TAHNIAH KERANA BERTUDUNG, TETAPI ...
(diambil daripada blog-blog bebas)
Kedah Lanie, Kedahlanie, Kedah Online, Kedahonline - gambar-gambar wanita, perempuan, gadis melayu, bertudung seksi, bogel
Trend..pakai tudung tapi leher ditayangkan...dada yang luas ditayangkan...yang ditutup hanya rambut...lepas itu gaya bertudung pelbagai..fulamak cantik kelihatan tetapi...sesuaikah dengan diri kita sebagai individu islam ?.. Lain lagi yang sekejap pakai tudung sekejap buka tudung..ni apa kes ? Aku taip berdasarkan apa yang aku lihat disekeliling aku...sekeliling kamu bagaimana ? Aku memang suka tengok awek cantik..comel..tapi bila bab nampak awek bertudung tapi nampak leher..dada luas terbuka..aku cuma kata dalam hati.." Eii..bagus buka tudung la kalau gitu...buat malu aje"... Tapi mereka-mereka ni kisah apa dengan kata hati aku ? ikut kata hati dorang dan trend terkini aje...peduli apa kata orang..mereka punya keluhan ni..Ya aku pernah dengar keluhan ni...dari awek yang aku kenal bertudung..lepas itu sekarang ikut sedap dia nak pakai tudung atau tidak. Jika selera dia mahu pakai tudung dia pakai la..ala kadar...lepas tu bila mahu pakai topi...maka topi la jadi penutup kepalanya...ikut suka hati aje..mak bapa dia pun tidak bising jadi buat apa aku bising ?... Pssssssstttttt..aku kurang pasti apa tujuan orang pakai tudung sekarang...untuk tutup aurat atau untuk ikut trend dan nak nampak cantik aje ?..
sumber: http://mydaniaeryati.blogspot.com/2010/06/aku-buka-tudung-sebab-mahu-tayangkan.html
Gadis Melayu kini ramai yang bertudung berbanding dengan dulu. Satu perkembangan yang bagus demi menjaga siasah rupa diri supaya lebih mencerminkan peribadi seorang Islam. Dulu ke sekolah pun kita memakai uniform yang “diwarisi” dari penjajah British. Maka yang lelaki berseluar pendek dan yang perempuan pula dengan gaun pendek. Mulai 1990-an uniform sekolah telah bertukar kepada seluar panjang bagi lelaki dan baju kurung dan bertudung untuk perempuan. Kemas dan sopan.
Tetapi pakaian bertudung mula bertukar menjadi fesyen selari dengan peredaran masa dan dunia yang semakin moden. Yang sedihnya ramai gadis Melayu “dijajah” semula oleh Barat dengan fesyen bertudung tetapi moden ini. Aku selalu perhatikan pemandangan yang tidak begitu indah ini sehingga aku bertanya pada diri sendiri, “kenapa ?”
1. Baju dan kain / seluarnya ketat, sendat dan terlalu seksa seksi
Baju kurung dan kebaya yang dipakai sangat jarang dan ketat sehingga menampakkan bentuk badan. Begitu juga seluar, blouse dan T-shirt. Ramai yang dengan bangganya mendedahkan lurah dendam depan dan belakang. Bagi gadis remaja biasanya memakai jeans low cut sehingga menampakkan lurah semasa berjalan atau lebih tak sanggup untuk dilihat apabila membonceng motorsikal. Ditambah pula dengan kulit yang tak berapa licin dan berparut !
2. Tudung yang tidak dipakai dengan anak tudung sehingga nampak bayang rambut
Ini satu lagi fesyen yang aku tak faham. Bertudung tetapi rambut terkeluar di sana sini, bayang rambut yang diikat tocang jelas kelihatan. Ada juga yang ekor rambutnya terkeluar di bahagian belakang tudung.
3. Pertuturan yang lancang, ketawa mengilai
Adalah sesuatu yang memalukan apabila melihat gadis Melayu bertudung yang tidak menjaga tutur bicara. Jenaka lucah dan perkataan kesat jadi mainan dibibir, ketawanya mengilai bak pontianak.
4. Bertepuk bertampar dengan lelaki
Persahabatan antara lelaki dan perempuan tidak dilarang agama tetapi mestilah mengikut batas yang telah ditetapkan. Kalau sudah bertepuk bertampar dan bergurau senda seperti kawan sejenis, apa yang hendak dikata?
