DAISYPATH VACATION


Apr 7, 2013

virus Dr Azizan Osman


Teman..!! Suka hati untuk saya berkongsi tips-tips yang dapat dari DAO, 
Gila tak awesome!!
Bacalah, kalau benar kamu ingin merubah masa depan kamu!
Ok, I'm prefer to randomly choose his tips.
Let's go one by one :)

Event saya pi kat KUIN, Alor Star.
BeraniBerniaga2013:)
DAO tanya saya melalui emelnya,
ringkas..

Attierah, Kenapa Kita Masih Belum Berjaya Lagi?

##

Maafkan saya kerana soalan itu agak kasar.

Hakikatnya, situasi seperti ini selalu berlaku dalam
golongan orang-orang yang gagal.

Mereka selalu menyalahkan takdir. Bermakna
mereka menyalahkan Tuhan yang mengatur setiap
kehidupan kita.

Saya akan bantu Attierah untuk
mencipta landasan kejayaan dan kekayaan yang
Attierah mahukan.

Sila buat aktiviti ini.

Dalam masa kurang 180 saat (3 minit), sila ambil
pen dan kertas.

Kemudian tulis soalan ini:

"Apa yang saya inginkan 10 tahun dari sekarang?"

Selepas itu, tulis jawapannya. Sebanyak mana yang
Attierah mahukan.

Ini adalah kuasa perubahan hidup. Iaitu kuasa
merancang hidup.

Siapa yang gagal merancang, mereka sendiri merancang
untuk gagal.

Attierah orang luar biasa. Attierah adalah seorang
perancang kehidupan yang hebat.

Selepas selesai menulis dalam masa kurang 180 saat, tulis
semula impian-impian Attierah di ruangan Facebook.

Ini bukan sebarang tip.

Ia tip yang telah berjaya kehidupan ramai orang, termasuk
saya sendiri.

Semoga ia membantu Attierah.

Anda kaya dan berjaya!
 ##





Blog ini CUTE sgt! Acu tra tekan LIKE :D

Mar 23, 2013

SUSAHNYA MENGERTI MANUSIA..


Salam Jumaat. I'm writing this when I feel like to write. It's just simply like that.
Ni lah aku, bila aku rasa bosan, tiada teman bicara untuk memahami apa yang ku rasai. Sudah pasti Dialah tempat aku bercerita. Dia memahami segalanya..aku hanya hambaNya yang sentiasa mencari penambahbaikan untuk diri. Mungkin orang tidak sedar, tapi biarlah kita sendiri yang tahu apa yang terbaik untuk diri.

Aku sebenarnya, penasaran tentang seseorang. Aku cuba memahami karakter dia. 
Namun, semakin aku cuba faham, semakin aku rasa pelik. It must be something behind her/his character.
Yup, I do believe everyone has their own preferences, tapi aku tetap tak faham kenapa begitu dan  bukan begini.

Harus kita fahami, ada benda memang patut begitu, dan ada benda patut begini. 
Aku,,seorang inginkan terbaik untuk menyesuaikan diri dengan pelbagai jenis orang.
Ada jenis slamber, jenis sopan, jenis gila-gila, strict, tak pandai bergurau, sensitif, mudah merajuk, terasa, kering, no feeling,,however,
we try to get along and adapt with the situation. 

Tapi aku tetap tak faham, kenapa dengan karakter seseorang yang tak dapat nak terima minat orang lain. 
Minat orang lain yang tak sama dengan minat kita, then kita condemn. What for?
Kita siapa nak condemn orang tak tentu pasal. Jelas-jelas, kita tak hormat orang lain, minat orang lain, pilihan mereka. Belajar menghormati perasaan mereka, barulah kita akan dihormati juga. Kan?

Learn from the phrase, "What u give is what u get.."
Belajar memahami orang,baru orang juga akan memahami kita. 
Adakalanya, mungkin kita rasa kita betul, tapi kadang-kadang yang baik tak semestinya buruk, 
dan yang buruk tak semestinya baik.. 
__________________________________________________________________
Setiap hari, aku ada satu rasa, rasa ni tak boleh nak diceritakan dalam perkataan.
Sebab ia memang tak dapat disimbolikkan dengan apa-apa.
Takut-takut bila tersalah ertikan, maksud yang disampaikan tidak sampai.

