DAISYPATH VACATION


Jan 30, 2013

Jujurkah saya?


Erm. I like to write something that can trigger my sense. Oh yeah? Haha~
Jujur, aku suka muhasabah. Tapi jujur juga, aku tak dapat nak jujur dengan diri sendiri.
Aku selalu bermonolog sendirian. Sampai kadang-kadang aku cakap dengan diri sendiri.
Sampai satu masa, aku sendiri tak perasan, aku cakap sorang-sorang.
Kalau takde orang, ok ar. tapi kalau ada...

" awak, boleh jawab soalan statistik tadi?"

" erm. yelah,, susah sikit no 6 tu ek, past year lagi senang.."

" a'ah, ye kan.. saya buat past year pun tension gile nak jawab, awk, tadi awk cakap dengan sape? dengan kertas ek? "

oh my oh my~~

" haa.. awk dengar ka? haha, sori, a'ah, tak terperasan lak ada org perasan sy masa exam tdi.."

Lantas, lelaki India itu tersenyum manis, kelakar agaknya. Malunya aku.
Dia perasan aku tercakap sorang-sorang.

Aku sedar satu hal. Aku tak boleh JUJUR SEJUJURNYA dengan orang.
Aku bukan seorang SUKA CAKAP BOHONG,, cuma kadang-kadang aku tak dapat berlaku JUJUR.
Buktinya? Dengan diri sendiri pun tak boleh jujur, sahkan dengan orang lain.

Tapi saya je yang pasti setakat nie, jujur aku memang suka dia :)
Peace!
Tak kira apa aku buat selama ni, secara tak langsung, memang untuk attract perhatian dari dia. Hee~
Gatal ke? Erm, takde la,, sebab cara aku attract secara halus, berilmiah, so, ok pe?
Takde aih istilah PERIGI carik TIMBA.. aku cuma niat berkawan, mengenali hati budi, yang lain itu perancangan Allah. 
Apa pun, aku sentiasa doakan pengakhiran yang baik. Dan aku boleh BERLAKU JUJUR pada diri sendiri. BOLEH!! :))


p/s: Sem tak lama dah nak buka. Harap results cemerlang Gemilang lah. Apapun, aku dah set beberapa target dlm kepala. InsyaAllah, pantas tuntas!! 

Blog ini CUTE sgt! Acu tra tekan LIKE :D

SEDEKAH PALING UTAMA


Pagi yang indah dan bermakna adalah sebaik sahaja bangun, kita teringatkan kewajipan kita pada Allah.
Bukan senang nak jadi baik, dan sangat senang nak jadi jahat.
Tapi, pernah tak terfikir, kenapa nak masuk masjid yang free susah orang nak masuk, tapi kelab malam BERBAYAR,mahal lagik, ramai je masuk. Allahurabbi~


Allah as-syakur yang dengan kemurahanNya sentiasa memberi balasan berlipat ganda bagi setiap amalan hambaNya. Allah SWT juga telah menjadikan berbagai cara dan jalan agar hamba-hambaNya boleh menggandakan saham akhirat mereka.
Oleh itu, kita selaku hamba yang dhaif haruslah sentiasa mencari jalan untuk menggandakan amalan kebajikan kita agar dapat digandakan di akhirat kelak. Insya-Allah. :)

Jangan hanya tahu mencari-cari jalan menggandakan saham-saham duniawi tetapi mengabaikan bekalan untuk kehidupan ukhrawi. Imam as-Sayuti RHM menjelaskan bahawa sedekah seseorang boleh digandakan ganjarannya seperti berikut:


1. Sedekah yang diberikan balasan 10 kali ganda
Pemberian yang diberikan kepada orang yang sihat tubuh badannya serta tidak berhajat untuk sedekah.

2. Sedekah yang diberikan balasan 90 kali ganda
Pemberian yang diberikan kepada orang yang buta atau terkena musibah iaitu orang yang memerlukan bantuan.

3. Sedekah yang diberikan 900 kali ganda
Pemberian yang diberikan kepada kerabat yang berhajat.

4. Sedekah yang diberikan balasan 100,000 kali ganda
Pemberian yang diberikan kepada ibu bapa.

5. Sedekah yang diberikan balasan 900,00 kali ganda
Pemberian diberikan kepada orang alim atau faqih.

                                              

Sekian,perkongsian kali ini. :)


p/s: InsyaAllah, ilmu tanpa amal umpama pokok yang tidak berbuah. Moga kita diberikan kekuatan untuk melaksanakan ilmu-ilmu yang dipelajari. Insya-Allah.. :)


Blog ini CUTE sgt! Acu tra tekan LIKE :D

Kenali 'human behaviour' di Laman Sosial


Hailaa~ Tiba-tiba terfikirkan sesuatu. Kadang-kadang bila kita nak jadi mcam tu, orang kate macam ni.
Kita nak jadi macam ni, orang complain kita sebab jadi macam tu.
Apa pun, manusia takkan pernah puas dengan apa yang ada pada seseorang.
Begitu juga aku, sebab aku pun manusia.
Aku sebenarnya, cuba memahami manusia. Golongan manusia merangkap golongan aku sendiri. 
Melalui beberapa segi:

1. menilai manusia dari laman sosial FB, Twitter, Instagram, Tumblr, Flickr, or whatever..
ok. 

2. menilai dari perwatakan luar.

3. menilai dari pemakaian.

4. menilai dari segi pergaulan.

Ok. Maybe tu antara view aku tengok kat seseorang la. 
Dan secara tak langsungnya, aku jadi terikut-ikut kemungkinan orang pun turut sama view
 aku dengan view sebegini. 
Jadi, aku dah ubah cara persepsi aku, bagi aku tak adil lah kalau aku view orang just through their social site right? Ok, bagi aku personaliti seseorang itu subjektif kan?

Walau macam mana pun, takdelah sampai, tengok ProfilePic tak pakai tudung, status tentang Aurat. 
Perkara sebegitu sememangnya terang bersuluh lah kan, takkan laa kita nak consider dia jenis bertudung. Tapi ape-ape pun, kita boleh mendoakan dia atau bersangka baik moga dia sedang berhijrah. Why not?
Tak rugi pun kan bersangka baik~ 

Memetik kata-kata dari sahabat dunia akhiratku, Shukriah Sulong. 
It's really nice quote, pretty awesome of sequenced words !!

"Jangan hanya menilai saya melalui tulisan2 saya di facebook...
Mungkin lebih baik, nilailah saya secara direct in person...

