DAISYPATH VACATION


Oct 23, 2011

CERITA KU BUKAN CERITA BIASA..:)

HYEE GUYS..!! :D

tomey plop pose mc uyah nie..haha..mesti kakak dia ajar..wink@-@

KONFIUS LAA NAK BAGI TAJUK PE ENTRI NIE..NAHH,,AMBIK KAU!! :)

Apa cite ea orang-2 sekeliling Naz ea?? Hmm..lama lak rasa tak update blog ni kasik entri panjang2..hehe..yelah..busy la dengan assignment..tak yah cite la kalau dah nama nya student tu ek,,,hehe..actually..STRESS dan SERABUT!! Tapi dalam bentuk POSITIF..sebabnya kadang-2 Naz rasa Naz kena rasa benda2 macam nie,,,baru la esaimen cepat siap..HAK3..!!

Naz kan memang jenis suka START KEJE awl2..haha! Tapi yang buruknya..Naz suka start sampai separuh je..lepas tu mula la kalut bila nak sampai DATE LINE..KALUT?? hahaha..BETOLLL!!

Sebabnya petang semalam la..Sabtu an?? Naz kena hantar assignment fotografi pasal lensa..Naz dah ada cukup info..tapi yang BENGANG nye..RUJUKAN tak buat lagi! Ishhh! Memang laa geramm..tak pasai Naz cilok tajuk-2 ensiklopedia FOTOGRAFI kat library..!! Aduyaii….maafffffff En Syamsul..( Aigooo~~ )

Yelah..bukan Naz tak usaha carik..dah siap pergi library,,carik2 bahan..tapi TUP-TUP,,tak jumpa maaa!! Library U bukan cam Library sekolah..

kat sekolah tu pun susah nak jumpa..hik3! J

Erm…rujukan untuk INTERNET tak yah cite la..memang la belambak-2..tapi yang selain tu la..nampak sikit kita rajin kan??? SIKITTT pom jadik la…hehe…lepas tu punya busy nak siapkan esaimen..Naz skip lunch..breakfast tak yah cite la..memang tak makan la..ermm~

Tepat pukul 4..Naz sampai makmal FE-02..wah3…nampaknya memang ramai lagi tak datang..kenapa ek?? HAHAHA!! Naz dah tahu..takpe..buat2 tak tau jer laa..:)) Hari ini juga, Naz dapat baca sikap PRESIDEN kelab kita..bukan nak kutuk dia, tapi berkuatkuasa kelmarin..kita-2 macam dah ada perspektif negative kat dia.

Kawan Naz cakap dia tu macam pilih orang dia nak kawan..erm..:) Hello?? Do I care? Tak de la kita-2 nie nak heran sangat kalau dia tu tak pandang….tak sebab kita-2 bergurau “sent by maxis via blueberry” da bengang kot. Sporting la kan…dah dalam group,,takkan semua benda nak serius..err~ SENGALLL!

Nak cakap TERLAMPAU HENSEM tu tak pulak. Member Naz cakap: “ Si Eks tu macam pilih orang kan nak kawan. Yelah kita kan tak lawa. Mana lah dia nak heran kan?”

Naz pom selamba cakap -Dia tu siapa kita nak heran sangat…err~ Tak da hensem sangat pom nak main pilih-2 bulu nak kawan nie..pliiss laa :P—poyo sangat Naz..kah3..lantak ar..asal nampak COOL..wee~

Macam2 la kan kalau nak diperhatikan ragam manusia. Yelah,,Naz akui la Naz pom memang suka la cakap2 sal orang tu orang nie,,yelah nampak hensem ke kan..biasa la kita suka cakap kita suka tengok dia..normal la kan? Tak de makna nya lah nak nafikan lumrah manusia camtu.

Kalau dulu Naz macam tak leh terima la kalau apa-2..suka tengok rupa dulu kan..tapi makin dewasa makin Naz sedar,,kita tak boleh nak lawan fitrah yang telah ditetapkan Allah. SALAH KAN?? Jadi songsang lak kan? Emm..

