DAISYPATH VACATION


Nov 25, 2012

MURABBI CINTA bersama Saiful Islam

    Kali pertama, aku mendengar nya, MURABBI CINTA ~my first impression is cinta kepada Allah. Aku langsung terfikir, why don't I join in? InsyaAllah, mana tau hasrat hati yang ingin mencintai Allah dan rasulNya mungkin memberi sinar kepada hati aku. Ye, betol!!
 Aku mungkin seorang hamba yang seakan-akan manis di bibir, ingin mencari cinta Allah, tapi perangai tah apa-apa. Aku bukan insan sempurna. Sungguh!



   Alhamdulillah,dengan izin Allah, aku diberi peluang mengenali seorang lagi insan istimewa, yang aku kenali melalui laman sesawang sosial iaitu Facebook, tertarik dengan bait kata-katanya berbunyi: 


Saya tidak memberi sebarang komen tentang bencana yang sedang menimpa Gaza bukan tidak prihatin. Tetapi saya rasa semua yang saya mahu cakap adalah sampah kerana ia tidak sedikit pun menguis pergi Zionis dari Bumi Isra' itu.

Yang mampu saya buat secara signifikan sekarang ini ialah membersihkan makan minum serta amalan, agar doa saya untuk Gaza tidak terhijab oleh kecelaan diri sendiri. 
Doa senjata mukmin kerana jika mukmin tahu syarat doa dimaqbulkan Allah 
setiap kita akan berubah menjadi mukmin yang lebih baik.



- Ustaz Hasrizal Abdul Jamil -



      Berbekalkan kata-kata yang aku kira insan ini cukup istimewa, sengaja aku uar-uarkan kepada sahabat baikku, Munirah. He's the special novelist, really! Padahal novel dia satu pun aku tak baca, tapi menurut aku, aku tak bohong, kata-katanya pasti mencerminkan akhlaknya. InsyaAllah, aku yakin. Lagipun, aku juga pernah melihat satu dua tajuk novel karangannya.

     Alhamdulillah sekali lagi, berada di Universiti Utara Malaysia, Sintok lagi bukan halangan untuk aku dapat peluang hebat-hebat macam ni. Untuk aku yang sememangnya minat penulisan, aku gemar melihat kekreatifan para penulis Islamik menerapkan unsur-unsur yang agak catchy aku kira untuk tatapan remaja yang sememangnya yang tidak suka penulisan yang sarat-sarat. Penulisan novelis Islamik ketiga  yang aku kenali selepas Ustazah Fatimah Syarha dan Dr Farhan Hadi. 

      Menyusuri kisah percintaan yang diceritakan novelis-novelis ini, aku merenung diri. Allahurabbi, alangkah hebat cinta mereka! Pantas saja mereka mendapat jodoh dari kalangan hebat-hebat. Sorang doktor, sorang ustazah. Sorang doktor, sorang ustaz. Hebat kan? Aku? Perjalanan penuh dengan kelalaian, kenakalan dan kadang-kadang hipokrit semata-mata.

     Aku sebenarnya sentiasa mencari identiti untuk diri aku. Apakah aku seorang yang bersedia menerima cinta dari sesiapa? Apabila, di saat tangan yang menghulurkan, bagiku cukup segala pakej sebagai seorang yang bakal menjadi Imam ku? Aku langsung terfikir, wajarkah aku menilai semua ni mengguna akal dan nafsu  berbekalkan iman senipis bawang ? Tidak! Sebaliknya, gapailah cinta Allah dulu sebelum aku terlanjur berbicara tentang cinta manusia. Mungkin dengan sikap aku, kadang- kala terlalu happening, kadang-kala, acuh tak acuh, menjadikan aku sukar mendapatkan apa yang aku inginkan iaitu Cinta Allah :')

         Cukup tertarik ulasan sepanjang program Murabbi Cinta oleh Ustaz Hasrizal tentang peraturan cinta, atau menurutnya yang lebih gemar menggunakan istilah "tips" cinta agar tidak menampakkan cinta itu terlalu berat, terlalu complicated. Yes, I'm so impressed the way he's thinking. Mungkin inilah hikmah, kita disuruh mendekati orang-orang berilmu, supaya kita dapat menilai cara mereka pemikiran, supaya kita tak terlalu skeptikal dan stereotaip dengan pemikiran kita dengan konsep cinta. Hahaha. Amboi, suka lak aku pakai ayat "skeptikal" dan "stereotaip" sejak dua menjak ni. Ok, berbalik cerita tadi, supaya kita tak terlalu memberatkan apa yang telah Allah gariskan dalam membina dan memelihara rasa cinta.

