DAISYPATH VACATION


Showing posts with label BestFriendForever. Show all posts
Showing posts with label BestFriendForever. Show all posts

Jan 24, 2013

DEaktif FB? PELIKS ka?


Hailaa~ Looks like my plan will be broken down. Phew~
Orite. no sigh please!
Let's try another way~

Ok. now, get to arrange one by one!! 
Don't be hesitate Attierah! InsyaAllah, kalau rezeki, mesti jadik.

Erm. tiba-tiba rindu lak Facebook lama~
Ok.fine, jangan di sebut..
Kadang-kadang kita tak perlu sebab yang kukuh atau kuat untuk buat sesuatu tu, 
cuma bila kita rasa kita perlu buat just buat.

Kawan-kawan cakap aku PELIK~
Sebab pe, tiba-tiba deaktif Facebook. 
Tapi luckily, I don't have any special companian, so takde la alasan yang aku ade masalah dengan BoyFRIEND ke pe ke. BoyFriend la sangat kan~~ Aigoo :p

Bagi aku, FACEBOOK ni perlu, untuk berhubung dengan kawan-kawan lama,
tapi disebabkan beberapa kenalan yang kita sendiri tak berapa kenal, tapi terAPPROVE, 
takkan nak REMOVE, kejam kaa? Hahaha~
So, aku terfikir kan, kadang-kala, I do need a privacy concern. 
Ada sesetengah perkara aku tak suka nak kongsi dengan orang tertentu, 
bukan apa, orang-orang ni suka- suka je assume apa-apa diorang nak. 
Bagi aku, aku bukan la nak tunjuk aku ni BAIK sangat, cuma, ada masa, ada ketika,
 ada situasi, kita nak kawan-kawan kita je tahu kan?

Facebook salah satu sosial media, bawa kebaikan aku akui. Tapi, sebab Facebook juga, 
suami isteri bercerai, pasangan couple clash ( sape suh couple? ~~ ), kawan makan kawan, dan macam-macam la. So, aku cuba tahan hobi yang suka bersosial dengan laman sosial ni. 
Haha, bukan apa, bila aku duk tengok gambar-gambar yang tak patut tengok, eh,, bukan gambar ngarut ek. Contoh la kan, gambar kawan-kawan aku ke yang couple sweet-sweet, status yang mengada-ngada, putus cinta macam dah hilang suami/isteri.. bukan JELES, bukan.. aku jadi, timbul rasa MELUAT, NAK MENGUMPAT, NAK MENGATA. Manusia kan? Aku manusia biasa, rasa fitnah dalam hati pasti rasa, last-last jadik dosa. Dosa-dosa kecik, pastu timbul la titik-titik hitam dalam hati. Banyakk tuh!

Aku bukan insan sempurna, memang penuh dengan dosa, dan kalau boleh tak nak menambahkan dosa dengan melihat komen-komen, status-status macam ni, baik cuma cari alternatif lain untuk elakkan.
Jaga hati, supaya terpelihara dari rasa sakit hatii, dengki, iri hati, dengan orang lain. 
Padahal, kadang-kadang, we don't even know that particular person. 
How rumors easily spread through FB right?

So, better we befriend with someone that we're really close to. Apepun, hubungan dengan kawan-kawan, saudara-mara tetap kena jaga, jangankan sampai nak elakkan musuh, sahabat dilupakan kan?

Hee~ So, aku rasa bukan senang nak jadi terBAIK apatah lagi SEMPURNA.

Person who claims that he/she is good person, actually isn't good enough..
So, we're never be the bestt, but we still can strive to be the best.
Remember, Allah rewards for our effort, His slave that keep working for the best, clearly, not our results. :)

Kawan-kawan yang memahami, 
dia pasti faham aku, dan terima kasih untuk itu.
Apapun, aku bersyukur kerna dikurniakan orang-orang yang bermacam jenis, ragam, perangai. 
Aku sentiasa percaya dan yakin variasi merekalah mengajar aku menjadi seorang yang kuat hatinya. Sesungguhnya, kesusahan dan kepayahan juga guru paling berkesan!
Tapi ramai juga kecundang apabila diuji bila diberi kesenangan, apapun, 
kedua-duanya GURU terHEBAT! :)


p/s: Let's make my holiday colourful! Yeah :D

Blog ini CUTE sgt! Acu tra tekan LIKE :D

Jan 13, 2013

My friend is getting marrying soon

Assalamualaikum.  Aik. aku pun tak faham kenapa tajuk entri aku letak camtu. 
Excited bebenor nampak gaya. 
Tapi yang pasti, ada satu cerita menarik arini.
Arini, dapat berita kawan tingkatan 6 aku, Cik Wan Solihah bakal mengakhiri zaman bujang. TERKEJUTT kott.!! 
Mestilaa...tiba-tiba terima undangan kahwin dari dia. Aw. aw. aw! Sweet 22 nyee :)