5. Bercumbu dan memadu kasih dikhalayak ramai
Ini antara sifat yang paling memalukan dan menjatuhkan maruah kita sebagai seorang Islam. Memang dalam perkara ini kaum lelaki juga bersalah kerana menjadi pasangan dalam aksi berahi bermadu kasih tanpa segan silu. Jika dibuat carian 'gadis bertudung' di Internet, hasilnya sudah pasti aksi-aksi kurang sopan dan seks yang dirakam secara rela atau tersembunyi.
Mungkin ada yang kurang bersetuju dengan pendapat di atas. Tujuan aku bukanlah untuk mencari kekurangan gadis Melayu kerana aku sendiri punyai anak perempuan. Cuma rasa agak sedih dengan ciri-ciri gadis Melayu yang banyak lari dari adab susila Timur dan ajaran Islam. Cara berpakaian ini juga antara penyebab berlakunya jenayah seksual seperti cabul, rogol dan gangguan seksual. Wahai muslimah, janganlah digadai maruah demi kemodenan dan fesyen kerana yang rugi hanyalah diri sendiri.
sumber: http://www.adamfaiz.com/03/12/2010/cantiknya-gadis-melayu-bertudung-tapi/
Apa lagi yang mampu dikata bila maruah gadis bertudung kini macam dipijak-pijak. Yang melakukannya hanya sebahagian tapi semuanya terkena tempias. Kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Tak lama dulu kecoh pasal Edisi Siasat kat NTV7 yang mendedahkan seks di tepi tangga. Cukup memalukan lebih-lebih lagi apabila yang melakukannya bertudung.. BERTUDUNG. Apa lagi nak dikata, lidah kelu untuk bersuara apabila kaum sejenis memijak sendiri maruahnya. Mata bergenang melihatkan hukum agama dicampak ke tepi. Lebih kecewa apabila si pelaku melakukannya tanpa rasa segan silu. Tak habis lagi orang bercakap pasal seks di tepi tangga, keluar pulak isu Skodeng, juga kat NTV7. Tambah memilukan, yang melakukannya turut bertudung. Apa yang sudah jadi ??
Mungkin golongan ini tidak sedar yang mereka telah membuatkan orang lain menjadi mangsa. Kini gadis bertudung dipandang serong oleh masyarakat. Salah siapa? Apa yang berlaku telah memberi peluang kepada yang tak bertudung berkata dengan megahnya, 'PAKAI TUDUNG TAK SEMESTINYA ELOK PERANGAI'. Ya!!! Memang pakai tudung tak semestinya elok perangainya. Tapi "Yang bertudung itu belum pasti azabnya, yang tak bertudung sudah pasti azabnya."
Sebenarnya saya tak mampu lagi nak mendengar cemuhan masyarakat terhadap gadis bertudung. Yang bersalah hanya segelintir, tapi masyarakat seolah-olah menganggap semua gadis bertudung itu buruk perilakunya. Mereka berhak bercakap kerana semuanya realiti. Untuk mengubah pandangan masyarakat ini, sesuatu perlu dilakukan dan yang mampu mengubah ini semua hanyalah GADIS BERTUDUNG.
Memakai tudung, tapi tanpa segan silu memegang tangan bukan muhrim. Memakai tudung, tapi tanpa segan silu berkepit, membonceng motor bukan muhrim. Memakai tudung, tapi tanpa segan silu menunjukkan bentuk badan. Seluar yang ketat dan sendat sudah menjadi amalan. Di atas bertutup tapi ketulan-ketulan lemak di bahagian peha dan pinggul tanpa segan silu menunjukkan wajahnya.
Yang lelaki hanya tersenyum, dapat melihat tayangan free tanpa perlu kenakan bayaran. Allah memberi rezeki tapi tidak dimanfaatkan. Wang yang ada diguna untuk membeli baju yang tidak sesuai. Baju yang longgar dipandang hanya sebelah mata.
Tapi baju yang hanya layak untuk budak berumur 5-6 tahun yang menjadi rebutan. Bentuk badan yang hanya untuk tatapan suami dapat ditatap oleh semua orang. Memakai tudung, tapi perhiasan yang wajib dilindungi dibiarkan tanpa pelindung. Semuanya sudah menjadi kebiasaan. Apabila sudah menjadi budaya, yang haram dihalalkan.