Tapi tak da kita nak nak diskriminasi mana-2 orang nak kawan. Sedar la diri sikit wei! Ko tu sape nak perfect2 kat bumi Allah nie..hadoii~ Susah la kalau orang hidup atas bumi ni tapi LUPA DIRI ! kan?? SOMBONG tu namanya an?? Luqman Al-Hakim pom ada berpesan pada anaknya : “Berjalanlah kamu di atas muka bumi Allah dengan sederhana..merendahkan suara dan …” Sorry..Naz lupa sikit yang last..tapi macam tak leh jalan dengan menghentak2 kaki..maknanya jalan kuat-2 la..kan? Try check lam surah Luqman J

Emm..semalam? Baru sempat makan la..hadoi~ Tak pe la..kalau bab makan nie,,tak yah nak rungsing la..rezeki tu ada kat mana-2 je laa..hehe..walaupun memang serius lapar masa balik KO-K pukul 6.30 petang tu..asar xlagi masa tu..so,,belajaq2 la sabaq k Attierah? Wink2…(*_*) Nyesal gak macam duk sebut-2 tak makan lagi..macam merungut kan? Ermm..orang Afghanistan,orang Palestin tu belum tentu makan nasi seminggu..kita nie? Erm..tak makan lunch,,tak makan breakfast da mengada-2..haha!

Yelah..seNAKAL-NAKAL..

seGALOK-GALOK,,

seDEGIL-DEGIL,,

seBOLAH-BOLAH,, ( bolah=clumsy)

seKiuT-KiUT ( syukur la..xlawa,,xudoh..op??..hehe)

NAZ LAA..

Naz suka gak fikir-2 semua tu..seremeh-2 perkara Naz fikir..sebab tu ar mungkin Naz suka buat kesilapan dalam hidup..SELALU sgt!! Sebabnya ,,kejap Naz selamba buat benda tu,,tapi tiba2..hati cakap tak payah la buat..bukan ok sangat menda tu..ermm,,pelik kan?

NAz ni cam COMPLICATED skit la..hehe! Kawan Naz pom macam tak caya au bila Naz cakap tak suka berkapel..aiyoo~ GEDIXX plop ase..HAHAHA! Yelah..tengok orang ada PAKWE,,POKWE,,BF.. cam best..tapi bila Naz analisis demi analisis…better I’m Alone!! Konon la..Naz nak ada suami daripada Bf..BOLEH KER?? NAz nie bukan la budak baikk pom..eh,,silap-2!! BAIKKK tapi bukan SOLEHAH!! :D..kan?

Yelah..everyone try to be perfect even nobody is perfect, itu satu JIHAD kan? Hehe..ok..cukup la Naz duk jiwang-2 sorang..nak try adjust esaimen bagi siap KEMAH-KEMING laluh..hik3 (KEMAH-KEmiNG= bahasa ganu! ) Tak nak la kalut-2 dah pasni..takut ada tertinggal gak PAGE macam esaimen ko-k..hahaha! ok..tenS ar suka baca cite Naz..hehe! <3<3<3

=SEBELUM NAZ BLAH..NAZ ADA CORETKAN 25 PESANAN LUQMANUL HAKIM KEPADA ANAKNYA =

~SEMUA UNTUK KITA..INSYAALLAH~

01 – Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

02 – Orang – orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari ALLAH juga.

03 – Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

04 – Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

05 – Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

06 – Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

07 – Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.

08 – Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.

09 – Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.

10 – Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.

11 – Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

12 – Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.

13 – Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

14 – Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.

15 – Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.

16 – Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.

17 – Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.

18 – Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.

19 – Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya~ yang akan mendatangkan cela pada dirimu.

20 – Hai anakku; janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

21 – Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.

22 – Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan hartamu.

23 – Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.

24 – Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.

25 – Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.


Blog ini CUTE sgt! Acu tra tekan LIKE :D

No comments:

Hakmilik HareittaNaz@2013