DAISYPATH VACATION


Jan 30, 2013

Jujurkah saya?


Erm. I like to write something that can trigger my sense. Oh yeah? Haha~
Jujur, aku suka muhasabah. Tapi jujur juga, aku tak dapat nak jujur dengan diri sendiri.
Aku selalu bermonolog sendirian. Sampai kadang-kadang aku cakap dengan diri sendiri.
Sampai satu masa, aku sendiri tak perasan, aku cakap sorang-sorang.
Kalau takde orang, ok ar. tapi kalau ada...

" awak, boleh jawab soalan statistik tadi?"

" erm. yelah,, susah sikit no 6 tu ek, past year lagi senang.."

" a'ah, ye kan.. saya buat past year pun tension gile nak jawab, awk, tadi awk cakap dengan sape? dengan kertas ek? "

oh my oh my~~

" haa.. awk dengar ka? haha, sori, a'ah, tak terperasan lak ada org perasan sy masa exam tdi.."

Lantas, lelaki India itu tersenyum manis, kelakar agaknya. Malunya aku.
Dia perasan aku tercakap sorang-sorang.

Aku sedar satu hal. Aku tak boleh JUJUR SEJUJURNYA dengan orang.
Aku bukan seorang SUKA CAKAP BOHONG,, cuma kadang-kadang aku tak dapat berlaku JUJUR.
Buktinya? Dengan diri sendiri pun tak boleh jujur, sahkan dengan orang lain.

Tapi saya je yang pasti setakat nie, jujur aku memang suka dia :)
Peace!
Tak kira apa aku buat selama ni, secara tak langsung, memang untuk attract perhatian dari dia. Hee~
Gatal ke? Erm, takde la,, sebab cara aku attract secara halus, berilmiah, so, ok pe?
Takde aih istilah PERIGI carik TIMBA.. aku cuma niat berkawan, mengenali hati budi, yang lain itu perancangan Allah. 
Apa pun, aku sentiasa doakan pengakhiran yang baik. Dan aku boleh BERLAKU JUJUR pada diri sendiri. BOLEH!! :))


p/s: Sem tak lama dah nak buka. Harap results cemerlang Gemilang lah. Apapun, aku dah set beberapa target dlm kepala. InsyaAllah, pantas tuntas!! 

Blog ini CUTE sgt! Acu tra tekan LIKE :D

SEDEKAH PALING UTAMA


Pagi yang indah dan bermakna adalah sebaik sahaja bangun, kita teringatkan kewajipan kita pada Allah.
Bukan senang nak jadi baik, dan sangat senang nak jadi jahat.
Tapi, pernah tak terfikir, kenapa nak masuk masjid yang free susah orang nak masuk, tapi kelab malam BERBAYAR,mahal lagik, ramai je masuk. Allahurabbi~


Allah as-syakur yang dengan kemurahanNya sentiasa memberi balasan berlipat ganda bagi setiap amalan hambaNya. Allah SWT juga telah menjadikan berbagai cara dan jalan agar hamba-hambaNya boleh menggandakan saham akhirat mereka.
Oleh itu, kita selaku hamba yang dhaif haruslah sentiasa mencari jalan untuk menggandakan amalan kebajikan kita agar dapat digandakan di akhirat kelak. Insya-Allah. :)

Jangan hanya tahu mencari-cari jalan menggandakan saham-saham duniawi tetapi mengabaikan bekalan untuk kehidupan ukhrawi. Imam as-Sayuti RHM menjelaskan bahawa sedekah seseorang boleh digandakan ganjarannya seperti berikut:


1. Sedekah yang diberikan balasan 10 kali ganda
Pemberian yang diberikan kepada orang yang sihat tubuh badannya serta tidak berhajat untuk sedekah.

2. Sedekah yang diberikan balasan 90 kali ganda
Pemberian yang diberikan kepada orang yang buta atau terkena musibah iaitu orang yang memerlukan bantuan.

