dini.

Bangkit, akhirnya sedar. 
Sekadar mimpi cuma.
Istighfar panjang. 
Terima kasih Allah! Syukur yg sgt panjang. 

Hari ini juga, aku rasa semangat nak finish keja.
Susahnya menjadi manusia, adakala, upss sgtt.. adakala, downn sampai tatk terbuat keje..
Lepas tu, aku decide around 5.30 start masak.

Sem ni, terasa aku perlu lebih matang.
Save budget? Mungkin juga.

Tapi ada sesuatu yg lebih harus aku jaga.
Pemakanan. 
Terkadang aku lupa, makanan yg sihat dan halal itu penyumbang 
jasad dan jasmani yang padu berlandaskan syariat.

Aku tak menghukum makanan2 diluar, tak halal...takk.. 

Aku pun beli juga kat kafe, cumanya harus berjaga-jaga.
Bila masak sendiri, air tangan kita, kita tahu kita macam mana..
Bukanlah sempurna, tapi....insyaAllah,, menuju ke arah muslim sejati.
Haruslah kan..

Aku terbaca artikel sal makanan bakar yang segera, crab stick, sausage dan seumpamanya.
Erm.. how I used to eat all these kinds in the previous old days. Allah! Nafsuu..

Sem ni sempat borong periuk, beras, telur dan ada 2 3 benda lagi.
It's just to care, aku nak lebih besederhana.. moga Allah pmudahkan niat aku.

Guna air tangan sendiri, sekurang-kurang boleh test skill memasak juga.
testing telur Nutriplus skali.dulu biase makan OmegaPlus.
ok, telur mahal..ofkos lain rasa dia :)

actually, tak lengkap telur dadar ni.. aiyaa..tkpela.. here, we cannot be perfectionist. haha!

i made this sardine-cooked. so tkda la mentah dari tin.. aww. tak biasa... :p


nie.. sje.. nk tra bubur.. sedapp meh.. 3 kali agkut.. bukan sekali hadap ea.. 3 kali ikut time makan laa.. 

ala2. korea..pergh.. aku campuq skali..haha
Ni semua time-time aku masa sepanjang duk sini. 
Yela, dah hobi ambik gambar. amik je smua.haha :D
Alhamdulillah, aku bersyukur sebenarnya, aku tak rasa aku bagus, tapi 
sekurangnya aku sudah lebih matang menjalani hidup ini.

Attierah, kadang kala, aku sendiri tak faham dengan diri, apatah lagi orang nak faham aku.
Tapi insyaAllah, matlamat hidupku matiku, hanya untukMu,

Semoga saja, hidup aku boleh bermanfaat kepada orang2 sekelilingku.

Sebab tu aku ada blog, bukan sengaja ingin berkongsi rasa, pengalaman, luahan, " cinta", tapinya aku suka mengenengahkan rasa manusia itu seperti apa. Kita boleh merasa apa-apa yang kita nak, tapi setelah itu, kembalilah padaNya, kembali kepada tujuan asal hidup kita.

Rujuklah surah Az-Zariyat, ayat 56, 
"... Dan tidak Aku jadikan manusia dan jin melainkan untuk menyembahKu... "

Allah,, ampuni aku andai menjadi hambaMu yang berdosa... :'(

Blog ini CUTE sgt! Acu tra tekan LIKE :D

Sep 13, 2013

Ikhlas..


Ikhlas.. dari mana datangya ikhlas.
Ikhlas menyayangi.
Ikhlas berbuat baik pada orang.
Ikhlas memberi.
Juga ikhlas menerima.

Jujurnya, ikhlas tu tiada siapa tahu..
Ya, sudah tentu ia urusan Allah.
Tapi, justeru, kita jualah yang tahu adakah kita ikhlas melakukan sesuatu.