Tak payah nak dipersoalkan kenapa kahwin. 
Yelah, bila Allah dah tetapkan jodoh seseorang itu, sehebat mana dia rancang, jodoh dia tetap datang. 
Yep. Tapi ada satu yang membuat aku termenung jauh.
Lelaki yang bakal menjadi pilihan hati Solihah nie bukan seseorang yang sering diperkatakan suatu ketika kami berada di tingkatan 6 dahulu. 
Maha Unik aturan Allah, jumpa orang lain, bercinta orang lain, kahwin orang lain.
 Hebat mana kita rancang, hebat lagi percaturan dia.  ^^

Yep. Itu membuatku terfikir. Aku minat-minat gila kat orang lain, bercinta ngan orang lain, entah siapa tahu, orang lain yang jadi pilihan. 
Sejauh mana kita cuba menidakkan atau nenafikan 
kenyataan itu, ia tetap sama, malahan boleh jadi seseorang itu orang yang kita benci atau tak suka. 
Mungkin? Mungkin laa..

Allah Lebih Maha Mengetahui. Sebab itu kita tak leh cakap besar. 
Teringat perbualan aku dan kawan-kawan. Adakalanya, perbualan yang kurang tapisan.
 Bukan takde langsung k? Yelah, normal la kebiasaan manusia. 
Nak yang hensem-hensem, yang alim-alim. 
Allahurabbi. 
Kuat sih berangannya.
Biase la,, lagi tinggi impian aku memiliki lelaki seperti itu, lagi mustahil untuk aku memilikinya. 
Jadi lebih baik, aku berdoa terbaik untuk jodoh aku. 
Moge dapat seseorang yang menyejukkan pandangan, bersamanya membuat ku rasa tenang, mampu mencintai dan menyayangi keluarga aku sebagaimana dia sayang aku, terima aku apa adanya, dan sama-sama menyempurnakan sebuah mahligai cinta hingga akhirat, insya-Allah.

Mungkinkah? Aku percaya dan aku cuba mengusahakan menjadi terbaik, agar si Dia juga turut menjaga hatinya untuk aku. 
Mahligai cinta ini perlu disemai dari tapak dan asas yang kukuh.
 Kalau permulaan yang tidak elok, mustahil benih- benih yang mula mencambahi subur mekar di taman kan? 



Aku mungkin insan biasa-biasa. Penuh noda, dosa dan alpa. 
Namun aku tidak pernah rasa menyukai , meminati seseorang sebagaimana aku rasa kini hingga menjadikan aku insan yang sangat menahan rasa, rasa ketenangan dalam meminati dia. 
Terasa bahagia, meski si dia tidak tahu apa  rasanya menjadi aku.. 
Jauh sekali berharap dia tahu aku meminati dia.
Pertemuan di masjid tika itu sebenarnya memekarkan perasaan aku. 

"Awak, maafkan saya. Berhenti berhubung, mendiamkan diri tidak bermakna saya berhenti mengharapkan awak menjadi bakal imam saya. :) Insya-Allah, kalau benar kata hati ini, izinkan saya menjaga hati untuk awak. amin. :) "

        

Aminn...<3 nbsp="nbsp">
Tengok episod akhir AdamHawa buat aku berangan. Manisnya bercinta lepas kahwin. Semua halal nak buat. Yelah, tak nafikan mereka tu berlakon. I means in reality lah. :)

Ya Allah, mungkinkah? Aku bukan berangan mendapatkan terbaik, tapi aku ingin merasai keindahan sebenar lepas kahwin. 
Gatal ke aku? Miang ke? 
Baru 22 dah fikir soal camtu? 
Entahlah. bergantung pada pemikiran setiap orang. 

Bagiku, setiap orang pasti mempunyai cerita dan impian sendiri. 
Kadangkala, kita sendiri tak dapat memahami apa sebenarnya orang nak, tapi kita akan sibuk- sibuk menghakimi mereka hanya dengan satu pandangan sinis. Aku nak kahwin bukan sebab gatal.
Kahwin itu indah pe. As long as aku tak abaikan study, aku layak kot nak fikir sal kahwin. 

Aku masih buat aktiviti harian macam biasa, tunai kewajipan sebagai Muslim, so, berfikir untuk hidup sebagai satu pasangan yang halal bukanlah satu kesalahan yang sangat besar. :) 
Itu pendapat aku lah, kalau orang tak setuju, terpulang....

Erm. Aku tidak berharap apa-apa daripada perasaan ku ini. 
ku memang merancang, tetapi apa jua rencana Allah pasti lebih baik untuk hambaNya. 