Kata2 saya mungkin menggambarkan pemikiran saya,tapi akhlak saya yang menggambarkan amal saya..maka jauhlah perbezaan antara kata dan akhlak saya,begitu juga dengan ilmu dan amal saya...

Saya bimbang anda mungkin tertipu dengan nasihat2 baik saya...
Sesungguhnya saya hamba hina lagi dhaif...Don't expect me too much..."


Yup. Aku LIKE LIKE LIKE sangat. Jadi, berazam untuk lebih matang mendepani kehidupan, aku memilih untuk mengenali seseorang setelah aku mula berkawan dengan dia. Tak adil lah, menghukum seseorang itu jahat hanya kerana dia tak bagi pinjam nota time EXAM, dia keluar tiap-tiap malam balik lewat, mengenali seseorang itu mungkin lebih bermakna... :)

i learn to know someone first. then, i start to judge her/his.
however, i'm no one to judge person, it's  all belong to Allah. :)


p/s: TAJUK ENTRI langsung takda kena mengena?? KENALI lah sangat.. By the way, aku bukan Dr Fadzilah Kamsah atau kanselor, nak kenal-kenal peribadi bagai~ hahaha



Blog ini CUTE sgt! Acu tra tekan LIKE :D

Jan 29, 2013

To be a housewife :)

Hai,hai,hai... fuh, seronok~ Seronok bila kita masak, orang makan dengan lahapnya, 
tak kira la sebab dia memang lapar atau aku masak memang sedap.
Hehehe,,tersenyum jualah ibu ku..akhirnya masak juga akuu kann?? Hee~~
Bukan lah faktor malas, tapi banyak-banyak benda ada satu benda mesti kita tak rasa nak buat, sebab ade yang lebih arif kan? Hehe,, so dah tahu I tak pandai, so sebab tu I tak nak masak.
Then, my mom would replied this:

" Alasan,,dah tahu tak pandai, belajarlah.."
Sigh~ Okfine. menang!
Bukan tak nak belajar, aku saje je, tak nak tunjuk lagi, lagipun, yelah,,kalau dah satu dapur dengan my mom.
 Itu tak kena, ini tak kena.. pleaseee~
'Mommy, can u just let me learn?'

'Of course I do..'

'But u complain too much, I'm bit stress...! Grr~'
**Orite, thats how when a mother and daughter at kitchen. 
#Pasai apa ang lagu tu? Aku tak dak aih, biasa ja..ok ja..#
Orite, thats my MOM not yours~
Tapi, untuk kritikan kali nih, my Mom said it's pretty deliciouss just bit spicy for little kids. 
Ok, mission accompished! But bit oilyy~ pheww~~
I said to myself," pandai juga aku masak ek.."
My mom terdengar then said, " pandaii jee,,cuma MALAS.."
 
Aduh,langsung tak terasa..~ 
Tapi honestly, I like when I'm cooking but how to start it is terribly worst part maybe? 
Hahaha.
I'm prefer doing house chores like basuh kain, jemur kain, lipat baju, kemas bilik tidur, toilet, mop dan apa-apa selain memasak. 
Aku masih ingat, first cooking aku pernah masak, maybe Spageti? Oh ya? 
Hahaha,, I keen much on Spageti until I asked my friend to teach me,
Hahaha,, camtu lah bila aku nak kan.. mungkin betol gak mak aku cakap, boleh je masak, cuma MALAS! 
Adui,,,sorii,,aku tak ajar perkataan tu untuk biasakan diri aku sebenarnya. 
That's why I'm bit reluctant to say this word 'MALAS'
 
ok. need to change. lepas ni, MASAK-MASAK! :)
Semalam, time kemas, terjumpa scarf toska ni.
Cute, aku pakaikan tuk Nusrah. Haha~ Dia suka maybe sebab kainnya lembut,, tak la panas sangat..
 
p/s: improve! improve! improve!
that's we called improvisation. :)

Blog ini CUTE sgt! Acu tra tekan LIKE :D

Jan 27, 2013

AKU MAHU DIA~


Aihh..dah nak zohor. Sebelum tu, I like to share this song. I like every part of lyrics.
Let's hear this song :)

Song: Aku Mahu Dia
Sing by:  Mr. Hazama


Saat aku kenali dia
Hati ini selalu gundah
Selalu ingin dekati
Dan ingin menghampiri dia

Aku mahu dia milikku
Ku harap semua pun tahu
Bahagia terasa bila
Ku melihat senyumannya

Aku sedar ku telah jatuh cinta
Dengannya hatiku terasa luar biasa
Aku tahu kau selalu curi lihat aku
Matamu jelaskan kau mahu

Katakanlah padaku kasih
Andainya kau punya
Perasaan sepertiku
Agar kita bisa bersama

Tolong jawablah kasih
Jawablah perasaan
Hatiku yang menebal
Ku selalu terbayang senyummu

Aku sedar ku telah jatuh cinta
Dengannya hatiku terasa luar biasa
Aku tahu kau selalu curi lihat aku
Matamu jelaskan kau mahu

Katakanlah padaku kasih
Andainya kau punya
Perasaan sepertiku
Agar kita bisa bersama

Tolong jawablah kasih
Jawablah perasaan
Hatiku yang menebal
Ku selalu terbayang senyummu:)

p/s: i feel the same way lah. haha :P

Blog ini CUTE sgt! Acu tra tekan LIKE :D

Jan 25, 2013

Miss My DAD so much!


Erm. Cuti panjang kali nih, so, update blog sememangnya aku selalu buat.
Teringat lepas STPM dulu, main affiliate system, konon nak menjana pendapatan online.  
Cuba-cuba Jaya kata orang. Sekurang-kurangnya, aku takla buta tentang affiliate  ni.
So, aku pelik bila member roomate aku ade syorkan satu investment, just by clicking referred link, we may earn at least RM5, wahh? It isn't it pretty awesome? Tapi,camne tu? 
Takkan depa tak fikir pendapatan tu dari mana?