Namun, sering ku ingatkan pada diri. 
Tujuan hidup kita," bukan nak menunjukkan pada semua orang kita orang yang baik, biarlah orang nak fikir apa pun tentang kita, kita tetap cuba menjadi seorang yang baik, dan biarlah hanya Dia yang tahu.."
Tapi kita tetap harus cuba menonjolkan sesuatu yang elok dipandangan orang, tapi bukan hipokrit. Ia nya supaya tidak menjadi fitnah di hati orang bila berprasangka buruk dengan kita. Tak salah berbuat baik,buat orang senang dengan kita. Susah ke? Tak pun, makin bahagia adalah bila orang bahagia dengan kebaikan yang kita buat..:)

Aku tak pernah ingin kelihatan paling menyerlah, 
tapi setiap kali aku cuba berbuat sesuatu, aku takut orang beranggapan sesuatu, mereka akan kata aku cuba menonjol atau aku dilabelkan sebagai bla.bla.bla...

"Tolong, tolong bantu saya..saya tidak mahu menjadi seseorang sebegitu. Saya inginkan yang biasa-biasa saja, tapi dengan cara saya sendri.. tolong jgn bagi tanggapan apa-apa.."

Adakala, aku lemah dengan tanggapan orang, adakalanya aku tegas dengan apa aku nak. 
Tak dinafikan lagi,aku memang fragile. rapuhh sgt..
Tapi sekali aku nak,, I'll make sure to work on it, even with little efforts..

Teringat insiden BussinessLaw, belum apa-apa dah dilabel sebagai ketua. 
Bukan no choice,tapi..mungkin macam aku kata laa..

Aku tak suka buat cara aku yang mungkin orang tak selesa, mungkin aku kelihatan keras, degil, tapi sekeras dan sedegil aku, sebolehnya aku nak semua orang happy berkerjasama antara satu sama lain. 
Aku tak mahu jadi ketua, yang BAJET orang suka dia, BAJET dia buat semua betul.

Tak dinafikan, aku ada cara aku nak, tapi okay je kalau orang tak setuju, aku beralah.
No harm, sebenarnya, apabila cadangan/ pendapat kita tak dipersetujui ramai, ucaplah "alhamdulillah" kerana mungkin ia akan membawa keburukan kepada orang ramai. Dan Allah melindungi kita dari perkara begitu kan? Tapi bila diterima, ucaplah "astaghfirullahalazim..", mungkin juga cadangan kita itu akan membawa keburukan pada yang lain. Nauzubillahiminzalik...:')

Hari ini, sebenarnya juga, baru sudah diuji Allah, muntah teruk dan sakit yang teruk. Sakit ade laa...
Terasa seperti nak mati, tapi tetap aku gagahkan diri ke toilet, (bukan cirit-birit eh..) walaupun seakan mahu pengsan. 
Alhamdulillah, lepas satu ujian, penyakit itu penawar dosa. InsyaAllah. :)


first:
bukan gambar famili. pretend like it was
second: jadi gmbr pe? (konon2 famili..) xde gmbr full family la katakan..xsempatt..
third: not in my housee~ ngee~ :p randomly snap..

p/s #alfatihah utk kedua ibu bapa Nurul Attierah Zamari. iloveusomuch. please Allah hear my doa :')

Blog ini CUTE sgt! Acu tra tekan LIKE :D

Mar 18, 2013

i am FRAGILE.


Lama tak berblog. I mean, lama saya tak spend guna diari online nie.
Entah, setiap kali saya rasa saya perlukan orang utk saya ceritakan. 
Saya tak jumpa orang yg tepat. 
Tak jumpa.
Allah Pasti Sebaik-baik Mengadu..:')

Malam nie, saya pergi mall kejap, transfer duit atas urusan bisnes. 
Saya hanya mengharapkan yang terbaik utk segala yang saya  usahakan, saya pertahankan.
Azan Isyak da bunyi, saya  plan nak solat Isyak kat masjid, telekung dah bawak.
Aish,tiba-tiba ATM BSN buat hal, Saya tak dapat ambik duit, jadi terpaksalah saya berlapar..buat sementara.

Solat Isyak bersama Imam sempat pada tahiyat akhir saja, erm..sikit je pahala lah saya  dapat.
Tapi sebenarnya, bukan itu saya nak ceritakan.
Saya terdengar dialek-dialek Indonesia disekeliling. Ramai sangat. Saya tertanya-tanya ada apa-apa programkah mereka seramai ini?

Saya pun meringankan mulut tanya salah seorang daripada mereka. 
Ternyata, mereka buat solat hajat untuk sahabat mereka yang sakit. 
Kalau tak silap saya, sakit Meningitis. Sebak juga, terharu melihat kekuatan ukhwah mereka. 
Mana taknya, baik yang free hair turut hadir solat hajat. Bagus kan?

InsyaAllah, apa yang baik, kita contohi.
Saya pun join solat sekali, apa salahnya turut mendoakan saudara seIslam, 
jangankan nak berperang jauh ke Afghanistan, saudara seIslam depan mata kita abaikan...