Moga jdoh untuk aku satu hari nanti adalah seseorang yang sememangnya aku nantikan dan pastinya selayaknya memimpin aku ke syurgaMu. amin :)

p/s: Tahniah dan barakallah utk Cik Solihah kita dan bakal suami. Saya doakan awak kekal hingga akhir hayat. :)
Blog ini CUTE sgt! Acu tra tekan LIKE :D

Nov 29, 2012

STPM/STAM VS MATRIK (pelajar UUM)

Assalamualaikum. Hai semua. Lupa, sejak tukar template baru, "assalamualaikum" yg aku design comei2 tu dah di "eliminate".
Hehehe. so, a lot of sorry if I do forget to start my post with "assalamualaikum"

si A: kesian korang dpat UUM kan?
si B: ehh..so what? aku dapat UUM. aku sayang UUM aku. tak suke, blah ar ! :) UUM aku cantik. U ko sure tk ley lawan. toksah cakap besaq la..haha..

Ok, tajuk ni sangat HOT! Terutama di universiti-universiti, ahh.. tak kira ar,, sekolah-sekolah menengah pun same. Yes, STPM art stream or even STAM and Matrik.

Dialog biase didengar:

"Ko takpe ar, budak matrik. Aku dah la STAM, xda basic kot nak study math nie, akaun lagi, aduii.."

ATAU...

"Hahaha..bukan main kita duk pulun statistik, budak matrik rileks jer.. maklumla kita bukan pndai cma budak matriks. untunglaaa.."

ok-ok.. dijelaskan di sini, apa bezanya? Matrik hebat sangat ka? Even if they do, make their strength to push you up achieving same target. Ni nak main-main perli depa pasai apa. (Haha, da keluar slang kedah kan..)

Ni masalah utama orang kita, orang apa ? Ok, maafkan saya orang MELAYU, atau lebih spesifik kan lagi orang ISLAM. Kenapa kita meremehkan agama? Why should we put down ourselves? Aku tak cakap kita kene meninggikan diri, sudah tentu lah tidak. Cuma, tolonglah keluar dari kelompok yang suke menunding jari kat orang.  

" Ko takpe ar,, ko bijak. budak matrik..memang bijak. Aku ape,, STPM je kot/ STAM je kot.."
Daripada ang pa semua duk cakap benda-benda yang langsung tak beri faedah kat ang pa semua, kenapa tak kita ubah paradigma kita skit. 

Allah ada berfirman menjelaskan: 
Dia tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu berusaha untuk memajukan diri mereka.
Maha Benar kata-kata Allah

Macam mana kita nak berjaya kalau setiap benda kita sendiri belum buat, dah kata tak pandai, tak boleh, tak bijak.. Erm.. kadang-kadang sedih melihat orang Melayu, walaupun aku sendiri orang Melayu, Bangsaku yang kian hanyut, ditelan masa. Masih tidak menyedari mereka semua makin ditinggalkan. Leka dan terlalai.

Aku suka melihat gelagat pelajar-pelajar UUM, terkadang banyak aku pelajari dari mereka. Yes, thanks to all of you for teaching me lots of worth experiences. Bagiku, bila kita meremehkan agama, inilah kita. L.E.M.A.H. Kita sendiri tak dapat melihat potensi agama dalam bidang kita ceburi, macam mana orang lain boleh percaya dengan agama yang kita bawa. Jangan calarkan Agama Islam dek kerana sikap kita acuh tak acuh.  Kita perlu berubah! Perlu! Tapi bagaimana? Kalau dah selalu berkawan dengan orang-orang yang sama, macam mana pemikiran kita nak berubah, nak positif? 

Teringat kata-kata mentor saya, Dr Rusyainie Ramli, dia cakap kalau kita nak berjaya, berfikirlah seperti orang yang berjaya. Kalau nak fikir seperti orang berjaya, tentu-tentu kita kena berkawan dengan mereka. tak gitu? Yes, i ever did it before, and surely continue doing it. Berkawan dengan golongan sebegini langsung menberi suntikan berbeza. Their mind is totally different. TOTALLY! Somehow,at first, i find it is weird, but later on, it's unique.

Kalau orang kata : "Eh, orang ngaji bab agama ni boleh keje ek?"
Jawab laa: " Eh, nape lak tak bole. Orang belajar enginnering, arkitetur, doktor, ramai je menganggur, ape salah orang belajar agama menganggur? adil la kan? sama-sama menganggur.."

Rezeki tu kerja Allah. Tak perlu kita persoalkan, tapi sudah tentu-tentu kita kena berusaha untuk mendapatkannya. Kan?

