SALAMMM RINDUU TUK SEMUA..:)
mungkin kalian pon pernah rasa benda ni.. kita dah tak nampak orang lain selain dia.. bagi kita dialah yang terbaiknya walaupun berlambak lagi orang yang jauh lebih baik dari si dia.. walaupun ada orang yang jauh lebih baik dari dia nak kan kita, tapi kita tetap setia kat dia… bagi sapa2 yang tak pernah alami, tengok cerita korea pon dah cukup… hero no 1 tu tak ada lah baik mana..hero no 2 jauh lebih baik dan sentiasa di sisi tak kira apa jua keadaan.. tapi, si heroin tetap nak hero pertama..
2. dah tak nampak apa itu sakit…. bumi mana yang tak ditimpa hujan.. begitu jugalah cinta..cinta mana yang tak berlinang air mata… tapi, itulah, bila dah bercinta, sakit macam mana sekalipon dah tak nampak…diteruskan uga pendertaan itu walaupun terasa sakitnya…
3. dah tak nampak yang mana haram dan yang mana halal…. adat kapel, mesti pegang tangan…advance sikit, peluk..advance lagi….ha, taw2 sendirilah.. kadang2 cinta juga membuatkan si pencinta buta akan haram dan halalnya..ibarat dunia ini tiada pengakhirnya…ibarat tindakan yang tiada balasannya..
4. dah tak nampak jasa mak ayah… ada yang bercinta, sanggup derhaka kepada ibu bapa… ada yang bercinta yang sanggup tinggalkan ibu bapa… kasih sayang ibu bapa yang bertahun2 habis begitu sahaja dek kerana cinta si dia yang tak sampai berapa ketika.. tapi itulah cinta..kadang2 membuatkan kita dah tak nampak jasa mak dan ayah…
5. dah tak nampak kawan2… kadang2 bila kita bercinta, ia membuatkan kita dah tak nampak kawan2.. semuanya akan ikut kata si dia.. kalau si dia kata tak boleh keluar dengan kawan2, kita pon dok turut je lah…taat tanda sayang.. tapi taat yang tak bertempat…tapi, sebenarnya, kawan2 lah yang dok kita cari bila gaduh dengan si dia…si kawan lah yang dok dengar tangis kita bila kita bergaduh…tapi kita tetap sayang si dia dari si kawan kan…
6. dah tak nampak apa erti pokai @ membazir… kalau dok bercinta, kadang2 kita sendiri dah tak nampak yang kita dok membazir yang bukan2 untuk si kekasih.. untuk si kekasih kita sanggup belikan phone.. tapi untuk mak @ ayah yang penat lelah besarkan kita, ada kita belikan mereka telephone? silap2, baju sehelai pon kita tak terbeli untuk mereka…kadang2, demi kekasih, tatkalau kita tak ada duit pon kita sanggup pinjam duit @ berhutang dengan kawan2 semata2 nak belikan hadiah birthday untuk si dia..
7. kita dah tak nampak cinta Allah yang jauh lebih manis berbanding cinta si dia… bila dah sayangkan dia, kadang2 kita dah tak ingat akan cinta ALLAH yang jauh lebih manis dari cinta dia.. kita dah lupa akan cinta ALLAH yang tiada akhirnya berbanding cinta si dia yang entah bila akan akhirnya…kita sanggup bergayut dengan dia berjam2 sampai dok panas telinga sedangkan dengan Allah berdoa 10minit pon tak sampai… betapa kita sayangkan dia dari Allah bila kita bercinta…kalau dia merajuk, cepat2 kita pujuk.. tapi dengan Allah, kita wat endah tak endah jer…
kesimpulannya: memandangkan cinta itu buta, maka carilah cinta yang berhak sebagai contoh cinta kita kepada Allah…kalau kita buta dalam cinta Allah pon, sudah pasti kita tidak akan sesat kerana sentiasa dalam hidayah dan taufiq-Nya… ya Allah, janganlah Engkau lekakan aku dalam cinta manusia, tetapi hanyutkanlah aku dalam cinta suciku kepadaMu,amin…
No comments:
Post a Comment