Sebenarnya, saya suka untuk berkenalan dengan bangsa-bangsa yang Allah ciptakan untuk kita berkenal-kenalan. Unik sangat! Jadi, saya akan pelik bila orang kata, dia tak minat nak ambik tau pasal orang lain, even kadang-kadang rumet sendiri. Kenapa ek? Sombong sgt?
 Hebat sangatkah kita ni sampai tak perlu nak tau pasal orang lain?

 Last-last, kita mtk tlg orang jgk kan. So, tak perlu nak bagi alasan yang kurang bernas lagi kurang cerdik. Kita bukan jaga tepi kain orang. Cuma ambil tahu tentang orang. 
Kadang-kadang, memikirkan keunikan, keajaiban, kecantikan, ketenangan di sebaliknya, rasa sebak, sedih, menyelubungi seluruh kamar hati. Allahuakbar! Besarnya hati ini, mampu merasa segala macam rasa.

Saya sempat merakam keindahan ukhwah mereka,,,

warna warni telekung mereka.comeii kan?

Ok. Itu satu bab. Dan, cuba teka siapa Imam. 
At first, I'm bit surprised. Suaranya bukan macam Indonesia. 
Lantas, ku jengukkan sikit kepala, ALLAHUAKBAR!
DIA...
Menjadi makmum, pasti tersentuh setiap doa dan zikir dialunkan. 
Allah, hati wanita ini nyata begitu lembut. Kenapa ya Allah?
Pandai Mr. S nie baca doa. 
Sungguh la kamu memang ada ciri-ciri suami mithali dan bakal imam yang baik.
Tiba-tiba, hati tersentuh. Sebak. Entah apa aku fikirkan.  
Sebak berada dalam jemaah, solat sunat hajat, berdoa.
Moga pengakhiran baik utk kita semua satu hari nanti.
Dan tiba-tiba juga,teringat dan terfikirkan ..
Mohon pmudahkan, apa yang saya rasa, agar Mr Marketing juga turut rasa.
Nak sangattt rasa dia sama dengan rasa saya..
~~ Bila,,,rasaku ini rasamuu~~ 
Lalalalalalala~~~ :)
Dan tika ini saya sedar, betapa FRAGILE nya saya, bila rasa sebak, sedih..seseorang yang saya adore, jadi Imam. Mulalah berangan nak kawinn laa, ape la.. ala,,normal lah.. jangan cakap korang tak k?
How lucky to have someone to be our life partner is someone who we adore most especially in our school time/ university maybe? Who knows? 
p/s: i'm totally lost tonite :'(
lost in Allah's love

Blog ini CUTE sgt! Acu tra tekan LIKE :D

Mar 1, 2013

DEVELOP TO BE A BETTER. INSYA-ALLAH


It's Friday again. How times fly all over again~~ YEEHAA!
This week is quite troublesome, there is so much things to settle up.
Gonna have an interview for my Business Report. Hopefully, it would be a great opportunity to have such great reflexology spot. Hee~~

Aigoo~ And , meeting such annoying person of course makes my day cloudy :p

Ok. Habis pahala duk fikirkan sakit hati dengan dia.
Tak la,,kadang-kadang, kita cuba menjadi seseorang yang memahami, tetapi kita juga ingin sesekali difahami.
Apa-apa lah, just remember this "what u give, u get back."
Sekian, hehe~

Hee, takpa la, buat apa nak penuhkan ruang ni untuk cerita benda negatif.
Jadi, bagi aku ade satu nak dikongsi. Buku pilihan aku time PC Fair UUM :)

Baca buku ni buat aku terfikir, kenapa manusia suka cari yang jauh-jauh, yang pelik-pelik, 
yang luar biasa la sangat tuk berjaya. Padahal, kebiasaan itu sebenarnya lebih hebat! 
Sebenarnya, kebiasaan dan kesederhanaan dalam diri Rasulullah itu satu rahsia yang kita tak pernah carik.
Erm.. manusia..sering mencari contoh, teladan yang sangat jauh, sedangkan yang paling hampir dengan kita itu tak pernah kita cuba korek. Hee~

Buku ini menceritakan tentang "Dasyatnya 9 sunnah Rasulullah."
Inilah salah satu dalam begitu banyak sunnah baginda. Sesungguhnya, Rasulullah suka perbuatan yang istiqamah walaupun sedikit. Alhamdullilah, hati ini semakin kuat untuk terus istiqamah melakukan sunnah baginda apabila kita sendiri memahami, dan
 menghayati kelazatan dan kelebihan sunnah baginda lewat buku ini. 