Personally, aku rasa aku tulis ni bukan sebab aku ni STPM aliran agama/ sastera. Tentu - tentu tidak. Cuma aku rasa macam-macam. Tertanya-tanya. malu sangat ke ang pa semua ambik kos Muamalat- Islamic Finance Studies? Buat leceh ja pi kuliah, ustazah tanya, jawab tak jawab. Mak aihh~~

Sebelum ni, aku dapat aliran sains, tapi sekadar menurut kata ibu tercinta, aku tukar aliran agama. Mungkin pada masa tu, aku ikut kata ibu aku, maybe it was half-hearted kot. Tapi, aku mengerti kini. Aku tau dan yakin semua terjadi ada hikmahnya. Even, I got the chance to further studies in university, my mom asked me to further in form6 instead. Form 6 had grown up me enough. It was kind hardship there, but enjoyable moment too. I got to know many friends that I've never meet someone like them. Hee~~

Jadi, pada akhirnya, daripada kita menyalahkan/ menunding jari pada sesiapa, kita patut cari penyelesaian. Aku seorang yang memang sukakan cabaran. (eh, yeke?) ok, sesetengah perkara la. Aku sendiri memang sejak dulu tak pandai kira-kira, tapi aku ada sesuatu yang boleh aku dibanggakan la..( angkat bakul lak.. ) ok! :)

bajet2 banyak keje konon.haha

Aku jenis suka berusaha dan selagi aku tak faham, aku tanya je sape-sape, biar pun aritu je aku baru kenal dia. Tu lah kot kekuatan aku. Jadi, kalau orang cakap aku bijak, aku senyum je. Aku tak bijak dan tidak juga ingin menunjuk yang "macam la bijak sgt.." haha...bukanlah mengiyakan, tapi meng amin kan, itu lebih bagus. Moge2 betul- betul bijak! Amin tu lebih bagus daripada  aku kata, " eh..tak de la..tak bijak pun..biase2 je.." <--ni jawapan="jawapan" kata="kata" riak="riak" ustaz.="ustaz.">


Yup, jadi..ayuh jadi HEBAT dunia dan akhirat. Insya Allah. :)

Blog ini CUTE sgt! Acu tra tekan LIKE :D

Oct 27, 2011

KAWAN VS SI DIA..MANA LEBIH PREFER??

HELLO KAWAN! J

Tenkiu sebab korang sudi jenguk blog Naz kali nie….Naz saje nak cite-2 sikit pasal …

KAWAN ATAU SI DIA?? Ok…set !!

Actually, Naz nak terang sikit konsep KAWAN yang Naz ketengahkan dalam entri kali nie..sat na..(alamak..tercakap loghat Kedah..hik3)

KAWAN 1:

1) Seseorang yang baik sangat dengan kita..mana-2 selalu lah pi jalan2 kita..tak kire la mana-2

2) Kita senang dengan dia..dia mungkin cantik..lawa..comel atau lebih kiut pada kita..kekadang rasa jeles dengan dia..tapi kita ok jer..kita kawan ikhlas..so,ketepikan perasaan ‘busuk’ tu kan? Hehehe~

KAWAN 2:

1) Tak pernah berteman rapat dengan dia tapi mesra jugak la..ada add kat MuKaBuku..:))

2) Teman sekuliah,duduk se line..tegur-2 jer..tukar-2 no fon..mesej langsung tak pernah..haha!

3) Teman sekampung,,sekampung..tapi tak pernah jumpa pom kat kampong..masuk U baru tau duduk sekampung..kah3

Ok..bab KAWAN-2 nie da setel..sekarang Naz nak cite bab Si DIA~ OK..JOM!!

SI DIA pula terbahagi pada 3 golongan:

1) Maybe kita punye BF,,pakwe ke,,teman lelaki ker..ape ker..seumpama dengannya..:)

2) Dia minat kat kita..ADD-2 kat FB..pastu chatting camtu la..kita layan jer,,suka jer kawan dengan DIA tapi tak sampai tahap SAYANG SGT-2..kan?? wink2 ^^

3) Kita minat kat dia..nak ADD kat FB malu..aisehh! Selalu curik2 tengok DIA..kekadang hampirDIAperasan kita tengok DIA..malu sihh! HAHAHA! Kekadang gak..dia bagi pandangan tajam kat kita.. aigoo~ DEBAR-2!! Ngee~~

Actually, Naz nak terang sikit konsep KAWAN yang Naz ketengahkan dalam entri kali nie..sat na..(alamak..tercakap loghat Kedah..hik3)

KAWAN 1:

1) Seseorang yang baik sangat dengan kita..mana-2 selalu lah pi jalan2 kita..tak kire la mana-2

2) Kita senang dengan dia..dia mungkin cantik..lawa..comel atau lebih kiut pada kita..kekadang rasa jeles dengan dia..tapi kita ok jer..kita kawan ikhlas..so,ketepikan perasaan ‘busuk’ tu kan? Hehehe~

KAWAN 2:

1) Tak pernah berteman rapat dengan dia tapi mesra jugak la..ada add kat MuKaBuku..:))

2) Teman sekuliah,duduk se line..tegur-2 jer..tukar-2 no fon..mesej langsung tak pernah..haha!

3) Teman sekampung,,sekampung..tapi tak pernah jumpa pom kat kampong..masuk U baru tau duduk sekampung..kah3

Ok..bab KAWAN-2 nie da setel..sekarang Naz nak cite bab Si DIA~ OK..JOM!!