Eh..eh,, takpe plak ek dapat income camtu, bila ajak join program yang ditolak zakat pendapatan, 
banyak soal lah pulak. Ok. stop! Sesekali,malas nak bercerita panjang orang-orang yang macam ni.
Actually, I miss my dad lately.

nie, gambar yang dia pernah kasik. lama tak jumpa, jadi takde foto terkini.
tapi takpe la,, daripada takde langsung..:)

Around 7-8 February, there will be my cousin's engagement day at Kemasik, Kemaman.
Aku harap dapat pergi walaupun mak aku cakap there will be something that may dispoint us.
Bagi aku, memikirkan mereka-mereka itu, langsung tak menguntungkan aku. 
Mungkin aku akan rasa terpinggir, tersisih, tapi takpe lah, niat aku nak pergi, jumpa KakNor,
melawat dia,dan adik-adik dia. Bagi sokongan, dokongan. 
Ape pun, arwah ibu KakNor banyak tolong aku dan ayah aku dulu. 
Dia lah banyak bagi semangat, nasihat, kekuatan pada aku. 
Semoga terus berdoa untuk kesihatan dan kebahagiaan ayah.
Aku terharu dan terima kasih sangat atas segala perhatian arwah Mak Sitoh. 
Al-Fatihah~ 

Apa yang aku buat adalah sebab aku rasa terhutang budi sangat dengan keluarga mereka.
Sebenarnya, kita boleh rasa keikhlasan seseorang pada kita melalui perhatian, sikap sedia memberi semangat dan pertolongan di kala kita perlu sangat. Kadang-kala, melihat keakraban keluarga mereka dalam menjalani kehidupan seharian membalut rasa sunyi aku dan adik-adik tanpa kehadiran seorang ayah di sisi.

Yep,tak semua tahu pasal ayah aku. Kawan aku, Mirul pun baru tahu.
Ade ke dia cakap, muke happy je, tak tahu lak ad ayah tiri.
Ishh.. ape kena mengena muka happy dengan ayah tiri lak kan?
Takkan ada ayah tiri bermakna penghujung cerita bahagia kan?

Aku seorang yang suka berfikir, dan fikir. Salahkah aku fikir kalau aku kaya, dah kerja, ada duit sendiri, mungkin aku tak perlu ada ayah tiri kot?
Yelah.. bagi seorang wanita seperti ibu aku, sukar meneruskan hidup tanpa seorang lelaki. 
Adanya lelaki boleh support mana yang kurang, tolong apa yang seorang wanita tak mampu buat.
ERM.. ok, yelah tuu~

Orang mungkin tak faham, tapi setelah apa yang berlaku, aku tak rasa berGUNAnya ada seorang lelaki.
Ok, tak perlu lah aku nak cerita semua. Apa yang aku rasa adalah, kalau aku berduit, aku boleh upah sape-sape je nak baiki paip ke,baiki lampu ker, baiki kereta ke, pasang alarm ke, supaya aku tak perlu ada seorang AYAH TIRI. I don't need any strangers in my house.

Ayah tiri/ ibu tiri bukan sesesuatu mimpi ngeri buat anak-anak mangsa keadaan seperti kami. Cuma, kadang-kala, hanya Allah yang tahu kenapa ujian dan dugaan datang kepada aku dan adik-adik aku. 
Mungkin saja, manusia boleh menjadi sangat tabah kerana kesusahan dan keperitan dalam hidup, tetapi rebah apabila berdepan dengan segala kesenangan dan kenikmatan. 
Jadi, mungkin ini jalan terbaik untuk aku terus dan terus jadi hamba yang ingat padaNya.

Walau seperit apa pun hakikat hidup ini, aku tetap bersyukur, ayah selalu telefon, tanya khabar anak-anak dia. mungkin dia bukan ayah terbaik dan sempurna, tapi cukuplah segala usaha yang Ayah tunjukkan.
Apa yang penting, aku cuba dan berusaha agar satu hari nanti, aku akan jaga keluarga aku sebaik mungkin, sebab aku tak nak anak-anak aku rasa apa yang aku rasa. Pedih nya hanya Allah tahu.

Alhamdulillah, aku dah 21 tahun, masih berusaha menjadi anak yang solehah, sentiasa berdoa, agar keluarga kami dapat disatukan menjadi keluarga bahagia di syurga Allah kelak. Moga segala dugaan di dunia sebagai ganjaran di akhirat kelak, amin~ Dan yang penting, untuk meningkatkan ketakwaan kami sebagai hambaNya.

Aku suka berseloroh,bergurau senda..hahaha..konon-konon buat kelakar..
adakala aku pernah berkongsi serba sikit cerita pada teman-teman rapat aku.
Aku mohon maaf sekiranya, adakalanya aku agak defensive, mungkin sahaja persekitaran menjadikan aku berperwatakan demikian. Adakalanya, wajah ceria, happy tak menggambarkan hati turut bahagia. 
Cuma, hanya dengan menzahirkan kebahagian di luar, manusia mampu mencetuskan satu kebahagiaan dalaman juga, aku percaya. Membahagiakan orang lain meski hati derita juga adalah cabang untuk mencapai kebahagiaan. InsyaAllah~




Blog ini CUTE sgt! Acu tra tekan LIKE :D

Jan 24, 2013

DEaktif FB? PELIKS ka?


Hailaa~ Looks like my plan will be broken down. Phew~
Orite. no sigh please!
Let's try another way~

Ok. now, get to arrange one by one!! 
Don't be hesitate Attierah! InsyaAllah, kalau rezeki, mesti jadik.

Erm. tiba-tiba rindu lak Facebook lama~
Ok.fine, jangan di sebut..
Kadang-kadang kita tak perlu sebab yang kukuh atau kuat untuk buat sesuatu tu, 
cuma bila kita rasa kita perlu buat just buat.

Kawan-kawan cakap aku PELIK~
Sebab pe, tiba-tiba deaktif Facebook. 
Tapi luckily, I don't have any special companian, so takde la alasan yang aku ade masalah dengan BoyFRIEND ke pe ke. BoyFriend la sangat kan~~ Aigoo :p

Bagi aku, FACEBOOK ni perlu, untuk berhubung dengan kawan-kawan lama,
tapi disebabkan beberapa kenalan yang kita sendiri tak berapa kenal, tapi terAPPROVE, 
takkan nak REMOVE, kejam kaa? Hahaha~
So, aku terfikir kan, kadang-kala, I do need a privacy concern. 
Ada sesetengah perkara aku tak suka nak kongsi dengan orang tertentu, 
bukan apa, orang-orang ni suka- suka je assume apa-apa diorang nak. 
Bagi aku, aku bukan la nak tunjuk aku ni BAIK sangat, cuma, ada masa, ada ketika,
 ada situasi, kita nak kawan-kawan kita je tahu kan?