Ikhlas menyayangi.
Aku ikhlas menyayangi apabila aku tidak mengharapkan sayang aku itu dibalas.
Sama saja seperti aku menyayangi seseoarang yang menyakiti aku.
Walaupun aku tahu, dia bencii pada aku,, dengki padaku,iri padaku,
Namun bila ikhlas, aku tidak akan pernah memikirkan rasa itu.
Aku berlapang dada, justeru senang meski disakiti.
Itulah bagaimana rasa, bila aku menyayangi sahabat aku, adik-adikku, juga saudara-saudaraku.

Ikhlas berbuat baik.
Bila mana, aku tetap berbuat baik, berfikir positif kepada orang-orang sekeliling.
Pastilah, aku pernah berfikir negatif.
Aku juga manusia biasa..manakan sempurna sayang...
Tapi, ia berlainan, bila kita berupaya mengubah kita punya mindset.. 
Mindset itu menjadikan kita berlawanan dengan kata hati kita yang terkadang mengikut nafsu.

Ikhlas menerima.
Bilamana, sesuatu yang tidak ditakdirkan untuk kita.
Rezeki datang berupa duit, masa lapang, kawan yang baik, jodoh yang baik, rasa cinta, sayang dan segala bentuk perkara yang datang pada kita.
Sering kali kita salah faham rezeki itu adalah perkara yang baik-baik je, justeru kitalah harus berusaha memahami lagi apaa rezeki itu sebenarnya.

Berlapang lah dada andai dia bukan untuk kita.
Berlapang dada andai barang itu tidak selamanya bersama kita.
Berlapang dada andai kemenangan tidak berpihak pada kita.

Bukankah Allah Jua Maha Tahu?
Dia Jualah Maha Perancang,
cumanya 
Harus Yakin dan Percaya, 
Allah aturkan rencana terbaik untuk hambaNya yang sering redha, dan berdoa padaNya. 
Dia Jualah Maha Mendengar Lagi Maha Mengerti dalam hati ini. 
Insya-Allah.

Moga Allah tetapkan terbaik buat hidupku.. Ameen :')

Wallahualam ~ 

Blog ini CUTE sgt! Acu tra tekan LIKE :D

Aug 21, 2013

Sebenarnya dialah bintang hatiku...


Bila dengar lagu "Dengarlah Bintang Hatiku.."

Wajahnya muncul sebelum wajah dia.. wajah ayah... 
Ayah saya...yang saya sayang..

Lirik lagu tu.. sangat mengesankan..
bagi saya,, saya akan jaga ayah sampai hujung nyawa..
Meski, dia banyak kekurangan..
Saya terima, saya tak mengeluh..

Pertemuan yang beberapa detik bersama ayah..
saya hargai cukup-cukup..

Maaf adik-adik, bukanku tak mengerti kerinduanmu pada insan ini..
Namun, keadaan, masa tak mengizinkan..
Allah Jua Maha Tahu kerinduanku ini,, diizinkan ketemu ayah untuk beberapa detik..

Terasa setiap saat tak mampu ku bazirkan..
Kudratnya begitu kelihatan, 
Terasa sebak, melihat wajahnya..




Sesaat bersamanya dirasakan begitu maknaaa...;-)
 Kudratnya begitu kelihatan dari raut wajahmu ayah, 
Terima kasih Allah, akhrnya doa irah termakbul dapat jgk ketemu ayah. 
Syukur Dia saja yg tau ! :') 
Moga aku dapat membalas segala tiap kasihmu...amin.


Hanya yang mengetahui dan memahami akan tahu betapa lamanya kita untuk bertemu..
Betapa rindu ini ditahan..
Mungkin Mak Ani faham kerinduan yang sarat ini, 
Kelihatan air matanya bergenang saat melihat Irah dan ayah berpelukan..
Betapa Irah rindukan saat itu,, begitu juga adik-adik..