SI DIA pula terbahagi pada 3 golongan:

1) Maybe kita punye BF,,pakwe ke,,teman lelaki ker..ape ker..seumpama dengannya..:)

2) Dia minat kat kita..ADD-2 kat FB..pastu chatting camtu la..kita layan jer,,suka jer kawan dengan DIA tapi tak sampai tahap SAYANG SGT-2..kan?? wink2 ^^

3) Kita minat kat dia..nak ADD kat FB malu..aisehh! Selalu curik2 tengok DIA..kekadang hampirDIAperasan kita tengok DIA..malu sihh! HAHAHA! Kekadang gak..dia bagi pandangan tajam kat kita.. aigoo~ DEBAR-2!! Ngee~~

Ok..Naz nak kongsi satu part of my story in my life.. hehehe

Walaupun agak sengal..tapi tak pe lah..Naz juz nak highlight beberapa perkara penting la~

Apa pendapat korang la..kalau Si Dia yang Naz maksudkan minat kat kawan-korang? Ehh??

Hahaha..tak dengar la..ce cite..ce cite..hikhikhik..ok,, Naz start lu k?

Asal-2 dia minat kat korang la..lepas tu mula la cakap nak kenal-2 kawan-2 korang gak,,kan?

Ermm..yelah..kata dia…tak salah nak kenal kan..kenal je pom,bukan apa.

Ok…fine! Kita pun iyakan aje laa..tak pasai-2 dia pun stalk kita punya friend kat FB.

Solusinya?? Of course la dapat kenal kawan kita tu kan? So what?

INSIDEN 1

Mula lah: “awk,,kawan awak tu nama ‘Farah’ ek? Dia orang Negeri 9 ker??”

“a’ah..kenapa?? ” ( sounds fishy dah nie..)

“Tak de lah..saje tanye..awk gak cakap ritu kan?”

A’ar la..tau-2 je kalau dah tanya camtu..” ooww..asal? awak tengok FB dia ek? Memang la lawa orangnya..kan?? ”

“ishh..tak da..kebetulan jer saya tengok kat wall awak..scroll punya scroll..nampak FB dia..bukak sat..tak da lawa sangat..lawa awak lagi..hehehe”

“hello!! Tadi cakap tak da..nie kebetulan passing FB lak..alaaa..nampak sangat penipu..tak de la istilah tak sengaja cari..sengaja la tu kan? Ishh..awak nie..”

Konon..pakai ayat puji kan belakang tuh.. “….tak da lawa sangat..lawa awak lagi..hehehe”

Yelah tu..padahal..dah habis stalk semua foto si Farah tu..LELAKI2!!

*PENGGUNAAN NAMA ‘farah’ HANYA SEBAGAI CONTOH. TIADA KENA MENGENA DGN HIDUP @ MATI..HEHEHE*

INSIDEN 2

“Awak..bising tol kan kawan awak..hehehe..”

“ biasa lah awak ea..pompuan..kalau dah bercerita..rancak larr…”

“awak..saya nak setel jap nie..ada keje..”

“ermm..tak pe…awak pass je fon kat si Hani tu..tak pun kat si Ain..ok jer..”

“oww..xpe ke??”

“sokey jer..sambil2 awak setel keje gak kan”ßmase nie memang betul2 innocent la..yelah..mula2..ok dulu..tak de rasa nak kenal-2 nie..

LEPASS TUU?? JENG..JENG..JENG..!!

“awak..saya dah ADD kawan awak kat FB..hehehe~”

“lol..asal? mengade laa awak nie..”

“saje..nak kenal….nak kenal jugak saya camne rupa si Ain nie”

“ala,,watpe..xpenting pun awak eh..” ß( masa nie betul-2 takde perasaan jeles ke ape ke..Cuma memang rasa takde kepentingan nak kenal-2 camtu sekali..kan? ..tapi biarlah..)

LAST2..!!

“awak..saya dah ADD ritu kawan awak..tapi kenapa ek saya kena ADD balik?? Konfius saya..:)”

“oww…sebab saya cakap..jangan APPROVE awak nie..sebab tu lah kot..hahaha!”

“alaa..kenapa awak wat camtu..saya nak kenal je Ain..takkan tu tak boleh?”

Aik..asal mamat nie ek..berkeras dari aritu lagi nak ADD si Ain..takde rasa pape..tapi ape die nak?? Ermm…^^

“ok..nanti saya cakap kat Ain..suruh dia APPROVE awak..ok?? Puas hati??”—suara rilex tapi nampak cam da Berjaya stress the most important word..hoho

Tiba-2 je si Dia ubah fikiran : “tak pe lah awak..sebab awak larang-2 sangat saya ADD dia..malas ar saya”

“Asal lak?? Ok jer..awak Nampak nak sangat ramai kawan kan? ADD jer la..tak de nya saya nak jeles-2 dengan awak nie..pelik jer la..bersungguh sangat nak kenal.. orang bagi kenal..kenal lahh..asal wat muka tak puas hati camtu lak ..err..”