RAHSIA KAYA DAN BAHAGIA. Inilah sebenarnya!!
Kenali Rasulullah, sebelum nak kenal Triumph/ Kyosaki.

Voucer kali ni banyak spend beli buku dan laptop tools, takpa lah. Bukanlah kedekut untuk berbelanja buku-buku seperti ni, cumanya bila ada voucer, ni dikatakan "orang mengantuk disarungkan bantal" :) Hee~

Selain itu, aku beli "Zikir Terapi" by Hafiz Hamidun bersama dengan " Men Are From Mars, Women Are From Venus " by John Gary. Buku ni sebenarnya hadiah seorang isteri kepada Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, atau lebih dikenali SaifulIslam. Menurut beliau, beliau sempat memperlekeh tentang pemberian buku isteri itu. Namun, padanya, pasti ada sesuatu pada buku ini yang ingin ditunjukkan isterinya. 
Setelah membaca keseluruhan, dia merasa buku ini sangat menarik, dan satu pengisian yang cukup baik.

Jadi, aku terfikir, why not I try to indulge the same feeling as he was. 
So, itu sebab aku beli. Setakat ni, belum habis lagi.
I'm not a quite good reader, I'm a good listener. Maybe? Hee~
And too, I'm a good understanding person, Haha~



:) Nice voice from HafizHamidun 

p/s:
I'M DEVELOPED TO BE GREAT BECAUSE ALLAH WANT TO LET ME LEARN STEP BY STEP, AND LEARN WHEN I'M DOING MISTAKES. THANKS ALLAH FOR TEACHING ME TO BE STRONG-HEART, AND GRIEVING FOR UR STRENGTH.  ALHAMDULILLAH :')



Blog ini CUTE sgt! Acu tra tekan LIKE :D

Feb 27, 2013

MISERABLE DAY! 3 in 1



Erm..sedihnya arini. Eh, cam gedik lak sedih-sedih update kat blog.
Sorry, sorry,, bukan niat nak menggedik, tapi ada banyak benda jugak aku nak cite.
Okfine, GRR~~

First of all, my purple cuteee matrix card is gone!!  Together with my IC!! Oh no!!
Not again,, 2kali dah kot aku tukar MATRIK!! Tolong,,,ya Allah,harap sangat ada makhluk Allah yang jumpaa dan kembalikan.. :(

Aku bukan macam ni sebenarnya, hilang barang aku rilekk je,,tapi hati terfikir-fikir..
Teringat Puan Huda cakap, " awk ni suka sangat careless...dari sem lepas lagii..hee~"
Dia tersenyum. Wakenabeb!!

Yeahh,, bukan Puan je cakap camtu,,my mom pun kate camtu,,
Sedihnya, tapi memanglaa. Ni laa keburukan aku..
CUAI~~ 
Attierahhh jgn cuaiii :)

Ok tu satu bab! 
Another bab, hee~ aku suka sebab dah ade kelas tambahan.
Statistik Gunaan dan Mikro.
At least, I get to know other peoples.
Hee~ selain rasa sedih, rasa happy jugakk,,kenal ramai orang.. ngeh3 :)

Lagi2?? 
Ok, lagi..??
Kawan makin ramai, aku nak kawan dengan semua.
Aku nak jadi manusia lebih baik.
Yang pasti, hati aku masih pada Dia. :)
Allah yang pastiii..apa-apa aku buat, merasa Dia ada itu lebih baik.

Malam yang sama, hari yang sama.
Aku termasuk toilet PBS, aku terdengar sesuatu yang tak patut aku dengar.
Aku alami perkara yang tak patut aku alami. Takutt!!

Detik tu, aku baru dapat rasai, ketakutan yang amat sangat,
Sangat ke? Erm, mungkin tak.
Tapi ketakutan yang tidak pernah aku rasa, lain sgt.
Bukan takut hantu, tapi takut kepada maksiat.
Takut untuk melihat maksiat, ya Allah, jauhi aku perkara begitu.

Aku overreacting ke? Atau mungkin aku silap dengar,, apa-apa pun,
aku patut lebih teliti, tapiii,, apa yang aku dengar, tak meyakinkan aku untuk berfikir positif.
Maafkan aku ya Allah, andai aku hambaMu yang hina dan berlagak baik..

Aku bukan lah baik sangat.. tapi aku tahu batasan.
Aku takut, moga-moga terjauh daripada perkara begitu..

Kesimpulannya, hari ini sangatlah Miserable!!
:( Sedih sangat..
Semua berlaku arini..ok, terima lah.. 


p/s: moge jumpa matrik card dan IC!! Amin.. nazar, belanja dia makan..:)

Blog ini CUTE sgt! Acu tra tekan LIKE :D

Hakmilik HareittaNaz@2013