Facebook salah satu sosial media, bawa kebaikan aku akui. Tapi, sebab Facebook juga, 
suami isteri bercerai, pasangan couple clash ( sape suh couple? ~~ ), kawan makan kawan, dan macam-macam la. So, aku cuba tahan hobi yang suka bersosial dengan laman sosial ni. 
Haha, bukan apa, bila aku duk tengok gambar-gambar yang tak patut tengok, eh,, bukan gambar ngarut ek. Contoh la kan, gambar kawan-kawan aku ke yang couple sweet-sweet, status yang mengada-ngada, putus cinta macam dah hilang suami/isteri.. bukan JELES, bukan.. aku jadi, timbul rasa MELUAT, NAK MENGUMPAT, NAK MENGATA. Manusia kan? Aku manusia biasa, rasa fitnah dalam hati pasti rasa, last-last jadik dosa. Dosa-dosa kecik, pastu timbul la titik-titik hitam dalam hati. Banyakk tuh!

Aku bukan insan sempurna, memang penuh dengan dosa, dan kalau boleh tak nak menambahkan dosa dengan melihat komen-komen, status-status macam ni, baik cuma cari alternatif lain untuk elakkan.
Jaga hati, supaya terpelihara dari rasa sakit hatii, dengki, iri hati, dengan orang lain. 
Padahal, kadang-kadang, we don't even know that particular person. 
How rumors easily spread through FB right?

So, better we befriend with someone that we're really close to. Apepun, hubungan dengan kawan-kawan, saudara-mara tetap kena jaga, jangankan sampai nak elakkan musuh, sahabat dilupakan kan?

Hee~ So, aku rasa bukan senang nak jadi terBAIK apatah lagi SEMPURNA.

Person who claims that he/she is good person, actually isn't good enough..
So, we're never be the bestt, but we still can strive to be the best.
Remember, Allah rewards for our effort, His slave that keep working for the best, clearly, not our results. :)

Kawan-kawan yang memahami, 
dia pasti faham aku, dan terima kasih untuk itu.
Apapun, aku bersyukur kerna dikurniakan orang-orang yang bermacam jenis, ragam, perangai. 
Aku sentiasa percaya dan yakin variasi merekalah mengajar aku menjadi seorang yang kuat hatinya. Sesungguhnya, kesusahan dan kepayahan juga guru paling berkesan!
Tapi ramai juga kecundang apabila diuji bila diberi kesenangan, apapun, 
kedua-duanya GURU terHEBAT! :)


p/s: Let's make my holiday colourful! Yeah :D

Blog ini CUTE sgt! Acu tra tekan LIKE :D

Tak suka!

Assalamualaikum,, ;-)
Hurm...arini rasa macam-macam perasaan. Sedih,gembira,excited.
Maklum la,arini banyak benda jadi.


Sedih bila Nasrul makan ayam yang aku baru nak makan,,dan pegang laptop aku. Habis semua kena minyak,bau ayam lagik. Nak marah,geram sangat. Tapi bila tengok muka dia. Ades~

Muka kesian giler,macam rasa jahat sangat kalau marah budak kecik tak tau pape. Maaf,,apa-apa,,seseorang harus dipersalahkan. So,mangsanya Dini!!

Siapa suruh dia tengok tv sangat sampaikan Nasrul buat kacaw pun tak sedar. Maaf,,timing tak kena. My mood is still unconscious. Sometimes,we lack of emotional balance.;-) right?

Hurm, gembira? Ok,,sebab,,arini adik-adik balik, so I'm happy for that. Kita keluar pergi pasar malam. Makan sama-sama. Gaduh, mengata-ngata. Saat yang sangat menyebelin tapi aku suka. Kelakar kot!!

Excited? Erm,,entah.. To be a better person. Asalnya dah plan ngan kawan untuk ke program intensif Dr Azizan IMKK,If we manage to go,it will be great! ;-)

Tiba-tiba, teringat kat Mr Marketing tapi masih boleh menahan rasa. 
Sabar! Sesuatu yang baik pasti berbaloi apabila kita belajar menahan dan mengawal. 
Tapi, adakah dia macam aku? Aih,,perasan. 
Tah-tah dia macam kawan baik dia,,diam-diam ada berpunya. Takpela.
Andai dia memang untuk aku,,dah berpunya pun mesti milik aku gak. Hahaha..Sedapkan hati.

 Sebab hati dia milik Allah kan,,takde hal lah. Hee~ Amin!
*teringat la pulaj pertemuan di masjid. sejuk hati rasa,,~~ ngee :D


Ok,penat sebenarnya, satu hal yang buat aku rungsing,rasa macam gemokk laa-oh no!
How could I say that to myself? Ok,,aku sebenarnya tak suka kutuk diri sendiri sampai menjatuhkan keyakinan diri aku. Tapi,disebabkan,mak cakap aku nampak makin berisi (ayat lembut,,pergh!) aku jadi tak dapat brhenti fikir. Nak kurus tapi bukan kering atau keding. Hahaha!

Ok,langkah pertama,,ucap 'SLIM' 100x pada diri, positif tu perlu.

Langkah kedua? Ok,xfikir lagi. Rehat lu. K. Nanti aku sambung.:-)

P/s: Segala luahan berbentuk peribadi. As it's a blog, we still concern on people's privacy. 
Peace yo!!:-D
Blog ini CUTE sgt! Acu tra tekan LIKE :D

Jan 23, 2013

Lucu adik2 ku ;-)

Helo! Hehe, pagi ni agak busy.
Terpaksa korbankan waktu beradu.
Kikiki. Takpa la,,;-)


Lucu sgt Nasrul nie,aku pusing-pusing tuala letak atas kepala.
Tup tup,,dia amik tuala mak,,suruh aku pakaikan kat atas kepala dia.


Hahaha,amboi! Dia tu takdak rambut,,botak,,ada hati nak pakai macam budak perempuan. Kelakar lah!!

Nusrah pun,,nampak aku pakaikan tuala ke Nasrul,,mula lah mengada,,nak jugak, ok fine!
Budak-budak,,jeles tu biasa. Hihihi.

Lepas mandi dan pakai baju semua, aku suap nasi tomato kat Uyah,,lepas tu,, Nayo pun nak jugak. Nak,,tapi nak makan ayam aje. Adoi!! Nasi tak nak pulak ek,,:-P

So,,makan ayam je lah, lepas tu,, boleh pulak,,dia naik ats kerusi meja makan,,amek tulang ayam dan kekoh. Kekoh tu bahasa Ganu. Maknanya makan la. Huhu.