“erm..sorii la awak..saya bukan nak kenall..ermm..tapi..erm..sorii k?? ---konon..buat ayat belas2 la pulak..tak boleh blah la mamat nihh

“ ikut awak la..saya dah malas nak layan-2..up to you la awak eh! Tak de saya heran sangat la kalau awak nak kenal dengan kawan saya..tapi jangan nampak keterlaluan sangat..menyampah! huhuhu”ßsaje je nak sindir sikit si Dia..hoho

Wahai LELAKI!! Fakta tentang perempuan ni..walaupun dia tak da macam feeling sangat dengan someone tapi..dia akan rasa jugak something laa bila tiba-2 lelaki minat kat dia..try usha kawan

dia..helo LELAKI! Please don’t be so obvious..boleh ker lempar satu batu dapat 2 burung?? Jangan

TAMAK sangat la k?? :P

Ok2!!

LISTEN GUYS!

Please laahh..even if you’re trying to tackle or you’re liking a girl..

Don’t ever show your greediness obviously..pleasee!

Even every girl know that a boy cannot hold only one girl…at least more than that..but

please..appreciate our feelings a bit.

Haa..!! Kalau da gelojoh sangat..tak payah la nak usha member dia depan-2 dia..nampak sangat korang

tu desperate sangat..hahaha! Sorry guys..jangan terasa,,kalau tak pernah buat..ngeee~

TAPIIIIIIIIIIIIIIIIII…………………………..

HEHEHE….bagi Naz pulak la..kalau semua insiden-2 macam kat atas jadi pada Naz kan? Tau apa Naz buat.. Naz akan bagi can je kat si Dia..tak kira la..si Dia nie termasuk dalam golongan-2 mana yang disebut kat atas..yelahh ,,kan?? Buat apa simpan lelaki camni?? Kan? Kita tak de la desperate sangat nak dengan lelaki cam gini..kan?? Yelah..lagipun, Naz sedar la..dalam diri kita nie banyak kekurangan..so,,tak heran dia nak carik lebih-2 lagi pada kita.. LEBIH LAWA ker..LEBIH KIUT ker… LEBIH SLIM ker..LEBIH BIJAK ker..LEBIH TRENDY ker.. Biase nya..sebab-2 macam tu jer lelaki nie nak berpaling tadah..kan?? sO..please go on la..Naz paling ok dan SIMPLE kalau bab-2 camni..SENANG! kan??

Satu lagi sebab paling penting!!

Antara KAWAN dan SI DIA..OF COURSE LAAA Naz pilih KAWAN!

SI DIA tu tak payah carik..kalau dah ditetapkan..tak payah nak bersungguh sangat pun SURE dapat kan?? Hehehe..sebab tu Naz tak kisah..wink2!

KAWAN is forever!! Kan?? Even, dia hanya pernah pinjamkan 10sen untuk cukupkan kita beli teh ais rm1.2o..tak cukup 10sen..sure tak dapat beli kan ??? hehe~

Pasal dia lebih LAWA dari kita tu..tak payah risau sangat..tergugat tu tergugat pun biase-2 je lah kan…rupa tu penting..tapi yang paling penting, dia happy..sure kita lagi happy..sebab kita leh bagi dia happy kan?? Hehehe..

Friends is so much precious things than anything especially bout GUYS! Kan??

Even BF atau orang yang kita dirampas oleh kawan yang paling meng`annoying’ kan kita..tapi kita kena ingat..tu terbaikk untuk si Dia..katakan dalam hati kita, “Ambik kau perempuan macam tu nak sangat..sesuaii sangat la dengan kau..hahaha! ” kan?? Baru legaa…yeayy!

Ok..dah-2 ar..penat lak!! Hehe..ok,,Naz blah lu k?? Len kali kita share pasal lain lak..hehehe~

TATA TITI TUTU


Blog ini CUTE sgt! Acu tra tekan LIKE :D

Sep 25, 2011

Tanggungjawab dan Amanah Mahasiswa

SALAM...:) tengah2 layan iluvislam.com.
Artikel nie sangat membuatkan saya terfikir..yup!!
Sudah dilupai,,atau mungkin..tak pernah terfikir dek mahasiswa dan mahasiswa yang cemerlang gemilang dan terbilang nie kan? Huhuhu..
Just like to share something that I think it worth for us..okay??

"Tangungjawab yang ada lebih banyak dari masa yang ada" Ungkapan yang diucapkan As-Syahid Imam Hasan Al-Banna di atas jelas menggambarkan begitu beratnya amanah dan tangungjawab yang terpikul dibahu kita dalam konteks mahasiswa.

Antara tanggungjawab dan amanah.