Ingatlah yang kita punya sesuatu untuk dipertahankan sebelum menyerahkannya kepada yang berhak. Oleh itu kita perlu berusaha sedaya upaya menjaganya. Salah satu usaha yang perlu dilakukan iaitu menjaga aurat kita. Fikirlah, kalau semua kita dah pertontonkan pada umum, apa yang tinggal untuk suami kita???
Tiada apa lagi mampu dikatakan. Cuma, saya merayu kepada semua gadis bertudung, kita semua perlu berganding bahu mengangkat semula maruah gadis bertudung. Tinggikan semula maruah kita di mata masyarakat. Ubah budaya yang kian menular itu. Ingatlah azab Allah tiap kali kita cuba melakukan sesuatu yang melanggar hukumNya. Sama-samalah kita ingat memperingati antara satu sama lain. Kita hidup hanya sementara.
Mungkin hari ni hari terakhir kita....
sumber: http://www.tokeikedai.net.my/v8/index.phpname=News&file=article&sid=2130&comments_startnum=111
PAKAI TUDUNG SELAMAT, TAPI TIDAK SELAMAT ...
Memakai tudung bagi perempuan yang telah cukup umur adalah satu kebaikan.Ia akan mengelakkan siksaan di akhirat kerana mendedahkan salah satu aurat (rambut).
Tetapi, jika aurat-aurat yang lain tidak dijaga, kita masih belum selamat sepenuhnya.Marilah kita bersama memperbaiki diri dan elakkan dari di azab di Akhirat nanti.
"Hendaklah mereka menghulurkan tudung ke seluruh tubuh mereka, supaya mereka lebihmudah dikenali orang, kerana itu mereka tidak diganggu" - Surah Al Ahzab, Ayat 59
'Menghulurkan Tudung' bermaksud menutup dengan pakaian yang longgar, labuh, tidak jarangdan tidak menarik perhatian (warna, hiasan dan corak), terutama kaum lelaki.
'Mereka tidak Diganggu' bermaksud Allah swt akan memelihara wanita-wanita yang patuhkepadaNya dengan menutup aurat dengan sempurna dari kejahatan manusia.
Masakan Allah akan membiarkan hambaNya yang taat, dirosakkan oleh orang lain.Allah tidak berdusta, hanya manusia yang sering berdusta dan sanggup memutarbelitkanperintah Allah swt demi kepentingan diri dan manusia-manusia lain yang 'disembahnya'
Rasulullah SAW Bersabda :
"Bahawa anak perempuan apabila cukup umurnya (akil baligh),
maka mereka tidak boleh dilihat (diperlihatkan kepada yang bukan muhrim) akan dia,
melainkan mukanya dan dua tapak tangannya hingga pergelangan"
(Hadis Riwayat Abu Daud)
Asma binti Abu Bakar telah menemui Rasulullah SAW dengan memakai pakaian yang nipis.
Lalu Rasulullah SAW bersabda :
"Wahai Asma ! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaidh (akil baligh),
tidak boleh baginya menzahirkan (memperlihatkan kepada yang bukan muhrim)
anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah sahaja"
(Riwayat Muslim dan Bukhari)
Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke muara,
Bersakit-sakitlah di Dunia yang sementara, bersenang-senang selamanya di Akhirat ...
Bila-bila masa kita boleh mati, termasuk di usia muda, sedang sihat walafiat, kaya-raya,
berpangkat tinggi, seorang menteri, pemerintah negara atau pemerintah dunia sekalipun.
Allah swt memberikan udara untuk bernafas, jantung yang berdegup dan otak yang berfungsi
Apabila Allah swt menarik balik pemberianNya, tiada satu kuasa lain dapat menghalang
Penafian
Hukum Hakam dalam Islam, Allah yang tetapkan, bukan Rasulullah SAW /Ulama /
manusia lain yang memandai-mandai atau mengada-adakan.
Cuma ada segelintir manusia yang masih mahu memperingatkan manusia lain,
supaya Allah tak azab mereka sekali kalau langsung tak tegur
**Jika tak puas hati & nak komplen, deal terus dengan Allah.
Kan ramai manusia tak takut pada Allah **
sumber utama: klik di sini
No comments:
Post a Comment