Alhamdulillah,, dikurniakan kesempatan itu.. 
Irah tau, Isha dan Dini sangatt rindukan ayah mereka..
Apa-apa pun ayah la wira hati Irah selamanya..
Irah sayang ayah.. sangattt..

Adakalanya, sukar untuk memahaminya bilamana hati ini terlalu rindu..
Begitulah Isha yang rindukan ayah, hatinya tak ingin memahami tuntutan kerja yang harus ayah buat..
Dini, meski adakalanya dia tidak menentu, namun dia seorang paling cepat tersentuh..
Rindunya dia pada kasih seorang ayah..

Maaf adik-adik, 
Kak Irah akan usaha, lepas ni, Kak Irah bawa Sha dan Dini k?
Kak Irah nak ayah tahu, betapa Sha dan Dini rindukan ayah mereka satu-satunya dunia akhirat..

Doakan saya menjadi seseorang berguna, berjaya dunia akhirat! :D amin


Blog ini CUTE sgt! Acu tra tekan LIKE :D

Aug 20, 2013

PILIH JDOH MELEWATI 2 CARA YA! HEHEHE :)


Lately, saya bukan angau. 
Cumanya melangkaui beberapa hari ni buat saya terfikir, berfikir, memikirkan.. panjang saya fikir..

Macam mana muka suami sepupuku yang baru nikah sangat membuatkan aku kefikiran sama dia. 
They're both look alike. Aiyaa! Maaafff,,bukannya bermaksud menyukai suami orang..

No,, apatah lagi sepupu sendiri..
Cuma, buat diriku langsung tersenyum kecil, memikirkan kemungkinan yang ada.. aww~

I'm not dreaming of you, I just hope u to be the ONE..
InsyaAllah. ameen~

PILIHLAH JODOH DENGAN DUA CARA :

Pertama..

Jadilah orang yang baik. Insya Allah kita akan mendapat jodoh yang baik (QS An-Nur :26)

Kedua..

Ikutlah pilihan orang yang baik. Kerana orang yang baik akan memilih yang baik untuk jadi pasangan hidup kita.

***
Prinsip jodoh itu:
Berikanlah yang terbaik untuk Allah maka Allah akan
berikan yang terbaik untukmu..

Cintai Allah sungguh-sungguh(QS 3:31) Maka Allah akan kirimkan orang yang mencintaimu kerana Allah... 

Yakinlah... Allah pasti memberikan yang terbaik untuk Hamba2Nya yg beriman. Aamiin..

(^__^)

Blog ini CUTE sgt! Acu tra tekan LIKE :D

Dengarlah bintang hatiku ... :)



Dengarlah bintang hatiku aku akan menjagamu
Dalam hidup dan matiku hanya kaulah yang ku tuju
Dan teringat janjiku padamu suatu hari pasti akan ku tepati
Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku
Walau ku tahu ragamu tak utuh
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh
Karena bagiku engkaulah nyawaku

Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku
Walau ku tahu ragamu tak utuh
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh
Karena bagiku engkaulah nyawaku

# suddenly, his innocent face appear crossing my mind. ouch! gediks! bhaha!



Blog ini CUTE sgt! Acu tra tekan LIKE :D

Aug 19, 2013

EMPAT TANDA HIDUP TAK BERKAT




Tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah :

1. Duit banyak, tapi cepat jer habis.

Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup jer. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.

2. Buat kerja, tak siap.

Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.

3. Buat sesuatu, tak dapat manfaat.

Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat orang pandai, tapi diri pun tunggang langgang.

4. Masa habis dengan sia-sia.

Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main fesbuk, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.


*Adakah anda salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda di atas?
*Mari kita sama-sama muhasabah diri. Tanya pada diri, adakah kita salah seorang daripada orang yang tidak mendapat keberkatan dari Allah.

wallahualam :D 
aha, copy and edit skit2, paste...hahaha

Blog ini CUTE sgt! Acu tra tekan LIKE :D

Hakmilik HareittaNaz@2013