Dalam hati aku,,suka benar dia makan tulang ayam. Hahaha. 
Uyah tak gitu. Sampai kering tulang-tulang dimakannya.
Aku tengok-tengok la kot-kot dia selit sisa tulang kat merata lak.
Last-last tengok,duk lam mulut lagi. Ya Allah,,suke sangat ayam.
Pasni, memang kena beli kfc lah ari-ari. :-D


Sian betol,,,nak bagi lagi kan,,isi ayam je ada,,tu pun masak tomato.
Nanti kan,,podas pulok. Hee~

Rupanya,,it's time to sleep,, almost 10.30,,biase dah, ni time-time dia tido la,,hehehe. Ok,,,get ready for feeding milk and swinging time. 

Dodoi si dodoi adikku~

p/s: yuk, sleeping time for little baby boy.;-)
Blog ini CUTE sgt! Acu tra tekan LIKE :D

Jan 21, 2013

Berani2013- part 2 (how's to be positive person?)


Hai. Hai. Hai. Hehehe.
Ok. actually, aku nak sambung cite pasal program Berani2013 Dr Azizan. Hehe!
Ok. actually lah kan. Sebelum 14 Januari 2013 aritu, aku ada terbaca newpaper.
Ceewaahh~ Tu lah yang semakin berkobar-kobar aku nak pergi join program Berani2013 tu.
Of course because I'm afraid person. So, need to join Brave programme. Yeahh!
Ok. Nak tau camne nak jadi positif. Berusahalah ke arah positif.
Ok. katakan kita berkawan dengan orang berminda negatif, 
salah dia ke salah kita kalau kita terdorong menjadi negatif?
Ok, jawab je dalam hati kerana hanya orang yang betul-betul nak berubah akan tahu jawapannya.
Sekarang, aku nak kongsi antara cebisan keratan akhbar yang aku sempat snap. 
Oh no! Snap lagik? Hehehe~~
Nak wat camne. Hobii laaa. Kikiki~~

tengok je pic nie. aku terus teringat kat FB!
oo..nie lah Berani2013! Aku terfikir...
Allah dah tunjukkan peluang, ruang, kenapa manusia ni kufur nikmat?
Benda dah depan mata kot..
orang hanya mampu melihat CROWD of PEOPLE ! Meriah kan?
tapi percayalah, kita akan YAKIN dan PERCAYA bila kita sendiri adalah antara CROWD itu.






apa yang kita FIKIR,
apa yang kita  RASA,
menentukan TINDAKAN kita seterusnya...:)

Ramai siswa siswi percaya, yakin dan tahu bahawa pasaran kerja sekarang tak memungkinkan mereka layak untuk mendapatkan kerja yang berkelayakan dengan kelulusan mereka. Lain lah kalau mereka tersangat terer dapat 4 flat dan sangat berkebolehan dalam pelbagai bidang..itupun terpulang pada rezeki dan nasib masing-masing.


Kita tak boleh nak menafikan apa jua keputusan kita pada masa akan datang, tak menjamin masa depan. Jadi, kalau boleh dapat peluang untuk berjaya sekarang, kenapa perlu tunggu masa akan datang? Masa yang belum tentu akan menjamin 100%  masa depan kita.


Mungkin kalau mula mengeluarkan fakta sebegini tak ramai yang suka dengar. Macam-macam alasan mereka bagi. Bagi aku, terpulang. Sekurang-kurang, sebagai seorang kawan, aku dah menjalankan tanggungjwab untuk ajak kawan-kawan terdekat aku, kenalan aku untuk berjaya sama-sama dengan aku. Takde lagi sebab untuk mereka cemburu, atau salahkan aku bila aku berjaya. InsyaAllah, aku pasti boleh!


Bukan senang nak positifkan minda, nak dapat attitude macam sekarang, jadi aku tak nak sia-siakan. Aku harus kekalkan dan usaha lebih lagi. AMIN! Selama ni, aku bersyukur dengan segala apa Allah bagi. Jalan yang Allah tunjukkan, aku redha atas segala ujian dan cabaran sepanjang 3 semester berada di Sintok.

Alhamdulillah sangat, tak mewah,tapi cukup. InsyaAllah, akan aku berusaha lebih, dan lebih lagi.

Moga kekuatan dariNya terus bersama dan mengiringi perjalanan dan perjuangan aku. HambaMu yang lemah :)




p/s: bersangkalah baik pada Allah,kerana Allah adalah sebagaimana sangkaan hambaNya. Pasti!! Teruskan berusaha ke arah kebaikan dan positifkan minda, kita pasti selalu ceria, bahagia dan gembira.

Blog ini CUTE sgt! Acu tra tekan LIKE :D

Happy Monday!

Heee~ Ok. sekarang mood HAPPY! Sebab akhirnya, aku dapat update header baru.
At least, i try to do it myself. Suke-suke!!
Aku minat explore-explore benda camni. 
Logik la,kalau Wan kata tak boring ke duk men "benda" ni hari-hari. ?
Aku senyum lantas membalas," Irah bukan main la, irah explore, banyak ilmu dapat.Hehe."
Betul ke? Betul lah. Ada kelebihan kot kalau pandai-pandai semua nie.
Aku nak jadi flexible. Kalau boleh, semua benda aku nak cuba belajar buat sendiri. 
Why not? Zaman sekarang, kalau tak tahu buat, susah lah nak harapkan orang. 
Orang kan, bukan selalu ada untuk kita. Ceewah~ Lain macam je bunyi.
Harus laa.. Sebab belajar dari pengalaman. 
Kerana mengharapkan orang, diri sendiri binasa, terluka, tersingkir, terpinggir.
Cuti ni, macam biasa. Spend time dengan 2 orang budak kecik yang makin besar.
Nusrah dan Nasrul. Nakal tu biasa! Mengamuk tu pun biasa! 
Yang tak biasa kakak dia.. geramm bila mengamuk + menangis meleret-leret. 
Takpe2, kakak dia ada cara sendiri nak handle kes macam ni. Hehehe :)
Ape pun, kami share favourite yang sama iaitu SUKA BERGAMBAR! Ceewahh~


peace yo! - rumah Angah :)

Nusrah Khalisah >,<





p/s: cantik ar "Assalamualaikum baru punye" Hehe :)

Blog ini CUTE sgt! Acu tra tekan LIKE :D

Jan 18, 2013

FENOMENA 'LISTEN! LISTEN! LISTEN' part 2


Assalamualaikum.. ok. aku rasa aku nak sambung  ketidakpuasan hati aku tentang beberapa perkara:

1. Time Bawani cakap, ramai student tepuk tangan. Aku assume everyone do like her opinions so much. However, somehow, aku still tak puas hati dengan nada dia yang lantang. Tapi aku sokong tang mana pi duit tuk pendidikan kitorang. 