3. Sedekah yang diberikan 900 kali ganda
Pemberian yang diberikan kepada kerabat yang berhajat.

4. Sedekah yang diberikan balasan 100,000 kali ganda
Pemberian yang diberikan kepada ibu bapa.

5. Sedekah yang diberikan balasan 900,00 kali ganda
Pemberian diberikan kepada orang alim atau faqih.

                                              

Sekian,perkongsian kali ini. :)


p/s: InsyaAllah, ilmu tanpa amal umpama pokok yang tidak berbuah. Moga kita diberikan kekuatan untuk melaksanakan ilmu-ilmu yang dipelajari. Insya-Allah.. :)


Blog ini CUTE sgt! Acu tra tekan LIKE :D

Kenali 'human behaviour' di Laman Sosial


Hailaa~ Tiba-tiba terfikirkan sesuatu. Kadang-kadang bila kita nak jadi mcam tu, orang kate macam ni.
Kita nak jadi macam ni, orang complain kita sebab jadi macam tu.
Apa pun, manusia takkan pernah puas dengan apa yang ada pada seseorang.
Begitu juga aku, sebab aku pun manusia.
Aku sebenarnya, cuba memahami manusia. Golongan manusia merangkap golongan aku sendiri. 
Melalui beberapa segi:

1. menilai manusia dari laman sosial FB, Twitter, Instagram, Tumblr, Flickr, or whatever..
ok. 

2. menilai dari perwatakan luar.

3. menilai dari pemakaian.

4. menilai dari segi pergaulan.

Ok. Maybe tu antara view aku tengok kat seseorang la. 
Dan secara tak langsungnya, aku jadi terikut-ikut kemungkinan orang pun turut sama view
 aku dengan view sebegini. 
Jadi, aku dah ubah cara persepsi aku, bagi aku tak adil lah kalau aku view orang just through their social site right? Ok, bagi aku personaliti seseorang itu subjektif kan?

Walau macam mana pun, takdelah sampai, tengok ProfilePic tak pakai tudung, status tentang Aurat. 
Perkara sebegitu sememangnya terang bersuluh lah kan, takkan laa kita nak consider dia jenis bertudung. Tapi ape-ape pun, kita boleh mendoakan dia atau bersangka baik moga dia sedang berhijrah. Why not?
Tak rugi pun kan bersangka baik~ 

Memetik kata-kata dari sahabat dunia akhiratku, Shukriah Sulong. 
It's really nice quote, pretty awesome of sequenced words !!

"Jangan hanya menilai saya melalui tulisan2 saya di facebook...
Mungkin lebih baik, nilailah saya secara direct in person...

Kata2 saya mungkin menggambarkan pemikiran saya,tapi akhlak saya yang menggambarkan amal saya..maka jauhlah perbezaan antara kata dan akhlak saya,begitu juga dengan ilmu dan amal saya...

Saya bimbang anda mungkin tertipu dengan nasihat2 baik saya...
Sesungguhnya saya hamba hina lagi dhaif...Don't expect me too much..."


Yup. Aku LIKE LIKE LIKE sangat. Jadi, berazam untuk lebih matang mendepani kehidupan, aku memilih untuk mengenali seseorang setelah aku mula berkawan dengan dia. Tak adil lah, menghukum seseorang itu jahat hanya kerana dia tak bagi pinjam nota time EXAM, dia keluar tiap-tiap malam balik lewat, mengenali seseorang itu mungkin lebih bermakna... :)

i learn to know someone first. then, i start to judge her/his.
however, i'm no one to judge person, it's  all belong to Allah. :)


p/s: TAJUK ENTRI langsung takda kena mengena?? KENALI lah sangat.. By the way, aku bukan Dr Fadzilah Kamsah atau kanselor, nak kenal-kenal peribadi bagai~ hahaha



Blog ini CUTE sgt! Acu tra tekan LIKE :D

Jan 29, 2013

To be a housewife :)