Dua konatasi yang tidak jauh perbezaan serta tidak terlihat apakah sebenarnya kontradaksi antara keduanya. Mahasiswa adalah golongan yang paling bernilai kepada negara. Golongan yang begitu penting kepada agama dan masyarakat.Mahasiswa adalah begitu sinonim dengan pemuda. Pemuda itu gagah tenaganya begitu juga mahasiswa. Pemuda itu intelek pemikiranya, teguh idealismanya begitu juga mahasiswa. Pemuda itu kuat tenaganya begitu juga mahasiswa. Pemuda itu kuat keinginnannya begitu juga mahasiswa. Pemuda itu jelas matlamatnya begitu juga mahasiswa. Jelas disini begitu pentingnya golongan mahasiswa.

"Sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk" Al-Kahfi:13

Impian dan cita-cita akan terlaksana dengan wujudnya keyakinan yang kuat, keikhlasan, semangat yang sentiasa membara bersamanya serta sedia berkorban dan berusaha untuk merealisasikanya.As-Syahid Imam Hasan Al-Banna menyatakan terdapat empat asas penting kepda mahasiswa iaitu:

a)Keimanan b)Keikhlasan c)Semangat d)Usaha

Asas keimanan ialah hati yang bersih.

Asas keikhlasan ialah jiwa yang suci.

Asas semangatialah keinginan yang kuat.

Asas usaha ialah keazaman yang membara.

Semua sifat ini ada sifat yang wajib ada pada mahasiswa.

Atas dasar ini dapat dilihat betapa peri pentingnya pemuda sebagai golongang yang tinggi idealisma dan aktivisma berperanan penting dalam perubahan kepada masyarakat khususnya dalam konteks universiti yang tercinta ini.

Kecintaan mahasiswa kepada Ilmu

Antara amanah dan tanggungjawab. Dengan hasrat memajukan agama dan bangsa. Dalam kita melaung-laungkan kemajuan dari sudut fizikal, material dan yang penting yakni akal budi.

Rupanya kita ini jauh benar ketinggalannya. Meskipun pesatnya dibina universiti, kolej universiti dan kolej-kolej. Namun masyarakat mahasiswa gagal membudayakan kecintaan kepada ilmu. Jelas dalam wilayah autoriti kita sejauh mana mahasiswa membudayakan amalan membaca sebagai sahabat akrab.

Seorang sarjana futuris ,Tofler (powershift -1991) turut mengakui bahawa penguasaan ilmu dan maklumat adalah satu-satunya senjata dekad ini yang akan mendominasikan penguasaan mana – mana masyarakat bertamadun. Keupayaan mengekplositasi dan penguasaan maklumat akan menentukan keunggulan dalam menguasai kuasa politik, ekonomi, kewangan, militari dan segenap bidang dalam kehidupan manusia sejagat.

Penguasaan ilmu dan maklumat menjadi lebih penting kepada masyarakat amnya dan mahasiswa khususnya ketika era yang dicengkam dengan arus sejagat, atau apa yang disebut globalisasi.

Dalam arus globalisasi ini, kapitalisma mencengkam dunia. Kita dapat melihat bagaimana yang kaya akan menguasai golongan miskin. Bahkan yang lebih kaya akan membaham yang kaya. Yang laju akan meninggalkan yang perlahan. Yang lebih laju akan lantas merempuh apa sahaja yang di hadapan.

Jelas di sini mahasiswa perlu sedar. Mahasiswa perlu mempersiapkan diri dengan kantungan ilmu yang penuh di dada. Mahasiswa perlu bangun tidak lagi alpa. Sangat sedih apabila semangat juang makin pudar dalam jiwa mahasiswa. Tidak kedengaran nada-nada pengharapan kepada mahasiswa daripada masyarakat.

Andai dahulunya mahasiswa ini adalah agen perubah masyarakat kini tidak lagi. Masyarakat sangat hampa pada kita. Kedangkalan dan kegagalan kita dalam menguasai ilmu sangat menyedihkan. Universiti sebagai pusat kecermerlangan ilmu tidak lagi dapat dimanfaatkan oleh mahasiswa.

Keutamaan Mahasiswa

Umat diluar sana sedang diserang musuh, umat disana sedang dilanggar musuh. Mengapa kita mahasiswa masih leka dan alpa dengan pesona kelalaian? Akademi fantasia, Malaysian idol dan beberapa program lain yang sejelek dengannya menjadi kegilaan muda-mudi masa kini.

Terjebak dengan kancah kegilaan ini juga adalah mahasiswa yang sering mendabik dada sebagai golongan yang kulit tanpa isi atau kulit berisi hampas. Tanpa kita sedar bahawa gejala hendonisme ini tidak menyuburkan intelektualisma tetapi terus menyuburkan gejala kebodohan.

Mahukah nilai begini terus dilabelkan pada mahasiswa? Hanya mahasiswa sendiri yang akan dapat mengubah persepsi yang negatif ini. Ayuh mahasiswa, bangun dan bersemangatlah! Mari kita kembalikan budaya kecintaan kepada ilmu.Mari kita sepadukan kecintaan total dan keutamaan yang utama kepada penguasaan ilmu.