*At least, jangan sangat kelihatan sangat kita pembangkang even we did. Rata- rata pelajar dah kenal dia. Time kempen pilihanraya MPPUUM aritu, ade kot yang bokiot dia. Adi, kelantangan suara dia tu buat orang mudah cop. 

2. Aku setuju part yang Syarifah kata Bawani less of respect je. Yang lain memang jelas dia cuba MENGELAK menjawab soalan dengan ayat dia. 
" Do you think I need to answer her question with this attitude? "
of course, people tend to say "NO".  Korang kena tahu kenapa? 

Alasan-alasan ni memang kena lah dengan apa itu kita katakan 'physchological'.
It did considered relevant valid reason and the point to backup UUM's student.

> Kitorang berada dalam dewan dah hampir 6 jam lebih kot. memang penat dengar orang duk berpolitik segala bagai nie. Yelah, to be honest, hidden agenda pulak tuh. 

> Everyone seems more excited to has lucky draw for Galaxy Note. So, we must understand how does eagerness feel right? We will lose balance to entertain sorts of any dicsussion after all. That's quite too long debate we had before this. No longer space to digest all sorts of things.

3. Tidak puas hati dengan analogi-analogi yang langsung tidak relevan dengan masalah diketengahkan. At least, Madam Syarifah tak payah nak nampak sangat cuba mengelak dari jawab soalan dengan mengeluarkan analog-analogi yang tidak berasas. Jelas tidak menampakkan sebagai seorang yang dewasa. 

4. Satu lagi, aku rasa sakit hati dengan orang-orang yang hanya sekadar melihat video ini dan macam-macam duk kutuk student UUM. Ang pa semua tak tahu kan cerita dari A to Z. So, tak yah nak melebih la nak assume apa-apa. Antara respon menyakitkan mata aku.

nie je respons orang ramai hanya kerana ISU nie?
kalau mcam tu , senang je la nak ukur seseorang, sekali wat silapp..
semua kira salah lah yerkk??


Hello semua!
Tepuk bukan makna setuju bukan juga makna tidak bersetuju. 
Same goes with shake hands. It doesn't considered respected people just by shaking their hands.
 For example, is it a respect when Madam Syarifah shook hand  with Gulam who is non-muhrim with her? Second, is it considered a verbal respect when she shook hand with Bawani by all means , without realise that she had being rude in kind of words? People tend to feel excited with these two ladies. 
Clapping hands for Syarifah was considered as symbolized  that she had done a great actions  by showing  her weakness, her true colours obviously. That's it.

Nie antara para siswa/i menyokong Bawani. Teruskan. Aku mendoakan apa terbaik cuma kadang-kadang yang betul tetap betul, yang salah tetap salah. Teruskan memperjuangkan hak kita wahai siswa/i sekalian di jalan dan landasan betul. Insya- Allah, Allah kan bantu di perjalanan sekiranya kita mengikut syariatNya. Amin. :D





Presiden Kelab Muamalat 2012-2013

signature collection! :D




satu part paling TAK PUAH HATI! 
tengok ar YDP UUM buat pa time kita duk hangat berdiskusi. 


we have no reason why our YDP behave such this. sorry apart of him.. 

SEKIAN :)

p/s: Setiap orang ade respons sendiri regarding this issue. Mungkin aku lebih senang mengetengahkan satu perspektif yang berbeza dengan orang lain. Mungkin juga sebab aku berada di tempat kejadian. Mengamati setiap perkara berlaku. :) peace no war!



Blog ini CUTE sgt! Acu tra tekan LIKE :D

FENOMENA 'LISTEN! LISTEN! LISTEN' part 1

Assalamualaikum. Sejak 2 minggu ni, UUM dilanda fenomena "LISTEN! LISTEN! LISTEN!"
Bagi aku, fenomena ni lagi gempakk dan bahaya lagi dari fenomena TSUNAMI atau TSUNAMO. or whatsoever. 
It's because mainly about PHYSCHOLOGICAL! 
Yes, exactly it is.


OK. 
Kali ni, aku just nak share serba sikit atas tiket as a UUM Student. Lantak ang nak pikir apa.

Program ni mendapat liputan agak meluas, publisiti yang aku kira cukup hebat. Mana taknya, dalam advertisement clearly offer to us 10 free Galaxy Note untuk lucky draw! 
Bawah anjuran"Suara Wanita 1Malaysia".


First time, aku rasa, tajuk tu cukup menarik. 
Just curious. What is it all about?
Suara1 Wanita 1Malaysia. 
It sounds great!

Meneliti semua tu, aku jugak sempat tengok penganjur ada offer baju t-shirt percuma. Hehehe.
Harus diakui, student macam aku, memang suka buat
 collection t-shirt program, yelah, interesting what?


Then, aku pun dengan tak fikir panjang, tulis nama dan ajak member aku sekali.

Bla.bla.bla.bla...dalam sehari sebelum program, aku ade tanya roomate aku, oh, rupenya program SW1M ni 
bawah DPP (Dewan Penginapan Pelajar) Proton. 
Mostly, AJK are from DPP Proton.
 Oo...camne aku tak tahu? Haha. 
Mungkin tak ambik tau @ kurang tahu. Mungkin.


To make it short, early in the morning, we got into a bus to DMAS. ~Dewan Muadzam Syah~

Merupakan dewan utama UUM.
Orite..it's quite surprising to see there were many students included UniMap, Kolej Matrikulasi Perlis dan aku pun kurang pasti. Wahh..ramai gilaa kot..aku difahamkan lebih kurang 2000++ maybe?


Then, registration was well prepared and there were 2-3 pretty ladies in front of the main entrance.
Mak aihhh...mahal belanja depa semua nih..

My first impression,this programme will be a great impact one.
 No wonder, for lucky draw, we're promised by about 10 Galaxy Note maybe?


Sempat aku melihat beberapa tetamu yang hadir sedang menikmati hidangan pagi. Wajah mereka aku tak kenali. 
Lalu, selesai sarapan, terus kami masuk ke dalam dewan. 
Tak lama beberapa tika, kami dihidangkan dengan tayangan dari saluran Astro Awani. 
Quite informative!

Pada pendapat aku, tak rugi aku datang, at least,
 dapat jugak aku tambah ilmu.


Tak lama lepas tu, beberapa nama panelis disiarkan.
 Dan termasuklah Pengetua DPP Proton, En Mazli.

Perbincangan mereka memang menarik, aku suka dengan kepetahan masing-masing. cuma kadang-kadang kurang bersetuju dengan keagresifan ditonjolkan oleh salah seorang panelis,
 Pn Syarifah Zohra.