Hai,hai,hai... fuh, seronok~ Seronok bila kita masak, orang makan dengan lahapnya, 
tak kira la sebab dia memang lapar atau aku masak memang sedap.
Hehehe,,tersenyum jualah ibu ku..akhirnya masak juga akuu kann?? Hee~~
Bukan lah faktor malas, tapi banyak-banyak benda ada satu benda mesti kita tak rasa nak buat, sebab ade yang lebih arif kan? Hehe,, so dah tahu I tak pandai, so sebab tu I tak nak masak.
Then, my mom would replied this:

" Alasan,,dah tahu tak pandai, belajarlah.."
Sigh~ Okfine. menang!
Bukan tak nak belajar, aku saje je, tak nak tunjuk lagi, lagipun, yelah,,kalau dah satu dapur dengan my mom.
 Itu tak kena, ini tak kena.. pleaseee~
'Mommy, can u just let me learn?'

'Of course I do..'

'But u complain too much, I'm bit stress...! Grr~'
**Orite, thats how when a mother and daughter at kitchen. 
#Pasai apa ang lagu tu? Aku tak dak aih, biasa ja..ok ja..#
Orite, thats my MOM not yours~
Tapi, untuk kritikan kali nih, my Mom said it's pretty deliciouss just bit spicy for little kids. 
Ok, mission accompished! But bit oilyy~ pheww~~
I said to myself," pandai juga aku masak ek.."
My mom terdengar then said, " pandaii jee,,cuma MALAS.."
 
Aduh,langsung tak terasa..~ 
Tapi honestly, I like when I'm cooking but how to start it is terribly worst part maybe? 
Hahaha.
I'm prefer doing house chores like basuh kain, jemur kain, lipat baju, kemas bilik tidur, toilet, mop dan apa-apa selain memasak. 
Aku masih ingat, first cooking aku pernah masak, maybe Spageti? Oh ya? 
Hahaha,, I keen much on Spageti until I asked my friend to teach me,
Hahaha,, camtu lah bila aku nak kan.. mungkin betol gak mak aku cakap, boleh je masak, cuma MALAS! 
Adui,,,sorii,,aku tak ajar perkataan tu untuk biasakan diri aku sebenarnya. 
That's why I'm bit reluctant to say this word 'MALAS'
 
ok. need to change. lepas ni, MASAK-MASAK! :)
Semalam, time kemas, terjumpa scarf toska ni.
Cute, aku pakaikan tuk Nusrah. Haha~ Dia suka maybe sebab kainnya lembut,, tak la panas sangat..
 
p/s: improve! improve! improve!
that's we called improvisation. :)

Blog ini CUTE sgt! Acu tra tekan LIKE :D

Jan 27, 2013

AKU MAHU DIA~


Aihh..dah nak zohor. Sebelum tu, I like to share this song. I like every part of lyrics.
Let's hear this song :)

Song: Aku Mahu Dia
Sing by:  Mr. Hazama


Saat aku kenali dia
Hati ini selalu gundah
Selalu ingin dekati
Dan ingin menghampiri dia

Aku mahu dia milikku
Ku harap semua pun tahu
Bahagia terasa bila
Ku melihat senyumannya

Aku sedar ku telah jatuh cinta
Dengannya hatiku terasa luar biasa
Aku tahu kau selalu curi lihat aku
Matamu jelaskan kau mahu

Katakanlah padaku kasih
Andainya kau punya
Perasaan sepertiku
Agar kita bisa bersama

Tolong jawablah kasih
Jawablah perasaan
Hatiku yang menebal
Ku selalu terbayang senyummu

Aku sedar ku telah jatuh cinta
Dengannya hatiku terasa luar biasa
Aku tahu kau selalu curi lihat aku
Matamu jelaskan kau mahu

Katakanlah padaku kasih
Andainya kau punya
Perasaan sepertiku
Agar kita bisa bersama

Tolong jawablah kasih
Jawablah perasaan
Hatiku yang menebal
Ku selalu terbayang senyummu:)

p/s: i feel the same way lah. haha :P

Blog ini CUTE sgt! Acu tra tekan LIKE :D

Hakmilik HareittaNaz@2013