Seiring hasrat membangunkan negara. Dari segi material dan pembangunan insan. Hanya ilmu adalah senjata yang paling ampuh untuk membela agama, bangsa dan negara Malaysia yang tercinta ini. Jangan dibiarkan negara ini dijajah sekali lagi. Atas dasar kedaifan kita dalam penguasaan ilmu.Keutamaan penguasaan ilmu tidak dapat dinafikan peri pentingnya.

Acapkali kita mendengar betapa pentingnya ilmu. Dengan keilmuan kita dapat merubah segala. Sehingganya surah pertama juga adalah bermula dengan "Bacalah".

Angin perubahan

Marilah kita berubah. Kita perlu berubah untuk merubah. Jangan lagi kita membiarkan nama-nama kita terus diconteng-conteng, dicarik-carik lagi. Di samping perjuangan terus di semarakkan.

Keutamaan kecintaan ilmu jangan dikesampingan. Dengan pengusaan ilmu, kita akan lebih dinamik, progresif dan proaktif serta responsif dengan keadaan semasa. Jangan ditunggu esok.

Bermulalah hari ini. Umat di luar sana menangis melihat kecurangan kita membelakangkan tanggungjawab kita sebagai mahasiswa dan kealpaan dan kelalaian kita menjalankan amanah sebagai hamba Tuhan.


Blog ini CUTE sgt! Acu tra tekan LIKE :D

Aug 28, 2011

Naz Rindu Teman2 :)

SALAM DUNIA..SALAM SEMUA..SALAM HARI RAYA..^^

Yayay! Memandangkan esok last puasa. Naz jadi excited lak nak raya. Tengok plak gambar kawan2 yang da berjumpa kat umah Elly kot... hehe..tibaii je la..Sebab rancangan Reunion SPM batch 2008 tu ar.. besshh nyer diorang dapat spend time gtu..jeles sih~

Ahahaha..tak da maknenya jeless~

Dapat la jumpa pahni..3 September 2011..wee~ Excited la nak jumpa kawan2 yang da berkurun tak jumpa..Fusaa..Ellyy..Syuk..Syuhada..Haiza..Ckin..Eyna,Maysarah Midah.. Excited jugakk laa..lu Sarah tu jumpe gak la kat bazaar Ramadhan Kg Raja..Eyna pom rajin gak jumpa..Hehe..Tapi tak puas selagi tak spend time nge kawan2 lame nie..Ritu sempat makan2 dan shopping2 je nge Shuk dan Chuk-r..

Suke ngat shopping nge makan dgn budak 2orang tu..sebab die la belanja..orang kaya an~ Hahaha..NAz makan banyak woo..wat malu jer~ ahahaha..:D

Lagi menambahkan kerinduan dan ke`excited’an Naz..masa p stadium Gong Badak rtu la..p ambk duit yayasan Terengganu kan..Naz jumpa ramaaaiiiiiiiiiiiii sangat kawan2 lame Naz..teringat sangat la momen2 masa kat Tok Jiring dulu..pah,,ade lak junior2 Naz…Salma Husna…dan bla bla bla..:))

Naz ada quote skit tuk kita menghargai persahabatan kita. Yelah..kita bersahabat selamanya,,bukan habis sekolah..habis la kita berteman..no..no..no..keep our faith in our relationship by keeping n touch each other..even kita tak rasa rindu sangat..ada kawan baru dah..but..we still need to remember our old frens..they make us now~ wah3..pandaii2 lak Naz n..hik3

‘Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’

**Setiap kali ingat sahabat2 Naz kat SMKA Tok Jiring..mesti sedih..sayu..rindu sangat ukhwah kami yang rapat bagaikan adik beradik kandung..kalau momen tu boleh diputar lagi,,memang bahagia kan?? J

ALLAH SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.

Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya.”

Dalam Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.

Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud:

“Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya.” (H.R Abu Daud).

Bak kata pepatah Arab, “Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

ü Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;

ü Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;

ü Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;

ü Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;

ü Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;

ü Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;

ü Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;

ü Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;

ü Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;

ü Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;

ü Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;

ü Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;

ü Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;

ü Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.

Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:

Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.

Sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.

Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang dia tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu atau mengkhianati amanahmu. Bila telah di percayai, dia khianati. Bila telah di cintai, dia dustakan.

Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka berpesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan yang melalaikan.

Sahabat yang membawamu semakin jauh dari Allah. Seorang yang tidak menambah kebajikanmu di dunia, lebih2 lagi di akhirat. Seorang yang tidak menambah manfaat kehidupanmu di akhirat, bukanlah temanmu yang sebenar.

**Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-Nya.

SALAM~~


Blog ini CUTE sgt! Acu tra tekan LIKE :D

Hakmilik HareittaNaz@2013