Bukan ape, kelihatan dia bertindak agak tidak sopan apabila memegang tangan Encik Gulam.
Menurut aku, imej ditonjolkan Encik Gulam yang kelihatan alim, dan hujah yang lebih islamik mengehadkan perkara sebegitu berlaku. Ini bukan soal, high impression or what, is it proper to shake hand with non-muhrim? Erm..ok. tu satu dari 1001. :)


Lepas tu, aku dimaklumkan lagi mereka dari NGO. 
Tapi yang aku tak faham, kenapa tayangan video lepas tu. mainly about political issue.? Ok. sokey. tapi kenapa perlu ade kecenderungan kepada memburukkan parti lain. 
Maafkan saya, saya bercakap ni tanpa ada kecendurangan kepada mana-mana pihak. Cuma agak terkilan. 
Nama program yang sebelum ni, "Seiringkah mahasiswa dan politik? " seakan tersasar-sasar jauh.. padahal dalam minda aku..aku  ingatkan kami pelajar diberi ruang, peluang dan satu platform untuk menyuarakan suara kami dalam mempertahankan hak dan kepentingan bersama? Nampaknya, aku silap. 
Bukankah NGO should be non-political organisation? 
Why this programme should be like this?



Tapi, aku masih kekal di dewan sampai habis acara. 
Bukanlah mengharapkan dapat Galaxy Note. 
Tapi, adat pelajar. Takkan aku nak keluar sebelum acara abis. Sampailah aku tertarik dengan satu soalan dari seorang student, aku lupa nama dia. Persoalan dilontar dengan sopan dan bernas. Very fluent english! Kadang-kadang jeles melihat kepetahan pelajar seperti ini berbicara , berani ke hadapan.



Then., it should be last question. Memandangkan, memang terlalu lama dah kitorang lam dewan. Semua dah panas punggung. Maklumlah, pakat duk tunggu Galaxy Note. Lagi lama lah lagi nak habis. Penatt sih!!



Muncul seorang bekas calon MPP, Bawani. Yes. aku masih ingat time Pilihan raya MPPUUM aritu, aku ade  snap salah satu kempen yang diorang buat. 




Yup. A great brilliant question. Tapi, jujur aku katakan. Miss Bawani should lower her voice and try to balance her emotion. Honestly speaking, people tend to listen carefully, if we're doing in proper manner. Well, it just my opinion. Up to you. 



Till, Syarifah decided to take over the hall's attraction by interrupting Bawani's question. I think it was the a a total  great mistake she had done. How come she did not let Bawani finished her question first? Orite, I try to consider that Bawani's just overspoken. Thus,as a woman, she was felt being humiliated maybe with such unexpected question. But still, she needed to consider her position as Presiden SW1M. Her professionalism and credibility will looked up first instead of her title of being a "WOMAN". 
Ok, that's one point. She got these words for return.




Second point, honestly, for the first, I did agree with her when she said that Bawani lacks of moral and respect, by all means, she did mentioned that by shaking Bawani's hand is considered as part of respect. Ok, is it? Yup, perhaps. But, actually, at the first, she had spoiled that "respect"by preventing Bawani finished up her question. It totally ruined everything. That's the second point.



Third point, I did agree each point of Bawani's point till then she had compared Malaysia with another countries. 
Ok, let's assume that I'm zero knowledge on everything about Cuba, Argentina, Libya or some kind countries she had mentioned. I did still felt that we shouldn't compared as well as like that. 
No,  please understand one thing. Comparison is possible and compulsory for our advanced development. Of course we do. But still, we do need to being grateful, PTPTN is such a great opportunity to achieve free education what? ok. stop. :) 



(Mesti ada orang nak marah aku bila aku cakap macam ni.. dan cakap alasan aku tak berasas la kan..) 

Tak,,bukan tu maksud aku. Aku faham apa yang cuba Bawani ketengahkan, is that, where did enormous money belong to our education goes to? Government should have more than that. We requires just little amount to support our education. Right? Yess,, u did well Miss Bawani when you gave us all facts and numberic !! But still, in my opinion, you shouldn't compare with another countries. As all I known, how's Cuba attempt to give free education to their students, and so did Sudan.
Till now,  free educations in third nation countries still cannot indicate measure of  great success but born student with illiteracy. 
Do Malaysian government still want the same for our student? Of course not RIGHT? =,=


OK, that's should be my last point, tapi ade satu part aku tak puas hati.



to be continued ... :)



Blog ini CUTE sgt! Acu tra tekan LIKE :D

Jan 16, 2013

Petang pertama bersama Nusrah

Assalamualaikum, fuhh penat arini. Lewat gila sampai. 
Hampir 10 pagi.
Semua gara-gara ramai budak kelantan.
Terpaksa lah, drop bnyak tempat kat Kelantan.
Tapi takpe gak,at least driver brhenti solat Subuh.
Biase,susah ket driver bus.


Siapa tak geram, penat,lapar,
Tapi aku hanya mampu SABAR je tika tu. 

Geram sebab lama sangat kot duk atas bus.


Tiba-tiba terfikir,,patut la orang kaya malas sangat nak naik bus.
Nak sangat nek flight je lepas ni. Haha. InsyaAllah la. 
Aku nak usahakan sponsor ramai orang pasni. Pasti!!

Alhamdulillah,masih boleh bersabar. :-D
satu peningkatan IMAN.

Petang ni,,layan Nusrah je la. Hehe.
Hari-hari cuti sem kali ni kena berubah, jangan malas-malas!!,;-) kena rajin,mesti!


Blog ini CUTE sgt! Acu tra tekan LIKE :D

Berani2013 part 1

Assalamualaikum. YES! Arini. aku excited sangat, untuk share tentang this wonderful programme. 

People won't believe without exploring by themselves. Very inspiring! Motivating! This is what i'm talking about. 


this precious FREEGIFT BOOK given by him!
dah la masuk percuma. mmg berbaloiii :D
                                             

Untuk student cam aku, memang patut aku hadiri seminar camni.
How to explore latent talent inside of us. Yeah!

Wah!!! Best giler,sies :-)
First time aku pegi,,selama ni dengar aje. 

Dr. Azizan Osman kan..wah3,, nama yang GAH!
Tapi kali ni berpeluang untuk dapat masuk. FREE lagik!


Alhamdulillah. Meski terlewat reg 15 min. Langsung tak menghampakan. Still got the chance. 