      Analogi-analogi yang Ustaz Hasrizal kemukakan cukup bernas. Cukup menarik, tertarik, buat saya tak mengantuk. Bukan juga sebab topik cinta, bukan. Skop cinta yang begitu meluas meliputi seluruh aspek kehidupan. YES! He just said that "love is the tip of iceberg in our life."  Interesting quote!!

        Tidak semestinya, bila kita berbicara soal cinta, kita melupakan penderitaan saudara Islam kita di Palestin, Gaza. Exactly not! Kitalah mencorakkan cinta itu melalui pelbagai cara. Cerita tentang kehebatan kerajaan Andalus yang dicemburui negara-negara Yahudi juga menarik perhatian saya. Kisah ini menunjukkan bagaimana kerajaan yang sebegitu maju digulingkan hanya kerana pemuda-pemudinya lemah kerana CINTA! Cinta itu melemahkan pemuda-pemudi kita hari ini. Harus kita ingat, cinta itu satu bentuk tenaga, macam mana kita boleh melakukan luar dari kebiasaan kita hanya kerana CINTA? Hee~~ aku dah macam pengulas program. 

        Orite, sebenarnya, aku bukan la nak cerita A to Z, tapi keterujaan aku meneliti setiap bait kata yang beliau lontarkan mendorong aku menulis blog malam nie. Sebab tu, aku rasa tak perlulah aku nak over sangat nak update kat FB .."cinta itu mempesonakan".

       Macam la aku sorang je pergi dengar. Kan? Kadang-kadang, aku nak jugak jaga impression orang kat aku. Yes, humans are not perfect, of course, they are not like angel. They do have feeling. Larat ke aku nak dengar orang duk mengate suka update Fb, bajet bagus! Jadi, cari jalan untuk bersederhana. Sederhana itukan mempesonakan. Heee~~

      Ada la sorang lelaki ni, ok, just called him si Y..agak rapat la dengan aku dan kawan-kawan aku. Yes, aku akui aku tak pernah rapat dengan mana-mana kawan lelaki sebelum ni. So, since I am in Sintok, I am quite close with him. Sampai satu tahap, ada jugak ar, rasa tak malu sangat. For sure, benda patut malu kena malu la.. Hahaha...tak heran la, ramai kawan sekolah duk gosip aku ngan dia. Ahhh.. bukan tu aku nak cite. Aku just nak bagitaw, aku ni garang. Orite, bahasa ganu dipanggil "bekeng". Aigoo. teruk bunyi nya! Ok, sorry for the mislanguage. << bajet-2 ade kot mislanguage

       Ok. aku sgt receptional bab-bab camni. At times, aku terima je bulat-bulat orang nak kata apa, bagus pe garang daripada manja? At times, aku fikir, aku ni garang sangat ker? Sampai si Y ni siap banding-banding aku ngan member aku. Okey la. nie bukan time nak feeling-2 lebih. If I do, I apologize to all of my friends. Tapi bila aku fikir-fikirkan balik, more or less I should improve to be better. InsyaAllah!

      Aku selalu berdoa selepas setiap kali solat fardhu pada Allah agar aku ni dihilangkan segala sifat mazmumah, sifat baran, tergesa-gesa. Doakan aku dan adik-adik jadi anak yang soleh solehah. InsyaAllah, aku manusia biasa-2 saja, tapi aku nak menjadi sempurna mengikut acuan yang Rasulullah saw tetapkan sebagaimana peribadi yang terlahir sebagai Nurul Attierah Zamari. 

      Dah memang terlahir, suka cakap banyak, suka banyak tanya, suka gelak-gelak, suka buat lawak, garang, kadang-kadang main, macam mana aku nak ubah personaliti nak jadi lemah-lembut, sopan- santun, tak banyak cakap, pendiam aje, cakap pun volume 5, serius, tegas,,,?? Kan,, memang tak la. Tapi selagi kita tahu batas-batas, kita kurang mana yang perlu, lebihkan mana yang kurang, we try to improve. Everyone special in their own way, I do believe this. 

        Aku belajar menjadi seorang yang mampu menerima keperibadian seseorang itu berbeza dan unik dengan cara mereka tersendiri. Tak semestinya orang yang selalu pergi masjid, orang yang tu memang baik, jurus, dan tak mesti orang yang langsung tak pergi masjid tu tak bagus TAPI tidak juga sebaliknya. Apa yang penting adalah HATI! :D 

Yes! Let's take care of our QALBUN to the one who deserve it. insyaALLAH, bercintalah sampai syurga. >,<


note: my blog is totally mine. kalau rasa aku nak tunjuk bagus, memang ar. sekurang-kurang, i'm doing for my sake. daripada tunjuk tak bagus, baik aku tunjuk bagus. sekian~~





Blog ini CUTE sgt! Acu tra tekan LIKE :D

No comments:

Hakmilik HareittaNaz@2013