All praise is to Allah. For His Blessing, we got to be here. 
Yes, I forgot to mention, my best partner,Kyah Sakinah. 
At least, dapat jugak saya pergi berteman. Ingat nak pi sorang, tapi dengan adanya Kyah, baru bestt pi sama-sama. Kata orang, nak berjaya, takkan nak sorang-sorang..ajaklah kawan..  Tak gitu? Hehehe..



Tahniah! Tahniah! Tahniah!  untuk kita-kita je kan Kyah?(^^)

Keywords for tonight output are:
1. M- Mentor
2. E- Elmu. not Ilmu. ( kenapa E? tertanya2?...)
3. S- Speed
4. T- Tindakan
5. I - Intention

Really works to me!
Let's overlook some of my snaps.


a bit blur~


standing is his STAIL! :)

a great opening with some refreshment  with his GREAT CREW ^^

all sorts of people all over Kedah =)


HE IS A TALENTED SPEAKER!!





to be continued....



Blog ini CUTE sgt! Acu tra tekan LIKE :D

Jan 13, 2013

My friend is getting marrying soon

Assalamualaikum.  Aik. aku pun tak faham kenapa tajuk entri aku letak camtu. 
Excited bebenor nampak gaya. 
Tapi yang pasti, ada satu cerita menarik arini.
Arini, dapat berita kawan tingkatan 6 aku, Cik Wan Solihah bakal mengakhiri zaman bujang. TERKEJUTT kott.!! 
Mestilaa...tiba-tiba terima undangan kahwin dari dia. Aw. aw. aw! Sweet 22 nyee :)

Tak payah nak dipersoalkan kenapa kahwin. 
Yelah, bila Allah dah tetapkan jodoh seseorang itu, sehebat mana dia rancang, jodoh dia tetap datang. 
Yep. Tapi ada satu yang membuat aku termenung jauh.
Lelaki yang bakal menjadi pilihan hati Solihah nie bukan seseorang yang sering diperkatakan suatu ketika kami berada di tingkatan 6 dahulu. 
Maha Unik aturan Allah, jumpa orang lain, bercinta orang lain, kahwin orang lain.
 Hebat mana kita rancang, hebat lagi percaturan dia.  ^^

Yep. Itu membuatku terfikir. Aku minat-minat gila kat orang lain, bercinta ngan orang lain, entah siapa tahu, orang lain yang jadi pilihan. 
Sejauh mana kita cuba menidakkan atau nenafikan 
kenyataan itu, ia tetap sama, malahan boleh jadi seseorang itu orang yang kita benci atau tak suka. 
Mungkin? Mungkin laa..

Allah Lebih Maha Mengetahui. Sebab itu kita tak leh cakap besar. 
Teringat perbualan aku dan kawan-kawan. Adakalanya, perbualan yang kurang tapisan.
 Bukan takde langsung k? Yelah, normal la kebiasaan manusia. 
Nak yang hensem-hensem, yang alim-alim. 
Allahurabbi. 
Kuat sih berangannya.
Biase la,, lagi tinggi impian aku memiliki lelaki seperti itu, lagi mustahil untuk aku memilikinya. 
Jadi lebih baik, aku berdoa terbaik untuk jodoh aku. 
Moge dapat seseorang yang menyejukkan pandangan, bersamanya membuat ku rasa tenang, mampu mencintai dan menyayangi keluarga aku sebagaimana dia sayang aku, terima aku apa adanya, dan sama-sama menyempurnakan sebuah mahligai cinta hingga akhirat, insya-Allah.

Mungkinkah? Aku percaya dan aku cuba mengusahakan menjadi terbaik, agar si Dia juga turut menjaga hatinya untuk aku. 
Mahligai cinta ini perlu disemai dari tapak dan asas yang kukuh.
 Kalau permulaan yang tidak elok, mustahil benih- benih yang mula mencambahi subur mekar di taman kan? 



Aku mungkin insan biasa-biasa. Penuh noda, dosa dan alpa. 
Namun aku tidak pernah rasa menyukai , meminati seseorang sebagaimana aku rasa kini hingga menjadikan aku insan yang sangat menahan rasa, rasa ketenangan dalam meminati dia. 
Terasa bahagia, meski si dia tidak tahu apa  rasanya menjadi aku.. 
Jauh sekali berharap dia tahu aku meminati dia.
Pertemuan di masjid tika itu sebenarnya memekarkan perasaan aku. 

"Awak, maafkan saya. Berhenti berhubung, mendiamkan diri tidak bermakna saya berhenti mengharapkan awak menjadi bakal imam saya. :) Insya-Allah, kalau benar kata hati ini, izinkan saya menjaga hati untuk awak. amin. :) "

        

Aminn...<3 nbsp="nbsp">
Tengok episod akhir AdamHawa buat aku berangan. Manisnya bercinta lepas kahwin. Semua halal nak buat. Yelah, tak nafikan mereka tu berlakon. I means in reality lah. :)

Ya Allah, mungkinkah? Aku bukan berangan mendapatkan terbaik, tapi aku ingin merasai keindahan sebenar lepas kahwin. 
Gatal ke aku? Miang ke? 
Baru 22 dah fikir soal camtu? 
Entahlah. bergantung pada pemikiran setiap orang. 

Bagiku, setiap orang pasti mempunyai cerita dan impian sendiri. 
Kadangkala, kita sendiri tak dapat memahami apa sebenarnya orang nak, tapi kita akan sibuk- sibuk menghakimi mereka hanya dengan satu pandangan sinis. Aku nak kahwin bukan sebab gatal.
Kahwin itu indah pe. As long as aku tak abaikan study, aku layak kot nak fikir sal kahwin. 

Aku masih buat aktiviti harian macam biasa, tunai kewajipan sebagai Muslim, so, berfikir untuk hidup sebagai satu pasangan yang halal bukanlah satu kesalahan yang sangat besar. :) 
Itu pendapat aku lah, kalau orang tak setuju, terpulang....

Erm. Aku tidak berharap apa-apa daripada perasaan ku ini. 
ku memang merancang, tetapi apa jua rencana Allah pasti lebih baik untuk hambaNya. 



Moga jdoh untuk aku satu hari nanti adalah seseorang yang sememangnya aku nantikan dan pastinya selayaknya memimpin aku ke syurgaMu. amin :)

p/s: Tahniah dan barakallah utk Cik Solihah kita dan bakal suami. Saya doakan awak kekal hingga akhir hayat. :)
Blog ini CUTE sgt! Acu tra tekan LIKE :D

Hakmilik HareittaNaz@2013